G 34 : GADUH MANJA

Humor Series 35125

Jelas kelihatan muka Rifaat Rafie tidak puas hati sebaik keluar dari lokap. Gara-gara Hudiya Imani tiada di depan matanya. Dia berharap wajah Hudiya Imani yang menyambutnya keluar dari lokap tetapi bayang pun langsung tidak kelihatan. Hatinya menjadi bengkak apabila Hudiya Imani tiada selepas dia sanggup masuk lokap kerana wanita itu.


“Dah balik. Sakit hati aku. Kalau aku tahu kau balik semula dekat laki kau. Aku tak tolong kau perempuan!” marah Rafie tiba-tiba.


“Encik Rafie sekejap,” Jannah takut-takut ingin menegur Rifaat Rafie yang sedang marah.


“Nak Tunggu buat apa lagi?" di pandang Jannah dari atas je bawah. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni.


“Tunggu kawan Encik Rafie,”


“Zahrin boleh balik sendiri. Kau hantar aku balik rumah,” Rifaat Rafie terus jalan ke hadapan tidak lagi memandang ke belakang.


Berlari Jannah mengejar Rifaat Rafie yang jalan dengan laju. “Encik Rafie tunggu,”


Rifaat Rafie terus duduk di kerusi belakang. “Dah setahun kau beli baru aku merasa naik,”


“Myvi je Encik Rafie. Kalau kereta Encik Rafie yela. Lebih setahun pun saya nak naik” Jannah menjeling sedikit melihat Rifaat Rafie mengusik barang di dalam keretanya.


“Myvi pun not bad apa,” Di lihat setiap inci isi kereta Jannah.


“Betul ke Diya boleh balik sendiri Encik Rafie. Saya tengok dia purse pun tak bawak,” Jannah melihat. Rifaat Rafie dari cermin pandang belakang.


“Ha!!!” terus Rifaat Rafie menjengah kepala ke hadapan melihat Jannah. “Kau pusing balik,”


“Balai balik?” Jannah tanya lagi sekali untuk mendapatkan kepastian.


“Yang kau tak cakap dengan aku Diya ada kenapa?”


“Dah bos cakap dia boleh sendiri," Aku pula kena balik. Nasib baik kau boss, kalau tak dah lama aku humban keluar.


Hudiya Imani tercari-cari Jannah tapi tidak kelihatan. Kereta Jannah juga sudah tiada di tempat parking. Hudiya Imani menduga Jannah mungkin sudah balik. Hudiya Imani keluar dari perkarangan balai polis dengan terpinga-pinga. Tidak tahu arah mana harus dia turuti. Nak ke kiri atau kanan. Hudiya Imani cuba mengingati jalan yang dia lalu untuk ke balai polis tadi.


Betul ke ni. Lepas tu aku nak kena lalu mana. Nak telefon Pak Ali, telefon tak bawa. Duit pun tak ada. “Daddy Diya nak balik macam mana ni?” Hudiya Imani sudah mula mahu menangis tidak tahu arah tuju yang harus dia pergi.


“Tu! cepat kau u-turn,” Di tepuk bahu kerusi pemandu selepas nampak Hudiya Imani berada di seberang jalan.


“Sini mana ada tempat u-turn. Sabar la,” geramnya aku dengan dia ni. Sabar Jannah, kau jangan start kang kena buang kerja pula.


“Kau berhenti sekarang!”


“Bos. Tengah jalan mana boleh berhenti?!”

Rifaat Rafie menekan butang kecemasan. “Stop!!!” jerit di telinga Jannah.


Jannah menekan pedal brek dengan mengejut Terkejut dengan suara Rifaat Rafie menjerit di telinganya. Rifaat Rafie dengan pantas keluar kereta dan berlari untuk mendapatkan Hudiya Imani.


“Boss!! Balik sendiri!” Jannah menjerit geram. Lalu memecut keretanya meninggalkan Rifaat Rafie. “Padan muka kau!”


Hudiya Imani terkejut apabila tangannya di sentuh dari belakang lalu badan dan tangan kanannya secara reflect berpusing dan menampar muka orang yang menyentuhnya.


Rifaat Rafie pegang pipinya sakit di tampar Hudiya Imani. Mahu di marahi tapi terbantut, lagi tercenggang melihat wajah Hudiya Imani ketika itu. Apa yang di cakapkan oleh Hudiya Imani ketika itu di iyakan sahaja.


“Cantiknya Diya,” Rifaat Rafie mengesat air liuhnya yang hampir terkeluar.


“Tuan saya minta maaf. Saya tak sengaja,”


“Ha. tak apa,” Rifaat Rafie seperti melihat bidadari yang menyerupai Hudiya Imani. Dirinya masih tidak dapat mengelipkan matanya dari memandang wanita di hadapannya.


“Kenapa Tuan tengok saya macam tu?” Hudiya Imani melihat dirinya jika ada sesuatu di badan.


“Cantik. Jom pergi date. Tak payah balik,” Rifaat Rafie mengambil tangan Hudiya Imani lalu di gengam dan di tarik agar terus berjalan.


Hudiya Imani cuba melepaskan gengaman tangan Rifaat Rafie tetapi tidak berjaya kerana begitu erat di gengam. Sepanjang berjalan sepanjang masa muka Hudiya Imani di lihat.


“Diya nak apa? Cakap je. Abang Rafie belikan,” Rifaat Rafie tersenyum manis melihat Hudiya Imani.


Hudiya Imani sudah pelik melihat Rifaat Rafie di hadapannya. Dah buang tabiat apa dia ni. “Tuan dah nak mati ke?”


“Tak,” tidak hilang senyuman di bibir Rifaat Rafie yang memandang Hudiya Imani dan matanya juga tidak berkelip mata walaupun sekali. Takut jika tiba-tiba kelipan itu membuatkan Hudiya hilang dari pandangan matanya.


“Kalau tak kenapa pelik sangat?”


Rifaat Rafie senyum lagi memandang Hudiya Imani. Lepas cerai memang aku tak lepaskan. Tak payah tunggu lama memang aku terus book.


“IC Diya,” Hudiya Imani menghulurkan kad pengenalan pada Rifaat Rafie. “Takut hilang. Diya tak bawa apa-apa nak simpan,”


“Tak apa simpan dalam hati Abang Rafie je,” Rifaat Rafie mengambil dan simpan kad pengenalan Hudiya Imani dalam dompetnya.


Dia ni nak kena tampar lagi rasanya. Hudiya Imani merasa lega apabila tangannya di lepaskan. Terus di gengam tangannya untuk mengelak Rifaat Rafie menyentuh dirinya lagi.

“Diya cantik hari ni. Diya mesti laparkan. Jom kita pergi makan. Abang Rafie order taxi sekejap ye,” Rifaat Rafie keluar handphonenya pula. “Sayang kita tunggu dekat bus stop,”


Hudiya Imani ikut Sahaja apa yang Rifaat Rafie mahu lakukan. Daripada dia tidak turuti dia tidak tahu arah tuju perlu dia pergi.

Pemandu teksi melihat dari cermin pandang belakang penumpang perempuan seperti mahu lepaskan diri daripada lelaki yang bersamanya.


Berkali-kali Hudiya Imani memukul Rifaat Rafie agar duduk jauh darinya tetap lelaki itu mendekati. Tangannya tetap tidak mahu di lepaskan.


“Tepi la!” Hudiya Imani memarahi Rifaat Rafie.


“Cik okay ke? Lelaki ni buat something tak elok ke dekat Cik?” Akhirnya pemandu teksi bersuara.


“My wife merajuk. Orang dah tolong dia. Nak pegang tangan pun tak bagi,” Rafie yang jawab.


“Cik confirm ke ni suami Cik? Cik tak payah takut. Dia tak boleh apa-apa kan Cik. Saya boleh tolong Cik,” Pemandu teksi merasa sangsi.


Hudiya Imani diamkan diri seketika. Tak tahu nak cakap apa. Kalau terlepas cakap kang ada juga Rafie ni masuk lokap balik.


“Pak Cik suruh dia ni duduk jauh-jauh. Rimas tahu tak,” Hudiya Imani memarahi Rifaat Rafie.


“Okay! fine! ” Rifaat Rafie duduk jauh sebelah kiri pintu. “Next time menangis tepi jalan lagi jangan harap aku nak tolong kau,”


“Saya tak perlukan Tuan la. Daddy ada,”


“Daddy aku. Kau jangan nak sibuk minta tolong dekat Daddy,”


Pemandu teksi menduga sememangnya dua orang pelanggan itu adalah pasangan suami isteri yang sedang bergaduh apabila melihat reaksi berdua.


“Jalan jem orang balik kerja. Maaf la lambat,” pemandu teksi tersangkut dengan kesesakan jalan raya hampir satu jam. Destinasi yang perlu di tuju tidak jauh tapi memakan masa yang lama.


“Tak apa,” jawab Rafie yang masih lagi menatap Hudiya.


Hudiya Imani yang melihat luar dari cermin tingkap teksi lama kelamaan menjadi boring. Matanya kian layu dan akhirnya tertidur dengan bersandarkan kepala di cermin tingkap kereta.


Tuk!! .

Rifaat Rafie terkejut bunyi hantukan kuat lalu ketawa halus melihat Hudiya yang sedang memegang kepalanya. “Marah sampai hantuk kepala dekat pintu!”


“Tak la... Tertidur,” Hudiya Imani mengosok kepalanya yang sakit


“Sandar sini,” Rifaat Rafie menepuk lengannya


“Tak nak,”


“Suka hati. Lebam bukan kepala aku,” Rifaat Rafie memandang ke luar sambil matanya sekejap sekejap menjeling Hudiya Imani. Rafie sempat menahan kepala Hudiya Imani yang lagi sekali ingin terhantuk di pintu.


“Orang bagi tempat lembut. Nak juga dekat pintu,” Rifaat Rafie merapatkan badannya dengan Hudiya Imani lalu menyandarkan kepala Hudiya Imani di lengannya.


“Maaf la tanya. Gaduh kenapa?”


“Saya tertinggal dia dekat balai polis. Saya ingat dia dah balik tumpang kawan dia. Saya pun balik juga. Last-last tercicir,”


“Kenapa pergi balai?” sengaja pemandu teksi bertanya soalan sekurangnya hilang sedikit rasa ngantuk dirinya ketika itu.


Sibuk la Pakcik ni nak tahu. Yang aku duk bercerita juga kenapa “Kena ragut,” Rifaat Rafie menipu.


“Lain kali, hati-hati nasib baik badan tak cedera. Sekarang ni orang bukan kira. Selagi tak dapat di sanggup buat apa-apa je,”


“Orang nak merompak memang tak kira. Ni okay pun dah syukur alhamdullilah,” Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani yang membetulkan sandaran kepalanya agar lebih selesa. Di tarik tangan Rifaat Rafie agar turun ke bawah. Rifaat Rafie melurutkan badannya sedikit. Tadi offer tak nak, sekarang dia yang lebih sampai peluk aku.


“Orang perempuan merajuk senang je pujuk. Beli bunga. Puji dia mesti okay lepas tu,”


Rifaat Rafie senyum dan matanya memandang Hudiya Imani. Hudiya Imani bukan merajuk dengan dirinya tapi tidak suka di perlakukan seperti pasangan suami isteri.

..

Merah muka Hudiya Imani apabila Rafie mengejutnya dari tidur. Merah kerana malu, dia tidak sedar tidur bersandar di bahu lelaki itu.


Rifaat Rafie memang seperti kerang busuk melihat Hudiya Imani. Melihat reaksi Hudiya Imani lagi buat dirinya tersenyum menyakat.


“Tuan solat Marghib dulu,” Hudiya Imani cuba mematikan pandangan Rifaat Rafie pada dirinya.


“Okay. Jom,” Tangan Hudiya Imani di tarik mengikut langkahnya.


Hudiya Imani hanya memandang ke dinding sementara menunggu Rifaat Rafie habis sembayang.


“Sayang. Abang dah sudah,”


Hudiya Imani memandang ke arah suara yang amat di kenali.


Rifaat Rafie melihat muka Hudiya Imani masih lagi mempunyai mekaup lekat di wajahnya “Diya tak solat?”


“Bendera merah,” Hudiya Imani bangun dari duduknya.


“Jom kita jalan-jalan satu mall ni. Diya nak apa je cakap Abang Rafie belikan,” Rifaat Rafie mengambil tangan Hudiya lalu di letakkan di lengannya. Dia tahu Hudiya Imani tidak selesa jika dia memimpin tangannya lalu di suruh tangan Hudiya Imani memegang lengannya yang berlapik baju kemeja.


“Erm,”


Terasa sudah lama dirinya tidak keluar berjalan-jalan seperti sekarang, kali terakhir keluar bersama Rifaat Rafie juga. Hatinya terasa gembira hilang seketika beban masalah yang di hadapi. Rifaat Rafie melihat bibir Hudiya Imani tersenyum lebar lagi nampak seri di wajahnya.


“Diya nak baju,”


Hudiya Imani mengeling kepala sambil menjilat aiscream yang di belikan oleh Rifaat Rafie. Rifaat Rafie belikan kerana teringat akan date pertama dengan Hudiya.


“Handbag?”


Hudiya Imani geling lagi sekali.


“Make up?”


“Tak nak,”


Semua offer tak nak. Kalau perempuan lain ni tak offer dah pergi dulu. “Habis Diya nak apa?”


“Boleh ke apa-apa je?”


“Ye, Apa je untuk Diya sayang,” Rifaat Rafie teringat kali pertama keluar bersama Hudiya Imani. Sama seperti sekarang hanya jalan tidak beli sebarang barang pun. Hanya beli aiscream kerana ternampak Booth baskin robbins.


“Tu” Hudiya Imani menunjuk ke bawah lobby.


Rifaat Rafie menelan air liuh melihat apa yang di minta Hudiya Imani. Ni lebih teruk dari perempuan lain ni. Rugi aku offer.


“Beli kereta tu. Senang nak bawa Daddy. Daddy dah makin berat la nak angkat,”


“Okay jom,” tangan Hudiya Imani di tarik untuk menuju ke lobby. Apa yang Rafie fikirkan meleset sama sekali.


“Jangan la tarik. Kan dah jatuh,” Hudiya Imani merentap tangannya sambil memandang Rifaat Rafie dengan perasaan marah. Di lihat aiscream yang terlepas dari tangan masih lagi banyak. “Jalan slow tak boleh agaknya,”


“Tak apa, nanti beli lagi,” Di keluarkan sapu tangan di poket seluar lalu di lap mulut Hudiya Imani yang sedikit comot. “beli lagi sedap,”


Hudiya Imani mengutip kembali corong aiscream di lantai.


“Nak buat apa kutip? ”


“Buang, tak kan nak sumbat dalam mulut Abang,” Hudiya Imani tersilap memanggil Rifaat Rafie dengan gelaran Abang. Macam mana boleh tersilap ni. Sebab dia la ni Abang sayang bagai, macam laki bini dah aku rasa.


“Abang minta maaf Diya,” lebar senyuman Rifaat Rafie apabila Hudiya Imani memanggil dirinya Abang. “Dah buang jom. Kita tengok kereta sayang nak,”


Tasya yang tidak jauh dari situ meluat melihat aksi mesra antara Hudiya Imani dan Rifaat Rafie. “Sayang, wekk nak termuntah aku,”


Hudiya Imani menolak untuk melihat kereta, dirinya berdiri di tepi menunggu Rifaat Rafie berbincang dengan salesman. Lalu dirinya di tegur seseorang.


“Seronok dating dengan skandal?”


Hudiya Imani menoleh ke arah orang ditepinya. Di lihat Tasya sedang memandang ke hadapan seperti dirinya tadi.


“Seronok,” Hudiya Imani mengiyakan sahaja kata-kata Tasya. Dirinya malas untuk mencari gaduh kerana dia sudah tidak kisah kewujudan perempuan itu dalam hidup Adnan. Tiada sudah perasaan sayang terhadap Adnan hanya menanti dirinya di ceraikan tapi terlalu susah processnya kerana Adnan tidak mahu berkerjasama.


“Adnan tahu tak you keluar dengan jantan lain?”


“Tahu. Lepas ni Adnan milik you sorang. Jaga-jaga takut ada perampas lain pula rebut dia. Kalau boleh suruh dia jangan cari I lagi,”


“Apa maksud you?”


“I nak cerai dengan Adnan, Duit untuk support hidup you maybe dah berkurang atau tiada lepas ni. Yela, allowance setiap tahun dah tak ada,”


Patut Adnan sentiasa balik ke rumahnya. Kemudian gila bayang akan Hudiya Imani “Good, tapi boleh ke?”


“I tengah fight. Thank you bagi information dekat I hari tu. Kalau tak sampai bila-bila tak tahu?”


Hudiya Imani tersenyum melihat Rifaat Rafie datang ke arahnya “Sayang. Abang dah belikan sayang kereta yang sayang nak,”


“Thank you,”


Rifaat Rafie melihat ada seorang perempuan di sebelah Hudiya Imani. Dia seperti kenal tapi tidak mengingati.


“Diya siapa tu?”


“Madu,”


“Hi Rafie” Tasya menghulurkan tangan untuk bersalam “Kita pernah jumpa dulu,”


“Oh. Second wife Adnan. Sorry I tak salam perempuan macam you,”


Berubah riak muka Tasya. “Diya ni. Dah ramai laki tebuk. Boleh pula pegang. Pandai kau kan Diya. Cari lagi kaya. Tunduk cakap you pulak tu,” Tasya sahaja ingin memalukan Hudiya Imani agar lelaki di hadapannya tidak suka akan Hudiya Imani.


Hudiya Imani bersahaja. Kerana dah lali dengan cacian yang di terima sebelum ini dari mertuanya. Rafie ni dah tahu semua pasal dirinya. Jadi tak kisah pun.


“Sebab main dengan Diya ni seronok tak macam perempuan lain. I sanggup beri apa sahaja Diya nak. Adnan boleh ke bagi rasanya tak. Adnan bagi sedap butoh dia je. Kan sayang,” Rifaat Rafie kembalikan kata-kata menyakitkan hati pada Tasya.


“Aha,”

"One more thin, baik you jangan balik rumah sekarang. Adnan tengah serabut tu, I dengar mak dia kena tangkap. Takut you jadi tempat lepaskan kemarahan dia pula. Hahahahaha," habis berkata Rafie terus menarik Hudiya pergi.


“Kereta sayang maybe next week siap. Sementara tu pakai je kereta yang ada,” Rifaat Rafie merangkul pinggang Hudiya Imani. Rifaat Rafie tahu orang sekeliling Hudiya Imani banyak sangat berperangai buruk. Semua mahu kesenangan hidup dengan jalan mudah. Nasib baik buah hatinya ini, pandai menjaga diri walaupun perangai kadang-kala menyakitkan hati.

..

Esoknya... Rifaat Rafie tidak terus masuk ke biliknya. Berhenti seketika di meja Jannah.


“You tepek apa dekat muka Diya semalam?” Rifaat Rafie tahu memang kerja setiusahanya yang buat Hudiya Imani cantik berseri semalam.


“Ni,” Jannah membuka isi beg make-up nya.
Rifaat Rafie menghulurkan kad kreditnya kepada Jannah. “Belikan semua sama,”


“Not free. Boss,” Jannah memandang muka Rifaat Rafie dengan sombong.


“Beli sekali you punya. Tapi jangan mmelampau," Rifaat Rafie masuk ke bilik.


“Yes!!!” Jannah begitu gembira kerana rancangannya berjaya. “Thank you Diya bagi pinjam muka,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience