G 26 : PREGNANT 2

Romantic Comedy Series 35322

Datuk Yacop dan Hudiya Imani berdiri betul-betul di hadapan akuriam. Di lihat isi akuriam. matanya ke kiri kanan atas bawah. Melihat ikan berenang dengan bebas. Tapi ada satu yang menjadi tarikan Hudiya yang berada di dasar.


“Kalau masak sedap ni Daddy,”


“Tang. Kap.”


Hudiya Imani melihat Datuk Yacop. “Boleh ke? ” Kang tangkap tak pasal kena marah nanti.


Datuk mengangguk kepala sedikit.


“Diya masak untuk Daddy,” Hudiya Imani tersenyum. Di tarik kerusi di meja makan di dekatkan ke akuriam. Kemudian berlari anak ke dapur mengambil besen.


Hudiya Imani memanjat kerusi di letakkan besen di atas akuriam. Lengan baju di singsing hingga ke atas. Sekali celup Hudiya Imani dapat menangkap seekor udang. “Lagi dua ye Daddy," Hudiya Imani melihat Datuk Yacop.


Datuk Yacop mengangguk kepala.


Dua kali celup dua ekor udang berjaya di tangkap oleh Hudiya Imani. Dia menutup balik akuriam dan turun. Besen udang di letakkan di pangku Datuk Yacop “Daddy pegang sekejap,” Hudiya meletakkan balik kerusi di tempatnya.


Dalam hati Datuk Yacop tersenyum melihat udang di pangkuannya. Pasti Rifaat Rafie akan mengamuk sekejap lagi. Di tolak Datuk Yacop ke hadapan TV. Di buka siaran mengaji lalu Hudiya Imani mengambil udang di pangkuan Datuk Yacop. lalu Hudiya Imani menghilangkan diri ke dapur.


Rifaat Rafie melihat nasi lemak sambal sotong sudah di hidangkan di atas meja makan. Sedapnya. Memang favorite aku ni. Rifaat Rafie tahu kali ini baru Hudiya Imani yang masak kerana bau masakan kali ini berbeza. Lebih seminggu di suruh masak tapi Hudiya tetap tidak masak alasan yang di beri tidak sempat.


“Daddy makan apa?”


“Bubur udang, ” jawab Diya.


“Kenapa aku punya tak ada udang?” Rifaat Rafie sengaja ingin mendengar kata balas Hudiya Imani. Kadang kala dirinya terhibur dengan jawapan bersahaja dari Hudiya Imani.


“Udang Tuan dah nak habis,”


“Habis beli la,”


“Tu!” Hudiya Imani menunjuk akuriam di hadapan meja makan. “Daddy kena makan yang fresh,”


Rifaat Rafie terkejut melihat akuriamnya.. kakinya dengan cepat melangkah ke akuriam di kira isi udang di dalam. “Diya!!!!! Lobster aku,” aku beli mahal bukan untuk makan.


Hudiya Imani dan Datuk Yacop buat seperti tiada apa-apa berlaku, “Nanti Tuan beli sotong ikan hidup lagi masuk dalam tu.”


Melihat Datuk Yacop makan dengan berselera terbantut Rifaat Rafie mahu marahkan Hudiya Imani. Kali ini seleranya pula terbantut. Tidak di jamah langsung nasi lemak di dalam pinggannya.


Riak muka Rifaat Rafie jelas kelihatan sedih. "Lobster aku... lobster aku... " perlahan suara sedih Rafie meratapi kepergian udang

..


“Ni bekal Tuan. Tuan tak makan tadi,”


Di pandang muka Hudiya Imani yang tidak rasa serba salah terhadapnya. Di ambil bekal yang di hulurkan lalu terus keluar tanpa menegur Datuk Yacop terlebih dahulu seperti sebelum ini. Merajuk punya pasal.


Setelah melihat Rifaat Rafie pergi, Hudiya Imani beralih ke Datuk Yacop. “Daddy jom start exercise,”


Rifaat Rafie jalan dengan lemah sekali masih mengingatkan udangnya. Pasti haiwan belaan yang lain akan menjadi mangsa Hudiya Imani dan Datuk Yacop juga lepas ini.


“Wei ko dah kenapa?” Zahrin menepuk bahu Rifaat Rafie yang sedang menunggu lift dalam keadaan tidak bersemangat.


“Good morning bos,” Pekerja yang baru sampai menegur Rifaat Rafie dan Zahrin.


“Ha...” hari ni tidak semangat seperti selalu kerana udang kesayangannya di makan oleh Datuk Yacop.


Pintu lift terbuka Rifaat Rafie terus melangkah masuk.


“You tak nak masuk,” Zahrin menegur pekerjanya yang masih di luar lift.


“I naik lift lain,” terasa tidak selesa bersama lift dengan majikannya.


“Kawan aku cakap ada problem.. Adnan balas balik saman nusyuz taat perintah,” Zahrin bercerita sebaik pintu lift tertutup.


Rifaat Rafie menjadi segar semula mendengar berita daripada Zahrin. Dia sudah menduga pasti Adnan tidak akan sewenangnya melepaskan Hudiya Imani. “Kawan kau cakap apa?”


“Dia minta nak jumpa Diya,”


“Okay. Nanti aku call sendiri set aappointment,"


“Okay."


Perut Rifaat Rafie tiba-tiba berbunyi mungkin kerana tidak makan pagi tadi. Bekal yang diberikan dibuka semerta bibirnya melemparkan senyuman. Nak pujuk aku, di pulang balik udang aku. pulang udang mati pula tu. Di suap ke dalam mulut Nasi lemak. Nasib baik sedap. Tak rasa membazir udang mahal aku ni.

. .

Rifaat Rafie melihat makanan Datuk Yacop yang di suap oleh Hudiya Imani. Macam sedap je. Dia ni bab makan pandai buat aku terliuh. Bab nafsu lagi matikan selera aku ada lah.


“Apa tu?”


“Kentang lenyek tambah carrot," jawab Hudiya.


Di lihat sahaja Datuk Yacop makan dengan berselera. Nak minta rasa tak patut pula. Di suap nasi berlauk ikan masak kicap ke dalam mulutnya. Kalau suruh Diya pula masak lain sikit rasa selera.


“Bik mula esok Diya masak makan malam,” Rifaat Rafie bercakap dengan nada kuat agar Bibik Salma yang duduk jauh dengar.


“Okay Tuan,” Bibik Salma juga menjerit sama.


“Kalau tak sempat Bik Salma yang masak. Sebab Diya nak masak untuk Daddy,” Hudiya Imani bercakap tanpa melihat ke muka Rifaat Rafie dan menyuap Datuk Yacop.


Ada je alasan dia la. Sikit-sikit Daddy. Aku ke daddy Tuan kau. Dalam hati sahaja Rafie boleh bersuara.


“Esok appointment Daddy. Diya pergi ikut. Rafie tak teman dah Daddy esok,”


“Apa?”


“Hospital,”


“Okay. Pukul?”


“10”


“Okay,”


Dia ni kalau panjang sikit jawab tak boleh ke. Tanya khabar aku ke? tengok muka aku pun tak. Asyik-asyik tengok muka daddy. Dengan Daddy bukan main baik layan. Aku ni macam musuh dibuatnya.


“Telefon Diya mana?” Rifaat Rafie mahu caj telefon Hudiya Imani selepas habis makan malam.


Hudiya Imani diam seketika. Ni mesti letak merata lagi.

“Tak ingat,”


Kan betul, suka letak barang sendiri merata. Sekejap, Aku tak nampak Diya ni makan. Dalam CCTV pun tak nampak dia makan. Merasa apa yang di masak je adalah.


“Lepas suap Daddy makan.”


“Ye,”


Datuk Yacop geram je dengan Rifaat Rafie kerana bercakap garang dengan Hudiya Imani. Kalau cakap dengan elok tak boleh agaknya. Sebab itu Diya balas balik apa yang dia dapat. Kalau nak Diya sayang jangan la buat macam ni.

..


Apasal aku dekat sini ni. Rifaat Rafie menepuk belakang badan Hudiya Imani dengan terpaksa yang memuntahkan isi perutnya. Tak tolong Datuk Yacop jeling tajam.


“Kau pregnant apa?”


“Kalau pregnant anak Tuan Rafie,”


Rifaat Rafie menendang punggung Hudiya Imani yang sedang cangkung mengadap lubang tandas kerana cakap main lepas, kepalanya pula tersenyum memandang Datuk Yacop yang masih memandang dengan pandangan tajam. "Diya gurau Daddy,"


“Angin kot,” Hudiya Imani bangun menekan butang pump tandas kemudian membasuh mulutnya.


“Dah kau tak makan memang la,”


Hudiya Imani keluar dari tandas dan melihat siling rumah seperti mencari sesuatu. Rifaat Rafie juga melilau mata seperti Hudiya Imani.


“Kau tengok apa?”


“Cari CCTV,”


“Mana ada CCTV,” Rifaat Rafie memandang muka Hudiya Imani pula.


“Tuan tahu saya tak makan,”


Otak dia ni geliga juga. “Dah aku suruh buat baru kau buat. Kalau tak suruh makan kau tak makan la. Nasib baik aku teringat tadi. Lain kali makan. hari-hari makan!” Rifaat Rafie menegaskan ayat belakangnya.


“Ye,” Hudiya Imani menolak kerusi roda Datuk Yacop untuk kembali ke ruang rehat semula. Apa yang Rafie katakan bagai angin lalu sahaja.


Hudiya Imani kembali duduk seperti selalu menyandarkan kepala pada kaki Datuk Yacop dan tangannya memeluk sebelah kaki.


Best ke duduk macam tu. Dari hari first duduk sini aku tengok kau duduk macam tu. “Diya duduk sini?”


“Tak pe Tuan saya nak duduk sini,”


“Sini! Aku Tuan kau sekarang,”


Hudiya Imani bangun selepas Rifaat Rafie berkata Tuan. Di lemparkan punggung di atas kerusi empuk di sebelah Rifaat Rafie.

Di tenung muka Hudiya Imani yang hanya memandang ke hadapan. Muka Hudiya Imani di categorikan sebagai biasa, cantik tidak hodoh pun tidak. Ada jerawat pulak tu dekat hidung. Tapi bentuk badan Hudiya Imani sememangnya perfect ikut selera ramai lelaki. Walaupun pakai baju longgar, tetap boleh nampak bentuk tubuh yang cantik.


Rifaat Rafie mendekatkan badannya pada Hudiya Imani. Di letak tangan di belakang badan Hudiya.. “Sandar,”


Hudiya Imani sandarkan badannya pada kerusi yang di duduk dan tangan Rifaat Rafie yang di letakkan di belakang badan Hudiya Imani di perkemas lagi untuk memeluk pinggang wanita di sebelahnya.


Datuk Yacop ingin melihat apa yang Rifaat Rafie lakukan tapi tidak dapat kerana Datuk Yacop duduk membelakangi anaknya.


“Tuan tak takut dosa bertimbun. Kena campak dalam api neraka,”


Sebelah lagi tangan Rifaat Rafie yang ingin menyentuh paha Hudiya Imani terus terhenti. Tangan yang memeluk Hudiya Imani juga di tarik. Memang matikan mood aku betul la.

Rifaat Rafie tetap tersenyum memandang Hudiya Imani kerana perempuan yang di sentuh sebelum ini tidak pernah melawan malah lagi melayan apa yang di lakukan tidak seperti Hudiya Imani. Kali ini lulus!.


“Baik la sayang, ” pipi Hudiya Imani di tarik dan di cium.


Adnan balik ke rumah Hudiya Imani tetapi rumahnya tetap gelap tanda tiada penghuni. sudah seminggu, Hudiya Imani hilangkan diri. Di capai telefon di dalam poket dan Adnan lagi sekali cuba hubungi Hudiya Imani walaupun tidak pernah di jawab.


Rifaat Rafie merasa punggungnya bergegar dan di raba kerusi yang di duduk. Ni mesti telefon dia ni. Sampai terselit dekat sini patut cari tak jumpa. Di lihat panggilan dari Adnan.


“Angkat,” Rifaat Rafie menghulurkan handphone pada Hudiya Imani.


Hanya gelingan kepala yang di berikan. Rifaat Rafie mengangkat panggilan Adnan dan di buat loud speaker.


“Kau dekat mana!!! Aku nak kau balik sekarang,” Adnan memarahi Hudiya Imani sebaik panggilannya di jawab. Marah kerana banyak kali panggilannya tidak di angkat. Marah kerana isterinya lagi sekali menuntut fasakh.


“Pergi melacur,” Hudiya Imani jawab dengan tenang. Kemudian tangannya menekan butang merah di skrin telefon yang di pegang Rifaat Rafie.


Rifaat Rafie tersenyum dengan jawapan yang di berikan Hudiya Imani dirinya terasa terhibur. Dia ni jawab main lepas mulut sahaja.

Adnan menghempas telefon ditangan apabila mendengar jawapan yang menyakitkan hati.


“Ambik, jangan letak merata-rata,” Rifaat Rafie meletakkan telefon di paha Hudiya Imani.

"Di.. ya,”


“Ye Daddy,” Hudiya Imani terus datang ke Datuk Yacop selepas di panggil.


“Dur.”


“Okay daddy,” Hudiya Imani menolak kerusi roda Datuk Yacop untuk di bawa ke bilik tidur.

Eh!!! aku baru perasan dah panggil Daddy. pantas kau Daddy buat kerja. Terus suruh panggil daddy lepas tahu Diya bakal menantu Daddy.


Adnan balik rumah isteri keduanya tapi kedatangan dirinya tidak di sambut. Di lihat Tasya sedang berdiri di beranda rumahnya mengingatkan Adnan kembali pada Hudiya Imani yang bersikap dingin dengannya sebelum ini.


“Sayang...” Di rangkul pinggang Tasya kemudian di cium leher wanita itu. Tiada tindakan dari Tasya mengingatkan lagi sekali Adnan pada Hudiya Imani. Di matanya sedang memandang Hudiya Imani bukan lagi Tasya. “Maafkan Abang sayang,”


Apabila Tasya mendengar kata maaf dari Adnan hatinya menjadi terubat kerana Adnan sedar akan kesilapan memanggil dirinya sebelum ini. Di pusingkan badannya mengadap Adnan.


“Sayang maafkan Abang,”


Adnan melihat muka Hudiya Imani tersenyum pada dirinya. “Abang rindu sayang,” di peluk Hudiya Imani seerat mungkin. Tidak lagi mahu perempuan di dalam pelukannya pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience