Hudiya Imani duduk di hadapan Datuk Yacop seperti semalam. “Tuan pagi ni nak buat apa?”
“Da. Dy”
“Daddy?” Hudiya Imani memandang Datuk Yacop dengan muka tercenggang tidak faham apa yang ingin di sampaikan kepadanya.
Datuk Yacop mengangguk sedikit. “Pa. gill da dy,”
“Panggil Tuan Daddy?”
Datuk Yacop mengelipkan mata dua kali.
“Tak boleh nanti Tuan Rafie marah saya,” Hudiya Imani terkejut dengan permintaan Datuk Yacop.
“Takk. Da dy su uh,”
Hudiya Imani mengaru kepala yang tidak gatal. “Daddy. Daddy pun Daddy la,”
Tersenyum Datuk Yacop memandang Hudiya Imani. Tapi senyuman yang diberi tidak nampak di wajahnya.
“Sekarang nak buat apa?” Hudiya Imani tidak berganjak memandang Datuk Yacop. “Tak apa Diya google dulu,”
Hudiya Imani yang diam melihat telefon akhirnya bersuara. “Tuan buat macam ni,” Hudiya Imani menunjukkan video pesakit stroke melakukan senaman.
“Dy! ”
“Daddy buat ni,” Hudiya Imani membetulkan panggilan untuk Datuk Yacop. “Kita buat sekarang. Kalau sakit Daddy jerit. Nanti Diya stop,” semestinya Datuk Yacop tidak menjerit, hendak bercakap pun susah.
“Ye,”
..
Sebaik kereta berhenti Datuk Yacop di sambut oleh guard untuk menolongnya turun dari kereta. Baru Hudiya Imani mengambil alih menolak kerusi roda Datuk Yacop memasuki perkarangan lobby. Dengan pantas seseorang datang ke arah Hudiya Imani dan Datuk Yacop.
“Good afternoon Datuk,”
“Er”
“Puan sila ikut saya,” Senyuman mesra diberi.
Hudiya Imani mengangguk kepala tanda faham. Pengadang kaca untuk memasuki ruang lift di buka tanpa memerlukan Hudiya Imani meminta kebenaran dari penyambut tetamu. Pemuda yang menyambutnya masih berdiri di sebelahnya menunggu hingga pintu terbuka.
“Lama tak jumpa Datuk. Kitaorang semua doakan Datuk cepat sembuh,”
“me.. sih,”
“Terima kasih,” Hudiya Imani menjadi juru bahasa untuk Datuk Yacop.
“Sama Datuk,”
Pintu lift terbuka. “Puan boleh masuk,” Pemuda itu menahan pintu lift dan menyuruh Hudiya Imani masuk dengan penuh sopan. Kemudian pemuda menekan butang lift nombor yang paling besar.
“Bye Datuk,”
“Erk”
Setelah sampai di tingkat yang di tuju. Hudiya dan Datuk Yacop lagi sekali di sambut.
“Good evening Datuk,” lelaki itu dengan pantas buka pintu yang memerlukan kad access untuk di buka.
“Terima kasih,” Hudiya Imani memberi senyuman pada pemuda itu lalu menolak Datuk Yacop.
“Daddy kiri kanan,” Hudiya Imani tidak tahu arah mana perlu di tuju.
“Ka an,”
Hudiya Imani menolak kerusi roda ke arah kanan “Masuk sini ke Daddy?” Hudiya Imani berhenti di pintu kayu yang besar dan tinggi. “Kenapa banyak sangat pintu Daddy? Macam main maze pula,” Hudiya buka pintu kayu yang agak berat baginya.
Hudiya menolak kerusi roda Datuk Yacop masuk ke dalam dan matanya tidak berkelip melihat suarana ruang pejabat yang besar dan tenang.
“Jom Puan,” dia di sambut lagi sekali. Kali ini seorang wanita yang cantik pada pandangan matanya. “Hey Datuk,” Jannah memberi senyuman pada Datuk Yacop.
Hudiya Imani menolak kerusi roda mengikut wanita itu. Satu dua tiga empat lima. Ada lima orang pekerja sahaja di ruang pejabat yang besar. semua senyum memandang dirinya dengan wajah yang manis-manis. Mesti semua bekerja tanpa sebarang tekanan.
“Encik Rafie, Datuk dah sampai,” Jannah intercom Rifaat Rafie.
“Boleh masuk,”
“Puan boleh masuk,”
“Pintu lagi?” Hudiya Imani memandang wanita di hadapannya.
“Last” Jannah faham kata-kata Hudiya Imani. Kerana semasa hari pertama dia bekerja dia penat kena melalui banyak pintu. Jannah bukakan pintu bilik Rifaat Rafie untuk Hudiya Imani dan Datuk Yacop masuk.
