Selesai mandi Hudiya Imani duduk di lantai sebelah Datuk Yacop. Dengan perlahan Hudiya Imani bersuara dan menunjukkan ke lima jarinya pada Datuk Yacop.
“Air masak. Teh O. Kopi O. Milo. Teh susu. Kopi susu. Tuan pilih.”
Rifaat Rafie mencuba mencuri dengar tapi tidak dapat.
Hudiya menunjukkan setiap satu jari sambil memandang Datuk Yacop. Di lihat muka Datuk Yacop hendak minuman mana satu untuk makan malamnya.
“Roti. Biskut,” Hudiya menunjukkan jarinya lagi.
“Okay saya buat sekarang,” Hudiya Imani bangun dan hilangkan diri ke dalam dapur.
“Bik,” Hudiya Imani menegur Bibik Salma yang sedang menyediakan makan malam.
“Ye Diya,” Bibik Salma melihat Hudiya Imani sudah berada di tepinya.
“Nak Diya tolong?”
“Tak perlu. udah siap,”
“Teko mana Bik. Tuan nak air Teh O,” Hudiya Imani membuka satu persatu carbinet dapur. Masih tidak terbiasa lagi walaupun pagi tadi sudah selongkar dapur milik Rifaat Rafie.
“Sini Diya,” Bibik Salma menunjukkan tempat di mana teko di simpan.
Rifaat Rafie melihat apa yang Hudiya Imani lakukan dari tepi. Teko dah bersih kau basuh lagi buat apa. Membazir air. Rifaat Rafie perasan barang yang ingin di gunakan oleh Hudiya Imani pasti di basuh terlebih dahulu.
Rifaat Rafie pergi duduk semula apabila apa yang di lakukan oleh Hudiya Imani tidak mencurigakan satu pun.
Rifaat Rafie melihat Datuk Yacop pertama kali makan malam Setelah hampir setahun tidak makan malam walaupun hanya biskut di cicah dengan air O teh panas. Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani pandai memujuk Datuk Yacop untuk makan. Sedap pula aku tengok daddy ni makan.
..
Setelah Datuk Yacop tidur, Hudiya Imani ke bilik sebelah untuk menyusun barang yang di belikan Rifaat Rafie tadi. Rifaat Rafie melihat tubuh badan Hudiya Imani yang sangat cantik di matanya. Macam mana Adnan boleh tahan tak menyentuh Hudiya Imani.
Hudiya Imani terkejut badannya di peluk dari belakang dan buah dadanya di ramas. “Tuan Jangan macam ni?” Hudiya Imani tahu pasti tangan yang memeluknya adalah Rifaat Rafie.
“Kau milik aku. Suka hati aku nak buat apa?” tangan Rifaat Rafie sudah masuk ke dalam baju Hudiya Imani.
“Tuan kawin dengan saya dulu. Tolong Tuan Saya merayu dekat Tuan,” Hudiya Imani cuba menolak tangan Rifaat Rafie dari terus menerokai tubuhnya.
“Kau ni tak seronok betul la,” Rifaat Rafie berhenti meraba Hudiya Imani.
“Saya bagi Tuan seronok lepas Tuan tolong saya cerai dengan Adnan. Lepas Tuan nikah dengan saya” Hudiya Imani memalingkan badannya mengadap Rifaat Rafie.
“Sedap kau suruh aku kawin dengan kau. Suka hati aku nak sentuh kau bila, ingat kau hamba aku. Hamba perlu ikut semua kemahuan Tuan dia,” Rifaat Rafie melihat tubuh badan Hudiya Imani seperti pandangan lelaki miang.
“Saya tahu Tuan baik, Tuan tak akan sentuh saya sampai Tuan nikah dengan saya.”
“Mana kau tahu aku baik?” Rifaat Rafie mendekatkan badannya pada Hudiya Imani yang masih tetap berdiri sedikit pun tidak berganjak.
“Kalau Tuan jahat dari hari pertama Tuan jumpa saya Tuan dah bersama Saya. Lagi satu kalau Tuan jahat Tuan tak jaga Daddy Tuan,”
Dia main Daddy pula. Dia ni memang bab potong stim aku nombor satu. Pandai melawan pula tu. Tak takut dengan aku langsung.
“Di. Ya”
Dengan pantas Hudiya Imani ke bilik Datuk Yacop setelah terdengar sayu suara Datuk Yacop memanggil dirinya.
“Ye Tuan,”
“Akk,”
Hudiya Imani membuka lampu bilik. “Saya tukar pampes Tuan,”
Rifaat Rafie berdiri di balik dinding untuk mendengar apa yang Hudiya Imani lakukan.
“Tuan kena mandi ni,” Hudiya Imani melihat cadar sudah di penuhi najis.
“Aff di ya” Datuk Yacop takut jika Hudiya Imani memarahi dirinya. Kerana ada penjaganya sebelum ini baik tapi jika najisnya banyak dan mengotorkan cadar pasti akan di marahi.
“Tak pe Tuan. Ni mesti Tuan makan banyak siang tadi kan. Tu berak pun banyak,” Hudiya Imani tetap senyum memandang Datuk Yacop. “Saya bersihkan Tuan dulu baru tukar cadar,” Hudiya Imani mengangkat Datuk Yacop kerusi roda dan di bawa ke bilik mandi.
“Saya dulu kecik-kecik mesti lagi banyak berak kencing atas tilam. Saya tak dapat jaga Mak Ayah saya. Saya dapat penganti untuk jaga atuk, sekarang dekat Tuan pula saya berbakti.” Datuk Yacop mendengar sahaja apa yang Hudiya Imani bercoleteh. “Mesti Tuan Rafie lebih teruk dari saya kan Tuan. Yela selalu budak lelaki lagi suka kencing malam,”
Aku pula kena. Memandai kau je cakap aku kencing malam. Rifaat Rafie teringat dia terberak di seluarnya kerana tidak tahan sakit perut kerana cirit di hadapan Hudiya Imani. Kenapa aku ingat pula ni. malunya.
Datuk Yacop mengangguk kepala.
“Betul ke? saya main teka je. Hehehe... Tuan jangan marah saya ye. Saya ngata anak Tuan,” Hudiya Imani juga tiba-tiba teringat yang Rifaat Rafie tercirit di seluar. Buatkan dirinya tersenyum lagi lebar.
Rifaat Rafie naik ke biliknya setelah Hudiya Imani selesai uruskan Datuk Yacop. Setiap perbualan Hudiya Imani dengan Datuk Yacop di dengari. Rifaat Rafie berharap Hudiya Imani baik dan tidak seperti orang lain yang dia pernah kenal. Mungkin nasibnya tidak berapa baik dalam kehidupan.
“Kau dah kenapa tengah malam call aku,” Zahrin terasa terganggu dengan Rifaat Rafie
“Suruh kawan kau jumpa aku esok,”
“Confirm ni. Kang datang kau halau pula,”
“Ye. Nanti aku bawa Diya datang office,”
“Okay.”
Telefon Hudiya dihidupkan selepas di caj. Di tengok segala isi perut yang ada di dalam telefon Hudiya Imani. Dia tak ada kawan ke. Nombor aku pun tak save. Tak save makna dia ingat dalam kepala. bagus-bagus.
“Mak kau terkejut!” Panggilan dari Adnan masuk membuatkan Rifaat Rafie terkejut. Jantan tak guna. Dapat bini cantik patut jaga ni bini dah lari sibuk nak cari.
Panggilan Adnan dibiarkan berlalu.
Di buka laci meja dan di keluarkan IC Diya. tengok Daddy suka Diya. Diya jaga Daddy elok. Rafie kawin dengan Diya ye nanti sebab Rafie pun suka Diya. Sabar ye Diya. Tak lama lagi Diya bebas dari lelaki tak guna ni.
Share this novel
harap sgt Si Adnan tk guna tu boleh bercerai dgn Diya, semoga apa yg dikataka Rafiat tu betul NK amik Diya tu jadi isteri dia..