G 50 : PAKSA SUKA

Humor Series 35125

“Kau kenapa tak tanya bila nak nikah?” Rifaat Rafie geram melihat Hudiya Imani. Bila dia sebut akan perkahwinan antara dia, Hudiya hanya diamkan. Tidak bertanya satu apa pun. Senyum sememangnya tiada langsung di bibir Hudiya untuk hari ini.


“Saya tiada hak untuk tahu. Lagipun saya yang suruh tuan kawin dengan saya dulu,”


“Kau juga yang nak kahwin boleh kau buat tak tahu?”


Datuk Yacop dengar sahaja apa yang dibualkan Rifaat Rafie dengan Hudiya Imani. Ingin melihat reaksi Hudiya Imani tapi cara penyampaian Rifaat Rafie sangat salah bagi Datuk Yacop.


Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie. “Tuan tahu kan. Hidup saya Tuan yang tentukan. Jadi tiada guna jika saya tahu atau tidak tahu. Jika saya tahu pun saya tak boleh buat apa-apa. Saya tetap perlu turutkan apa yang Tuan mahu,”


“Kau tak suka aku?” suara Rifaat Rafie sudah mendatar.


TAK! Tidak di luahkan takut Rifaat Rafie bertindak kasar dengannya. Walaupun sebelum ini baran Rafie hanya dengan kata-kata tapi jangan di cabar ego lelaki. lebih dari Itu boleh berlaku.


“Kau tak nak kawin dengan aku?” Suara Rifaat Rafie semakin keras.


Soalan yang di tanya tidak di jawab Hudiya membuatkan Rafie mula ingin naik angin.


“Aku tanya jawab!!” Rifaat Rafie tiba-tiba menengking.


“Ra.fie!!” Datuk Yacop menegur Rifaat Rafie.


Rifaat Rafie melihat Hudiya seperti ingin memuntahkan lagi isi perutnya. “Kau jangan tahan. Kau nak nangis kau nangis. Kau nak marah aku, kau marah!!”


Datuk Yacop tidak suka apabila anaknya Rifaat Rafie memarahi dan memaksa Hudiya. Tiada sesiapa suka lelaki berperangai seperti anaknya. Sudah di tegur tapi masih di lakukan perkara sama pada Hudiya. Sentiasa ayat kasar di lemparkan.


“Saya tiada hak untuk suka atau benci Tuan,” air mata Hudiya mengalir kerana terkejut di marahi.


“Aku nak kau sukakan aku,” dengan pantas tangan Hudiya Imani di gengam.


Hudiya cuba melepaskan tangannya dari di pegang Rifaat Rafie tapi tidak berjaya kerana semakin kuat Rafie mengengam tangannya.


“Faham!! Aku nak kau sukakan aku!”


Hudiya mengangguk tanda faham. Tidak berani untuk berdiam sahaja.


Datuk Yacop geram melihat perangai Rifaat Rafie. Jika dia tidak sakit sudah lama Kerala anaknya dihempuk dengan batu.


Hudiya yang tidak boleh melepaskan tangannya mengambil keputusan mengunakan tangan Rafie untuk lap air mata yang mengalir di pipi.


Rifaat Rafie tersenyum melihat Hudiya Imani mengunakan tangannya untuk lap air mata. Nak suruh suka aku pun kena paksa. Kalau tak paksa tak suka sampai bila-bila agaknya tak suka.


“Tangan kiri kau ada. Kenapa guna tangan aku?”


“Dah biasa guna kanan,”


Rifaat Rafie melihat cermin pandang belakang untuk melihat Datuk Yacop. Pandangan mata merah menyala terpancar jelas kelihatan. Mahu tak marah aku buat orang kesayangan daddy menangis.


“Sorry sayang. Abang Rafie main-main sahaja tadi,” Rifaat Rafie sudah tersengih bagai kerang busuk “Selalu Abang marah sayang buat tak tahu je. Kenapa hari ni tacing pula,"


“Entah,” Hudiya menjeling sekilas.


“Sebab tak dapat kawin dengan Daddy?"


“Ya,”

"Jangan tipu. Sayang jadi macam ni sebab period kan" Diya! cuba Diya sukakan Rafie pula. Rafie dah cuba untuk berubah. Daddy tak suka Diya. Cuba Diya bagi peluang dekat orang yang sukakan Diya


…………


Rifaat Rafie tersenyum gembira apabila Hudiya Imani dan Adnan sudah berpisah. Kali ini dirinya hanya perlu fikir bagaimana mahu menambat hati Hudiya Imani. Hari-hari tak sabarnya mahu balik kerja untuk jumpa Diya. Ingin berpisah sekejap pun berat hati rasanya.

mlMelihat Jannah tiada di tempatnya. Zahrin masuk seketika ke dalam bilik Rifaat Rafie. Apa khabar agaknya rasa lama dah tak jumpa.


“Asyik tersengih je aku tengok kau,”


“Tengah bahagia. bila sampai?”


“Baru, terus masuk office. Diya dah tahu. Majlis kawin bila?”


“Dah,” Muka Rifaat Rafie tiba-tiba berubah. "Tapi dia macam tak suka. Aku tak nak paksa tapi Daddy suruh juga,”


“Ada masa lagi. Kau buat la dia jatuh hati dengan kau. Macam kau buat dekat perempuan lain,”


“Masalahnya dia tak layan. Asyik-asyik Daddy. Macam mana nak buat dia suka aku,”


“Kau buat macam Daddy buat. Tirulah sebiji,"


“Daddy duduk sahaja. Tak kan aku nak duduk Macam daddy,”


“Berkepit la 24jam. Kau ni duduk serumah pun tak perasan ke. Perempuan ni suka kau ambil berat pasal dia, walaupun muka macam tak kisah, tapi hati diaorang berbunga,”


“Aku kerja. Nak berkepit 24jam macam mana,”


“Cutilah. Aku kata bodoh tapi belajar sampai master. Susah la aku dengan orang lambat berfikir ni,” Zahrin terus keluar dari bilik Rifaat Rafie selepas memberi nasihat dan sindiran.


Zahrin singgah di meja Jannah apabila buah hati sudah kelihatan. “You sihat?”


Jannah dengan malu-malu jawab pertanyaan Zahrin “Sihat. You? ” Tidak menyesal ikut cakap Diya dulu. Tengok je Zahrin ni macam penjenayah tapi sangat romantic selalu ambik berat akan dirinya. Selalu beritahu ke mahu pergi.


“Same with you. Bila boleh masuk merisik?” Zahrin tidak lagi mahu lepaskan peluang yang ada. Sememangnya sudah niat, jika ada seseorang sukakannya akan terus di lamar untuk menjadi isterinya. Tidak perlu tunggu lama-lama.


“Ayah cakap terus tunang,” malu-malu Jannah ingin bercakap dengan Zahrin


“Yes!!!.. nanti Zahrin call Ayah Jannah. Zahrin nak minta tunang next week. Bye you...”


“Bye," Jannah melambai sehingga Zahrin keluar dari ruang pejabatnya.

..

“Mammy tak percaya. Mammy pergi hantar cek gambar ni semua. Tasya tak buat benda terkutuk ni semua. nak buat apa?”


“Betul ni bukan kau,” Puan Rosma masih sangsi dengan Tasya.


“Ye Mammy. Bukan Tasya, tengok yang laki pun muka tak jelas. Kenapa muka Tasya je yang jelas,”


Adnan mengoyakan gambar di tangannya Lalu keluar meninggalkan Tasya dan Puan Rosma berdua.

Masuk ke dalam kereta Adnan tersenyum senang. Gambar Hudiya di telefon ditatap penuh kerinduan. "Bertahan ye sayang sikit sahaja lagi. Abang dah turut semua kemahuan sayang. Kita akan bersatu kembali. Abang rindu nak bersama sayang semula,"


Tasya tahu Adnan keluar kerana ingin legakan kemarahan. Dia juga merasa lega apabila Puan Rosma dan Adnan mempercayai dirinya. Dia menyatakan gambar yang diberikan kepadanya itu hanya edit semata-mata untuk meruntuhkan rumahtangga dia bersama Adnan.

