“Diya tunggu sini sekejap” Rifaat Rafie meletakkan beg Hudiya Imani di lantai. Hanya beg tangan dikepit di bawa sekali.
Hudiya Imani duduk di kerusi yang berdekatan dengan kaunter pendaftaran bagi menunggu Rifaat Rafie.
“I nak refund. Hotel 5 bintang tapi macam mana jaga customer ha!!” Rifaat Rafie memarahi orang yang menjaga kaunter. “Aku datang sini nak release tension tapi kena serang dengan orang gila. Lagi tambah gila kepala aku ni!”
“Maafkan kami Encik, boleh encik jelaskan apa yang berlaku?”
"Apa guna CCTV kau ada nak minta aku jelaskan lagi?! Makan gaji buta!"
“Maafkan kami lagi sekali encik. Kami pulang duit Encik. Sebagai ganti rugi kami bagi service percuma satu malam di mana-mana hotel cawangan kami. Dan bila-bila masa tiada tamat tempoh,”
“Perempuan tak guna!” Puan Rosma dengan tanpa amaran datang dan menarik tudung Hudiya Imani. Di tampar pipi Hudiya berkali-kali tanpa belas kasihan.
Jeritan Hudiya membuatkan Rifaat Rafie dengan pantas mendapatkan Hudiya yang di pukul Puan Rosma. Dan berberapa pekerja hotel juga dengan pantas datang untuk menenangkan keadaan. Mata semua memandang kearah Hudiya Imani dan Puan Rosma.
“Kau tak malu tidur dengan jantan siang-siang buta. Kau bomohkan anak aku,” Kepala Hudiya Imani di tarik dan di hentakan di meja.
Rifaat Rafie sempat menahan jika tidak pasti boleh pengan Hudiya Imani dengan hentakan itu. Patut Badan Hudiya Imani mengigil bila melihat Puan Rosma. Pasti setiap kali jumpa akan di pukul. Rifaat Rafie menduga.
“Puan sabar,” Pekerja hotel cuba menenangkan Puan Rosma yang sedang mengamuk.
“Mak Cik siapa nak pukul my wife?!” Rifaat Rafie membawa Hudiya Imani ke dalam dakapannya. “Tadi Saya boleh sabar lagi. Sekarang dah melampau,”
“Dah kantoi berkhalwat kata bini!!”
Semakin banyak mata memandang ke arah mereka.
“She my wife!!. Apa bukti Mak Cik cakap saya khalwat?”
“Kau tunjuk kad nikah kau kalau betul dia bini kau atau dia menantu aku!” Puan Rosma tidak mengalah dengan pendirian dia.
“Encik boleh tunjuk kad nikah?” Manager hotel cuba menenangkan keadaan. Lebih baik dia mengumpulkan bukti dahulu sebelum menuduh.
Hudiya Imani memandang muka Rifaat Rafie. Dirinya sudah menangis menjadi takut. Takut apa yang di katakan Rifaat Rafie tidak dapat di buktikan dan lagi teruk dirinya akan di pukul dan lagi teruk dipermalukan. Malah Rafie juga akan mendapat malu.
“Sayang don’t cry,” Rifaat Rafie mengusap belakang badan Hudiya Imani agar tenang.
“Kenapa tak tunjuk! Sebab dia bukan bini kau!” Puan Rosma sudah siap sedia untuk melepaskan marahnya dengan kekasaran pada Hudiya.
Mak Cik tua kerepot ni. Ada juga aku tampar. kang kata aku kasar dengan perempuan pula. Orang tua pula tu. Rifaat Rafie keluarkan beg duitnya lalu mengambil beg duit Hudiya Imani yang berada di dalam beg tangan. Rifaat Rafie seperti keluarkan dua kad lalu di berikan kepada manager hotel.
Hudiya Imani terkejut melihat apa yang Rifaat Rafie lakukan. Rifaat Rafie mahu menyorokan muka Hudiya Imani yang terkejut di letakkan muka Hudiya Imani di dadanya. “Sabar ye sayang,”
“Maaf Puan salah orang. Mereka suami isteri.”
Hudiya Imani terkejut lalu menjeling ke atas untuk melihat Rifaat Rafie.
“Bagi aku tengok,” Puan Rosma merampas kad nikah pada tangan manager. Terkejut Puan Rosma melihat muka di dalam kad nikah tersebut sama dengan muka Hudiya Imani hanya nama yang berbeza. Kad pengenalan yang di berikan oleh Rifaat Rafie juga bernama Nur Adila binti Musa.
“Puas hati Mak Cik!” Rifaat Rafie memandang Puan Rosma dengan pandangan marah. mahu Sahaja di hempuk muka perempuan tua itu saat ini. “Saya tak pernah pukul isteri saya. Mak Cik sedap-sedap tampar. Ingat saya dengan isteri saya tak ada perasaan,” Rifaat Rafie mengambil balik Kad nikahnya di tangan Puan Rosma.
“Kalau anak Mak Cik buat hal. Jangan serang kitaorang. Serang anak Mak Cik sana!” Suara Rifaat Rafie semakin kuat. "Malu kami ni, mak cik boleh ganti rugi ke?"
“Macam mana you all boleh sesuka hati bagi orang gila ni masuk serang orang!” Pekerja hotel pula menjadi sasaran kemarahan Rifaat Rafie.
“Maafkan kami Encik...“ Manager hotel sudah rasa geram pasti dia akan dikenakan tindakan oleh orang atasan di kemudian hari. “Bawa Mak Cik ni pergi,”
“Maafkan kami Encik. Kami akan refund balik semua duit Encik”
“Kau ingat pulang duit. Boleh buat isteri aku hilang trauma.. ha!!” suara Rifaat Rafie sangat kuat hingga membingitkan telinga yang mendengar.
Hudiya Imani terkejut apabila suara Rifaat Rafie begitu kuat di cuping telinganya “Sorry sayang... Abang tak marahkan sayang,” Rifaat Rafie boleh rasa badan Hudiya Imani tersentak kerana terkejut dengan suara jeritanya tadi.
Hudiya Imani menolak badan Rifaat Rafie yang memeluknya lalu memuntahkan segala isi perut di lantai lobby hotel.
“Diya kenapa?”
Bukan Rifaat Rafie sahaja cuak. Pekerja hotel juga sama cuak. Manager sudah menjadi seram sejuk akan di kenakan tindakan jika customer mereka mengalami kecederaan atau trauma.
Uwekk!! Hudiya Imani cuba berjalan menuju ke tandas tapi kakinya seperti terpaku di situ. Badannya juga mengigil dengan tiba-tiba. Rifaat Rafie menepuk belakang badan Hudiya Imani. Terasa tekaknya juga kembang melihat Hudiya Imani muntah.
“Tak apa... Puan muntah je dekat sini,”
Salah sorang pekerja dengan pantas berlari mengambil air minuman dan tisu untuk Hudiya Imani. Lalu di hulurkan kepada Rifaat Rafie.
Diya ni, time macam ni dia muntah pula. memang ngam betul dengan keadaan. “Sayang minum air,”
Semua pekerja memberi ruang pada ketua Manager yang datang ke lobby hotel selepas tahu ada kekecohan berlaku dari pekerjanya.
“Kamu jumpa saya nanti,” Ketua manager melihat orang bawahannya. Lalu pergi ke Hudiya Imani yang terduduk di lantai “Maafkan kami Puan,” di urut tengkuk dan bahu Hudiya Imani bagi melegakan keadaan badan pelanggannya.
“Tak apa,” Hudiya Imani menepis tangan yang menyentuh bahunya. Lagi disentuh lagi sakit yang di rasai.
Ketua manager menolong Hudiya Imani untuk bangun berdiri semula.
“Lap mulut sayang,” Rifaat Rafie lap mulut Hudiya Imani dengan tisu lalu di buang sahaja tisu itu di lantai. Hatinya merasa geram dengan hotel yang dia bayar untuk di duduki.
“Puan boleh duduk. Rehatkan diri,”
Sebaik duduk kepala Hudiya Imani merasa pening. Terasa dunianya melayang. “Tuan.. kenapa saya rasa pusing ni,” Hudiya Imani memegang lengan Rifaat Rafie.
“Call ambulance! ” Ketua manager mengarahkan pekerjanya.
“You tepi!” Rifaat Rafie menolak ketua Manager. Di baringkan Hudiya Imani di kerusi. “Diya tutup mata...”
“Tak boleh lagi pening” Hudiya Imani terasa ingin muntah lagi sekali tapi cuba di tahan. Mahu satu lobby hotel ini bau muntahnya sahaja.
Hudiya Imani tidak dapat bertahan lagi lalu memuntahkan isi Perut di bawah kerusi yang dirinya baring. Ketua manager sudah risau. Terlalu risau melihat keadaan Hudiya Imani. Pasti pekerjanya termasuk dirinya dipertanggungjawab dengan kejadian pelanggannya di serang.
“Diya jangan buat Rafie takut,” Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani semakin teruk. Takut Hudiya Imani mempunyai penyakit yang dia tidak ketahui.
Share this novel