Setelah Hudiya Imani masuk Jannah merasakan baju yang di pakai oleh wanita dengan Datuk Yacop seperti baju yang dia belikan semalam. Cantik. Pandai aku pilih. Puji diri sendiri.
Hudiya Imani melihat di dalam bilik Rifaat Rafie mempunyai dua orang lagi tetamu yang sedang duduk di kerusi empuk sambil mata memandang kearahnya.
Rifaat Rafie mengambil Datuk Yacop dari tangan Hudiya Imani. Di tolak untuk di dekati kerusi tempat pembincangan mereka sebentar lagi.
“Diya duduk sana” Rifaat Rafie menunjuk kerusi kosong di sebelah wanita berkot hitam. “Daddy duduk sini diam dengar,” Rafie tidak mahu menyorok apa-apa dari Datuk Yacop. Biar Datuk Yacop sendiri tahu status Hudiya yang sebenar. Jika Datuk Yacop tidak kisah akan status Hudiya akan diusahakan untuk jadikan Hudiya sebagai isterinya selepas wanita itu bercerai.
Hudiya Imani duduk seperti di arahkan Rifaat Rafie.
“Saya Sharifah dan ini Aliff, ” Sharifah memperkenalkan diri dan menghulurkan business cardnya sebaik sahaja Hudiya Imani duduk. “Kami peguam syarie yang dilantik Encik Rafie untuk Puan,”
Datuk Yacop terus memandang Rifaat Rafie. Rifaat Rafie memandang Datuk Yacop dan meletakkan jari telunjuk di tengah bibir agar diam dan dengar sahaja.
“Saya Hudiya,”
“Saya dapat tahu Puan dah tiga kali menuntut fasakh tetapi semua tidak berjaya. Boleh Saya tahu kenapa?”
“Hakim cakap bukti tidak cukup,”
“Boleh saya tahu kenapa Puan ingin menuntut fasakh?”
Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie dan Datuk Yacop dia merasa serba salah untuk bercerita di hadapan semua orang yang ada di dalam bilik ini. Walaupun kemungkinan Rafie sudah pun tahu.
“Boleh saya cerita dengan puan Sharifah sahaja?” Hudiya Imani tidak mahu Rifaat Rafie dan Datuk Yacop tahu mengenai masalah rumahtangganya.
“Rafie kena tahu. Ingat aku ni siapa?” Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani yang teragak-agak untuk bercerita. “Aku kena tahu semua A to Z sebab aku yang tolong kau,”
Hudiya Imani masih berdiam diri.
“Dah berape lama Puan sudah berkahwin dengan suami Puan?”
“Tiga,” Hudiya Imani masih sedang berfikir. Terasa malu, keliru, takut. Semua perasaan ada padanya ketika itu. Jika dia bercerita sekarang orang luar tahu akan masalah rumahtangganya.
“Puan tak bersedia untuk bercerita tak apa. Kita saya boleh jumpa puan pada lain sesi, Saya dengan Puan sahaja,”
Hudiya Imani mengangguk kepala.
“Tell now!” Rifaat Rafie bercakap dengan nada tegas pada Hudiya Imani. Dia menegaskan suaranya agar Hudiya Imani tahu yang dia perlu mendengar arahannya sekarang ini. Pertolongan yang dia cuba lakukan untuk Hudiya bukan main-main.
“Tak apa Encik Rafie,” Sharifah cuba untuk menenangkan Rifaat Rafie yang seperti ingin marah pada Hudiya Imani.
“Dia tak pernah sentuh saya, " Hudiya Imani akhirnya bersuara. “Dia jual saya. Mak mertua saya pukul saya, saya di caci,” Hudiya Imani mengesat air mata yang mengalir keluar. “Kawin lagi satu tanpa pengetahuan saya. Saya jadi barang perjudian,”
Bila Hudiya Imani senaraikan apa yang berlaku pada dirinya. Rifaat Rafie menjadi serba salah kerana memaksa Hudiya Imani bercerita. Dia tidak berada di tempat Hudiya, pasti Hudiya tidak selesa bercerita dihadapan semua orang.
“Puan boleh berhenti. Jangan paksa diri Puan,” Sharifah menepuk belakang badan Hudiya Imani yang sedang menangis “Saya buat tuntutan dahulu. Puan boleh cerita lebih terperinci pada lain sesi. Bila puan sudah bersedia,”
Datuk Yacop terkejut dengan pengakuan Hudiya Imani. Sebab itu anaknya bawa Hudiya Imani ke rumahnya pada malam hari. Rifaat Rafie bawa lari Hudiya Imani ke rumahnya. Rafie bawa lari isteri orang. Mengucap panjang Datuk Yacoop
Share this novel