G 40 : BYE BYE!!! DADDY

Humor Series 35125

Syahirah pusing melihat sekeliling rumah, mencari tempat di mana perlu dijalankan misinya. Semua rata. Nak tolak dalam kolam ada CCTV pula dekat luar. Kantoi nanti. Syahirah masuk balik ke dalam rumah.


Kalau bawa naik atas tak kuat aku nak angkat orang tua ni. Kalau ada pun tiga anak tangga ni. Syahirah berdiri di antara ruang tamu utama dengan ruang tamu tempat Rifaat Rafie dan Datuk Yacop selalu lepak.


Rasa berkesan ni. Kalau dekat sini mesti tak syak apa-apa. Mesti fikir jatuh sendiri. Syahirah mencari Datuk Yacop pula setelah tahu di mana dia perlu melakukan misi jahatnya.


“Dating dekat pintu pula,” Aku bagi dating puas-puas hari ni. Esok mungkin tak jumpa dah untuk selamanya.


“Daddy Diya rindu Daddy,” sudah tiga hari air mata Hudiya Imani tidak pernah kering. Asyik menangis sahaja.


Datuk Yacop pula mendengar sahaja apa yang Hudiya Imani luahkan. Hendak memujuk dia dalam keadaan terbatas.


“Kenapa Daddy tak makan? Daddy tak sayang Diya? nak Diya tengok Daddy sakit lagi?”


“Tak se dap,”


Hudiya Imani Senyum sedikit “Nak ambik hati Diya la ni. Nak puji Diya masak sedap la tu,”


“Nanti Diya dah boleh keluar Diya masak sedap-sedap untuk Daddy. Tapi Daddy makan la dulu. Sikit pun tak apa la,”


“Ermm,”


“Diya tiba-tiba teringat dekat family Diya. Semua tak ada dah. Tinggalkan Diya sorang-sorang. Daddy jangan tinggalkan Diya ye. Kalau Daddy pergi Diya nak ikut,” sungguh sayu suara Hudiya.

..


Bibik Salma mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik Hudiya Imani.


“Diya. Bibik bawa ubat untuk Diya,”


Hudiya Imani buka matanya yang tertutup. Bibik Salma memegang kepala Hudiya Imani terlalu panas. “Diya rindu sama Daddy?”


Hudiya Imani mengangguk kepala. “Daddy okay tak Bik? Diya dah pujuk Daddy makan. Daddy makan kan?” Hudiya Imani menelan dua biji Panadol lalu minum air yang di bawa sekali oleh Bibik Salma.


“Makan dua suap saja,”


“Nanti Diya pujuk Daddy lagi. Bibik tengok Daddy untuk Diya ye,” Hudiya Imani lebih risaukan Datuk Yacop berbanding dirinya.


“Ye, Diya rehat saja,”


Hudiya Imani kembali baring semula. Terasa kepalanya berdenyut dengan kuat. Rasa sudah lama tak kena sakit kepala sebegini.


Bibik mengunci dahulu bilik sebelum ke dapur. Singgah di ruang rehat Rifaat Rafie sedang duduk.


“Tuan enggak boleh ke bagi Diya jumpa sama Daddy. Kecian Bibik tengok Diya sampai demam panas rindu sama Daddy,”


Rifaat Rafie tidak perdulikan kata-kata Bibik Salma. Bibik Salma pergi setelah permintaannya tidak dihiraukan oleh majikannya.


Sebelum masuk tidur Rifaat Rafie masuk ke bilik Hudiya Imani. Di lihat wanita itu sedang tidur dan bantalnya mempunyai kesan air mata. Di sentuh dahi Hudiya Imani. Lalu Rifaat Rafie keluar mengambil tuala kecil dibasahkan. Di letakkan di atas dahi Hudiya Imani.


“Daddy,” tangan Rifaat Rafie di pegang oleh Hudiya Imani. “Diya rindu Daddy,” Semakin erat di peluk tangan Rifaat Rafie.


Mengalir air mata Rifaat Rafie, orang yang di sayang sukakan Daddynya. Dirinya bertepuk sebelah tangan. Bukan tidak kecian melihat Hudiya Imani tapi hatinya sakit. Cuba untuk menerima isi hati Hudiya Imani tapi dirinya tidak mampu.


Rifaat Rafie melepaskan tangannya dari pelukan Hudiya Imani. “Maafkan Rafie Diya. Bagi Rafie masa untuk terima semuanya,”


Rifaat Rafie mengunci balik pintu bilik lalu ke bilik Datuk Yacop pula. Di lihat muka Datuk Yacop. Daddy pun tak lalu makan sama macam Diya. Kenapa susah untuk aku terima? Kenapa aku nak seksa dua jiwa yang tak bersalah? Sepatutnya aku boleh terima. Ada orang sayangkan Daddy lebih dari aku, ada orang jaga lebih baik daripada aku.

..

Zahrin masuk ke bilik Rifaat Rafie selepas di panggil oleh sepupunya itu.


“Kenapa bro?”


“Duduk dulu,”


Zahrin tahu Rifaat Rafie mempunyai masalah. Seperti masalah lebih besar daripada masalah Hudiya Imani. Rifaat Rafie pusingkan badannya mengadap dinding kaca yang menampakkan permandangan luar. Fikirannya serabut perlukan bantuan seseorang.


“Diya sukakan Daddy,”


“Bagus la, bukan tu yang kau nak. Seorang perempuan yang boleh terima kau, Daddy kau,”


“Dia suka Daddy, cintakan Daddy. Bukan aku,” Rifaat Rafie menerangkan lebih jelas agat Zahrin faham.


“Haa!!! Kau biar betul?” terkejut hingga berdiri Zahrin. Power Daddy boleh buat Diya jatuh cinta dengan dia. Rafie yang prefect ni pun tak boleh buat Diya jatuh hati. Kena minta tips dekat Daddy ni untuk ngurat awek.


“Sekarang ni aku kurung Diya, aku tak tahu nak buat apa,” terasa serabut sangat kepalanya. Datu apa tidak boleh di lakukan kerana fikirkan Diya dan Daddy.


“Kau gila kurung orang, dia tak salah kot. Daddy kau macam Mana?” Lagi sekali Zahrin terkejut. Kalau tak buat kerja tak fikir pakai akal, memang Rafie namanya.


“Daddy aku tak nak makan lepas aku kurung Diya. Diya pun sama sampai demam. Bibik cakap Diya rindukan Daddy. Aku dengar berapi hati aku ni,” Rifaat Rafie menguap kepala dengan kedua tangannya.


“Kau ni tak baik buat macam ni. Kalau Diya confirm cerai dia nak kawin dengan Daddy kau, kau patut terima. Kau sayang dia sekurangnya dia ada dekat dengan kau walaupun akan kawin dengan Daddy kau,” Zahrin cuba berikan kata nasihat yang boleh buat Rifaat Rafie tenang walaupun sedikit. "Dia tetap ada dekat depan mata kau, kau tak perlu risau dia hilang entah ke mana,"


“Aku dah cuba tapi tak boleh nak terima. Kenapa dia suka Daddy bukan aku?” Rifaat Rafie masih tidak boleh terima kenyataan.


“Kau ada tanya dia? cuba kau tanya, cuba kau tanya apa yang boleh buat Diya tu suka Daddy. Kau lepaskan Diya dulu. Kecian dia Rafie. Kau tak kecian dekat dia, dengan husband kena dera, dengan kau kena kurung. Jangan disebabkan tindakan kau ni, dia anggap kau sama sahaja macam suami dia. Jangan buat dia benci kau Rafie. Lagi susah untuk kau tambat hati dia,"

"Kau patut anggap ni cabaran kau untuk dapatkan Diya. Mungkin jadi begini, sebab masih ada lagi kekurangan pada diri kau. Ini masa untuk kau renungkan apa kesilapan kau, untuk kau perbetulkan," Panjang lebar Zahrin menasihati Rafie.

"Begini sahajalah, kalau kau tak kecian Diya. Kau kecian la dekat Daddy. Sebab Diya tu Daddy kau makin sihat. Kau ingat Daddy kau senang hati ke kau kurung Diya. Daddy dah tua Rafie, bila-bila masa boleh pergi. Kau nak biarkan dia sedih pada ujung usia ni?”


“Tapi... Kenapa bukan aku? aku sihat handsome ada duit tapi kenapa Daddy yang dia pilih?” masih tidak boleh di terima oleh akalnya. Daddy buat apa sampai Diya boleh suka Daddy.


“Kau sendiri yang cakap Diya tak pandang semua tu. Jadi kau kena buat dia suka kau dengan cara lain. Belum terlambat Rafie. Masih ada masa. Diya pun belum cerai lagi. Kalau cerai, ada tiga bulan lagi edah. Kalau kau kurung dia, lagi dia benci kau. Dia akan anggap kau sama macam suami dia sebab kurung dia,”


Sedikit banyak kata-kata Zahrin membuatkan Rafie tersedar walaupun sakit hati itu masih lagi ada. Betul ada masa lagi boleh buat Diya sukakan aku. Rifaat Rafie mengambil telefon di atas meja lalu mencari nama Bibik Salma.


“Bik lepaskan Diya,”


“Baik Tuan,” tersenyum bibik apabila Rifaat Rafie akhirnya bagi Hudiya Imani keluar.


“Sekarang kau balik minta maaf dekat Diya. Minta maaf sebab kau kurung dia, buat dia terluka. Kau nangis depan dia pun tak apa. Perempuan ni tengok lelaki menangis depan dia, dia mudah tersentuh. Kau nak dapatkan Diya, turunkan ego kau. Dia bukan macam perempuan lain, hati dia keras sebab kisah silam dia. Kalau kau ego sampai bila-bila kau tak akan dapat Diya,” Zahrin beri tunjuk ajar pada Rifaat Rafie walaupun dia tidak pernah bercinta. Tapi bab basic memujuk perempuan sudah di kaji terlebih dahulu.


Tanpa membuang masa Rifaat Rafie tinggalkan biliknya untuk balik meminta maaf dan memujuk Hudiya.

Aku yang tak ada awek pun tahu nak pujuk awek. Tak ada ke awek terpikat dekat aku. Kecian aku...

Zahrin ke meja Jannah. "Jannah you tak ada kawan perempuan?"

"Ramai. Tu Mira kawan Jannah juga," Jannah menunjuk ke arah Mira.

"Mira tu dah kawin. I nak bujang,"

Jannah dengan tiba-tiba senyum tersipu-sipu malu. "I dah single balik. Encik Zahrin tak nak try ke?"

Patut la macam nak goda aku sangat hari tu. "Bagi number phone ayah you, I terus masuk minang je," Zahrin juga senyum senyum kambing memandang Jannah. Tuan badan dah bagi green light. Baik terus tangkap.


“Tuan Daddy. Diya udah boleh keluar. Bibik buka pintu untuk Diya dulu,” laju Bibik Salma ke bilik Hudiya Imani sebaik habis berkata.


Syahirah tersenyum apabila melihat Bibik Salma pergi jauh dari Datuk Yacop. Daddy selamat tinggal ye.


“Bibik mana Cik Shira?” Pak Ali muncul dengan membawa barang dapur yang di suruh beli oleh Bibik Salma.


Kacau daun betul lah, aku baru nak tolak. “Tak tahu,”


“Nanti cakap dengan Bibik. Barang dah sampai. kang Bibik tak tahu busuk pula ikan ini,” arah Pak Ali.


“Okay,” cepat cepat pergi.


Pak Ali dengan pantas ke dapur lalu ke depan semula untuk keluar.


Okay cantik. bye!!! Daddy...


“Tuan Daddy, Diya tidur. Tapi bibik biar pintu terbuka. Biar Diya tahu dia udah boleh keluar,” Bibik Salma muncul semula duduk di sebelah kerusi Datuk Yacop.


Bila nak tolak macam ni. Naik geram Syahirah. “Bik, Pak Ali cakap ikan busuk nanti,”


“Baru lagi ibu Shira. Tak apa,”


Aduh!! Bila nak settle macam ni. Syahirah menghempas badan dikerusi. Ingatkan mudah untuk uruskan hayat Datuk Yacop, tapi lagi leceh rupanya.


“Tuan Daddy. Tuan Daddy kena makan mesti Diya suka nanti,”


“Tu gu Diya,”


“Enggak Boleh. Tuan makan sekarang. Diya bangun Tuan Daddy dengan Diya. Dating aje,”


Geli aku tua-tua tak boleh jalan nak dating lagi.


Selepas di pujuk akhirnya Datuk Yacop makan. Lamanya la orang tua ni makan. 30minit dah ni. Bibik ni pun satu, orang tua tak nak makan di pujuk-pujuk. Orang tua ni, nak mati sekejap lagi, tak sempat jadi tahilah apa yang dimakan.


“Bik biar Shira suap Daddy,”


“Daddy enggak mau sama Ibu Shira. Biar Bibik saja suap. Lagipun mau abis sudah,” terpaksa Syahirah menunggu lagi 30 minit. Nak bunuh orang pun perlu kesabaran tinggi.


Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba, Syahirah melihat sekeliling untuk memastikan tinggal dia dan Datuk Yacop sahaja. Tiada sesiapa di ruang rehat itu setelah Bibik Salma ke dapur.


Byee!!! Daddy... Selepas smpai ke syurga... Syahirah tersenyum gembira lalu menolak Datuk Yacop tanpa rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience