G 2 : RAYUAN

Humor Series 35125

Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak dipeduli
Terus engkau pergi, tinggal 'ku sendiri
Ditemani jasad ini

Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak disayangi
Terus engkau pergi, biar 'ku sendiri
Hilang, sepi, tak berbunyi

Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu
Mana semua itu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu

Adnan mengambil kunci pendua yang di simpan sebelum melangkah semula ke pintu bilik Hudiya.

Hudiya Imani menolak cabinet kayu yang mengisi bajunya ke pintu agar Adnan tidak dapat masuk ke biliknya. Lalu mengunci dirinya di dalam tandas.

Adnan masih tidak berjaya untuk memasuki bilik Hudiya Imani kerana terhalang oleh cabinet yang di letakkan di pintu. Adnan menolak sekuat hati dan berkali-kali.

Hilmi kenapa mi pergi dulu... siapa nak tolong akak mi... Hudiya menangis ketakutan...

Setelah sekian lama akhirnya Adnan berjaya memasuki bilik Hudiya Imani. Melihat Hudiya tiada di ruang bilik Adnan dengan pantas ke pintu tandas dengan sekali sepakan yang kuat pintu tandas terbuka.

“Abang tolong! Diya tak nak Abang!” Hudiya merayu melutut di hadapan Adnan. “Diya merayu Abang. Diya sanggup buat apa saja untuk Abang, tapi tolong jangan jual Diya Abang.”

Adnan tidak dengar akan rayuan Hudiya Imani. Malah di seret Hudiya keluar dari tandas.

“Abang tolong Diya!!” Tidak henti Hudiya merayu.

“kau tukar baju kau sekarang!”

“Diya tak nak. Abang tolong la!” Hudiya melutut memegang kaki Adnan.

“Kau tak nak tukar, tak apa. Aku tolong tukarkan” Adnan menarik rambut Hudiya hingga terbangun berdiri kerana merasa sakit.

“Abang sakit!” Hudiya Imani menjerit sambil memegang kepalanya.

Di tolak Hudiya Imani ke katil lalu Adnan mengoyakan baju yang di pakai Hudiya Imani.

“Abang!!”

Tangisan dan pujuk rayu Hudiya Imani tidak di dengari. Apabila Hudiya Imani bertindak kasar lagi kasar Adnan memperlakukan pada Hudiya Imani.

“Kau pakai baju ni!” Adnan menengking Hudiya. “Atau aku serit kau macam ni je!”

Hudiya Imani terpaksa memakai baju yang di suruh oleh Adnan. Takut jika Adnan betul-betul akan menyeritnya yang hanya memakai pakaian dalam sahaja.

“Cantik isteri Abang...” Adnan meramas punggung Hudiya Imani kerana terserlah bentuk badan yang cantik kerana memakai baju yang mengikut bentuk badan.

“Ikut aku!” Adnan keluar dari bilik Hudiya Imani.

“Tak nak!” Hudiya Imani kembali menjerit.
Adnan masuk semula ke bilik Hudiya dan menarik Hudiya dengan paksaan. Segala rayuan tidak di dengari. Di humban Hudiya Imani ke dalam kereta..

Sepanjang perjalanan Hudiya Imani memukul Adnan tapi Adnan membalas balik tindakan Hudiya Imani dengan lebih kuat. Hingga sakit seluruh badan Hudiya Imani dan tidak berani untuk memukul Adnan kembali.

Tiba di hotel Hudiya Imani di serit lagi sekali oleh Adnan. Apabila sudah sampai di tingkat yang perlu di tuju Hudiya lagi sekali merayu pada Adnan. Dia tidak sanggup dirinya menjadi santapan lelaki yang tidak di kenali.

“Abang tolong!! Diya tak nak Abang...” Hudiya Imani melutut di hadapan Adnan lagi sekali.

Adnan semakin hilang sabar dengan Hudiya lalu di tampar dengan kuat hingga terjatuh terbaring di lantai. Darah juga mengalir keluar dari hidung Hudiya.

Adnan menarik Hudiya Imani agar berdiri. “Molek molek muka kau cantik. Kan dah berdarah.” Adnan mengesat darah di hidung Hudiya Imani dengan kasar.

Kemudian di tarik untuk di bawak masuk ke bilik yang di janjikan.

“Abang tolong. Tak nak abang!”

“Diya tak nak abang”

Adnan buka pintu bilik hotel dan menolak Diya masuk ke dalam lalu dia terus pergi tanpa menoleh ke belakang.

"Abang tolong Diya Abang!"

"Diya tak nak Abang!"

"Abang!"

Ketukkan pintu dan rayuan Hudiya Imani yang kuat semakin lama semakin tidak di dengari oleh Adnan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience