G 47 : CERAI?

Romantic Comedy Series 35322

Hudiya Imani cuba menahan air matanya. Dia tahu keputusan mahkamah akan menyuruh dirinya bersama kembali bersama Adnan. Di pakai baju mula-mula dia jejakan kaki di rumah ini sebelum melangkah keluar.


“Daddy doakan Diya ye,” Hudiya Imani memeluk Datuk Yacop.


Rifaat Rafie buka tangan minta di peluk Hudiya. Hudiya Imani datang ke Rifaat Rafie dan membuka tangan lalu memeluk Bibik Salma yang berada di belakang Rifaat Rafie.


Geram Rifaat Rafie apabila Hudiya Imani mempermainkan dirinya. “Aku kau tak peluk, ingat aku tak sedih ke,” Aku nak tengok sekejap lagi kau boleh tahan tak air mata kau.


“Encik Rafie peluk Pak Ali sahaja,” Pak Ali dan Rifaat Rafie saling memeluk satu sama lain.


“Pak Ali hati-hati bawa bini orang,” Rifaat Rafie tersenyum melihat Hudiya Imani masuk ke dalam perut kereta.


“Ye, Lepas hantar saya terus balik,”


Air mata Hudiya Imani sudah bergelinang dibawah mata apabila Hakim membaca keputusan mahkamah. Keputusan yang dirinya sendiri sudah tahu dan jangkakan.


“Anak guam saya bersetuju dan akan membayar semua tuntutan plaintiff. Tiada rayuan akan di buat,” Puan Sharifah senyum sinis memandang Hakim kemudian beralih ke Adnan.


Hudiya Imani terkejut dengan apa yang di katakan Puan Sharifah. Macam mana dia nak bayar tuntutan Adnan. Tiada satu sen pun di tangan.


“Hey!! Perempuan kau mana ada duit nak bayar,” Adnan sakit hati apabila Hudiya Imani bersetuju tanpa sebarang rayuan atau kembali kepadanya. Dia meminta tuntutan tidak masuk akal supaya Hudiya Imani kembali semula padanya tapi sebaliknya yang berlaku. Dengan pantas peguam Adnan cuba menenangkan Adnan yang sedang marah.


“Semua see... Jantan tak guna macam ni Hakim bagi menang. Daripada Puan Hudiya kena jual dengan kau, kau dapat untung. Baik dia jual badan dia sendiri. Untung dia dapat,” dari hari pertama kes pembicaraan Puan Sharifah sememangnya sudah terlalu sakit hati dengan Adnan dan Hakim.


“Mulut kau memang sial!” Adnan masih lagi tidak dapat mengawal emosinya hingga terpaksa di tarik peguamnya untuk keluar dari dewan mahkamah.


“Sial!!. Sebab kau!!” Adnan menolak Peguamnya dengan kasar.


“Encik Adnan. You ingat senang ke nak minta duit dekat orang sesuka hati. You nak tuntut apa lagi. Tak cukup Hakim you dah bayar. You ingat I tak tahu apa you buat nak menang kes ni. Sebelum ni pun. Sepatutnya, isteri you yang patut dapat semua ni bukan you. I tak nak ada kaitan lagi dengan you,”


Hudiya Imani berbisik pada telinga Puan Sharifah. “Saya tak ada duit nak bayar,”


“Keluarga Puan tolong Puan. Silap jadi Cik dah sekarang,”


“Ha!!”


Puan Sharifah senyum melihat Hudiya Imani yang masih tercenggang. “Jom. Orang yang sayangkan Cik Hudiya dah tunggu dekat luar,”


Sebaik pintu di buka semua tersenyum memandang Hudiya Imani. Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie, Datuk Yacop, Bibik Salma dan Pak Ali di hadapannya. Di peluk Puan Sharifah di sebelahnya. “Terima Kasih tolong saya,” Hudiya memeluk dan menangis tersenyum.


“Sebab Hudiya saya belajar sesuatu. Terima kasih juga,” Puan Sharifah membalas pelukan Hudiya Imani. Puan Sharifah belajar yang sistem perhakiman Malaysia masih lagi makan wang sogokan. Dia tahu tapi untuk meminta bukti tidak dapat diberi.


Hudiya Imani melutut di hadapan Datuk Yacop. “Daddy terima kasih Daddy,” Di kesat air matanya.


“Suka la tu. Suka la tu,” Rifaat Rafie lagi tadi senyum melihat Hudiya Imani. Tidak lama lagi Hudiya Imani akan jadi miliknya. Tidak sabar menanti saat itu berlaku.


Hudiya Imani mengangguk kepala dengan kata-kata Rifaat Rafie. Di peluk Datuk Yacop seerat mungkin “Thank you Daddy,”

“Da dy sayang diya,” di cium pipi Hudiya.


“Tak aci. Daddy boleh cium Diya,”


“Daddy tak ada nafsu. Encik Rafie tengok perempuan terus tegak bawah,” Pak Ali keluarkan jari telunjuknya.


Rifaat Rafie melihat ke arah kemaluannya kemudian menjeling Pak Ali. Dia ni cakap main lepas je.


“Diya jangan nangis. Habis make-up Bibik ikut Diya nangis,”


Kali ini Bibik Salma pula di peluk “Diya nangis sebab gembira Bik. Terima kasih Bibik jadi kawan Diya,”


“IC Kau bagi aku,” Rifaat Rafie sudah menghulurkan tangan pada Hudiya Imani.


Hudiya Imani terus keluarkan kad pengenalan tanpa membantah kepada Rifaat Rafie. Kerana dirinya sudah di jual pada Rifaat Rafie. Dia jual dirinya sendiri kerana mahu bebas daripada Adnan. Pada mulanya perasaan takut mengikuti lelaki di hadapannya kerana tidak pernah kenal pun siapa Rifaat Rafie. Lama kelamaan dia tahu Rifaat Rafie sangat baik, hanya jika sikap gatalnya muncul perlu sedikit berjaga-jaga.


“Gambar awek Fie dah ada balik,” Rifaat Rafie menunjukkan IC Hudiya pada Datuk Yacop.

Datuk Yacop turut gembira seperti anaknya. Rifaat Rafie ambik kesempatan pada Hudiya Imani dulu pun Datuk Yacop tidak kisah kerana waktu sihatnya dulu lebih teruk pernah dia buat pada orang lain.


Adnan marah meluap melihat Hudiya Imani bersama keluarga Datuk Yacop tapi pada masa sama tersenyum senang. Kau nak Diya sangat, aku bagi. Semua bodoh! Diya tetap milik aku. Milik aku!!!


“Malam ni semua makan satu meja. Bik jangan nak makan selit celah dapur. Pak ali pun sama Asyik dekat taman, ingat awek je, ”


...Flashback…


“Dah lama Daddy tak masuk sini kan?” Rifaat Rafie menolak kerusi roda Datuk Yacop masuk ke bilik utama. Bilik sebelum Datuk Yacop sakit. Datuk Yacop terpaksa dipindahkan ke bawah untuk memudahkan pergerakan. Tidak perlu turun naik tangga


Rifaat Rafie mendekatkan Datuk Yacop ke bilik yang menempatkan pakaian Datuk Yacop. “Rafie buka ye Daddy” di buka pintu kabinet kecik yang di pandang Datuk Yacop sejak masuk ke bilik itu.


“Peti,”


“Ni,” Rifaat Rafie menyentuh peti besi yang ada di dalam kabinet.


“Mama,”


Rifaat Rafie faham maksud Datuk Yacop. Di masukan tarikh lahir arwah ibunya. Setelah buka dikeluarkan kepingan kertas di dalam peti besi itu. Di letakkan di atas katil, baru di tolak Datuk Yacop ke tepi katil.


“Daddy jangan,” Rifaat Rafie menduga Datuk Yacop ingin menjual tanah miliknya untuk menolong Hudiya Imani.


“No...”


Rifaat Rafie melihat lagi document lain yang ada. Dilihat dengan matanya berkali-kali. “Daddy ni dah matang,” ada beberapa akaun tetap Datuk Yacop sudah melebihi tempoh pra matang dan jumlanya sememangnya banyak. Di luar akal fikirannya. Tidak sangka Datuk Yacop mempunyai duit, harta sebanyak ini. Patutlah orang cakap Daddynya seorang jutawan. Apa yang Datuk Yacop berikan padanya dulu tidak seberapa jika di bandingkan dengan apa yang di lihat di depan matanya sekarang ini. Untuk menolong Hudiya seperti hilang sedikit sahaja dan pasti tidak terasa langsung.


Datuk Yacop mengangguk kepala. “To long diya,”


“Daddy betul nak tolong Diya” Rifaat Rafie inginkan kepastian.


Datuk Yacop mengangguk kepala.


“Esok kita pergi bank,”


Rifaat Rafie terus bersetuju kerana dirinya juga tidak mahu kehilangan Hudiya Imani sama seperti Datuk Yacop. Hudiya Imani bagaikan membawa sinar bahagia dalam hidup. Duit boleh dicari tapi kebahagian itu datang bukan mudah bagi diri Rifaat Rafie.

Bagi Datuk Yacop, dia lakukan semua ni kerana mahu anaknya bahagia dan gembira. Sanggup lakukan segalanya demi Rifaat Rafie. satu-satunya anak yang dia sayang. Cintanya pada Hudiya juga sanggup di tolak demi anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience