G 35 : MUSUH DATANG

Humor Series 35125

Rifaat Rafie dapat khabar berita yang Adnan mahu menangguhkan kes pembicaraannya dengan Hudiya Imani. Laki tak guna sengaja kau nak lambatkan process ceraikan. Kau ingat aku tak tahu. Kau boleh extend pun berapa lama je. seminggu dua minggu.

Cari cara untuk dapatkan Diya semula. Cara kau semua tak jalan selagi Diya dengan aku.


“Daddy...” Mood Rifaat Rafie begitu gembira apabila pulang ke rumah. Di cium kedua belah pipi Datuk Yacop.


“Sayang…” Rifaat Rafie datang ke Hudiya Imani pula. Mahu buat perkara sama seperti dia lakukan pada Datuk Yacop.


“Malaikat sebelah kiri pegang pen,” bersahaja Hudiya Imani bersuara.


“Mana kau tahu pen?” Terbantut Rifaat Rafie meneruskan hajatnya. Setiap hari ada je benda nak buat aku terasa.


“Tak pen pensil,” Hudiya Imani membalas tanpa rasa takut.


Rifaat Rafie terus duduk di kerusi di ruang tamu rumahnya. Kalau di layan pasti dia juga yang kalah “Daddy this Saturday wedding anak Datuk Jamil. Daddy nak pergi tak?”


“Ta su sah kan fie,”


Rifaat Rafie mendengar perkataan yang di ucapkan Datuk Yacop semakin jelas tidak seperti sebelum ini. Rifaat Rafie tahu semua kerana jasa Hudiya Imani.


“Tak la Daddy. Kita pergi. Dah lama Daddy tak keluar jumpa kawan Daddy,”


“Emm,”


“Diya sayang. Jangan lupa ye sabtu nanti pakai make-up yang Abang Rafie belikan. Jangan nak membazir ye sayang. Beli tapi tak pakai. Abang Rafie nak kenalkan bakal isteri Abang dekat kawan-kawan Abang,”


Hudiya Imani melihat sikap miang Rifaat Rafie sudah datang. Semua bahasa lembut keluar dari mulut lelaki Itu. Hudiya Imani pelik bagaimana boleh perangai Rifaat Rafie berubah dengan pantas. Pagi sebelum pergi kerja garang tiba-tiba balik jadi penyayang pula.

Memang semua orang dalam cerita ni GILA ke?

..


Rifaat Rafie merasakan cadangan Hudiya Imani sangat bernas menyuruh membeli kereta vellfire. Tidak susah perlu mengangkat Datuk Yacop, terus tolak masuk sahaja Datuk Yacop ke dalam isi perut kereta. Kenapa dulu dia tak terfikir seperti Hudiya Imani. Kalau tukar kereta pasti jenis sedan sahaja.


Rifaat Rafie memandang ke belakang untuk melihat Hudiya Imani. Dia tersenyum membayangkan Adila ketika itu.

Hudiya Imani memakai baju arwah Adila. Sedikit pun tidak menolak apabila di suruh pakai baju orang lain. Lagi di ucapkan terima kasih. Muka Hudiya Imani pula di calitkan sedikit make-up. Walaupun tidak setebal seperti Jannah make-up tetap cantik di mata Rifaat Rafie. Rasa menyesal pula suruh make-up. Risau jika lelaki lain tergoda.


“Encik Rafie jangan pandang bini orang lama-lama,” Pak Ali menegur.


“Biarlah. Aku pandang je. Aku bukan buat bukan-bukan,”


Pak Ali menolak muka Rifaat Rafie memandang hadapan bagi mengelak terus memandang Hudiya Imani.


“Cuba Pak Ali bagi support dekat saya sikit,”


“Dosa,”


Pak Ali menurut perintah Rifaat Rafie tanpa perlu turunkan mereka semua di lobby. Di parking kereta di basement kemudian sama-sama pergi ke dewan persandingan.


Hudiya Imani melihat dirinya di cermin yang menjadi dinding lift. Kaki kanannya di ke hulur ke hadapan lalu di goyangkan dengan perlahan. Menampakan tubuh badannya cantik di balik cermin. Sudah lama tidak perhatikan badannya begitu.


Rifaat Rafie melihat apa yang di buat Hudiya Imani “Kau jangan goda aku boleh tak?”


Hudiya Imani berhenti lalu memusingkan badannya untuk dapatkan cermin di belakang. Di belek pula wajahnya.


Dia ni dah kenapa pula. Rifaat Rafie juga perasan yang Bibik Salma juga mengadap cermin sebaik masuk ke dalam lift.


“Diya... puas ye,” Bibik Salma bercakap sambil mukanya masih memandang cermin.


“Aha…besar macam ni puas kan Bik,”


Rifaat Rafie sudah faham “Dah stop!!. Nak cermin besar Rafie belikan,” dia tidak suka Hudiya Imani membelek badannya di hadapan cermin terutama di khalayak ramai. Hatinya menjadi cemburu, nafsunya juga memuncak. Walaupun dalam lift itu hanya ada orang yang di kenali.


Sebaik beberapa langkah keluar dari lift. Hudiya Imani ternampak cermin lagi besar dengan cepat dia berlari seperti orang jakun melihat dirinya di hadapan cermin. “Bik cepat!”


Bibik Salma dan Hudiya Imani membelek badan mereka. Di lihat muka mereka di hadapan cermin hingga merasa puas.


“Daddy menantu Daddy ni kenapa?” Rifaat Rafie menutup badan Hudiya Imani dengan badannya dengan pertolongan Pak Ali dari di lihat orang lain. Walaupun berpakaian longgar tetap boleh nampak badan Hudiya Imani yang cantik Itu jika di pandang.


“Dah,” Hudiya Imani pusing untuk dapatkan Datuk Yacop “Bik jom,”


“Jom,” Bibik Salma masih memandang dirinya di cermin sambil berjalan.


“Puas dah?” Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani atas bawah. Geram pula dengan dengan Hudiya Imani ni. Apa yang dilarang semuanya tidak di endahkan.


“Dah, Diya cantik tak Daddy?” Hudiya Imani menolak kerusi roda Datuk Yacop.


“Can.tik,” Ikhlas Datuk Yacop memuji.


Sapa tengok tak cantik tu gila namanya. Nasib baik bini orang kalau tak aku dah kawin dengan kau. Puas aku kerjakan. Dugaan betul.


Kedatangan mereka di sambut oleh orang yang hampir sebaya dengan Datuk Yacop dan bersama seorang wanita dalam lingkungan 40 ke 50 an. Hudiya Imani hanya tersenyum kerana tidak mengenali mereka semua.


“Datuk nampak semakin sihat dah,” Datuk Jamil memeluk Datuk Yacop. Kawan lamanya sejak di zaman belajar lagi.


“ Alhamdullilah. sejak ada penjaga cun bertambah sihat,” Rifaat Rafie balas dengan nada bergurau. Datuk Yacop hanya tersenyum kerana dirinya masih susah untuk bercakap. Biar Rafie sahaja yang bersuara. “Rafie bawa semua dalam rumah tak apa kan?”


“Memang suruh bawa semua,"


Datin Suraya tidak henti memandang Hudiya Imani. Muka Hudiya Imani seperti pernah di lihat. Setelah diamati baru dia sedar yang wajah Hudiya Imani seperti arwah isteri Rifaat Rafie Cuma berbeza sedikit. Dan bentuk badan Hudiya Imani lebih cantik daripada arwah Adila.


Hudiya Imani perasan yang dirinya di pandang oleh Datin Suraya membuatkan dirinya menjadi tidak selesa. Rifaat Rafie juga perasan Datin Suraya memandang Hudiya Imani sejak tiba tadi.


“Ni la pembantu Daddy. Diya,” Rifaat Rafie perkenalkan Hudiya kepada Datuk Jamil dan Datin Suraya.


“Seksi macam ni. Kamu tak takut tergoda ke?” Datin Suraya menegur Rifaat Rafie. Dia menjadi cemburu dengan tiba-tiba apabila Rifaat Rafie membawa perempuan lain ke majlis perkahwinan anaknya lelakinya. Sudah banyak kali dia melamar Rifaat Rafie untuk Syahirah tetapi di tolak lelaki ini. "Sekarang ini perempuan sanggup buat apa sahaja untuk senang,"


Hudiya Imani terus memandang diri sendiri. Aku pakai baju kurung seksi apanya. Tudung lagi bersarung. Nak kata aku goda Rafie ni, baik aku goda Daddy lagi bagus. Hudiya jeling tidak puas hati.


“Tergoda Daddy dapat la menantu. Betul tak Daddy?" Datuk Yacop mengangguk kepala setuju dengan anaknya.


“Abang Rafie,” tangan Rifaat Rafie tiba-tiba di rangkul oleh seseorang. Hudiya Imani menjeling melihat suara yang memanggil Rifaat Rafie.


“Shira, lama tak jumpa,” Rifaat Rafie membiarkan sahaja Syahirah menyentuh dirinya. Datuk Jamil dan Datin Suraya juga tidak menghalang anaknya. Tahu sifat manja anak mereka.


“Diya pergi dulu la,” Hudiya Imani terus pusingkan badannya lalu mengajak Bibik Salma dan Pak Ali sekali “Jom bik, Pak Ali, kita membedal sepuas hati,” Hudiya Imani sudah tersenyum terbayang makanan di majlis ini. Perutnya yang lapar minta di isi.


Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani tiada riak jealous. Dia pula makin tercabar dengan sikap Hudiya yang tidak pedulik dengannya.


“Bila Rafie nak kawin dengan Shira?” Datin Suraya bertanya jika hati Rifaat Rafie sudah terbuka.


“No!!” Datuk Yacop tiba-tiba bersuara. Dia tidak setuju Rifaat Rafie berkahwin dengan anak kawannya.


“Daddy kata no. Rafie ikut Daddy,” Aku pun tak nak. Huahuahua...


“Daddy, Shira boleh jaga Daddy. Daddy jangan risau lepas Shira kawin dengan Abang Rafie. Shira tak bawa Abang Rafie lari,” kata-kata Syahirah sudah menunjukkan dia seorang yang tidak boleh dipercayai.


Kau nak jaga ke Daddy aku. Kalau kau nak jaga lagi awal Daddy sakit kau dah datang rela hati nak tolong.


“Shira boleh jaga Datuk Yacop, jangan risau lah,” Datin Rosma menambah. “Shira start esok datang rumah Rafie. Shira jaga Daddy Rafie. Shira pun tak ada buat apa-apa kan?”


Syahirah terkejut dengan cadangan Datin Suraya kerana dia tak nak pun jaga Datuk Yacop. Hanya mengambil hati Rifaat Rafie “Esok Shira datang ye,” Syahirah lagi merapatkan badannya dengan Rifaat Rafie. Terpaksa dirinya berlakon di hadapan lelaki itu.


Datuk Jamil hanya tersenyum. Dia tahu Datuk Yacop tidak suka bila anaknya dijodohkan sesuka hati. Dia mahu Rafie sendiri pilih, pilihan hatinya. Biar Rifaat Rafie pilih kebahagian sendiri, bukan di tentukan oleh orang lain. Itu yang Datuk Yacop katakan padanya dahulu saat pertama kali dia menolak untuk berbesan.


“Suka hati. Esok kalau nak datang, datang pagi. Sebab makanan Daddy Shira kena masak juga,”


Terkejut Syahirah apabila Rifaat Rafie mahu dia masakan untuk Datuk Yacop. Dia sendiri tak pernah sekali pun masuk ke dapur. Tapi demi untuk mengambil hati Rafie dia terpaksa setuju. “Okay”


“Rafie pergi dulu. Kecian Daddy dah lapar. Shira jom. Boleh Shira suap kan Daddy,” memandang Syahirah yang masih tidak lepas memeluk tangannya.


“Tak apa lah Abang pergi makan. Shira ramai tetamu nak layan,” Syahirah lepaskan tangannya. Tidak rela dia menyuapkan Datuk Yacop. Belum makan nanti comot nak kena bersihkan lagi.


“Okay,” Rifaat Rafie dan Datuk Yacop meninggalkan tiga beranak itu mencari di mana Hudiya Imani duduk.


Datin Suraya terbeliakan biji mata memandang Syahirah, kerana tidak pergi mengikut Rifaat Rafie. “Kamu patut ikut Rafie. Kamu kata nak kawin dengan dia, tapi apa dia suruh kamu mengelak,” Datin Suraya memarahi Syahirah dengan suara perlahan.


“Tak nak la suap orang tua tu. Gelilah...” Syahirah mengeling kepala banyak kali.


“Kamu jangan nak memandai nak jodohkan anak orang. Yacop tak setuju sudah,” Datuk Jamil menegur.


“Dia bukan boleh buat apa-apa Daddy. Nanti Shira goda Rafie tu. Lepas kawin Shira suruh hantar pergi rumah orang tua. Mesti Rafie dengar punya cakap Shira,”


“Lepas tu Daddy sakit macam kawan Daddy. Kamu pun hantar Daddy dekat rumah orang tua,” Jerkah Datuk Jamil kerana terkejut dengan kata-kata anaknya. “Kamu nak hantar Mama kamu ke sana juga. Anak tak kenang budi. Memang patut Rafie tak nak kamu,” Datuk Jamil tidak teragak memarahi Syahirah di hadapan orang ramai jika anaknya itu melakukan kesalahan.


“Shira tak macam tu la Abang. Dengan kita tak kan dia nak hantar rumah orang tua. Kan Shira?” Datin Suraya cuba sejukan suaminya itu.


“Aha,” Syahirah sendiri tak tahu dia akan jaga orang tuanya pada masa akan datang atau tidak.


“Percaya sangat cakap anak kamu tu. Kamu ingat Daddy percaya dengan kamu. Kamu ingat jangan nak hidup senang goyang kaki. Mahu suami kamu ikut kehendak kamu sahaja, tak ada lelaki suka perempuan macam tu,” semakin geram Datuk Jamil apabila anaknya mendapat back up dari isterinya. Dia rasa Syahirah terlalu di manjakan oleh Datin Suraya sehingga anaknya tidak tahu baik buruk.

..

ALLAH sedapnya dia makan. Tak ingat aku dengan Daddy langsung. Rifaat Rafie datang ke arah meja Hudiya Imani, dan Bibik Salma duduk. Pak Ali tidak kelihatan mungkin sedang mengambil makanan.


“Daddy duduk sebelah Diya,” Hudiya Imani terus menolak kerusi kosong dengan kakinya bagi memberi ruang Rifaat Rafie meletakkan Datuk Yacop di sebelahnya.


"Tak sopan langsung," tegur Rafie tapi tidak di ambil pedulik oleh Hudiya.


“Diya tengok dah apa Daddy boleh makan. Ada bubur, taufufa je. Diya tak ambik bubur sebab lemak sangat tak elok untuk Daddy. Kalau Daddy nak juga makan sikit je. Nanti Diya ambikkan,”


“Si. kit!”


“Tuan ambik kan bubur untuk Daddy,” Hudiya Imani berkata agak kuat pada Rifaat Rafie yang masih tidak jauh mejanya. Bersahaja menyuruh tanpa risau dimarahi.


Rifaat Rafie membuat simbol okay dengan jarinya.


“Daddy makan ni dulu," Hudiya Imani menyuap taufufa ke mulut Datuk Yacop.


Pada masa yang sama Pak Ali duduk kembali dengan pinggan penuh untuk kali ke dua.


“Kecian perempuan ni kena jadi orang gaji. Tukang suap pula tu. Orang kata tak reti bersyukur, dekat rumah duduk goyang kaki nak juga keluar. Sanggup minta cerai semata untuk hidup susah,”


Semua mata memandang ke arah suara yang menegur Hudiya Imani dengan agak kurang ajar.

“Rezeki halal” Hudiya Imani jawab tanpa melihat. Dia kenal sangat dengan suara itu walaupun baru dua kali bertemu


“Elok rumah besar ada orang gaji cerai juga. oops Belum lagi,” Tasya menutup mulutnya buat-buat tersilap cakap..


“Macam ni lagi bahagia,” Hudiya Imani balas kata-kata Tasya tanpa sedikit pun terasa. Nampak sangat yang Tasya ni cemburu dengan kehidupan lamanya. Mungkin Adnan tidak berikan sama rata seperti dirinya dapat. Mungkin Tasya ini tempat melepaskan nafsu Adnan sahaja.


“Boleh nampak la. You bahagia walaupun jadi kuli,”

Semua di meja makan hanya diamkan diri mendengar apa yang di katakan oleh Tasya. Pak Ali tahu akan masalah rumah tangga Hudiya Imani kerana dirinya di suruh siasat siapa Hudiya Imani sebenar. Dia turut tumpang simpati dengan wanita muda di hadapannya.


Hudiya Imani tersenyum menoleh memandang Tasya. "Yup I bahagia sekarang, kenapa you tak bahagia ke bersama Adnan. Dua kali lima macam I kena dulu ke? atau you tempat dia lepaskan nafsu dia je. Mesti you tak pernah dapat macam I dapat dari Adnan dulu. Orang gaji you tak ada, nak makan masak sendiri. Tak macam I, order sahaja apa I nak. Rumah pun bonglo, you sekarang duduk mana? rumah flat atau teres biasa. You boleh nampak siapa Adnan lebih sayang. Tapi itulah I tak pandang harta untuk bahagia. Lagi-lagi dengan duit haram,"


Wajah Tasya cepat diubah seperti biasa selepas tanpa di duga serangan mulut dari Hudiya. “You pergi la jumpa bakal ex husband you. Dia rindu sangat dengan you. Hari-hari tidur panggil nama Diya. Mammy pun ada sekali. Mesti Mammy rindu nak tampar you sebab mulut you tu,” Tasya senyum sinis


“Terima kasih jela, kirim salam dekat diaorang. Nampak sangat you tak bahagia sebab Adnan ingat I kan. Kecian you, bakal tak bermadu pun masih tak bahagia,” sinis Hudiya balas.


“Okay bye Diya,” Tasya pergi apabila melihat Hudiya Imani sedikit pun tak terasa. malah teruk dia yang kena.


Sebaik Tasya pergi, Rifaat Rafie sampai di meja dengan makanan penuh di dalam pinggan. “Diya bubur dekat mana? Tak jumpa pun,”


“Tuan ni tak jumpa atau malas nak ambik,” Mood Hudiya Imani menjadi lari kerana kemunculan Tasya sebentar tadi yang menganggu ketenangan.


“Aku betul-betul tak jumpa la,” aku kena marah pula. Aku Tuan ke kau Tuan. Memang tak takut dengan Tuan dia langsung.


“Tak jumpa dah. Diya ambik sendiri,” Hudiya Imani terus bangun menuju ke arah Booth bubur.


Rifaat Rafie pelik melihat Hudiya Imani dengan tiba-tiba seperti tiada mood. Pertama kali melihat Hudiya Imani sebegini sepanjang duduk dengannya.


“I kut” Datuk Yacop memandang Pak Ali.


“Saya pergi,” Pak Ali terus bangun mengikut Hudiya Imani dari belakang.


“Kan ramai orang ni. Dah kenapa?” Rifaat Rafie lagi bertambah pelik.


Datuk Yacop dan Bibik Salma diamkan diri membuatkan Rifaat Rafie tidak sedap hati lalu dia turut mencari Hudiya Imani.


“Hi Shira,” Tasya menegur kawannya.


“Wei dah lama tak jumpa kau. Dah ada baby bump,” Syahirah menyentuh perut Tasya yang nampak sedikit buncit.


“Tu la, aku datang sebab nak jumpa kau terjumpa madu aku sekali,”


“Mana tengok? aku nak tengok juga muka orang yang kalah dengan Tasya,”


“Panjang umur, tu ha baju soft purple,” Tasya menunjukkan ke arah Hudiya Imani yang sedang beratur untuk mengambil bubur.


Syahirah seperti kenal. Perempuan yang bersama dengan Rifaat Rafie dan Datuk Yacop tadi. “Dia madu kau?” Syahirah inginkan kepastian.


“Yes. Tapi rasa tak lama. Dia dah minta cerai dengan husband I,”


“Belum cerai dah gatal nak goda buah hati aku!” Syahirah tiba-tiba merasa berapi melihat Hudiya Imani.


“Sapa buah hati kau??. Dia tu dulu GRO hati-hati ayat manis layan dekat ranjang mesti power,”


Hudiya Imani yang sedang beratur terkejut dengan tiba-tiba badannya di sentuh seseorang.
“Hi sayang..” Adnan cium pipi Hudiya Imani. Rindu dengan Hudiya sukar di ungkap.


Hudiya Imani mengesat balik pipi yang di cium.


“Abang rindu sayang,”

mamat ni menyemak betul la. Rasa nak lutut je buah dia ni la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience