Pintu bilik Rifaat Rafie di ketuk bertalu-talu. “Nak apa pagi-pagi buta ni,” Rifaat Rafie bangun dalam keadaan malas buka pintu biliknya.
“Tuan subuh,”
Laju Hudiya Imani turun semula masuk ke bilik Datuk Yacop. Dia ni kejut elok tak boleh ke. Rifaat Rafie menutup pintu dan baring semula di atas tilam. Badannya di pusing ke kiri kemudian ke kanan tidak dapat tidur kembali. Akhirnya Rifaat Rafie bangun mengambil wuduk lalu turun ke bilik Datuk Yacop.
Habis sembayang Hudiya Imani ke dapur dan singgah sebentar di hadapan aquarium. Di lihat isi aquarium.
Dia nak tangkap lagi ke. Tak boleh jadi. Dengan pantas Rifaat Rafie ke Hudiya Imani. “Kau Jangan nak masak udang aku lagi,”
Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie yang berada di sebelahnya. “Tak, Tuan Tengok tu. Kaki dia hilang sebelah,”
“Ha!!” Rifaat Rafie terkejut lagi sekali dia merapatkan mukanya pada aquarium untuk melihat. Hudiya Imani pula ke dapur untuk membuat sarapan pagi.
“Mana kaki kau? semalam ada," Di lihat di lantai aquarium jika kaki udangnya patah. “Cacat dah... baby mesti sakit,” Rifaat Rafie seperti tidak betul melihat haiwan kesayangan cedera.
Apalah bela udang. Bela la kucing baru kira haiwan belaan. Ni bela udang memang suruh makan.
Pap!! Terkejut Hudiya Imani apabila udang tiba-tiba muncul di hadapannya. Hudiya mengangkat udang yang besar itu lalu memandang siling dapur.
“Aku yang baling,” Dia ni kadang bler juga. Tak kan la udang jatuh dari langit.
Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie di pintu dapur.
“Dia cacat dah. Kau masak la ikut suka kau,”
Rifaat Rafie ke biliknya dan menyambung tidur semula.
..
“Good morning Daddy,” Rifaat Rafie cium pipi Datuk Yacop. Melihat Hudiya Imani berada di sebelah Rifaat Rafie sengaja ingin menyakat perempuan itu.
“Good morning sayang,” Pipi Hudiya Imani juga di cium, kemudian duduk di sebelah Datuk Yacop
Ciuman dari Rifaat Rafie membuatkan Hudiya Imani terbeliak biji mata kerana terkejut. Lalu di kesat pipi yang di cium.
Pang!!! Pantas tangan Datuk Yacop menampar Rifaat Rafie
“Daddy sakit la,” Rifaat Rafie memegang pipinya “Sekejap! daddy tampar lagi,” Rifaat Rafie menghulurkan mukanya pada Datuk Yacop. Dia bagaikan tidak percaya yang menamparnya tangan Datuk Yacop.
“Di.ya Tam. Pa,”
Hudiya Imani bangun lalu menampar Rifaat Rafie.
Pang!!
Tidak sempat Rifaat Rafie mengelak kerana Hudiya Imani dengan pantas memberi tamparan selepas di suruh Datuk Yacop.
“Aduh... Sakitnya,” kali ini pipi kirinya pula di pegang. “Sejak bila tangan Daddy ni boleh gerak?” Rifaat Rafie angkat tangan kiri Datuk Yacop, dia tahu bukan lagi mimpi. Apa yang di lihat tadi adalah betul.
Rifaat Rafie berdiri kerana terkejut. Dirinya baru teringat rambutnya pernah di tarik sebelum ini. “Daddy dah boleh gerak kenapa tak makan sendiri?” Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani masih setia menyuap Datuk Yacop.
“Makan tangan kanan bukan kiri,” Hudiya Imani jawabkan untuk Datuk Yacop.
Rifaat Rafie menjeling Hudiya Imani. Dia ni ada je jawapan. Kalau bawa jumpa client banyak cikadak ni bagus. Habis semua soalan di jawab.
“Tuan makan. Saya buat nasi goreng udang,”
Berselera Rifaat Rafie nasi goreng udang yang Hudiya Imani masakan. “Nasib kau la udang. Next time jangan patah kaki. Patah kaki rumah ni dah ada orang gila suka masak udang. Memang habis korang semua.” sengaja Rifaat Rafie bercakap kuat agar Hudiya Imani dengar
Hudiya Imani tidak perdulikan akan kata-kata Rifaat Rafie. sedikit pun tidak terasa “Puan Sharifah nak datang tengah hari nanti,”
“Ye aku tahu," balas Rafie.
..
Balik dari kerja Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani duduk memeluk kaki Datuk Yacop. Dia ni saja nak ambik hati aku apa. Tunjuk kau sayang daddy la tu.
“Diya!! Aku nak air,” Rifaat Rafie sengaja mahu Hudiya Imani bangun dan melihat dia sudah pulang.
Tidak sempat Hudiya Imani ke dapur Bibik Salma sudah datang bawa air untuk Rifaat Rafie, dia kembali duduk di sisi Datuk Yacop.
“Air Tuan. Sabar ya Tuan. Bibik lambat,”
“Tak apa,” Bibik ni kacau la. Apa lagi aku nak suruh ni. “Diya buka stoking aku ni. Panas!!”
“Bik bukakan saja,” balas Bibik salma tanpa tahu tujuan sebenar Rafie.
“Bik ni kacau la. Orang nak Diya,” Rifaat Rafie memarahi Bibik Salma. “Tak payah Rafie buka sendiri,”
“Semua Diya buat. Nak Bibik jadi bos pula?” bersahaja Bibik Salma membalas.
Rifaat Rafie memandang Bibik Salma. Bibik ni melebih pula. “Bik duduk sini,” Rifaat Rafie menyuruh Bibik Salma duduk di sebelahnya.
Bibik Salma duduk seperti di arahkan “Ada apa Tuan?”
Rifaat Rafie berbisik pada telinga Bibik Salma. “Bik tahu kenapa Diya suka duduk macam tu?”
“Engak tahu Tuan. Tapi bila Diya duduk bergitu pasti. Mulut jadi diam. Sama juga Datuk,” Bibik Salma jawab dengan nada biasa.
“Bibik ni slow la sikit,”
“Maaf Tuan,” Bibik Salma memperlahankan suaranya.
“Dia macam ni ke?” Rifaat Rafie merapatkan dua jari telunjuknya.
“Tak mungkin Tuan,” suara Bibik Salma kembali kuat kerana terkejut dengan andaian Rifaat Rafie.
“Bibik ni. Pergi la tak boleh Bawa gosip betul,” Rifaat Rafie bangun lalu ke bilik untuk membersihkan diri.
“Bik salah apa sih?” Bibik Salma mengaru kepala yang tidak gatal memikirkan kenapa Rifaat Rafie memarahinya.
Rifaat Rafie sempat menjeling Hudiya Imani di lihat matanya merah seperti sedang menangis. Dah kenapa aku tak marah pun lagi mata dah merah. Aku kalau marah dia buat tak tahu je. Memang tak takut betul dia dengan aku.
Selepas mandi Rifaat Rafie mendengar pita rakaman yang di berikan kepadanya petang tadi oleh Puan Sharifah.
Senyuman dan kata-kata Puan Sharifah menjadi tanda tanya padanya. "Tidak saya sangka. Saya dan hampir semua mengenali Encik Rafie kerana tingkah laku buruk Encik tapi di balik semua itu ada yang terselindung. Saya Ingatkan Encik Rafie sengaja mengambil kesempatan tapi sebaliknya penuh tersirat,"
Rifaat Rafie menongkat dagu dan jarinya menyentuh bawah pipi. Dia sudah faham maksud Puan Sharifah petang tadi.
Hudiya Imani ada mengatakan tidak mahu Rifaat Rafie terbabit dalam pembicaraannya kerana tidak mahu Rifaat Rafie terlibat dalam tuduhan menerima rasuah iaitu dirinya. Hudiya Imani mahu membalas kembali apa yang Rifaat Rafie lakukan padanya walaupun tidak sebesar seperti dirinya terima.
Pasti ada yang Hudiya katakan tapi tidak dirakam oleh Sharifah.
“Diya! Diya!” Rifaat Rafie bangun dan turun ke bawah di lihat ruang tamu rumahnya kosong lalu dia ke bilik Datuk Yacop.
Melihat Datuk Yacop dan Hudiya Imani sedang sembayang Marghib Rifaat Rafie kembali semula ke ruang tamu. Di buka Television untuk menanti makan malam. Hatinya menjadi tidak tenteram dengan tiba-tiba. Dan kembali semula ke bilik Datuk Yacop. Lihat dari belakang Hudiya Imani dan Datuk Yacop sembayang hingga habis. Hatinya menjadi sayu dengan tiba-tiba.
Sebelum Hudiya Imani dan Datuk Yacop habis sembayang Rifaat Rafie kembali semula ke ruang tamu.
Selepas Hudiya Imani siap menghidangkan makan malam. Rifaat Rafie datang duduk di meja makan sambil memandang wajah Hudiya Imani “Mata kau merah kenapa?” Sengaja Rifaat Rafie menanya walaupun dirinya tahu yang Hudiya Imani baru lepas menangis.
“Sakit gigi,” Hudiya Imani jawab sambil tangannya sibuk menyedukan nasi dan lauk ke pinggan Rifaat Rafie.
“ALLAH... Sakit Gigi pula,” Eleh ingat tak tahu la tu menangis “Sakit lagi ke? Kalau sakit suruh Pak Ali pergi hantar klinik lepas makan,”
“Tak pe saya dah kumur dengan air garam,”
Sakit gigi betul ke. Bukan sebab nangis. “Esok kau pergi klinik. Kang hari-hari nampak mata merah kata aku dera,”
“Ye,”
..
Adnan memeluk Tasya yang sedang duduk menonton television. Tidak langsung di layan kerana setiap malam Adnan akan menyebut nama Hudiya Imani. Apabila bersama pun nama Hudiya di sebut hingga mematikan nafsu Tasya.
“Sayang tak masak hari ni?” Adnan berkali-kali cium pipi Tasya.
“Malas!”
“Tak apa. Abang boleh makan sayang,” tangan Adnan sudah menjalar di seluruh tubuh Tasya. “Jom Diya teman Abang mandi,”
“Abang saya Tasya bukan Diya!!” Tasya memarahi Adnan. "Tasya!" ingatkan Hudiya sudah tiada dia sudah menang tapi dia silap. Adnan seperti orang gila sekarang.
Adnan tetap nampak Hudiya Imani yang memarahi dirinya.. “Sayang marah lagi cantik la,” Adnan memegang muka Tasya.
Tasya bangun untuk meninggalkan Adnan. Sakit hati dengan Adnan.
“Diya nak pergi mana” Adnan menangkap badan Tasya agar tidak dapat ke mana-mana.
“Lepas la! Apa Abang buat ni?”
“Abang nak bersama Diya. Lepas Abang tidur dengan Diya. Diya jangan tinggalkan Abang ye?” lagi kuat tangan Adnan menjalar di tubuh Tasya.
Tasya meronta minta di lepaskan. Dia rasakan Adnan sudah betul-betul gila. Pang!! Pipi Tasya di lempang dengan tiba-tiba.
“Kau layan laki lain boleh kenapa dengan aku kau tak nak layan!” Adnan menarik rambut Tasya di bawa masuk ke dalam bilik.
Tasya di perlakukan kasar oleh Adnan. Rayuan Tasya tidak di dengari oleh Adnan. Di mata Adnan sentiasa bayang Hudiya Imani sahaja.
“Sedap tak Diya Sayang,” buah dada Tasya di ramas dengan kasar dan badannya di hentak pada badan Tasya dengan kuat. “Abang layan Diya lagi sedap dari orang lain. Diya nak hari-hari Abang bagi. Jangan tinggalkan Abang ye sayang” Tasya hanya boleh menangis menahan sakit di badannya.
Share this novel