G 4 : PENJARA

Humor Series 35125

Hudiya Imani tersedar dari tidur. Melihat lelaki itu masih di sebelahnya, sedang tidur dengan nyenyak. Hudiya Imani turun dari katil dengan perlahan agar tidak menganggu tidur lelaki itu. Hudiya memakai pakaiannya dan mengambil bag keciknya lalu keluar dari bilik hotel.

Setelah pintu bilik di tutup Rifaat Rafie bangun dan memakai pakaiannya dengan laju, lalu keluar untuk mengejar Hudiya Imani. Di lihat dari jauh sahaja, Hudiya Imani menaiki teksi lalu dengan pantas Rifaat Rafie memasuki keretanya dan mengekori dari belakang.

Rafie ikut kerana risau jika terjadi sesuatu pada Hudiya Imani, lagi-lagi ketika waktu sekarang yang semakin gelap. Melihat Hudiya Imani memasuki rumahnya Rifaat Rafie kembali lega. Lalu meninggalkan perkarangan rumah Hudiya Imani.

Hudiya Imani masuk ke dalam rumahnya yang gelap gelita. Dengan pantas Hudiya Imani masuk ke dalam bilik dan mengunci diri. Di buka baju yang di pakai kemudian menuju ke tandas. Hudiya Imani menangis sepuas hati sambil membersihkan diri yang sudah kotor.

Hudiya Imani tersedar dari tidur ketika terdengar azan subuh berkumandang. Dirinya sampai tertidur di dalam tandas kerana letih menangis. Dengan pantas Hudiya Imani membersihkan diri dan keluar menunaikan solat subuh.

Lagi sekali Hudiya Imani menangis dan tertidur di tikar sejadah mengenangkan nasib dirinya. Dan takut jika Adnan akan cuba menjual dirinya lagi sekali. Mungkin nasibnya kali ini baik kerana tidak di apa-apakan tetapi jika berulang lagi. Hudiya tidak dapat bayangkan apa yang akan menimpa dirinya.

Hudiya Imani kembali tersedar dari tidur apabila matahari sudah berdiri tegak di langit. Tersedar kerana dapat panggilan daripada Adnan yang mengucap terima kasih kerana projek yang dia mahukan berjaya atas pertolongan darinya.

Aku haramkan duit yang kau dapat daripada penjualan badan aku. Hudiya Imani berkata dalam hatinya. Adnan tidak langsung bertanya keadaan dirinya malah hanya seronok apa yang dia mahukan berjaya.

Hudiya Imani makan dengan berselera kerana marahnya pada Adnan. Tiada guna dirinya menangis meratapi apa yang sudah berlaku.

“Puan saya balik dulu” Pembantu rumah Hudiya meminta izin untuk balik setelah semua kerjanya selesai.

“Ye. Hati-hati” Hudiya Imani bercakap dengan mulut yang penuh.

..


“Hoi!!” Zahrin menepuk meja Rifaat Rafie yang termenung sebaik masuk ke bilik pejabat lelaki itu “Kau berangan apa?”

Rifaat Rafie melihat Zahrin dengan tenungan tajam lalu meneruskan kerjanya. Sibuk betul la dia ni.

“Kau kalau termenung ingat awek... rindu awekk. Call awekk tu. sekurangnya dapat lepas rindu kau tu. walaupun tak dapat jumpa.” Zahrin duduk di kerusi di hadapan meja Rifaat Rafie tanpa di suruh.

Rifaat Rafie tidak memperdulikan kewujudan Zahrin di depannya.

“Sekejap! Kau tak pernah berangan. Confirm memang awekss ni yang buat kau jadi macam ni.” Zahrin memandang pelik pada wajah Rafie.

“Kau nak apa masuk sini!” Rifaat Rafie menegaskan suaranya.

“Aku lupa dah sebab tengok kau berangan. Agreement untuk project kwasa bina dah settle!” Zahrin jelaskan kehadiran sebenarnya ke bilik Rafie.

“Okay.” Sepatah sahaja yang di balas.

“Kenapa kau pilih company ____? Harga dia lebih tinggi daripada lain.” Zahrin dari awal membantah keinginan Rafie untuk berkerjasama dengan syarikat Adnan. Tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan segalanya.

“Kau boleh keluar!” Pertanyaan Zahrin di balas dengan halauan.

“Aku kena tahu. If Datuk Seri ask me, what I want to answer?” Zahrin berdiri dan meletakkan kedua tangan nya di atas meja Rifaat Rafie, di pandang sepupunya dengan perasaan marah kerana tidak perdulikan kewujudan dirinya di situ.

Rifaat Rafie berhenti melakukan kerjanya dan memandang Zahrin dengan tajam. “Kau rasa Datuk boleh tanya ke?”

“Hehehe...” Zahrin tersenyum senget melihat Rifaat Rafie yang serious memandang dirinya. “Mana tahu Datuk sihat semula. Tiba-tiba dia tanya. Okay la aku bla dulu.” Zahrin keluar dari bilik Rifaat Rafie yang seperti mahu marahkan dirinya.

Sebaik Zahrin keluar Rafie kembali mengingati pertemuan antaranya bersama Hudiya Imani yang membuatkan dia tersenyum sendiri. Wajah sama seperti Adila. isteri yang di rindui selama ini.

Habis sahaja menandatangan perjanjian Adnan ke mall untuk belikan hadiah untuk Hudiya Imani untuk mengembirakan hati wanita yang telah menolongnya.

“Aku tahu kau mesti suka ni.” Perempuan dengan barang kemas tidak akan dapat di pisahkan.

Hudiya Imani tidak memperdulikan bunyi kereta Adnan yang memasuki perkarangan rumah. Dia tetap berdiri termenung tidak tahu apa yang di fikirkan.

Melihat Hudiya Imani tidak menyambut dirinya seperti selalu Adnan terus ke bilik Hudiya Imani. Tanpa ketukan Adnan masuk dan melihat Hudiya Imani yang sedang termenung hingga dia masuk pun tidak di sedari oleh Hudiya Imani.

Adnan meletakkan hadiah yang di belikan di atas katil lalu dia mendekati Hudiya Imani. Pinggang Hudiya Imani di rangkul dengan erat. Di cium leher Hudiya Imani.

Hudiya Imani membiar sahaja apa yang Adnan lakukan pada badannya kerana dia tahu Adnan tidak akan buat lebih daripada itu.

“Thanks sayang.” Adnan berbisik pada telinga Hudiya Imani.

Hudiya Imani tetap diam membisu. Membuatkan Adnan sakit hati dengan perilaku Hudiya Imani kerana perempuan itu tidak pernah diam membisu seperti hari ni. Tidak pernah Hudiya Imani melayan dingin terhadap dirinya.

“Sayang kenapa?”

Tangan Adnan semakin menjalar di seluruh badan Hudiya Imani. Hudiya Imani menepis tangan Adnan yang cuba ingin memegang dadanya. Memusingkan badannya dan menolak Adnan agar tidak rapat dengannya.

“Kenapa! kau pun nak rasa badan aku?”

Muka Adnan yang ceria berubah setelah mendengar kata-kata Hudiya Imani. Adnan memeluk tubuh memandang Hudiya Imani dengan pandangan yang tidak dapat di baca.

“Mesti semalam kau menikmati malam yang sangat bermakna. Dah dua tahun kau tak tidur dengan jantan kan.”

Hudiya Imani cuba memukul Adnan tapi Adnan sempat menahan tangan Hudiya Imani mengenai badannya.

“Aku tak akan sentuh, badan kau yang kotor. Walaupun lelaki lain begitu nikmat bersama dengan kau.”

“Adnan!!” Hudiya Imani menjerit “Kau nak seksa aku sampai bila? aku mati baru kau nak ceraikan aku?"

Adnan tersenyum memandang Hudiya Imani yang sedang marah “Aku tak akan ceraikan kau sampai bila-bila... Sebab aku perlukan isteri macam kau dalam hidup aku.”

“Akh!!!!” Hudiya Imani terasa tertekan hidup di dalam penjara yang dicipta oleh Adnan.

Adnan keluar dari bilik setelah melihat Hudiya Imani tidak dapat mengawal perasannya. Seperti selalu Adnan akan biarkan Hudiya Imani tenang sendiri.

Hudiya Imani menjerit sepuas hatinya. Habis semua barang di lemparkan untuk melepaskan amarahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience