G 6 : TERMENUNG KU SENDIRI

Humor Series 35125

Sejak peristiwa dirinya di jual oleh Adnan, Hudiya Imani kerap termenung sendiri. Tidak kisah dengan keadaan sekeliling rumahnya. Adnan ada atau tidak, sudah tidak di perdulikan lagi.


“Puan semua dah siap.. Saya balik ye,”


Hudiya Imani memandang ke arah pembantu rumahnya yang datang setiap hari. “Ermm. Hati-hati balik,”


“Terima kasih Puan”


Puan Rosma merasa geram dengan Hudiya Imani yang hanya duduk goyang kaki tidak melakukan apa-apa kerja. Adnan juga di biarkan tidak di layan dengan elok. Apa yang Adnan cakap di balas acu tidak acu. Makin lama, makin melampau menantunya. Jika dia tidak datang, mungkin lagi teruk Hudiya melayan suaminya.


Hudiya Imani melihat sekali imbas Puan Rosma yang memandang dirinya dengan perasaan benci. Sejak hari pertama dia dan Adnan berkahwin Puan Rosma sudah membenci dirinya. Benci kerana dia orang miskin, tak berpelajaran, tidak sama taraf dengan mereka. jijik kerana dia pernah kerja di pusat GRO. Perasaan takut pada Puan Rosma juga sudah tiada kerana sudah lali dikeji, dimaki, dan dipukul tanpa sebarang alasan.


“Heyy!! Diya!!” Rambut Diya di tarik oleh Puan Rosma.

Hudiya Imani sudah lali. Dua tahun sudah rambutnya di tarik oleh Puan Rosma jika datang ke rumahnya. Jika bukan rambut, pasti wajahnya yang menjadi sasaran, ataupun mana-mana anggota badannya. Sakit itu sudah tidak di rasai.


“Laki kau penat kerja, kau sedap goyang kaki,”

“Aha,” bersahaja Hudiya Imani membalas kata-kata mertuanya. Kalau kata tidak pun kena juga jadi di iyakan semua kata-kata Puan Rosma.


“Laki kau penat balik kerja kau buat tak tahu. Isteri apa kau ni,” rambut yang di tarik di lepaskan lalu di tolak kepala Hudiya Imani tanpa belas kasihan.


Hudiya Imani hanya diam mendengar apa yang di katakan oleh Puan Rosma. Kepalanya di tunjul berulang kali dengan jari juga di biarkan sahaja.


Adnan melihat sahaja apa yang Puan Rosma lakukan pada Hudiya Imani. Sedikit pun tidak cuba menghalang walaupun dia tahu kenapa isterinya tiba-tiba berubah.


Hudiya Imani bangun dan berdiri memandang Adnan. “Abang bagi saya kerja. tak adalah saya goyang kaki,”


“Kerja apa kau nak buat. layan lelaki. Tu je kerja yang kau bole buat,” Puan Rosma menolak Hudiya Imani hingga jatuh terduduk.


Ye.. Itu keluarga Adnan termasuk Adnan sendiri memikirkan dia buat perkerjaan terkutuk. Hudiya Imani tiba-tiba tersenyum sinis. Macam mana dia boleh percayakan Adnan dulu. Tentu-tentu Adnan perangai tidak senonoh sebab selalu gunakan service tempat dia bekerja.


“Kau senyum kenapa?” Puan Rosma semakin berapi melihat Hudiya Imani tidak terasa dengan kata-kata.. malah lagi tersenyum.

"Kalau itu sahaja cara untuk saya dapatkan duit apa salahnya. Kan abang?," wajah Adnan di pandang sinis. "Cuba mammy tanya, besar mana tender anak mammy dapat sebab isteri dia ni," sengaja Hudiya memerli dua beranak itu. Jika dia di pukul kemudian nanti, dia sudah tidak kisah. Tapi sakit yang bagaikan barah dihatinya tiada penawar.


Hudiya Imani bangun cuba meninggalkan ruang tamu rumahnya, malas mendengar Puan Rosma marahkan dirinya. Penat, letih, macam-macam perasaan ada ketika itu. Apa sahaja yang di lakukan pasti salah di mata Puan Rosma.


Puan Rosma membaling cushion pada Hudiya Imani yang berlalu pergi. "Betina kurang ajar,"


“Diya lupa pula” Hudiya ke meja ruang tamu mengambil handphone yang di letakkan di atas meja. “Abang jangan lupa. Transfer Duit, Diya nak shopping online. Yela Diya kan tak di benarkan keluar dari rumah ni. Nak kerja pun tak bagi,” lagi Hudiya Imani sengaja keluarkan kata menyindir kepada Puan Rosma. Sengaja mahu buat Puan Rosma lagi sakit hati.


Puan Rosma yang dengar berasa marah. Darahnya naik ke kepala. Mukanya menjadi panas melihat Hudiya Imani.


“Ye.. sekejap lagi Abang bagi,” Adnan bagi semua yang Hudiya Imani mahukan kerana Hudiya Imani tidak gunakan duit banyak seperti bini ke duanya. Dan untuk menjaga rahsia keburukan yang dia telah lakukan.


Puan Rosma menarik rambut Hudiya Imani dan di hentak kepala Hudiya di dinding. Adnan terkejut melihat Puan Rosma melakukan sesuatu di luar jangkaannya.


“MAMMY STOP!”


Lagi sekali kepala Hudiya Imani di hentak oleh Puan Rosma. “Kau jampi apa dekat anak aku. sampai dia ikut semua cakap kau,”

Hudiya Imani sudah menjangkakan apa yang Puan Rosma akan menghentak kepalanya.. tangannya sudah siap sedia untuk menahan kepalanya dari di hantuk.


Adnan cuba melepaskan tangan Puan Rosma dari menyentuh Hudiya Imani dan menolak Puan Rosma dengan sekuat hati.


“Mammy buat apa ni.. kenapa mammy pukul Diya. Diya tak buat apa pun,” Adnan bersuara agak kuat seperti mahu memarahi Puan Rosma


“Memang kau dah kena guna dengan perempuan tak guna ni,” Puan Rosma memarahi Adnan yang selalu ikut sahaja kemahuan isterinya.


Walaupun sempat menahan tetapi kepalanya masih lagi merasa sakit di hentak. “Mammy nak tahu kenapa anak mammy ikut cakap Diya. Mammy tanya sendiri anak mammy. Kalau Diya cakap mammy bukan percaya pun. Sebab Diya ni kan pelacur,"


Diya berlari masuk ke dalam biliknya. Di lemparkan badannya di atas tilam. Air matanya menitis keluar menahan sakit di kepala. Sakit di hati yang paling menyakitkan. Bukan tidak pernah cuba ambik hati Puan Rosma tapi dirinya tetap di benci..Adnan pun sama, dari dulu Adnan di layan baik tapi kebaikannya di ambik kesempatan oleh Adnan.


Puan Rosma cuba mengejar Hudiya Imani tapi di halang oleh Adnan. “Mammy kalau datang sini nak pukul Diya, baik Mammy balik,”

"Yang kamu nak lebihkan dia kenapa? cakap dengan Mammy kenapa kamu turut sangat cakap dia?" Puan Rosma tidak berpuas hati apabila Adnan menyebelahi Hudiya Imani.

"Balik Mammy! Adnan tak bergaduh dengan Mammy. Ni keluarga Adnan biar Adnan uruskan,"

Puan Rosma keluar dari rumah Adnan selepas di halau dengan perasaan marah. Kata-kata keji untuk Hudiya diucapkan di dalam hati.


Adnan menjenguk Hudiya Imani di dalam bilik Setelah Puan Rosma keluar dari rumahnya. Pasti kepala Hudiya Imani sakit di hantuk oleh Puan Rosma tadi.


“Diya” Adnan membuka pintu bilik Hudiya Imani tanpa di ketuk dahulu.


Adnan melihat Hudiya Imani menyiarap di atas katil dan dekati badan Hudiya Imani.


“Maafkan mammy Diya. Mammy tak tahu,” Adnan mengusap kepala Hudiya yang sedang tidur dan mempunyai sisa baki air mata di wajahnya.


Adnan menjadi tidak tentu arah sejak menyuruh Hudiya Imani tidur bersama Rifaat Rafie. Kerana perangai Hudiya Imani sudah seminggu
berlainan. Terlalu lain tidak seperti Hudiya Imani yang dia nikahi dahulu.


Tiada layanan yang selalu Hudiya Imani selalu berikan padanya. Kerap termenung. Jika di tanya hanya sepatah yang di jawab. kadang kala hanya biarkan soalan darinya tanpa jawapan.

Perubahan sikap Hudiya membuatkan dia tidak keruan. buatkan dia risau walaupun sebelum in tiada perasaan belas walaupun pada Hudiya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience