G 46 : RINDU SEBELUM PERGI

Humor Series 35125

Air mata yang cuba di tahan akhirnya mengalir jua apabila mengenangkan apa yang akan terjadi dalam hidupnya. Dia akan kembali kepada Adnan. Mungkin terpaksa menerima cacian dan kejian dari mertua semula. Hidup yang sentiasa dalam ketakutan dan kesunyian.

"Sabar Diya, Dunia ini sememangnya tempat ujian kita untuk kebahagian di alam kekal nanti. Lagi besar ujian Diya lagi besar darjat Diya. Dunia tak ada apanya Diya, kalau Diya sentiasa ingat pada Allah,"


“Terima kasih Pak Ali,” Hudiya mengesat air matanya ssebelum keluar dari kereta.


“Sama kasih,”


Sebaik keluar, Hudiya melihat Datuk Yacop sudah menunggu di pintu utama rumah. “Assalamualaikum Daddy” Hudiya Imani melutut di hadapan Datuk Yacop dan tersenyum. Di buang segala kesedihan yang ada diwajahnya.


“Wa alai kum salam. Diya k?”


“Okay Daddy. Diya nak minta izin tidur sekejap boleh. Diya letih sangat Daddy,” Letih kerana menahan rasa dan letih dengan perangai Rafie yang entah apa-apa.


“Ye,”


"Terima kasih Daddy” Hudiya Imani bawa masuk Datuk Yacop masuk ke dalam rumah. “Maafkan Diya tinggalkan Daddy,"


“tak pa,”


Hudiya Imani meninggalkan Datuk Yacop seorang diri di ruang rehat. Sebaik masuk ke bilik dihempaskan badannya di atas katil lalu menangis sepuas hatinya. Mahu menangis hingga tertidur lalu dapat melupakan segala masalah yang di hadapi walaupun seketika. Dan berharap apabila bangun semuanya telah berakhir.


Bibik Salma menghantar Datuk Yacop ke bilik Hudiya Imani lalu pergi untuk melakukan kerjanya. Datuk Yacop tahu Hudiya Imani sedang bersedih. Dia mahu memujuk hati luka Hudiya.


“Diya,”


Hudiya Imani mengesat air matanya lalu bangun memandang Datuk Yacop, “Ye daddy,”


“Cita kat di,”


Hudiya Imani turun duduk di lantai berhadapan Datuk Yacop lalu menangis dan memeluk kaki Datuk Yacop. Datuk Yacop mengusap lembut kepala Hudiya Imani.


“Daddy. Diya tak tahu nak buat apa lagi,”



Sedapnya dia duduk macam tu. Kaki Rifaat Rafie melangkah ke taman di tepi rumahnya. Daddy ni pula seronok agaknya kena peluk dengan Diya hari-hari. Aku peluk dia marah. Dia peluk tak apa pula.


“Diya!’


Hudiya Imani mengesat air matanya lalu bangun menepuk buntut yang kotor kerana di panggil Rifaat Rafie. “Ye Tuan,”


“Yang kau duduk dekat tanah kenapa. Sengaja nak suruh aku beli baju lagi,”


“Tak,”


“Duduk dekat kerusi, ingat aku beli kerusi untuk hiasan,” Rifaat Rafie duduk di tepi Datuk Yacop. Di lihat Hudiya Imani masih lagi berdiri.


“Duduk!”


Terkejut Hudiya Imani apabila di sergah dengan suara kuat. Rifaat Rafie menjadi serabut apabila Puan Sharifah menyatakan yang Adnan meminta bayaran ganti rugi jika mahu berpisah dengannya. Bukan sedikit tapi banyak. Jumlah yang tidak masuk akal dan Hakim boleh persetujui semuanya.


Rifaat Rafie menyapu lehernya yang tegang dengan tangan, matanya memandang Hudiya Imani sekali lagi. “Aku tak boleh tolong yang ni,”


“Ye,” Hudiya Imani menundukkan kepala. Dia sudah duga Rafie tidak dapat menolongnya lagi. “Terima kasih sebab Tuan tolong saya sebelum ini,”


Hati lelakinya menjadi sayu melihat muka Hudiya Imani yang sedih. “Kau mata merah kenapa? sakit gigi lagi?” Rafie cuba untuk membuang rasa galau di hati Hudiya.


Hudiya Imani mengangguk kepala.


Dia ni time macam ni pun masih nak melawak dengan aku. Rifaat Rafie bangun meninggalkan Hudiya Imani dan Datuk Yacop. Biar la wanita ini menangis untuk melegakan perasaan sedihnya. Rafie tahu hanya Datuk Yacop yang boleh tenteramkan jiwa sedih Hudiya.


“Diya” Datuk memanggil lembut. Hudiya Imani bangun dan kembali duduk di bawah di peluk kaki Datuk Yacop dan menangis sepuas hati. Sampai bila-bila dia tidak akan terlepas dari Adnan.


Datuk Yacop mengusap lembut. “dy to.long,”


“Tak apa Daddy. Daddy doakan Diya selamat tu pun dah cukup,” Hudiya Imani mengesat air matanya memandang wajah Datuk Yacop dengan senyuman tipis.

Mereka berdua menjadi tempat bercerita antara satu sama lain sepanjang Hudiya Imani berada di rumah Rafie. Segalanya diketahui Datuk Yacop mengenai Hudiya Imani begitu juga mengenai Datuk Yacop sekeluarga. Mereka berdua menyimpan rahsia antara satu sama lain.

Apa yang di siasat oleh Pak Ali semuanya sama seperti Hudiya Imani cerita padanya. Sebab itu Datuk Yacop sayangkan Hudiya kerana Hudiya Imani seorang yang jujur dan Datuk juga di jaga dengan elok.

..


“Kenapa kau basuh balik pinggan cawan daddy bila nak guna?” Rifaat Rafie mahu tahu kenapa Hudiya Imani buat begitu dari hari pertama di rumahnya. Dia perlu tahu semua jawapan bagi soalan yang bermain di fikirkannya sebelum Hudiya Imani pergi.


Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie di pintu dapur. “Lepas Tuan makan saya bagitahu,”


“Okay,” Rifaat Rafie mengambil lauk yang sudah tersedia di dalam mangkuk untuk di bawak ke meja makan “Bik makan dengan kitaorang,”


“Suka sini saja Tuan,” Bibik Salma tersenyum memandang Rifaat Rafie.


“Pak Ali mana? Taman,”


“Ye Tuan,”


“Susah nak cakap. Bukan aku makan orang pun sampai semua takut nak makan sekali,” Rifaat Rafie ke meja makan. Di letakkan lauk di atas meja kemudian duduk mencedok nasi. “Aku makan dengan daddy pun sedap,”


“Doa makan belum baca,”


Terbantut Rifaat Rafie ingin masukan nasi ke dalam mulut apabila ditegur. “Dalam hati. Nak aku baca kuat juga ke. Tadah tangan,”


Hudiya Imani dan Datuk Yacop terus menada tangan mengaminkan doa Rifaat Rafie.


Mesti rindu dengan air tangan Diya nanti. Daddy jangan tak ada selera lagi dah la.


“Fie,”


“Ye Daddy,”


“after eat, dy wan go my room,”


“Okay Daddy,”


“Tuan, Lagi sekor tak ada kaki” Hudiya Imani sudah tersenyum memandang udang besar di dalam aquarium. Pasti menjadi habuannya esok
Kepala Rifaat Rafie memandang aquarium. “My baby kenapa korang gaduh,” Terhenti Rifaat Rafie makan lalu datang ke Akurium. “Daddy bagi makan cukup. WHY!”


“Betina satu,”


Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani. “Mana kau tahu betina jantan?”


“Tengok sendiri,”


“Ish!!” Rifaat Rafie mengambil sauk lalu di sauk udang yang sudah patah kakinya. “Kau masak esok. Kau suka kan makan udang ni,”


“Tak cukup,” Ada penyauk rupanya. kenapa aku tak nampak hari tu.. nasib baik tak tergolek masuk aquarium.


Rifaat Rafie celup lagi sekali tangannya. “Dah! Kau jangan ambik lagi. Tinggal 5 ekor je ni, hilang memang aku tahu siapa ambil,”


Terus termati selera Rifaat Rafie terkenangkan udangnya habis di kerjakan oleh Hudiya Imani. Tak apa la, untuk Diya saat akhir. “Aku dah habis makan cepat cakap apa yang aku tanya tadi,”


“Tak tahu,ada lipas cicak tikus Lalu. Tuan tak apa sihat. Daddy tak,”


Tekak Rifaat Rafie terus Kembang apabila Hudiya Imani berkata begitu. Seperti mahu keluarkan semua isi perutnya.


Zupp!!!


Laju Rifaat Rafie berlari ke tandas untuk keluarkan semua isi perutnya.


“look,”


Hudiya Imani bangun ke tandas. Di tepuk belakang badan Rifaat Rafie. “Wife pregnant ke?” Hudiya Imani membalas balik apa yang Rifaat Rafie katakan padanya dahulu.


“Dalam rumah ni ada kau sorang. Kau pregnant tak?”


“Taik,” Tersenyum Hudiya Imani dapat mengenakan Rifaat Rafie.


Lagi kembang tekak Rifaat Rafie. Lagi sekali di muntahkan isi perutnya hingga lemah longlai badannya.


“Tuan,” di tepuk belakang badan Rifaat Rafie yang sudah terbaring di ruang rehat.


“Apa...” Lemah Rifaat Rafie membalas.


“Ni.. minum,”


“Kau basuh dulu tak cawan aku?” Rifaat Rafie menjeling ke cawan yang di bawa.


“dah,”


Rifaat Rafie bangun untuk minum air yang di berikan kepadanya. “Sejak bila rumah ni ada barley,”


“Sejak saya ada,”

Lepas minum Rifaat Rafie memalingkan kembali mukanya. Di tutup matanya dengan bantal lalu menangis. Kata-kata Hudiya Imani buatkan dirinya menjadi sedih. Lepas ini tiada lagi bayangan Hudiya. Tiada lagi kata-kata bersahaja di terima dari Hudiya. Tiada lagi orang yang suka bergurau kasar dengan dirinya. Diya belum pergi Rafie dah rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience