Dengan pantas Tasya dan Syahirah datang ke arah Hudiya Imani apabila Adnan mendekati wanita itu.
“Abang!!” Tasya menjerit memanggil Adnan.
Adnan terkejut lalu menoleh ke arah Tasya. Hudiya pula mengejek panggilan Tasya dengan gaya mulut tanpa sebarang suara.
“Kau kata tak nak jumpa. Tapi kenapa kau jumpa Adnan?” Tasya memarahi Hudiya Imani.
“You nampak tak siapa jumpa siapa. I tak nak la laki dayus macam ni. You ambik simpan jangan bagi muncul depan I. Menganggu penglihatan I yang bersih ni,” Hudiya membalas dengan nada sinis.
Pak Ali melihat dari jauh apa tindakan yang Hudiya Imani akan lakukan. Dia akan masuk campur jika Hudiya Imani tidak mampu lawan.
“Kau memang perempuan tak guna kan. Dah boyfriend aku pun kau nak kebas,” Syahirah pula tiba-tiba menyampuk.
“I tak kenal you, boyfriend you. Yang you tiba-tiba masuk campur kenapa? ” Hudiya Imani memandang Syahirah di sebelah Tasya. Perempuan gedik bersama Rafie tadi.
“Diya isteri Abang. Suka hati Abang nak jumpa ke tak.” Adnan menegur Tasya. "Sebelum Abang kawin dengan Tasya Abang dah bagitahu yang Tasya number dua. Apa-apa Diya yang utama,"
“Sejak bila Abang layan Diya ni macam isteri” Tasya memandang Adnan dengan perasaan marah. Semua mata sudah memandang ke arahnya. Pergaduhan mulut yang agak kuat boleh didengari orang ramai.
"Habis tu nak layan macam you dapat ke? like pelacur untuk melepaskan nafsu sahaja," balas Hudiya dengan bersahaja.
Puan Rosma datang ke arah suara Tasya apabila terdengar suara menantunya seperti sedang marah. Terkejut dia apabila melihat Hudiya Imani juga ada di situ.
Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi Hudiya Imani. “Kau yang pelacur. Tak malu ke datang sini. Aku tak jemput pun kau datang majlis keluarga aku,”
Adnan menolak Syahirah dengan kuat hingga hampir terjatuh kerana cuba menyerang Hudiya seperti Puan Rosma. "Family kau jemput aku dan isteri aku. Macam ni kau layan tetamu. Harap orang ternama tapi perangai memalukan," Adnan pula memalukan Syahirah. Malah orang tua Syahirah juga mendapat malu.
Pak Ali menahan tangan Rifaat Rafie yang ingin membantut Hudiya Imani. “Pak Ali lepas,”
“Kamu tengok dulu,”
Hudiya Imani melepaskan nafasnya dengan kuat. “Yang jemput aku Datuk Jamil bin Jusop,” kuat suara Hudiya Imani hampir bergegar dewan. Dia sudah naik geram. “Sebelum aku masuk aku dah dapat izin. Next time nak tuduh orang selidik dulu. Nak tuduh aku pelacur! kau bergesel dengan lelaki bukan mahram dari tadi panggil apa? GRO!”
Rifaat Rafie agak terkejut Hudiya Imani sudah berani mempertahankan dirinya. Berbeza sekali dengan dahulu, ketika awal pertemuan mereka.
Bagus Diya. Diya kena berani macam ni. Pak Ali rasa apa yang di ajar pada Hudiya Imani membawa hasil. Jika takut lagi mudah orang memijak kepala kita.
“Mulut kau memang kurang ajarkan,” hati Syahirah menjadi pedih mendengar kata-kata Hudiya Imani.
“Kenapa kau nak terasa kalau kau tak buat, jadi betul kau GRO,” Hudiya Imani memberi kata sindir. “Abang next time jaga bini ke dua Abang tu elok-elok. Takut terberanak belum tiba masa,”
Kali ini kepala Hudiya Imani pula di tampar oleh Puan Rosma. “Kau kalau mati lagi bagus dari ganggu rumah tangga anak aku,”
“Siapa ganggu rumahtangga siapa. Diya first wife. Yang kawin dekat siam boleh sedap hati kata yang first hancurkan rumahtangga dia. Dekat siam atau ikut saluran betul perosak? Diya tak kisah la Adnan ni nak kawin sampai sepuluh pun. Mammy nak kawin lagi pun Diya tak kisah,” kata yang membawa malu pada Tasya di lepaskan. Terasa puas hatinya.
Semua orang sudah memandang ke arah Tasya membuatkan dirinya merasa malu kerana orang akan memandang dirinya sebagai perampas.
"Mammy tak puas masuk lokap? tak puas get ready dekat rumah sekejap lagi ada drive uniform pick up,"
Puan Rosma menarik tangan Tasya dan Adnan pergi dari situ. Untuk elak dimalukan lagi oleh Hudiya Imani. Puan Rosma tidak tahu Hudiya Imani sudah berani melawannya. Dia bukan lagi Hudiya Imani yang penakut, pendiam, dan pendengar kata yang terima sahaja semua orang mencaci dirinya..
Adnan menolak untuk mengikut Puan Rosma. Hudiya di rayu untuk mengikutnya. "Kita balik jom sayang. Abang minta maaf, abang sayang Diya. Diya nak abang ceraikan Tasya, abang sanggup tunaikan. Yang penting Diya balik pada abang semula,"
Tapi rayuan Adnan tidak diambil pedulik. Dia tidak percaya dengan kata-kata Adnan lagi. Bukan sekali dua dia tertipu, terlalu banyak. Hudiya meninggalkan Adnan dan menuju ke arah Datuk Yacop.
“Kau buat kecoh majlis orang kenapa. Kau tu orang gaji je tak sedar diri,” Datin Suraya mula bersuara apabila berlaku kekesohan. Anaknya juga dipermalukan.
“Maaf semua. Minta bersuarai,” Datuk Jamil cuba menenangkan keadaan.
Hudiya yang masih berapi bagaimana di siram dengan lahar gunung berapi apabila dirinya di serang oleh orang lain pula. Lagi-lagi orang yang tidak di kenali. “Orang gaji ingat tak ada maruah ke. Biar muka cantik yang penting beradap,” Hudiya Imani keluar kata-kata pada Datin Suraya pula.
Syahirah yang geram terus menarik tudung Hudiya imani. Tetapi tidak sedikit pun Hudiya Imani melawan. Dia hanya menepis sahaja tangan Syahirah terus terjatuh perempuan itu.
Pang!! Hudiya Imani di tampar lagi “Berani kamu pukul anak aku,”
“Datin buta! Semua orang nampak siapa pukul siapa?”
“Kau keluar. Aku tak halalkan apa kau makan tadi,”
“Awak buat apa ni?” Datuk Jamil menegur Datin Suraya “Saya yang ajak dia datang. Layan tetamu dengan elok bukan macam ni,”
“Abang tak nampak dia pukul anak Abang. Abang boleh buat tak tahu,”
“Rafie pergi,” Pak Ali melepaskan tangan Rifaat Rafie
“Elok Shira ni kena pukul. Mulut macam longkang,” Rifaat Rafie muncul di belakang Datin Suraya dan Syahirah.
“Abang cakap apa ni. Shira tak macam tu pun. Perempuan ni yang start dulu," Syahirah datang memegang tangan Rifaat Rafie “Sakit punggung Shira dia tolak,”
“Kau perangai macam pelacur kenapa. Sanggap sangat sampai tergesel dekat aku,” Di jeling sahaja Syahirah..
Terus Syahirah melepaskan tangannya kerana terkejut dengan kata-kata Rifaat Rafie.
“Kamu yang nak backup orang gaji kamu kenapa,” Datin Suraya menegur Rifaat Rafie
“Lupa nak cakap. Dia bukan orang gaji Rafie pun sebenarnya. Diya perempuan simpanan Rafie. Kan Daddy?”
Datuk Yacop mengangguk kepala.
“Datin nak Shira kawin dengan saya boleh je. Kalau Datin tak kisah Shira kena HIV,” Rifaat Rafie memandang sinis pada Syahirah. “Jangan lupa datang rumah esok Shira. Dah lama Rafie teringin nak rasa badan Shira,”
Pang!! Datin Suraya menampar pipi Rifaat Rafie. “Kurang ajar kamu,”
“Mami, jangan pukul Abang Rafie,” Syahirah menyentuh pipi Rifaat Rafie yang di tampar oleh Datin Suraya.
Rifaat Rafie tetap tersenyum. Dikeluarkan semua duit di dalam beg duitnya. “Ni duit kami bayar apa yang kami makan tadi. Satu dua tiga empat lima, lima orang. Rasa cukup ni. Halal ye saya dah bayar,” Rifaat Rafie meletakkan duit itu di tangan Datin Suraya.
“Sayang jom balik,”
Hudiya Imani mengikut langkah Rifaat Rafie. Di ikuti pekerjanya yang lain.
"Abang Rafie!!" Rifaat Rafie tidak memperdulikan panggilan Syahirah. "Mami ni. kenapa tampar Rafie,"
Rifaat Rafie juga tahu ramai orang kelilingnya berperangai buruk. Bukan setakat orang keliling Hudiya Imani. Lagi-lagi dirinya yang berduit pasti lebih ramai orang yang cuba dekati.
"Kamu diam!! Kamu tergedik ingat orang suka ke?? Tak malu" Datuk Jamil memarahi Syahirah
“Puas hati kamu dapat malukan anak sendiri,“ Datuk Jamil memarahi Datin Suraya pula “Bergesel dengan lelaki. Tak ada maruah diri,” Datuk Jamil merasa sangat malu kerana keluarganya di permalukan di hadapan tetamu yang hadir.
“Maaf Tuan,” Hudiya Imani menunduk kepala merasa takut dan bersalah terhadap Rifaat Rafie kerana membuat kecoh di majlis orang. “Next time tuan tak perlu ajak saya. Kecian Tuan nanti,”
“Tak apa. Sebagai ganti rugi Diya kena date dengan Rafie,” Rifaat Rafie tersenyum bagai kerang busuk. Begitu juga Datuk Yacop. “Lagi satu, yang penting Abang Rafie tahu siapa Diya yang sebenar. Kan Daddy?”
“Bibik nak dating juga,” Bibik Salma menyampuk.
“Sibuk la Bik ni. Bibik cari la boyfriend. Jangan sibuk Rafie dengan Diya,”
“Tuan boleh pergi makan tak. Lapar la” Hudiya Imani pegang perutnya.
“Bukan kau dah makan tadi?” Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani yang berdiri di sebelahnya.
“Sikit sangat,”
“Pak Ali pun,” Pak Ali memegang perutnya juga.
Perut Rifaat Rafie juga dengan tiba-tiba berbunyi. “Dah semua lapar pergi cari kedai makan,”
Share this novel