..


Telefon Hudiya Imani kerap berbunyi tetapi dia tidak perdulikan panggilan yang masuk. Dia tahu panggilan yang masuk adalah dari Adnan.


“Daddy nak try diri tak?” Hudiya Imani bersimpuh di hadapan Datuk Yacop.


“Dy be.rat Diya,”


“Diya kuat. Ingat tak Diya pernah angkat Daddy sebelum ni. Jom la kita cuba perlahan-lahan,” Hudiya Imani merayu. Datuk Yacop rasa Hudiya Imani yang lebih bersemangat daripadanya.


“Ye.. Pergi tem pat sela lu”


“Okay,” Hudiya Imani tersenyum membawa Datuk Yacop ke tempat mereka selalu bersama-sama melakukan semua activity apabila berduaan.


“Daddy boleh!!” Hudiya Imani memberi kata semangat kepada Datuk Yacop sambil menyokong badan Datuk Yacop yang cuba untuk berdiri. Setelah Datuk Yacop berdiri Hudiya Imani dengan perlahan lahan melepaskan pelukkannya.

“Daddy kalau tak boleh tahan. Daddy jatuh ke depan macam tadi nanti Diya sambut,”


Tersenyum Datuk Yacop apabila dia boleh berdiri. Berkali-kali dirinya cuba akhirnya berjaya. Walaupun hanya berdiri hatinya sangat gembira. Setelah lama tidak berdiri sendiri. Alhamdullilah ya Allah kau berikan aku kesembuhan sedikit demi sedikit.


“Diya,”


“Ye Daddy,” Hudiya Imani dengan pantas memeluk Datuk Yacop lalu di dudukkan semula.


Datuk Yacop tidak melepaskan pelukkan Hudiya Imani. “Thank you Diya. Daddy sayang Diya,” berkali-kali pipi Hudiya Imani di cium. Sangat Berterima kasih pada orang yang banyak membantu diri untuk kembali sembuh. Orang yang selalu memberi semangat pada dirinya.


“Diya sayang Daddy juga,” Hudiya Imani merasa Datuk Yacop seperti ayahnya sendiri. Ayah yang selalu mengambil berat akan dirinya. Ayah yang setiap hari bertanya khabar dirinya walaupun Datuk Yacop tahu boleh lihat dengan matanya sendiri keadaan dirinya “Daddy Tuan Rafie tak tahukan isi hati Diya,”


“Tak sayang. Biar dia tak tahu. Biar dia pikat hati Diya. Rahsiakan sampai bila-bila,”


Hudiya Imani mengangguk faham.


“Diya okaykan kalau kawin dengan Rafie?” Datuk Yacop melihat Hudiya Imani yang duduk di hadapannya. Sebolehnya tidak mahu Hudiya terpaksa. kerana pasti bahagia yang di impikan susah untuk di kecapi.


“Okay. Diya terima Tuan Rafie dengan seikhlas hati,”


“Walaupun Diya tahu yang menantu Daddy dulu yang menyebabkan. Adik Diya pergi,” Datuk Yacop inginkan kepastian.

Flashback.....

Dengan pantas Hudiya Imani mengangkat panggilan daripada Hilmi.. "Mii... akak tunggu lama lapar dah ni,"

"Maaf Puan..."

Hudiya Imani mendengar orang lain suara orang lain. di lihat skrin telefon.

"Pemilik handphone ni kemalangan. Sekarang ambulance dah sampai akan bawa ke hospital"

Bagai ingin tercabut lutut Hudiya Imani apabila dapat berita kemalangan Hilmi. Dengan pantas keluar rumah untuk bertemu dengan adiknya.

Hudiya Imani terus ke bahagian kecemasan untuk mencari. "Hilmi. Adik saya mana? Hilmi," Hudiya Imani bertanya dengan nurse yang bertugas.

"Ikut saya," Nurse terus bawa Hudiya Imani ke tempat Hilmi. Doctor sememangnya perlu berjumpa dengan Hudiya Imani secepat mungkin.

Hudiya Imani melihat keadaan di kawasan katil adiknya seperti kelam kabut, doctor doctor sedang berusaha untuk selamatkan Hilmi. "Mi akak datang,"

Hudiya Imani melihat sekali imbas katil sebelah adiknya, juga dalam keadaan kritikal. Membuatkan Hudiya bertambah terkejut adalah wajahnya sama sepertinya. Merasakan seperti dia yang sedang bertarung dengan kematian.

Tiba-tiba doktor berhenti merawat Hilmi dan mengeling kepala.

"Tak!!! doktor tolong adik saya," Hudiya Imani sudah mula menangis dia faham maksud gelingan kepala doctor lelaki itu.

"Maaf Puan. Setakat ini sahaja saya boleh bantu,"

Salah seorang doktor mengumumkan kematian Hilmi. Lalu menutup muka Hilmi dengan kain selimut.

"Mi!! hu!hu" Hudiya Imani tidak dapat mengawal perasaan sedihnya.. "Jangan tinggalkan akak sorang-sorang Mi,"

"Sabar Puan,"

Hudiya Imani berdiri di sisi Hilmi. Dipeluk adiknya yang sudah tidak bernyawa. Dibuka kain yang menutupi wajah Hilmi yang di penuhi darah.. di cium dahi adiknya. "Mi...bangun..."

"Sayang!"

Hudiya mengangkat wajah apabila terdengar suara Adnan memanggilnya.

"Sabar sayang," Adnan cuba memujuk Hudiya. Di peluk Hudiya untuk ditenangkan sebelum di bawa duduk.

"Abang uruskan Hilmi, sayang tunggu sini," Hudiya mengangguk lemah.

Mata Hudiya memandang ke arah katil pesakit yang wajahnya sama sepertinya. Kakinya melangkah dengan sendiri untuk dekati. Aku tolong kau bertarung dengan maut yang sebenar.


“Ajal maut ALLAH yang tahu dan tentukan Mungkin itu cara Adik Diya pergi. Mula-mula dulu Diya tak boleh terima. Diya marah orang yang langgar Adik Diya. Tapi itu semua ketentuan ALLAH. Diya tak boleh salahkan takdir. Diya kena terima seikhlas hati Diya,” tenang sekali Hudiya berkata.


“Terima Kasih Diya. Terima Kasih Diya boleh maafkan Arwah Dila. Terima kasih tunaikan permintaan Daddy,” Diya terlalu baik sebab tu Daddy sayang Diya. Daddy tak nak Diya pergi jauh dari keluarga Daddy.


Hudiya Imani tersenyum memandang Datuk Yacop. Terasa malu kerana Datuk Yacop tahu isi hatinya yang suka akan Rifaat Rafie dan Datuk Yacop sangat menyokong perasaannya.


Hudiya Imani tarik kerusinya di bawak ke sebelah Datuk Yacop “Kalau Rafie tak nak kawin dengan Diya. Daddy jela kawin dengan Diya. Diya pun suka Daddy,” Hudiya Imani memegang tangan Datuk Yacop lalu disandarkan kepalanya di bahu lelaki tua Itu.


“Nak ambik hati Daddy ke ni,” Datuk Yacop senyum melihat Hudiya Imani.


“Tak. Memang Diya sukakan Daddy dulu sebelum Tuan Rafie. Sampai sekarang Diya sayang. Suka Daddy”


Datuk Yacop melihat Hudiya Imani yang setia di sisinya. Daddy tahu. Tapi lebih baik Diya dengan anak Daddy. Ada yang akan jaga Diya jika Daddy pergi dulu. Daddy boleh nampak Rafie sayang sangat dekat Diya. Walaupun apa pun terjadi dekat Diya, Daddy tahu Rafie akan jaga Diya sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience