G 41 : MAK TIRI JAHAT

Humor Series 35125

Hudiya Imani tersedar dari tidur. Matanya terus melihat ke arah pintu yang terbuka sedikit. Datuk Yacop yang sentiasa diingatan membuatkan Hudiya Imani pantas bangun dan keluar bilik mencari Datuk Yacop.


“Daddy!”

"Daddy!!!!!"


“Daddy tak apa-apa kan?” Hudiya Imani menangis menahan sakit badannya kerana cuba menyelamatkan Datuk Yacop.


Bila masa pula perempuan ni ada dekat sini.
Rifaat Rafie terkejut melihat apa yang berlaku di hadapannya. Pantas kakinya berlari dapatkan Datuk Yacop dan Hudiya. "Diya kenapa?”


Syahirah memandang ke arah suara Rafie. Dia menelan air liuhnya kerana terkejut. Dia nampak ke aku tolak Daddy.


“Abang Diya ni tolak Daddy. Kecian Daddy,” Syahirah cuba melepaskan diri lalu menukar cerita sebenar.


Hudiya Imani yang tengah menahan sakit badan, tidak lagi dapat mengawal perasaan marahnya. “Hey!! Perempuan bodoh!!!”


Rifaat Rafie terkejut apabila Hudiya Imani mengeluarkan perkataan carut. Rifaat Rafie dengan tiba-tiba merasa takut di telan air liuhnya. Syahirah juga terkejut melihat Hudiya Imani marah.


“Kalau aku tolak Daddy aku tak ada bawah Daddy. Kau belajar tinggi-tinggi tak ada otak. Otak kau letak dekat mana. Lutut. Ke dalam tong sampah,” kemudian Hudiya Imani beralih memandang Rifaat Rafie dengan pandangan mata yang berapi. “Kalau Tuan sakit hati dengan Daddy sebab saya suka Daddy. Tuan boleh sakitkan saya tapi jangan upah orang untuk sakitkan Daddy,”


“Daddy jom kita pergi dari sini,” Hudiya Imani menolak kerusi roda Datuk Yacop “Diya boleh jaga Daddy sorang-sorang. Diya boleh tampung Daddy, daripada Daddy dekat rumah anak derhaka ni. Biar hilang berkat doa Daddy dalam rumah ni. Biar dia tahu rasa sakit hilang doa dari Daddy,”

Tersekat-sekat suara Rafie, terkejut dek kemarahan Hudiya.

Keluar, bagus! aku boleh jadi mem besar dekat sini tanpa perlu fikir masalah berebut dengan kau. Syahirah berjalan mengikut untuk mengucap selamat tinggal pada Hudiya Imani dan Datuk Yacop. Tersenyum sinis Syahirah rancangannya berjaya.


Rifaat Rafie mengejar Hudiya Imani dari belakang. Terkejut dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hudiya Imani. Tidak pernah sekali pun dia derhaka pada Datuk Yacop. Jika secara tidak sengaja kecikan hati Daddy mungkin ada.


“Diya tunggu, Diya nak pergi mana dengan Daddy?”


Hudiya Imani berhenti di pintu utama. Lalu dia cangkung di hadapan Datuk Yacop. Kemudian di tarik Datuk Yacop ke belakang badannya. Di kendong Datuk Yacop.


Terkejut Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani kuat mengangkat Datuk Yacop. Dia yang lelaki pun dalam keadaan susah untuk angkat.


“Ni,” Hudiya Imani menolak kerusi roda dengan kakinya hingga terkena kaki Rifaat Rafie. “Aku tak perlukan. Smua harta kau. Aku tak ingin. Baju Daddy. Baju aku pakai, aku pulang kemudian,” Hudiya Imani turun ke tanah dengan hanya berkaki ayam.


“Tunggu Diya!” Rifaat Rafie cuba menghalang. Bukan ini yang dia mahukan. Jika Hudiya Imani tidak sukakan dirinya tak apa. Tapi Daddy. Rafie tak boleh kehilangan Daddy.


Hudiya Imani tetap berjalan menuju ke pintu pagar rumah.


“Rafie minta maaf. Diya nak suka Daddy. Rafie tak halang. Diya nak kawin dengan daddy lepas Diya cerai pun Rafie setuju. Diya jangan bawa Daddy pergi. Maafkan Rafie Daddy,”

Langkah kaki Hudiya Imani terhenti. Sakitnya badan aku. Daddy ni berat sangatlah.


“Daddy Diya. Rafie merayu sangat. Jangan pergi. Kita masuk balik,” Rifaat Rafie menolak memusingkan balik badan Hudiya Imani agar masuk ke rumah semula. Melihat Hudiya Imani tidak menolak Rifaat Rafie menjadi lega.


“Rafie ambik kerusi Daddy,” Dengan pantas Rifaat Rafie berlari mengambil kerusi roda Datuk Yacop.

“Daddy. Badan Diya sakit sangat,” Hudiya Imani bercakap dengan suara perlahan. Dia rasakan dahinya mengeluarkan peluh sejuk kerana menahan sakit dari tadi.


“Ma afkan di Diya,” Terkejut juga Datuk Yacop dengan tindakan Hudiya. Bila orang dia sayang cuba di sakiti. Semuanya kerana kuasa cinta, sanggup lakukan apa sahaja.


“Tak apa Daddy, tapi Daddy kalau betul Tuan Rafie bagi Diya kawin dengan Daddy. Daddy nak ke dengan Diya?” Hudiya Imani inginkan kepastian kerana dirinya sememang sayang akan Datuk Yacop. Tidak mahu Datuk Yacop pergi dari hidupnya.


“Di nak Diya dengan Fie,” Bukan niat Datuk Yacop ingin kecewakan Hudiya Imani tapi dirinya lebih rela berikan kebahagian pada Rifaat Rafie anaknya sendiri.

"Kenapa Daddy? Diya sayang Daddy?" Hudiya Imani terasa sedih, cintanya lagi sekali di tolak oleh Datuk Yacop. "Tak kan, tak ada sedikit pun rasa sayang daddy pada Diya," Hudiya sudah menangis.

"Di ma sih cin takan wife di," walaupun isterinya telah lama pergi tidak sanggup menduakan isterinya yang telah bersusah payah hidup bersamanya sebelum ini.


Melihat Rifaat Rafie datang Datuk Yacop dan Hudiya Imani kembali diam. Hudiya Imani letakkan kembali Datuk Yacop di kerusi roda.

Mata Hudiya Imani yang bergelinang dengan air mata melihat Datuk Yacop yang tidak mempunyai perasaan cinta terhadapnya.


“Biar Rafie tolak Daddy. Jom Diya masuk,” Rifaat Rafie masih terkejut dan takut-takut pada Hudiya Imani. Jika marah memang tidak terduga apa yang ingin di lakukan. Sama seperti ketika sedang bersedih dahulu. Sanggup melintas atas jalan yang sesak dengan kereta yang laju.


Syahirah terkejut melihat Datuk Yacop dan Hudiya Imani masuk semula ke dalam rumah.


“Start today. Shira panggil Diya Mama. Diya Mama Rafie sekarang,” Rifaat Rafie bersuara sebaik masuk ke dalam rumah. Walaupun berat untuk diungkapkan tapi itu yang terbaik untuk Datuk Yacop dan Hudiya.


Syahirah menelan air liuh. Apa yang dia tidak inginkan akhirnya terjadi jua.


Hudiya Imani tersenyum sinis memandang Syahirah. “Kau!! Sini!” Hudiya Imani memanggil Syahirah. Hatinya membuak ingin melepaskan lahar berapi apabila melihat Syahirah. Dia melihat dengan matanya sendiri apa yang Syahirah cuba lakukan pada Datuk Yacop.


Terketar Syahirah mahu datang ke Hudiya Imani. Baik datang daripada Hudiya Imani ke tempatnya. Mungkin lagi teruk dirinya akan kena.


“Aku nak kau minta maaf sekarang dekat Daddy. Minta maaf apa kau buat dekat Daddy tadi,” Tegas Hudiya Imani keluarkan suaranya.


“Shira tak buat apa-apa pun,” Terketar-ketar suara Syahirah.


“Kau ingat aku buta!! Minta maaf sekarang sebelum aku hentuk kepala kau dekat dinding,” kata yang keluar dari mulut Hudiya bukan mainan semata.


Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani, Belum rasmi jadi mama dah garang. Kalau betul jadi mama ni garangnya macam mana nanti. Rifaat Rafie juga takut melihat Hudiya Imani. Terus kecut macam semut.


“Daddy. Shira minta maaf sebab tolak Daddy tadi,” Syahirah tunduk kepalanya kerana takut.

“Jadi Shira tolak Daddy!?” Rifaat Rafie sudah mahu naik angin. Tiada sesiapa boleh buat Daddynya sakit. Terluka. “Perempuan. Sebab kau, Daddy aku cakap aku anak derhaka. Kau keluar dari sini. Aku tak nak tengok muka kau depan aku lagi.”


“Shira tak sengaja tolak Daddy,” Syahirah sudah mula menangis kerana dimarahi..


“Kau sengaja tak sengaja aku tetap tak nak tengok muka kau. Kau muncul lagi aku tak teragak untuk bunuh kau,” amaran Rafie.


Syahirah dengan pantas mengambil beg tangannya lalu keluar dari rumah Rifaat Rafie. Di dalam kereta meraung Syahirah kerana takut dan terkejut kerana di marahi Hudiya Imani dan Rifaat Rafie. Lagi bertambah sedih Rifaat Rafie sudah bencikan dirinya tersangat.


“Mama!!!"


“Kenapa anak mama nangis?”

"Rafie marah Shira mama," Syahirah kembali meraung kuat. “Shira tak nak Rafie dah. Nanti dapat Mak mertua tiri jahat, Shira takut,”


“Dah jangan nangis nanti Mama carikan yang lain,”


Badan Hudiya Imani mengigil dan sejuk dengan tiba-tiba. Dia merasakan kemarahan dirinya kali ini antara level yang tertinggi kerana mampu mengangkat Datuk Yacop yang berat.


“Diya duduk. Nanti Rafie biasakan diri panggil Diya Mama,” di lihat Hudiya Imani dengan sekali imbas, Tidak mampu melihat, menatap wajab Hudiya Imani lama seperti sebelum ini. Bagaikan di hiris sembilu. Cintanya tidak di balas.


Hudiya Imani mengangguk lalu kakinya melangkah untuk duduk di kerusi. Hudiya Imani merasakan dunianya tiba-tiba gelap dan badannya jatuh tidak dapat di kawal.


“Diya!!”


Rafie terkejut mendengar jeritan Datuk Yacop lalu menoleh. “Diya! Diya!!” Rifaat Rafie menampar pipi Hudiya Imani agar sedar semula.


“Call doc to”


Rifaat Rafie mengangkat Hudiya Imani di baringkan di sofa lalu dengan pantas call doctor peribadi Datuk Yacop.


“Ma afkan di Diya,” Datuk Yacop memegang tangan Hudiya Imani dengan erat.


Rifaat Rafie melihat situasi itu dengan tiba-tiba merasa menyesal mengurung Hudiya Imani sebelum ini. Kalau Daddy dah sayang Diya juga Rafie terima. Rafie akan cuba ikhlaskan hati Rafie untuk Diya dengan Daddy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience