“Mungkin dia ada hal lain” Zahrin cuba memujuk Rifaat Rafie yang sudah hampir seminggu bersedih kerana orang yang dia suka tidak menunaikan janjinya.
“Tak. Sebab aku cakap aku gemuk perut buncit kepala botak. Siapa yang suka orang hodoh. Semua perempuan sama. Kalau tak pandang muka, mesti harta.” Rifaat Rafie tetap memandang ke langit melalui dinding kaca pejabatnya.
“Bukan kau dengan dia pernah jumpa?” hari tu kata jumpa dekat hotel,"
“Dia Tak nampak muka aku. Sebab gelap,” Rifaat Rafie terasa menyesal kerana percaya akan harapan kosong Hudiya Imani.
“Kau ada call tanya dia kenapa tak datang?” Zahrin masih lagi ingin memujuk sepupunya itu.
“Tak guna aku terkejar dengan perempuan macam tu,” Rifaat Rafie bangun dari duduknya. keluar bilik menuju ke tandas.
Zahrin mengejar Rifaat Rafie, tidak puas hati dengan jawapan yang di berikan “Tak guna tapi kau tak tentu arah tak boleh kerja. Termenung macam ni. Kau kenal dia mesti kau tahu sebab apa. Tak kan saja-saja dia tak muncul. Cuba kau tanya jangan fikir melulu. Kau jangan sampai menyesal sendiri,”
"Sebab aku tahu, pantas mana pun aku kejar. Aku tak akan dapat dia,"
..
Hampir dua minggu handphone Hudiya Imani tidak berbunyi. Sejak dia tidak pergi bertemu dengan dengan Rifaat Rafie seperti di janjikan. Melihat perubahan Adnan, Pada mulanya Hudiya Imani menganggap lelaki itu sudah mula sayangkan dirinya tapi semuanya hanya lakonan semata-mata.
Bodoh betul aku. Lelaki mana tahan tengok depan mata. Tapi sebab kena tahan kau cari lain untuk puaskan nafsu kau. Menangis Hudiya meratapi nasib diri. Di pergunakan oleh Adnan, suami sendiri. Orang yang paling dia percayai.
“Sayang bangun makan sikit” Adnan risau melihat Hudiya Imani sudah empat hari tidak makan. Dia tahu Hudiya Imani tidak makan kerana Kak Wan bagitahu makanan yang di hidang di atas meja tidak di sentuh langsung oleh Hudiya Imani. Di tinggalkan begitu di bersihkan juga begitu.
Hudiya Imani yang baring tidak mempunyai tenaga memusingkan badannya membelakangi Adnan. Hudiya Imani mengesat air mata di pipinya bila memikirkan dia perlu mengsia-siakan zaman mudanya untuk Adnan. macam mana perlu dia bertahan walaupun baru dua tahun berlalu dirinya sudah sangat terseksa.
Tahap kesabaran Adnan sudah memuncak apabila segala pujuk rayu darinya tidak di dengari. Adnan keluar meninggalkan bilik Hudiya Imani, takut jika dirinya masih di situ Hudiya Imani akan di cederakan.
flashback...
Hudiya Imani melihat seorang perempuan muda berdiri di hadapan pagar rumahnya.
“Adik siapa? Nak cari siapa?”
“Tasya. boleh I masuk. I nak jumpa dengan Diya”
Hudiya Imani bukakan pintu pejalan kaki di pagar selepas melihat perempuan itu seperti tidak akan apa-apakan dirinya.
“Adik duduk. akak ambikkan air,”
Tasya melihat sekeliling rumah Hudiya Imani. Kau beri dekat perempuan tak guna ni rumah besar. Aku kau bagi rumah sekengkang kera. Kau ingat aku tak akan berani bagitahu hal sebenar dekat Diya. Tasya menjadi sakit hati apabila janji yang Adnan pada dirinya tidak di tunaikan. Langsung tidak balik untuk berikan dirinya duit seperti sebelum ini.
“Minum la,” Hudiya Imani meletakkan air di depan Tasya lalu melaburkan punggung di kerusi yang bertentangan.
“I second wife Adnan,” Tasya terus bersuara sebaik Hudiya Imani telah duduk di hadapannya.
Senyuman di bibir Hudiya Imani terus hilang apabila dengar kata-kata perempuan di hadapannya.
“I tengah mengandungkan anak Adnan. I tak puas hati sebab Adnan tak balik rumah bila sampai giliran I,”
Hudiya Imani masih terkejut dan tidak mampu bersuara walaupun sedikit.
Tasya tahu Hudiya sangat terkejut kerana jelas nampak di raut wajahnya “Diya tak perasan ke. Seminggu dia tak ada, seminggu ada. Sebab Adnan dengan I kalau Adnan tak balik sini,”
Tipu!! Hudiya Imani merasakan perempuan di hadapannya menipu dirinya. Adnan tak akan buat begitu pada dirinya. Dia yakin.
“Now I pregnant. Jadi I rasa, I lebih perlukan Adnan daripada Diya. Dah dua minggu Adnan tak balik, baby dalam perut ni rindukan daddy dia,” Tasya mengusap baby bump yang masih tidak kelihatan.
“Kau tipu!!!” Hudiya Imani memandang Tasya dengan pandangan marah.
“Diya tak tahu rupanya. Adnan kawin dengan Diya sebab duit je. Diya ingat 3 tahun lepas sebelum Diya kawin dengan Adnan. Ada lagi seorang laki nak kan Diya,”
Tasya ingin ceritakan semuanya pada Hudiya Imani agar perempuan itu sedar siapa dirinya dan jangan sesekali cuba hendak merampas Adnan darinya. Walaupun Hudiya isteri pertama, Adnan tak pernah sukakan Hudiya. Kawin semata-mata duit sahaja.
Hudiya Imani teringat akan masa silamnya. Hampir pada masa yang sama dua orang lelaki melamar dirinya untuk menjadi isteri dan ingin bawa dirinya dari kawasan gelap yang penuh dengan dosa maksiat.
“Diya pilih Adnan. Orang yang Diya tolak tu kawan Adnan. Diorang awal-awal dah buat taruhan dekat Diya. Siapa dapat dekat Diya. diorang tak akan sentuh Diya. Jangan ada anak dengan Diya sampai umur Diya 40. Untuk balas dendam sebab Diya tak pernah layan diaorang dulu. Nak tahu kenapa umur 40. Sebab perempuan umur 40 susah dah nak mengandung. Harga taruhan diaorang buat tu. Satu juta ringgit Malaysia setiap tahun,” Tasya menekankan perkataan satu juta itu untuk buat Hudiya Imani geram, marah dan benci pada Adnan.
Sebab tu Adnan tak pernah sentuh aku. Hudiya Imani sudah menjaga badannya dengan begitu cantik. Rasa lebih cantik daripada perempuan di hadapannya tapi Adnan sanggup tahan semata-mata duit. Sebab tu aku minta cerai kau tak pernah ceraikan aku. Sebab tu aku tuntut fasakh semua terbatal. Sebab semua rancangan kau.
“Adnan yang bagitahu kau,” Hudiya Imani seperti mahu cekik dan dilemparkan perempuan di hadapannya ke dalam gaung tapi cuba di tahan.
“Ye... Sebab tu juga Adnan kawin dengan I. kecian dia kawin dengan Diya tapi tak dapat lepaskan nafsu dia. Lagi satu Adnan tak nak sentuh badan Diya yang kotor ni,” diberikan pandangan jijik pada Hudiya.
“Kotor??” Hudiya Imani tahu. Adnan kerap kata dirinya jijik kotor sudah berulang kali di jelaskan yang dia Tak pernah buat perkara tak elok tapi Adnan tetap tidak percaya.
“Ermm. Diya kan kerja dekat pusat pelacuran. banyak kali diorang nak kan Diya tapi Diya tolak. Diya layan orang yang poket lebih tebal daripada diorang. Diorang nak merasa main dengan perempuan fake macam Diya. Pakai tudung tapi melacur diri,”
Hudiya Imani tersenyum sinis. Bodoh kau Adnan. banyak kali kau bagitahu kau hal sebenar tapi tetap kau tak percaya. Dari mata kau nampak aku pelacur. Hudiya Imani mencengkam bahu kerusi dengan kuat bagi menahan amarahnya semakin naik di kepala.
Aku kerja sana sebagai tukang cuci kau kata aku pelacur. Yela kau mana pernah nampak aku bersihkan tempat diaorang buat project. Yang kau nampak lepas orang laki keluar dari bilik aku pula keluar. Kau bodoh Adnan. Aku sendiri tak nak kerja tempat macam tu tapi aku terpaksa sebab Atuk aku sakit, aku perlukan duit. Diaorang yang boleh bagi aku upah tinggi.
“Kau balik,” suara Hudiya Imani sedang menahan api kemarahan.
“Okay Diya. lagi satu Mammy tahu kewujudan I. Bukan main seronok Mammy bila tahu I mengandung,” Tasya bangun meninggalkan rumah selepas dapat menaikkan api kemarahan Hudiya Imani.
“Kau nak mati!!” Adnan semakin geram dengan Hudiya Imani. secubit makanan pun masih tidak di Jamu.
Mati. tu lebih elok daripada terseksa hidup dengan kau untuk selamanya. Hudiya Imani tetap memandang handphone tidak memperdulikan Adnan yang sedang marahkannya.
“Tak dapat la kau duit kalau aku mati,” Hudiya Imani berkata sinis.
"Ahhkk!!!"
"Lepaskan aku boddoh!!!"
Hudiya Imani cuba untuk melepaskan diri daripada Adnan yang dengan tiba-tiba mengangkat diri. Di pukul belakang badan Adnan dengan sekuat hati tapi Adnan seperti tidak merasai apa yang dia lakukan.
Adnan dudukkan Hudiya Imani di kerusi meja makan. “Kau makan sekarang.. makan depan aku!!” Adnan menengking.
Hudiya Imani tersenyum sinis. Di pandang Adnan dengan pandangan yang boleh membawa kemarahan kepada Adnan. “Kenapa kau, takut aku mati,”
Adnan mengambil nasi di sumbat ke dalam mulut Hudiya Imani. Hudiya Imani tetap menutup mulutnya dengan rapat. Habis mukanya di penuhi nasi yang di toyoh oleh Adnan.
Hudiya Imani menepis tangan Adnan dan pinggan nasi di tolak hingga jatuh di lantai. Kali ini Adnan mengambil nasi di dalam bekas lain. Sekali lagi di sumbat ke mulut Hudiya Imani.
Dengan sisa tenaga yang ada Hudiya Imani bangun dari tempat duduknya.
“Duduk!!” Adnan menarik tangan Hudiya Imani agar duduk.
Hudiya Imani menolak semua makan di atas meja jatuh ke bawah dan tersenyum sinis pada Adnan. Tiada satu pun makanan yang boleh di makan sekarang ini.
Hudiya Imani bangun lagi sekali dan berjalan memijak pinggan kaca yang pecah menuju ke dapur. Terasa kepalanya berdenyut lebih sakit daripada kakinya yang berdarah. Di ambil pisau di dalam laci dan mengacukan ke arah Adnan yang mengejarnya dari tadi.
“Kau berani kau datang!”
“Kau dah gila!” Adnan cuba mengambil pisau dari tangan Hudiya Imani.
“Aku bukan setakat gila, gila aku, sampai nak bunuh diri aku sendiri,” Hudiya Imani menukar posisi pisau ke arah lehernya pula. “Daripada aku hidup dengan kau baik aku mati,”
Adnan melangkah ke belakang selepas melihat Hudiya Imani meletakkan pisau di lehernya. Adnan tahu bila Hudiya Imani marah dia seperti orang gila. Hilang semua kewarasannya. Tapi ini kali pertama Hudiya Imani cuba mencederakan dirinya sendiri.
“Stop Diya!” Adnan cuba memujuk Hudiya Imani. "Abang bukan nak paksa sangat Diya makan, abang risaukan Diya. Please sayang dengar cakap abang,"
Hudiya Imani mengiris sedikit kulit di tepi lehernya apabila Adnan bersuara. "Sedikit pun tak terpujuk,"
“Kau keluar!!!”
"Abang minta maaf, abang tak paksa Diya makan lagi. Abang sayang Diya, abang menyesal buat Diya jadi macam ni. Bagi abang ubah kesilapan abang. Abang betul-betul sayang Diya," Lepas perubahan Diya baru dia merasa kehilangan. Hilang kebahagian yang sentiasa diabaikan.
Jika boleh di putar kembali masa, akan di sayangi Diya sepenuh hati. Setiap saat akan menghargai isterinya. Dia cuba menebus kesilapan pernah dia buat dengan sentiasa berada di sisi Hudiya sekarang ini. Tapi jiwa Hudiya seperti batu, tidak mempunyai perasaan padanya lagi.
Semakin dalam pisau menoreh leher Hudiya. Sedikit pun tidak terkesan dengan rayuan Adnan.
"Stop Diya!" Adnan menjadi cuak melihat darah yang banyak menitis keluar dari bilah pisau. "Abang keluar," Kaki Adnan dengan terpaksa keluar meninggalkan Hudiya Imani seorang diri.
Kata-kata Zahrin teriyang di kepala. Jangan menyesal sendiri. Sebab ada Adnan ke. Tak boleh ke kau call bagitahu kenapa. Tak pun mesej aku. Kenapa tak kau yang mulakan dulu, kau yang tak datang kan. Atau Adnan paksa diya tidur dengan laki lain ke.
Bila teringat Adnan jual Hudiya Imani dengan pantas Rifaat Rafie buat panggil. Risau jika Hudiya Imani akan di jual lagi sekali. Walaupun pada mulanya dirinya tidak kisah apa pun terjadi pada Hudiya Imani.
Dengar kereta Adnan pergi Hudiya Imani terus terjatuh ke lantai. Menangis dengan nasib diri sendiri. Hudiya Imani memandang telefon yang berbunyi di lantai yang terjatuh sekali semasa dia menolak semua makanan di atas meja.
Mengesot Hudiya Imani untuk mengambil telefon. Fikirannya teringat akan Rafie. Dirinya perlukan pertolongan. Dia berharap sangat seseorang akan dapat melepaskan hidupnya dari Adnan.
Rifaat Rafie baru ingin mematikan panggilan terhenti apabila terdengar suara Hudiya Imani menangis.
“Diya okay tak?”
Rifaat Rafie menjadi risau. Pertanyaan darinya hanya di balas dengan tangisan sahaja. Rifaat Rafie sudah mencapai kunci kereta yang di letakkan di atas meja dan keluar dari biliknya.
“Diya dekat mana? Rafie datang,”
Tangisan Hudiya Imani terhenti dengan tiba-tiba. Walaupun panggilan tidak dimatikan.
“Diya!!” Suara Rifaat Rafie agak kuat memanggil nama Hudiya Imani sehingga ada pekerjanya menoleh ke arahnya.
Semakin laju langkah kaki Rifaat Rafie. Zahrin yang baru sampai untuk berjumpa dengan sepupunya terkejut apabila melihat Rifaat Rafie yang seperti dalam kegelisahan.
“Dia cakap apa dalam phone” Zahrin menanya pekerja Rifaat Rafie.
“Diya” sepatah sahaja yang di jawab.
Padan muka. Aku dah cakap tak nak dengar. seminggu dah aku cakap. Baru ni kau nak dengar.
Share this novel
Rafie selamat kan lh Diya tu kesian nya hidup dia..