G 43 : KECELARUAN IDENTITI

Humor Series 35125

Pembantu perubatan menerangkan keadaan Hudiya Imani kepada doctor sambil menolak masuk ke dalam bilik kecemasan. Rifaat Rafie hanya ikut belakang tanpa berkata apa-apa.


“Encik siapa?” doctor melihat Rifaat Rafie.


“Husband,”


Sukahati je mengaku husband aku. Nasib baik tak boleh gerak.


“Maaf, Saya sentuh,” Doctor melihat Rifaat Rafie jika lelaki itu bersetuju. Rifaat Rafie hanya mengangguk kepala. “Puan kalau sakit bagitahu ye.”


Doctor meluruskan kaki kiri Hudiya Imani lalu di angkat naik ke atas “Kaki kiri you okay. Doctor cek kanan pula ye,” di lakukan perkara sama tetapi baru di angkat sedikit Hudiya Imani sudah menjerit sakit.


“Puan ada jatuh atau angkat benda berat?”


“Dua-dua ada,” Hudiya Imani ingat kembali dia jatuh kerana menahan dan mengangkat Datuk Yacop.


Kau angkat Daddy 70kg memang la. Nak lari rumah macam apa. Lari bawa Daddy aku pula tu. Macam Daddy tu kau punya. Padan muka kena balik sebab curi Daddy aku. Rafie mengomel dalam hati.


“Bila?”


“Hari ni,”


“Bila last period?"

"Tak sampai seminggu,"


“Kita buat x-ray ye,”


Hudiya Imani mengangguk kepala tanda setuju.

..


Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie dengan muka sengkeknya. Aku yang masuk hospital dia yang sibuk nak duduk sini.


“Bibik ada, Tuan balik,” arah Hudiya.


“Bibik kena masak. Siapa nak bagi daddy makan?" balas Rafie.


Hudiya Imani memandang Datuk Yacop meminta simpati dari Datuk Yacop pula “Daddy bawa Tuan balik. Diya boleh jaga diri,”


“Fie jaga Diya,” Datuk Yacop senyum memandang Hudiya Imani. Perlu dirapatkan hubungan Hudiya dengan anaknya.


“Kau tu gerak badan pun tak boleh ada hati nak jaga diri sendiri. Nasib baik esok jumaat dah. Aku kena ambik cuti sehari je,” Rifaat Rafie sengaja ingin membuat Hudiya Imani merasa bersalah.


“Pak Ali la jaga Diya,” Hudiya Imani memandang Pak Ali dengan pandangan kecian. Please Pak Ali.


“Maaf Diya. Pak Ali kena jaga Daddy,” Pak Ali tolak dengan lembut sekali.


Muncung terus mulut Hudiya Imani.


“Kau muncung mulut tu. Aku cium kang,” Rifaat Rafie tersenyum miang melihat Hudiya Imani
Hudiya Imani terus mengatup mulutnya dengan rapat sekali.


“Tuan lagi mudah Diya. Kuat angkat Diya,” Bibik Salma cuba memujuk.


Masalah dia ni miang. Kalau tak miang okay je. Di jeling Rifaat Rafie yang sedang memandang dirinya seperti mahu diterkam ketika itu juga.


“Di ba lik,” Datuk Yacop memegang tangan Hudiya Imani dengan lembut.


“Ermm. Pak Ali bawa kereta hati-hati. Buah hati Diya ada sekali,”


Datuk Yacop tersenyum dengan kata-kata Hudiya Imani. Terus terang sudah Hudiya meluahkan isi hatinya. Tidak berselindung lagi apabila semua orang tahu akan perasaannya.


Nak sakitkan hati aku la tu. Daddy tak suka kau la. Kau pun tepuk sebelah tangan.


Hudiya Imani melambai dari katil kerana tidak mampu gerakan anggota badannya. Tinggal dirinya seorang diri di dalam bilik kerana Rifaat Rafie menghantar Datuk Yacop hingga ke kereta. Hanya boleh baring mengadat siling. Ubat sakit sudah di cucuk di punggung pun sakit masih lagi terasa di belakang badannya.


Hudiya Imani tersenyum sendiri. Jika dia tak jumpa Rafie dekat mana agaknya sekarang ni. Mesti tak ada perkara pelik dan gila berlaku dalam hidupnya.


Rifaat Rafie menghubungi Puan Sharifah bagi menundakan kes penceraian Hudiya Imani kerana Hudiya hanya mampu terbaring tidak tahu bila sakitnya akan sembuh. Macam-macam la Diya. Bila kau nak cerai macam ni. Lambat lagi la aku nak kawin dengan kau.


Rifaat Rafie masuk ke bilik wad melihat Hudiya Imani tersenyum senyum sendiri. “Apa senyum-senyum tu?”


Hudiya Imani terkejut lalu hilang senyumannya.


“Rafie ada belikan nasi goreng. Jom makan. Diya kata lapar tadi kan,” Rifaat Rafie meletakkan bungkusan nasi di atas meja lalu di buka. “Rafie suapkan ye,"


“Saya boleh makan sendiri. Tangan saya boleh gerak,”


“Suka hati,” Orang sakit tidak boleh di ganggu emosinya nanti lagi lambat sembuh. Jadi di turutkan sahaja kehendak Hudiya walaupun agak mustahil Hudiya boleh makan sendiri.


“Tuan tolong naikkan katil saya,” Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie.


Rifaat Rafie menaikan tempat sandar untuk Hudiya Imani.


“Stop stop stop. Turunkan sikit Tuan. Sakit,”


“Kau nak makan sendiri macam mana ni?” Rifaat Rafie melihat tiada beza pembaringan Hudiya Imani dengan sebelum ini.


“Boleh. Tuan tarik meja tu dekatkan dengan saya,”


Rifaat Rafie tarik meja dekatkan Hudiya Imani. Dia mahu tengok Hudiya Imani boleh atau tidak makan sendiri dalam keadaan terbaring.


Hudiya mengambil sesudu nasi lalu di masukan ke dalam mulutnya. Habis terabur nasi di atas badannya ketika cuba di masukan ke mulutnya. Rifaat Rafie sudah tersenyum tengok gelagat Hudiya Imani gigih mahu suap sendiri.


“Kau tengok. Terabur membazir tahu tak? Aku nak suapkan tak nak,” Rifaat Rafie mengutip nasi yang terabur di atas badan Hudiya Imani.


“Tuan jangan nak sentuh tempat lain,” Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie seperti sengaja mahu menyentuh dadanya.


“Ke kau memang sengaja. Nak aku mandikan kau lepas ni,” Rifaat Rafie sudah tersenyum gatal. Rifaat Rafie sendiri tak tahu kenapa sifat miang keladinya semakin menjadi-jadi bila dengan Diya. Mungkin kerana Diya tak layan tu lagi menjadi-jadi. Saja mahu buat Diya marah. Terasa seperti sebuah hiburan.


“Dah Tuan suapkan,” Hudiya Imani meletakkan sudu di atas bekas makanan.


“Abang Rafie suapkan ye. Comel sayang Abang ni marah,”


Dia ni dah kenapa. Tadi aku kau lepas tu Abang sayang. Kecelaruan identity apa.

Rifaat Rafie senyum sahaja sepanjang menyuapkan makanan kepada Hudiya Imani. Senyum kerana ingatkan saat bersama Adila.

..

“Abang Marghib dah,” kenapa boleh tersilap pula ni. Sebab dia main Abang sayang la ni. Aku sekali dah kecelaruan identiti.


Rifaat Rafie sudah tersenyum apabila Hudiya Imani memanggil dirinya Abang. “Abang tolong sayang ambik wuduk ye. Lepas tu kita sembayang sama-sama,”


“Tak payah. Saya minta tolong nurse,"


“Sayang jangan malu Abang dah pernah tengok semua. Sentuh pun dah,”


Ada juga kena tampar dengan aku nanti makin menjadi-jadi pula miang dia ni la. Apa kaitan ambik wuduk dengan sentuh.

. .


Hudiya Imani buat-buat tidur selepas melihat Rifaat Rafie ke tandas. Tidak mahu melayan lelaki itu. Kerana dia merasakan Rifaat Rafie semakin bertambah miang. Saat Rifaat Rafie kembali ke sisi Hudiya dia melihat Hudiya sudah melelapkan matanya.


Baru nak ajak bual lagi. Cantiknya Diya. Cupp!


Terbeliak biji mata Hudiya Imani apabila pipinya di cium Rifaat Rafie. “Apa Tuan buat ni?” Hudiya Imani mengesat pipinya dengan tangan.


Pura-pura tidur rupanya. Ingatkan betul. “Ingatkan Diya tidur. Kalau tidur kena cium tak rasa,”


“Baru lepas sembayang dah buat dosa,”


Dia dah start nak bagi ayat pedas dah. “Maaf Diya. Rafie tak tahan tengok Diya,”


“Tak tahan kawin,”


“Rafie nak kawin dengan Diya,”


“Tak nak. Berapa kali Diya cakap Diya suka Daddy,”


“Daddy tak suka Diya,”


“Diya tahu. Tapi Diya tetap suka Daddy,” Hudiya Imani berkeras dengan perasaannya.


“Kenapa Diya tak suka Rafie? Apa kurang Rafie?” layu mata Rifaat Rafie melihat Hudiya. Kecewa tidak di cintai seperti mana dia cintai Hudiya. Cinta yang tidak di balas.


Hudiya Imani diam membisu.


“Tak boleh ke Diya buka hati untuk Rafie? Cuba Diya bagitahu Rafie apa yang buat Diya tertarik pada Daddy? Rafie akan cuba buat yang sama untuk Diya?”


“Tuan pasti ke Tuan boleh buat yang sama?” Hudiya Imani merenung tajam ke anak mata Rifaat Rafie.


“Rafie akan cuba,”


“Diya cari orang yang boleh bimbing Diya. Tuan rasa Tuan boleh bimbing Diya? Tuan sembayang pun tak cukup. Lepas subuh sambung tidur. Diya ni dah la jahil. Dapat suami pun sama juga jahil. Tak kan Diya nak cari suami baru Diya sama macam dulu,”


Tersentap Rifaat Rafie apabila mendengar kata-kata Hudiya Imani.


“Nak tahu kenapa Diya pilih Daddy? kenapa Diya sayang Daddy? Daddy tak pernah lepas sembayang walaupun Daddy sakit. Daddy yang ajar Diya pasal agama. Daddy yang bimbing Diya. Kalau Diya pilih Tuan, Diya rasa kita sama-sama masuk neraka,"


Hati Rifaat Rafie seperti di hiris dengan pisau toreh kemudian ditembak dengan machine gun hingga hancur berkecai. Ini kata-kata paling pedas dia dengari dari mulut Hudiya Imani. Sehingga terkaku lidahnya untuk membalas.


“Diya ni orang dah tuduh pelacur bila pilih Tuan mungkin jadi pelacur betul rasanya sebab Tuan bila perempuan sentuh buat tak tahu. Lagi seronok bergesel. Confirm la Diya macam tu juga nanti,”

"Cukup Diya terseksa dekat dunia ini, Diya tak nak terseksa dekat api neraka,"


“Kalau Rafie berubah, Diya boleh terima Rafie?” sayu muka Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani. Cuba di kutip dan di cantumkan kembali hatinya yang sudah berterabur di tembak machine gun tadi.


Yes!! Berjaya. Daddy berjaya. Sampai sakit belakang Diya nak buat anak kesayangan Daddy ni nak berubah “Tuan buktikan dahulu. Baru Tuan tanya Diya balik,”


“Rafie buktikan. Tapi Diya kena bagi peluang dekat hati Diya untuk Rafie,”


Hudiya Imani mengangguk dan tersenyum sedikit. Membuktikan ada harapan untuk Rafie.


Rifaat Rafie memberi senyuman tawar pada Hudiya Imani lalu bangun dan baring di sofa yang tersedia di bilik wad itu. Baring membelakangi Hudiya Imani.


Sakitnya hati aku. Rifaat Rafie memukul dadanya sendiri. Rasa macam nak bertaubat sekarang. Boleh Diya sebut neraka pula tu. Rifaat Rafie tidak senang duduk didalam fikirannya teringat akan neraka.


Rifaat Rafie bangun kembali dan ambil wuduk lagi sekali terus dirinya lakukan sembayang taubat. Sepanjang sembayang teringat akan kata-kata Hudiya Imani. Masuk neraka masuk neraka masuk neraka. Sampai menangis Rifaat Rafie kerana takut. Dan menyesal dengan kesilapan lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience