Hudiya Imani terjaga dari tidur kerana tiba-tiba badannya terasa sempit. Seperti di himpit sesuatu.
Apa dia buat tidur dekat sini. “Tuan!!”
“Ermm...” Rifaat Rafie mamai mendengar suara Hudiya Imani mengejutnya.
“Bangun la. Kenapa tidur sini?” Hudiya Imani menolak badan Rifaat Rafie agar berganjak dari sebelahnya.
“Tak ada tempat. Diya tidur jela,” Rifaat Rafie bercakap dengan malas kerana mengantuk.
“Tu dekat sofa sana kan boleh,”
“Sakit badan. Dah tidur Abang janji Abang peluk Diya sorang je. Tak peluk perempuan lain dah,” mata Hudiya Imani di tutup dengan tangan Rifaat Rafie.
“Ish!!” rasa kau. Hudiya Imani mencubit lengan Rifaat Rafie.
“Diya! sakit la. Orang nak tumpang tidur je. diam!!” tangan kaki Hudiya Imani di kepit. Padan muka aku tumpang sebelah je. Sekarang peluk sekali aku bagi.
Hudiya Imani meronta minta di lepaskan. “Tuan sakit!!” Tiba-tiba terasa belakangnya sakit kembali.
“Tak nak sakit diam,” Rifaat Rafie sambung tidur kembali malas mahu melayan Hudiya Imani. Nak meronta apa biarkan je.
Dengan keadaan dirinya yang tidak mampu bergerak Hudiya Imani akhirnya mengalah lalu menyambung tidurnya semula.
Diya ni. semalam bukan main tak bagi aku tidur dengan dia. Last-last dia tak bagi aku lepas. Diya nak peluk. Peluk la. Abang suka walaupun peluk tangan je.
"Saya bagi injection ye,"
Rifaat Rafie mengangguk setuju dengan nurse di hadapannya.
.
Adnan datang ke hospital dengan senyuman lebar. Di tangannya mempunyai sejambang bunga dan beg kertas berisi seutas rantai tangan. Abang akan pujuk Diya sampai Diya nak kan Abang semula.
“Tuan, tolonglah... Penat la baring telentang je. Saya nak pusing pula,” banyak kali Hudiya merayu pada Rifaat Rafie tapi sedikit pun tidak di endahkan.
Rifaat Rafie yang melihat telefon pintar hanya menjeling Hudiya Sekilas “Masalahnya aku gerakan sikit kau dah terjerit macam aku dera kau,”
“Saya tahan. Hari ni dah kurang sakit tak macam semalam,” Hudiya Imani memberi pandangan merayu. letih terbaring je.
Dia yang mulakan. kang aku start mengatal dia juga marah “Kalau macam tu mandi teruslah, dah boleh gerakkan,”
“Tak nak. Tuan ni jangan miang sangat boleh tak,”
Aku dah agak dah. Aku juga kena balik “Dah mulut kau diam,” Rifaat Rafie terus naik ke atas katil.
"Tuan naik atas badan saya kenapa?"
"Aku nak tolong kau bangun duduk. Aku pun naik rimas tengok kau terbaring je," Rifaat Rafie peluk Hudiya Imani lalu cuba didudukkan perlahan-lahan.
"Tuan gelilah... Hehehe..." tempias nafas Rifaat Rafie yang terkena leher membuatkan Hudiya Imani ketawa.
"Diamlah! Kan ada tudung kau ni, nak geli apa,"
Hudiya Imani tidak dapat menahan rasa gelinya lalu lagi kuat gelak ketawa yang keluar dari mulutnya. "Tuan jangan nafas dekat leher saya,"
Kaki Adnan terhenti di pintu apabila terdengar suara Rifaat Rafie dan Hudiya Imani ketawa. Hatinya menjadi sakit walaupun tahu yang Hudiya Imani mencintai Datuk Yacop.
Membulat mata Adnan terkejut melihat Rifaat Rafie berada di atas badan Hudiya Imani. Barang yang di pegang hampir terjatuh ke bawah. Kau kata tak sukakan dia tapi apa semua ni Diya.
Kepala Rifaat Rafie terus di toleh ke arah pintu apabila dengar pintu di tolak “Kacau daun betul la.” di baringkan semula Hudiya, kemudian Rifaat Rafie turun dari katil. Takut berlaku salah faham.
“Tuan belum lagi,” Hudiya Imani buat tidak tahu akan kemunculan Adnan.
"Suami kau tengok,”
Di pandang sekali imbas ke arah Adnan "Dia tak kisah," Bersahaja Hudiya Imani membalas.
“Diya buat apa ni?” Adnan cuba mengawal perasan marahnya. Kalau ikutkan hati mahu tumbuk muka Rafie.
“Tukar baju,” Hudiya Imani jawab tanpa rasa bersalah.
Bila masa aku tukar baju kau. Pandai kau sekarang ye. Nak gunakan aku la ni.
“Kenapa suruh Rafie pula tukar? Kenapa tak call Abang. Nurse,”
“Rafie bukan tak pernah tengok badan Diya. Biarlah, nak suruh kau, nak tengok pun jijik lagikan sentuh,” pedas balasan Hudiya.
Berani kau dah ye Diya. Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani. Siapa ajar kau jadi berani macam ni? Siapa?
Adnan tersentap dengan kata-kata isterinya. "Abang minta maaf Diya. Abang tak jijik dengan Diya. Abang menyesal Diya tuduh Diya bukan-bukan,"
Hudiya Imani diam membisu. Malas hendak melayan Adnan. Berapa banyak kali nak menyesal tapi buat semula. Lidah berbisa memang tidak boleh dipercayai.
“Rafie kau memang sengaja ambik kesempatan atas masalah aku kan? ” Adnan memandang Rifaat Rafie pula. Pandang dengan pandangan tidak puas hati.
“Diya minta tolong, aku tolong. Sejak bila kau kisah Diya kena sentuh ke tak. Lagipun aku dah pernah tengok, rasa lagi aku tak hairan,”
“Encik tumpang lalu,” jururawat menolak lembut Adnan ke tepi untuk memeriksa keadaan Hudiya Imani. “Seronok Puan tidur husband peluk sampai kitaorang kejut pun tak nak bangun,”
“Ada kejut ke semalam?” Hudiya Imani terkejut sememangnya dia tidak tahu ada jururawat datang mengejutkannya.
“Ada. Nak bagi makan ubat, last-last bagi ubat cucuk. Itu pun tak sedar juga,”
“Badan ni ubat tidur sayang,” Rifaat Rafie memegang badannya sendiri. “Malam ni Abang peluk lagi ye,”
Hudiya jengkilkan mata memandang Rafie. Bab tu cepat sahaja.
Adnan yang dengar semakin sakit hati. Sudah di buat dirinya seperti tidak wujud di situ. Kemudian bersahaja cakap berasmara di hadapannya.
“Sibuk je. Daddy mana Daddy? rindu dekat Daddy,”
Jururawat senyum melihat Hudiya Imani dan Rifaat Rafie. Mereka bagaikan pasangan suami isteri yang cukup bahagia. Gaduh sekejap lepas tu baik semula, suka bergurau senda.
“Ni hadiah untuk Diya, get well soon sayang,” diletakkan beg kertas yang di bawa di atas badan Hudiya. Dia cuba untuk menahan perasaan cemburu. Cuba untuk menutup mata atas kemesraan Hudiya dan Rafie. Misi dia datang ke sini untuk memujuk Hudiya, bukan untuk mencari masalah.
“Abang ambik, Diya tak nak” Hudiya Imani tekad tidak akan lagi terima apa-apa yang Adnan berikan padanya. Tidak akan terima lagi pujuk rayu lelaki Itu.
Setiap kata-kata Adnan tidak nampak sudah keikhlasan di mata Hudiya.
"Abang belikan untuk sayang,”
Hudiya senyum sinis. Di ambil hadiah pemberian Adnan lalu di campak dalam tong sampah yang berada di bawah katil. "Thanks,"
Rafie yang duduk di sofa hanya melihat sahaja drama suami isteri di hadapannya. Jika Adnan cuba untuk lakukan yang tidak elok baru dia bertindak.
“Buruk sangat ke Abang sampai apa Abang bagi Diya buang,”
“Ye. Terlalu jijik sanggup jual isteri suruh layan lelaki lain. Puaskan nafsu laki lain. Tu bukan kau yang jijik, aku yang jijik. Hahaha..." Hudiya ketawa bagai orang gila. "Kau boleh pergi, aku malu nak tayang muka jijik aku ni dekat kau, hahaha...”
Rafie meremang dengar ketawa Hudiya. Bagai di rasuk pontianak.
"Memang patut Diya benci Abang sebab Abang jual Diya. Tapi Abang betul- betul dah menyesal. Abang rindu Diya. Abang sentiasa rindu akan layanan Diya pada Abang."
"Menyesal? Dulu berapa kali kau cakap menyesal? Rasa banyak kali juga tapi apa jadi lepas tu. Aku yang menyesal percaya dan maafkan kau, hahaha... "
“Diya dah! jangan gelak macam tu, Diya tak sihat lagi kan,” Rifaat Rafie menegur kerana takut dengan hilaian Hudiya. “Tak payah hiraukan dia," Rafie dekati Hudiya. "Tadi Diya nak pusingkan, ni Rafie tolong,”
"Aku rasa lebih baik kau balik Adnan, Kau ada lagi buat Diya tak sihat,"
"Aku suami Diya, aku yang lebih berhak atas Diya," Adnan masih tidak mahu mengalah. "Diya nak bangun? Abang tolong,"
Baru Adnan sentuh sedikit Hudiya menjerit kuat, Rafie yang terkejut pantas menolak Adnan menjauhi Hudiya. "Kau tak tahu nak buat jangan berlagak tahu. Hak kau sebagai suami, tak berguna dekat sini kalau semata untuk menambah sakit pada Diya,"
Adnan menolak balik Rafie lalu dekati Hudiya. "Abang minta maaf, abang tak tahu Diya sakit dekat situ. Abang buat perlahan-lahan,"
Tidak sempat Adnan sentuh, Rafie terlebih dahulu menahan. "Lebih baik kau jumpa doktor tanya doktor apa sakit Diya sebelum kau sentuh dia,"
Hudiya terus merasa lega sebaik Rafie menghalang.
"Sebab tu aku cakap hak kau sebagai suami, tak berguna dekat sini kalau isteri kau sakit apa, kau sendiri tak tahu. Kau nak buat baik tapi lagi menyakitkan isteri kau,"
"Biar aku yang jaga isteri kau, kau balik sahaja," Rafie pantas cuba untuk menolong Hudiya duduk disaksikan Adnan.
“Slow sikit. Sakit,”
“Abang minta maaf. Diya rehatlah Abang balik,” Hati Adnan menjadi sayu sedih melihat Hudiya yang lebih memilih orang luar untuk menolongnya.
Diya tak hiraukan Abang tak apa. Abang akan buat Diya kembali dekat Abang. Diya sendiri merayu dekat Abang.
Di ambil balik rantai tangan yang di buang. "Abang simpan Abang akan bagi kemudian hari. Abang tahu Diya tak akan tolak lagi lepas ni," Adnan menghulurkan tangan untuk Hudiya salam tapi ditepis.
Perasaan sedih dan kecewa hanya Adnan sahaja tahu apabila melihat Hudiya kurang ajar dihadapan Rafie. Dia terlalu rindukan senyuman yang Hudiya, rindukan layanan Hudiya setiap kali pulang kerja. Kehilangan sangat dirasai sebaik kepergian Hudiya.
Rifaat Rafie cuba memujuk Hudiya Imani yang menangis sebaik Adnan keluar dari bilik wad. “Diya, ada Abang Rafie. Diya tak payah sedih ingat jantan tak guna tu. Abang Rafie akan buat Diya bahagia,”
Hudiya Imani hanya mengangguk dan mengesat air matanya. Tipu jika tiada sudah perasaan sayang. Dia bukan hidup bersama Adnan sehari dua. Jahat Adnan ada baiknya juga. Jika Adnan tidak berkahwin dengan Adnan mungkin hidupnya lebih teruk dari sekarang.
Setiap kali bertemu Adnan pasti terdetik perasaan sayang akan suaminya. Setiap kali Adnan memujuk pasti hatinya mahu tewas dan ingin berbaik semula. Tapi bila terkenangkan apa yang telah dia lakukan membuatkan dirinya menjadi takut untuk mempercayai Adnan semula.
Share this novel