G 5 : TIP

Humor Series 35125

“Oiii!!”

Rifaat Rafie tersedar dari lamunan mengingati Hudiya Imani kerana di sergah oleh Zahrin. Boleh kena serangan Jantung jika asyik di sergah begitu. Kalau tegur aku elok-elok tak boleh
agaknya.

“Already four day you become like this. Wake-up bro! kita nak meeting jumpa client bukan nak tengok kau termenung.” Zahrin menegur. Dia merasakan semakin melampau Rafie mengelamun. Sepanjang bersama Rafie tidak pernah nampak berperangai sebegini kecuali dalam minggu ini sahaja.

“Sorry. Aku pergi basuh muka.“ Rifaat Rafie bangun ke tandas untuk membasahkan muka untuk segarkan diri semula. Dalam perjalanan balik semula ke mejanya Rifaat Rafie tidak sengaja terpandang Adnan bersama seseorang.

Dengan Diya ke? Rifaat Rafie melihat untuk menjelaskan lagi pandangan matanya. Bukan. Diya mana? kenapa Adnan dekat sini?

Fikirannya terus memikirkan kemungkinan Hudiya dip jual lagi. Rifaat Rafie merasa tidak sedap hati. Pantas dirinya berjalan ke meja dan mengambil handphone.

“Kau tolong settle kan. aku ada hal.” Rafie bangun berdiri dan melangkah pergi.

“Wei kau nak pergi mana?” Zahrin berdiri melihat Rifaat Rafie yang dengan pantas hilang daripada pandangan matanya.

Rifaat Rafie cuba menghubungi Hudiya Imani. tapi panggilannya tidak di jawab dan Rifaat Rafie mencuba lagi sekali.

Hudiya Imani yang sedang duduk di ruang tamu rumahnya terkejut apabila handphonenya berbunyi. di lihat siapa yang menghubunginya.

“Rafie! sapa ni?” Hudiya Imani cuba mengingati siapa Rafie. Dalam ingatannya dia tidak pernah kenal atau simpan nama Rafie di telefon pintarnya. Lalu Hudiya Imani membiarkan sahaja panggilan itu tidak di jawab.

Lagi sekali telefon Hudiya berbunyi, tanpa teragak Hudiya Imani terus mematikan telefonnya.

Rifaat Rafie kembali masuk ke lobby hotel untuk berjumpa dengan Adnan. untuk confirmkan di mana Hudiya Imani. Zahrin melihat dari jauh apa yang sepupunya berpatah balik masuk ke hotel. dia nak pergi mana pula ni? “Dia ni dah kenapa? habis minggu ni dia macam ni lagi aku kena bawa pergi hospital. kang dia pula sakit susah aku.”

“Hi Adnan.” Rifaat Rafie menegur Adnan yang sedang berbual dengan seorang wanita di sisinya.

“Hi! Rafie. You buat apa dekat sini?” Adnan bangun dari duduknya untuk bersalam dengan Rifaat Rafie.

“Meeting with client. Ternampak you tu I tegur.” Rifaat Rafie menyorokan motif sebenarnya.

“Ingatkan you lepaskan nafsu lagi... Hahahahahahaha...” Adnan ketawa sendiri dengan kata-katanya. Adnan banyak dengan rumors yang Rifaat Rafie banyak bermain dengan perempuan. setiap minggu bertukar perempuan hingga di bawak ke bilik hotel. sebab itu dia sanggup offer Hudiya pada lelaki di hadapannya untuk dapatkan projek besar dari company Rifaat Rafie.

Rifaat Rafie buat-buat senyum di hadapan Adnan. Kurang ajar kau! Ingat aku sanggap sangat macam kau? bini tak pernah sentuh tapi main dengan perempuan lain! “You buat apa dekat sini?”

“Date with my wife. Dah seminggu tak jumpa lepas rindu.”

Rifaat Rafie melihat perempuan seksi di sebelah Adnan berdiri dan menghulurkan tangan padanya “Tasya.. I wife Adnan.”

“Wife!” Rifaat Rafie seakan terkejut dan tangan Tasya tidak di sambut. Diya tu siapa?

“Wife dengan you hari tu first wife. Ni second wife. For new project jangan minta yang ni.” Adnan merangkul pinggang Tasya dengan erat.

“Oh...” Aku pun tak nak. Tengok pun tak ada Selera. Hudiya tu lagi cantik kot. Pelik aku dengan dia ni la. Rifaat Rafie berkata dalam hati. “I go first. My client dah sampai.”

“Okay. See you again.” Adnan bersalam lagi sekali dengan Rifaat Rafie

“Sapa tu sayang?” Tasya melihat Rifaat Rafie pergi..

“Client. Abang dapat project besar dari dia.” Adnan kembali duduk sambil jelaskan secara ringkas.

“Ohh. Mesti kaya kan?” Tasya juga kembali duduk.

Adnan memegang dagu Tasya “Tak guna kaya kalau tak ada isteri macam sayang?”

Tasya senyum melihat Adnan yang tersangat rapat dengan mukanya.

Zahrin melihat Rifaat Rafie keluar semula dari hotel dengan langkah kaki yang laju. Apa kena dengan kau ni Rafie?

Rifaat Rafie masuk ke dalam keretanya lalu ke rumah Hudiya Imani. Dia perlu lihat sendiri dengan matanya yang Hudiya Imani selamat.

Rifaat Rafie berhenti tidak jauh dari rumah Hudiya Imani. Di lihat rumah di hadapannya sunyi sepi. Apa aku nak buat ni. Tekan lonceng. Tak boleh.. Ha!! Order makan..

Dengan pantas Rifaat Rafie mengambil telefon pintarnya untuk order makanan. Di letak alamat dan number rumah Hudiya Imani.


Hudiya Imani keluar rumah untuk melihat siapa yang datang setelah lonceng rumahnya berbunyi. Rifaat Rafie tersenyum melihat kelibat Hudiya Imani tapi pakaian Hudiya Imani ketika itu berbeza sangat tidak seperti pertama kali dia berjumpa.

Rifaat Rafie merasakan berbaloi menunggu sehingga 40 minit semata-mata untuk melihat Hudiya Imani dalam keadaan selamat.

“Akak tak ada order makanan?”

Penghantar makanan sudah mengaru kepala. “Tapi ni alamat akak kan?” Penghantar makanan menunjukkan alamat rumah di ada pada pesanan makanannya.

“Aha... Dia tersilap nombor rumah kot. Ke rumah sebelah?”

“Akak ambik jela... Dah bayar pun. Orang ni yang salah sebab letak alamat salah.”

“Tak boleh. Tak halal.“ Hudiya Imani menolak.

“Saya bagi. Kalau customer minta refund Saya bayar je. Saya halalkan.” penghantar makanan ingin cepat pergi kerana ada lagi tempat yang perlu dia hantar.

“Betul ni?” Hudiya Imani teragak-agak untuk mengambil.

“Ye!”

“Terima kasih.”

Penghantar makanan terus pergi setelah Hudiya Imani mengucap terima kasih.

“Apa ni ye?“ Hudiya Imani cuba melihat dari luar bekas “Roti canai. Sedapnya…” dengan pantas Hudiya masuk ke dalam rumah semula.

Penghantar makanan melihat telefonnya ketika berhenti di traffic light merah. Jika customer yang tersilap meletakkan alamat meminta refund daripadanya.

Penghantar makanan mengoyoh mata berulang kali tidak percaya dengan apa yang di lihat. Dia dapat tip 100 ringgit untuk alamat yang dia hantar sebentar tadi. Biar betul! ke orang yang ni tersilap tekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience