Apa benda warna kuning ni. Rifaat Rafie mengambil sesudu kemudian di tuangkan kembali ke dalam mangkuk. Dia ni aku suruh masak. Benda pelik yang di masak bagi aku makan.
Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie memandang makanan yang di hidang dengan pandangan pelik “Maaf Tuan. Diya tak sempat masak. Tuan makan jela sama macam Daddy,”
“Ni apa ni?” Lagi tadi Rifaat Rafie hanya kacau cecair di dalam mangkuknya. takut untuk makan
“Bubur labu,”
“Tak ada labu,”
“Hancur Daddy tak boleh kunyah,”
“Makan dengan ni?” Rifaat Rafie mengambil garlic bread yang turut di hidangkan di hadapannya.
Datuk Yacop pula makan penuh selera sejak Hudiya Imani duduk dengannya. Tidak merungut apa yang dihidangkan.
“Ye!!”
“Aku selalu makan nasi. Jadi orang putih hari ni,” Rifaat Rafie mencicih roti di dalam bubur labu.
“Malam tak elok makan banyak nanti perut buncit,”
Rifaat Rafie yang sedang menyuapkan makanan kedalam mulutnya terhenti lalu melihat perutnya. Dia ni sindir aku apa. Bukan buncit teruk pun. Aku exercise hilang la buncit ni.
“Nasib baik sedap. Aku maafkan kau ngata aku tadi,” Rifaat Rafie kembali sambung makan dengan berselera.
..
“Ni untuk Daddy," Hudiya Imani meletakkan bekas air di atas dulang sebelum Rifaat Rafie bawa keluar ke taman.
“Apa ni?”
“Jus apple,”
“Aku punya’?”
“Tuan ada gigi. Makan yang ni je,” Hudiya Imani meletakkan buah potong di atas dulung juga.
Sabar jela aku. “Kau jangan keluar. Masuk bilik kunci,”
“Ye,”
Rifaat Rafie keluar ke taman selepas melihat Hudiya Imani masuk ke dalam bilik kerja.
“Kau tak hire pembantu baru. Kecian Bibik nak jaga Daddy nak kemas rumah nak masak lagi,” mata Zahrin memandang cawan Datuk Yacop yang berisi air berwarna hijau. Dia terasa terliuh melihat. “Sampai kau sendiri kena angkat dulang air,”
“Tak ada masa nak cari,”
“Aku tengok air daddy macam sedap je,” Zahrin sudah menelan air liuh.
“Kau ada gigi makan yang ni je,” Rifaat Rafie mengulangi ayat Hudiya Imani dan tangannya menghulur pinggan buah pada Zahrin.
Apa yang Hudiya Imani masakan untuk Datuk Yacop semuanya sedap sampai dia yang sihat pun mahukannya sampai di sindir oleh Hudiya Imani. "Daddy tak dapat zat sebab Tuan makan makanan Daddy." Pendiam tapi mulut boleh tahan. Bila di Ingatkan pasti hatinya akan geram. Rasa nak cubit sahaja bibir Hudiya.
Zahrin mengambil buah yang di hulurkan. “Selalu kuih. Hari ni suruh beli buah pula,”
“Kau nak kena kencing manis,” kata-kata Hudiya Imani di ulang kepada Zahrin. Baru beberapa minggu duduk dah macam-macam ayat menyedarkan diri di terima dari Hudiya Imani. Lagi-lagi bila dengar dengan nada suara Hudiya Imani yang bercakap tanpa rasa serba salah. Lagi deep perasaan ketika itu.
“Buah pun sedap. Daddy makin tembam la,” Zahrin melihat Datuk Yacop yang asyik memandang dia dan Rifaat Rafie.
“Makan banyak. Berselera makan,” Rifaat Rafie jawabkan untuk Datuk Yacop.
“Bagus la Daddy. Baru nampak Daddy sihat sikit daripada sebelum ni,”
Datuk Yacop senyum memandang Zahrin apabila berkata dirinya nampak lebih sihat. Alhamdullilah semua kerana Hudiya Imani.
“Daddy senyum dah nampak la,” Zahrin lagi sekali terkejut.
“Mana?” Rifaat Rafie terus memandang Datuk Yacop. “Kenapa aku tak perasan pun sebelum ni?”
Datuk Yacop terus menghilangkan senyumannya. biar anaknya tidak tahu ada perubahan pada badannya.
“Kau hari-hari tengok tak perasan. Aku yela seminggu sekali tak pun dua minggu sekali baru tengok,”
"Dy. ak. ma... suk,"
"Daddy duduk sini jela, bagi ruang dekat Diya," Jika ikutkan hati dia juga mahu dengar cerita Hudiya tapi biarlah dia bersama Sharifah sahaja. Untuk Diya lebih selesa untuk meluahkan segalanya.
Datuk Yacop jeling tajam. Dia berkeras mahu masuk.
"Okay fine," terpaksa Rafie menghantar Datuk Yacop ke dalam. Bilik yang menempatkan Hudiya dan Sharifah di tuju. Tahu Datuk Yacop mahu masuk kerana Hudiya.
Hudiya yang mahu mulakan bercerita terhenti sebaik pintu bilik di ketuk. Laju dia berdiri untuk melihat.
Melihat Datuk Yacop dan Rafie, pantas Hudiya mengambil Datuk Yacop lalu menutup pintu dan kunci dari dalam. Tak pedulikan langsung Rafie yang tidak sempat berkata apa-apa.
Sombong!
..
Adnan meletakkan maklumat yang dia dapat di atas meja ruang tamu rumahnya. Api amarahnya semakin memuncak membaca maklumat yang dia dapat dari orang suruhannya.
“Sial kau Rafie! kau tak puas tidur dengan bini aku. Kau nak rampas dia pula dari aku,”
Adnan tersenyum sinis lalu duduk menyandarkan di kerusi. Di lihat rumahnya bersama Hudiya Imani. Sunyi sepi sudah tiada isterinya di situ. Tiada sedikit pun bayang Hudiya Imani.
“Sampai bila-bila kau tak akan dapat Diya dari aku. Dia milik aku!”
..
“Puan perlu ceritakan dari awal hingga akhir untuk saya membantu Puan," Sharifah mengulangi ayat yang sama selepas di ganggu oleh Rafie sebentar tadi.
Hudiya Imani mengangguk kepala tanda faham. “Puan Sharifah jangan bagitahu Tuan Rafie,”
“Insyallah. Ini antara Puan dan saya sahaja untuk memudahkan process soal jika hakim bertanya,” Puan Sharifah keluarkan pita rakaman untuk merakam cerita yang akan di luahkan Hudiya Imani.
Hudiya Imani melemparkan senyuman tawar pada Datuk Yacop yang ada di sebelahnya. Tangan Datuk Yacop di gengam kuat untuk mencari kekuatan untuk bercerita. Kehadiran Datuk Yacop memberikan dia sedikit ketenangan. Mungkin kerana telah menganggap Datuk Yacop seperti orang tua yang selalu ada setiap kali anak dalam masalah.
“Saya mulakan, Sejak bila suami Puan tidak pernah sentuh Puan?”
“Dari hari pertama kami berkahwin. Sebelum ini hakim tidak terima alasan saya kerana Adnan cakap Saya tidak berhias untuknya tapi saya pernah sahaja berhias diri dihadapan tetap tidak di sentuh,” Hudiya jawab tanpa sebarang masalah.
“Puan tahu sebab lain suami Puan tidak sentuh Puan”
“Dia cakap saya pelacur. Jijik hendak sentuh saya sebab saya kerja dekat pusat GRO. Tapi saya kerja di situ sebagai tukang cuci sahaja. Adnan tidak pernah percaya cakap saya. Sebab dia nampak apabila orang lelaki keluar tidak lama selepas itu saya juga akan keluar dari bilik yang saya kemas,”
Puan Sharifah terkejut dengan pengakuan Hudiya Imani “Kenapa puan kerja dekat situ?”
“Saya perlukan duit ketika itu. Atuk saya sakit. Tempat itu bagi gaji tiga kali ganda daripada tempat lain,”
“Puan kerja situ selepas berkahwin ke?”
“Sebelum, saya jumpa Adnan di situ. Sebab dia gunakan service di tempat saya berkerja. Saya bersetuju berkahwin dengan Adnan selepas dia bersungguh mahu saya berhenti kerja di tempat tu dan ingin berubah.“
“Maaf jika saya bertanya soalan sensetive. Puan masih ada dara?”
“Ye, saya masih dara,”
“Puan mahu buat medical check-up untuk confirm puan masih dara. Bagi me!mudahkan lagi process tuntut Puan,”
“Boleh,”
“Saya akan setkan appointment puan dengan doctor. Saya akan inform Puan kemudian,”
“Okay,”
Puan Sharifah menulis sesuatu di dalam bukunya sebelum menyambung soalan seterusnya. “Puan kata Mak mertua Puan pukul Puan. Suami Puan pernah halang tidak?”
“Pernah tapi boleh di kira dengan jari. Itu pun selepas mak mertua saya sudah pukul saya dengan teruk. Saya mula di pukul sejak awal perkahwinan lagi. Apabila mak mertua saya datang ke rumah pasti rambut saya di tarik. Kepala saya pernah di hentak di dinding. Di meja, di tolak dari tangga. Di caci, dia cakap saya pelacur,” Hudiya Imani mula keluarkan air mata apabila terkenangkan apa yang dia alami.
Bagaimana dia boleh tahan sebelum ini.
"Kau ingat kau kawin dengan anak aku, kau boleh senang lenang," Puan Rosma menolak Hudiya Imani sehingga terbaring ke lantai. Lalu di pijak perut Hudiya. "Aku akan pastikan anak aku tak dapat anak dari perempuan pelacur macam kau. Keturunan aku bukan dari orang tak bermaruah macam kau!"
Hudiya Imani cuba menolak kaki Puan Rosma yang memijak perutnya tetapi semakin kuat Puan Rosma menekan.. membuatkan Hudiya Imani kesakitan.. "Berani kau nak lawan aku.."
Puan Sharifah mengusap lengan Hudiya Imani agar dapat menenangkan hati perempuan di hadapannya.. “Puan boleh sambung lagi.. jika tidak saya boleh bawa ke next sesi”
Hudiya Imani cuba menahan air matanya mengalir. Mengawal emosi sedihnya. “Uwekk!” dengan pantas Hudiya Imani menuju ke tandas untuk memuntahkan segala isi perutnya.
Puan Sharifah mengejar Hudiya Imani. Di tepuk belakang badan Hudiya Imani. “Puan jika puan mahu menangis. Jangan di tahan, menangislah...”
Hudiya Imani terus menangis. Dia tahu jika di tahan perasan marah, sedihnya pasti akan memuntahkan segala isi perut. Badannya lagi terseksa. Bila di kenang dirinya di pukul badannya juga merasakan sakit yang di alami dahulu.
Hudiya Imani merasakan ada air mengalir dari hidungnya. Lalu di kesat, Air yang mengalir itu adalah darah.
"Puan darah!" pantas Sharifah masuk ke dalam untuk mengambil tisu.
Datuk Yacop kerisauan tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya boleh menunggu Hudiya keluar dari tandas.
Rambutnya dengan tiba-tiba di tarik "Sial!!!" Lalu pipinya pula di tampar selepas kepalanya di hantuk ke dinding.
"Sebab kau! orang mengata aku. Kau memang bawa sial dalam keluarga aku," Puan Rosma terlalu sakit hati pada Hudiya Imani lalu di ambik kerusi makan lalu menghempas kerusi itu di badan Hudiya Imani yang sudah terduduk di lantai menahan sakit.
Hudiya Imani tidak mampu mengelak kerana badannya sudah terlalu sakit untuk di gerakan hingga dirinya sendiri rasa sudah seperti nyawa ikan di pukul Puan Rosma.
Adnan hanya melihat sahaja apa yang Puan Rosma lakukan pada Hudiya Imani. yang penting Hudiya Imani tidak mati.
Rifaat Rafie mematikan pita rakaman yang Sharifah berikan kepadanya. Dia tidak lagi sanggup dengar semuanya. Dia boleh rasai sakit yang Hudiya alami. Mental fizikal habis di dera oleh Adnan sekeluarga. Patutlah Hudiya sanggup pertaruhan dirinya untuk diselamatkan.
Rifaat Rafie membuang air mata yang ada di muka. Di buat reaksi muka seperti biasa sebelum turun ke ruang tamu.
Dia ni seronok sangat ke duduk macam ni. “Seronok peluk kaki Daddy?”
“Seronok,” sepatah sahaja Hudiya Imani jawab.
Rifaat Rafie duduk di lantai sebelah kanan kerusi roda dan menyandarkan kepala di kaki Datuk Yacop. Di peluk kaki kanan Datuk Yacop. Meniru Hudiya Imani. Dia sudah tahu kenapa Hudiya sentiasa duduk memeluk kaki Datuk Yacop. Datuk Yacop menjadi penyandar segala kesedihan. Datuk Yacop adalah penenang untuk Hudiya. Pertemuan mereka bukan sia-sia tapi takdir yang melengkapi satu sama lain.
“Tak seronok pun,” Rifaat Rafie mengangkat kepala memandang Hudiya Imani di sebelahnya. Kemudian dia tiba-tiba tersenyum mahu menyakat Hudiya Imani.
“Ni seronok dapat pegang tangan perempuan,”
Hudiya Imani cuba menarik semula tangan yang pegang Rifaat Rafie.
“Daddy Sakit Daddy!” Rifaat Rafie melepaskan tangan Hudiya Imani dan memegang kepalanya. “Kalau ye pun jangan la tarik rambut Rafie,” Rifaat Rafie memandang Datuk Yacop “Nak gurau sikit pun tak boleh,”
Rifaat Rafie bangun berdiri “Malam ni dinner apa?”
“Tu,” Hudiya Imani menunjuk keledek rebus yang sudah lebih awal di letakkan di meja di tepi kerusi yang Rifaat Rafie selalu duduk.
“Ni je!!”
“Makan ma…”
“Perut aku buncit” tidak sempat Hudiya Imani bercakap Rifaat Rafie sudah menyampuk. Rifaat Rafie duduk di kerusi lalu di ambil keledek rebus. “Aku nak nasi lemak esok pagi. Tapi jangan masak udang aku,”
“Okay,”
Rifaat Rafie tidak perasan yang jari jerami Datuk Yacop sudah boleh di gerakan walaupun dalam keadaan yang masih lagi susah.
Share this novel