G 16 : SAMA TAK SERUPA

Humor Series 35125

Dalam sepuluh minit doctor bersama pegawai perubatan sampai untuk cek keadaan Hudiya Imani. “Cik ada rasa sakit dada?”


Hudiya Imani cuba mengeling kepala tapi semakin teruk pening yang dirasa. “Tak!”


“Setiap kali Puan gerak kepala Puan rasa pusing?”


“Ye,”


“Saya bagi Puan makan ubat. Lepas tu Puan tidur. Kurangkan gerakan kepala Puan,”


“Ye,”


Selepas selesai Rifaat Rafie terus bertanya keadaan Hudiya Imani. “My wife kenapa?”


“Wife Encik, kemungkinan terkena virtago. Pusing atau pening yang melampau sehingga hilang untuk imbang balance badan, muntah, mata hilang fokus, salah satu telinga juga akan kurang pendengaran. Itu yang terjadi pada isteri Encik sekarang ini. Isteri Encik akan pulih paling cepat dalam 20 minit tapi boleh berlarutan hingga berminggu. Jika tidak hilang dan isteri Encik mengadu sakit dada Encik boleh bawa ke hospital dengan segera,” doctor menjelaskan dengan penuh terperinci.


“Kenapa boleh jadi macam ni?”


“Ni cuma masalah pada bahagian dalam telinga,”


Rifaat Rafie merasa lega keadaan Hudiya Imani tidak teruk.


“Jika di tampar boleh jadi begini juga ke?” Rifaat Rafie bertanya lagi pada doctor. Kerana dengan tiba-tiba Hudiya muntah tanpa henti.


“Ye boleh. Jika tamparan itu kuat akan ganggu sistem di dalam telinga dan lagi teruk boleh akibat pecah gegendang telinga,”


Mendengar penjelasan yang diberikan membuatkan Rifaat Rafie kembali menjadi marah. Di pandang muka Ketua manager dengan bengis sekali. Hudiya Imani di tampar dengan begitu kuat oleh Puan Rosma tadi. Kepalanya juga hampir di hantuk di bucu meja.


“Pastikan isteri Encik tidur dalam gelap dan tidak banyak gerakan kepalanya buat masa ini. Ubat yang saya berikan tadi juga akan buat Puan mengantuk,”


“Terima kasih,”


Doctor dan pembantu perubatan pergi selepas menerangkan keadaan Hudiya Imani.


“Maafkan kami Encik,” Ketua manager meminta maaf berkali-kali pada Rifaat Rafie. “Kami akan berikan Encik bilik percuma hingga isteri Encik kembali sembuh. Encik tunggu sebentar kami urusan kemasukan Encik,”


Ketua manager dan manager berjalan beriringan ke kaunter pendaftaran di lobby hotel. “Kamu cek dia ambik bilik rate berape?”


“Baik Puan” pantas manager berlari untuk melihat kembali record Rifaat Rafie booking di hotelnya.


“Penthouse selama seminggu tapi Encik Rafie minta refund balik dia mahu checkout awal kerana Encik Rafie mengadu dia dan isterinya di serang dibilik,”


“Lepas tu dia kena serang dekat bawah ni pula?”


“Ye Puan,”


Patutlah hangin melampau, “Siapa yang jaga CCTV. Customer kena serang buat tak tahu. Kau orang kerja atau main-main. Kita bukan kerja dekat hotel cikai, ni lima bintang!” pekerja yang di marahi semuanya diam.


“Dia kena serang kenapa?”


“Mak Cik yang serang isteri Encik Rafie cakap yang isteri Encik Rafie adalah menantunya dan mereka berkhalwat. Saya dah cek yang Mak Cik ini tersilap orang,”


“Macam-macam la. Kamu bagi sama rate bilik dia tempah. Kalau sebulan isteri dia tak okay korang bayar bilik yang dia duduk!”


Sementara menunggu kunci diberikan kepadanya. Ketua manager menulis sesuatu di kertas. “Lepas dia checkout bagi ni dekat dia,”


“Baik Puan,”


Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani yang sedang menutup matanya. Ingatkan berlakon macam aku rupanya betul-betul sakit. "Sayang pening lagi?"

"Ye," sepatah sahaja Hudiya jawab. Matanya tertutup rapat.

Rifaat Rafie mengulas kepala Hudiya dengan lembut. "Maaf saya lambat selamatkan awak," tak terbayang dek fikiran Rafie ketika Hudiya di rumah. Bagaimana seksanya wanita ini diperlakukan.

"Tak ada apa Tuan, saya dah biasa. Maaf susahkan tuan,"


“Maaf Encik Rafie terpaksa menunggu. Bilik Encik Rafie sudah sedia. Saya boleh tunjukan,”


“Bawa beg aku tu,”


“Baik Encik,” Ketua manager mengambil beg yang berada di sisi Rifaat Rafie.

Hudiya di angkat dengan lembut sekali.


Ketua manager bukakan pintu bilik untuk Rifaat Rafie dan Hudiya Imani. Kemudian di letakkan beg Hudiya Imani di kerusi yang ada di bilik tersebut. Ketua manager lagi sekali meminta maaf sebelum keluar dari bilik itu.


"Baru nak keluar dating dengan Diya. Dating dalam bilik jela kita Diya," Tadi pagi aku cirit ni dah tengah hari Diya pula sakit. Tiada balasan dari Diya, pantas Rafie mencuit pipi Hudiya. Sudah tidur rupanya. Pantas sekali kesan ubat yang diberi.

Laparnya... Mesti Diya lapar juga kan. Di pegang perut Hudiya Imani dengan lembut. Rafie menitiskan air mata. ingatan terimbas kembali pada Adila, anak yang baru berapa minggu turut pergi bersama.


Cepat-cepat Rifaat Rafie mengesat air mata, Tidak mahu diri menjadi bermain dengan emosi.


“Adnan!! Tak sampai satu jam amaran aku kau mainkan, hahahaha... bodoh betul. Next time jaga Mammy kau elok-elok," Rifaat Rafie memarahi Adnan.


Adnan terkejut dengan kemarahan Rifaat Rafie. Pada masa sama menerima email salah satu projectnya dibatalkan.

"Kau rasa apa aku boleh buat dengan orang sakit ni, ha! bodoh!" cacian diberi tanpa henti. "Tu baru sikit wahai Adnan, terkejut tak. Aku akan buat kau lagi wow! Sehari Diya tidak bangun, satu project kau hilang, Dua hari, Dua project. Seminggu... hahaha... Terima surat saman aku," panggilan dimatikan sebelum sempat Adnan meminta perjelasan.

Telefon Hudiya juga Rifaat Rafie matikan agar Adnan tidak dapat hubungi isterinya itu.

"Sayang rehat puas, jangan takut. Abang akan jaga sayang."

..


Bila melihat kerugian Adnan jadi tidak tentu arah. Pantas nombor Hudiya di hubungi tetapi tiada satu pun masuk.

Adnan mengambil keputusan menghubungi Puan Rosma, tanpa sapaan terus di marahi. "Mammy buat apa? You so stupid! Sebab mammy Adnan rugi."

"Mammy ni ibu kamu Adnan, berani kamu cakap mammy bodoh!" Puan Rosma sama melenting.

"Yes memang bodoh! sebab perangai bodoh mammy Adnan rugi ratus ribu! kenapa susah sangat nak dengar cakap Adnan. She not Diya,"

"Kalau dia bukan bini kamu? mana isteri kamu?" Puan Rosma tidak berpuas hati.

"Dia ikut Kak Wan balik kampung! Adnan yang suruh ikut. You so stupid!" panggilan terus Adnan matikan tanpa menunggu balasan Puan Rosma.

Lagi sekali Adnan cuba hubungi Hudiya tapi hanya sia-sia. Yang dia tahu Hudiya tidak sedarkan diri. Di mana isterinya berada tidak di ketahui. Adnan hanya boleh berharap Hudiya baik-baik sahaja bagi mengelakan dia kerugian besar.

..


Rifaat Rafie bercakap dengan Hudiya yang tidak sedarkan diri. Kerana tiada balasan membuatkan dirinya menjadi bosan.

"Rafie tidur dengan Diya ye, Rafie bosanlah," Tidur Rifaat Rafie baring di sebelah Hudiya Imani sambil tangan melingkari badan wanita itu. "Good night sayang. Belum malam lagi. Sweet dreams sayang,"

..

Hudiya Imani tersedar dari tidurnya melihat sekeliling gelap gelita. Cuba di capai lampu di sisi katilnya. Apabila kepalanya di gerakan masih lagi terasa pening tapi tidak seteruk siang tadi. Di capai juga telefon yang berada meja kecik di tepi katil. Terasa melayang dengan cepat Hudiya Imani baring semula. Bila hilang peningnya Hudiya Imani melihat waktu di skrin telefon.


9pm. Lamanya aku tidur. Ni dekat mana pula. Hotel sama ke. Hudiya Imani mendail nombor telefon Rifaat Rafie. Sekali deringan sahaja Rifaat Rafie sudah jawab panggilannya. kerana Rifaat Rafie sememangnya menunggu panggilan daripada Hudiya Imani.


“Diya dah okay?” perlahan sahaja suara Rifaat Rafie bercakap sambil memandang Datuk Yacop lalu dia keluar ke taman di perkarangan rumahnya.


Datuk Yacop melihat Rifaat Rafie pergi meninggalkan dirinya. Dah berbaik semula dengan Diya ke.


“Okay sikit tapi tak boleh gerak Kepala. pening lagi,”


“Diya rehat la dulu,” dalam hati Rifaat Rafie sebaliknya. Dia mahu berbual dengan Hudiya Imani lebih lama.


“Dah satu hari tidur. Nak rehat apanya lagi. Tak boleh tidur dah,”


Betul juga. Ni mesti baru bangun terus call aku ni. Mesti rindu juga macam aku. Rafie perasan sendiri.


“Saya ni dekat mana Tuan?”


“Hotel sama. Bilik lain. Risau Rafie tadi tengok Diya muntah pening teruk sangat,”


“Tuan nak tahu kenapa saya pening,” Hudiya Imani meletakkan telefon di atas katil kemudian memandang ke siling sahaja.


“Kenapa Diya?” Rifaat Rafie duduk di kerusi. Dia tahu perbualan pada malam ini pasti panjang.


“First Saya bau kentut Tuan yang macam telur tembelang,” Rifaat Rafie boleh dengar suara Hudiya Imani menahan ketawa “second cirit Tuan. Tiga Tuan punya ketiak,” Hudiya Imani tidak dapat menahan gelaknya lagi. Di lepaskan semuanya. “hehe Tuan makan apa semua busuk,”


Rifaat Rafie juga tersenyum dengar kata-kata Hudiya Imani “Seronok ye kenakan Rafie. Dua Rafie boleh terima. Ketiak busuk tu tak,”


“Cuba Tuan cium ketiak Tuan,”


Rifaat Rafie cium ketiaknya “Wangi je...“


“Hahahahha... Tipu. Saya tipu Tuan. Mesti Tuan cium tadi kan?”


Ketawa Rifaat Rafie apabila tertipu dengan hela Hudiya Imani “Dah sihat kenakan orang. Tengok esok Rafie balas balik,”


“Balas la kalau boleh...“ Hudiya Imani tersenyum. Rasa dirinya sudah lama tidak ketawa seperti tadi “Tuan terima kasih tolong saya lagi sekali,”


“Tak pe Diya. Rafie ikhlas tolong Diya,”


“Kalau saya nak jadi kawan Tuan boleh? Kalau tak boleh tak apa,”


“Siapa kata tak boleh? Rafie awal-awal lagi cakap Rafie nak jadi kawan Diya. Diya yang reject Rafie,” Yes!! nanti Rafie cuba tolong Diya.


Hudiya Imani terdiam teringat kali kedua berjumpa dengan Rifaat Rafie di kedai mamak. Rafie yang menolong dirinya ketika pengsan di rumah. Rafie yang memujuknya untuk makan. Semua Rifaat Rafie termasuk kali ini. Rifaat Rafie sanggup berhabis duit untuk menyelamatkan dirinya.


“Kenapa Diya diam. Diya dah sambung tidur balik ke?”


“Tak” suara Hudiya Imani sudah bergegar. Di kesat air mata yang mengalir “Tuan terima kasih je saya boleh ucapkan dekat Tuan. Saya nak balas balik apa yang Tuan buat dekat saya, saya tak mampu,”


“Diya jangan nangis. Kan Rafie cakap Rafie ikhlas tadi.”


“Ermm...” Hudiya Imani cuba menenangkan dirinya.


“Sebelum Rafie balik Rafie dah orderkan bubur dekat Diya. Nanti Diya makan ye.”


“Tak boleh bangun nak makan,”


“Nak Rafie datang tolong suapkan,”


“Tak payah. Nanti Tuan cirit lagi. Hehehehehe...”


“Rafie merajuk dengan Diya baru tahu...” Rifaat Rafie tersenyum. Pertama kali dengar suara Hudiya Imani ketawa dan bergurau denganya. Rifaat Rafie rasakan ini watak sebenar Hudiya Imani. Watak yang di sorakan bagi menampakkan Hudiya Imani seperti seorang yang pendiam.


“Tuan jangan merajuk. Nanti Diya tak ada kawan,”


“Tahu pun. Gurau kasar lagi dengan Rafie,”


“Sorry Tuan. Tuan nak tanya boleh?”


“Tanya la...” Sambil berbual Rifaat Rafie bersiap untuk keluar bertemu dengan Hudiya. Dia tidak sampai hati membiarkan perut wanita itu kosong.


“Kad nikah siapa Tuan tunjuk tadi? kenapa diaorang percaya saya wife Tuan,”


Rifaat Rafie sudah menjangkakan yang Hudiya Imani pasti akan bertanya padanya. “Arwah wife Rafie. Mukanya hampir sama dengan Diya,”


“Sebab tu Tuan Tengok saya tak berkelip mata, Sebab tu Tuan selalu tersasul panggil Diya sayang? Mesti Tuan rindu dengan wife Tuan kan?”


Rifaat Rafie tidak menjangkakan yang Hudiya tidak marah padanya. Dia ingat Hudiya Imani akan marahkan kerana mempergunakan dia untuk melepaskan rindu. “Ye Diya,”


“Saya faham perasaan Tuan. Mesti ada sebab kenapa kita jumpa. Sebab Tuan boleh lepaskan rindu Tuan. Betul tak?” Itu yang selalu hadapi Hudiya, rindu pada adiknya yang telah kembali ke tempat abadi. Rindu yang sukar untuk di gambarkan.


“Betul Diya. Rafie terasa terubat sikit perasaan rindu tu. Tapi perangai Diya dengan wife Rafie beza sangat. Rasa dengan Diya ni nak ketuk je kepala. Nakal. Tak faham bahasa. Suka kenakan orang,”


“hahahaha... Wife Tuan macam mana? Beza sangat ke dengan saya?”


“Beza sangat. Wife Rafie lembut, sopan. Macam bidadari gitu,” Rifaat Rafie terbayang akan Adila di hadapannya. Rindu tersangat akan belaian isterinya. Sentiasa tersenyum manis bila bersamanya.


“Tuan kena berusaha la kalau nak cari penganti macam tu. Tuan petik jari je, mesti dah beratur panjang menunggu giliran untuk di temu duga,”


“Kalau senang macam tu. Tak jumpa Rafie dengan Diya sekarang ni,”

"Daddy Fie keluar?" Rafie cakap dengan perlahan sekali. Telefon masih melekat di telinga.

Datuk Yacop mengangguk kepala sedikit. Pasti mahu bertemu dengan gadis yang bernama Diya.

"Mungkin, hehe..."

"Diya nak apa-apa tak? Rafie on the way datang ni. Kalau nak Rafie boleh belikan,"

"Tuan tak perlu datang, Saya okay sahaja,"

"Dah terlambat, Rafie dah separuh jalan."


"Tuan datang untuk apa? saya tak boleh layan Tuan," Hudiya mahu Rafie mengubah fikiranya dan berpatah balik.

"Tidur dengan Diya? " tiada balasan dari Hudiya lama membuatkan Rifaat Rafie ketawa. "Rafie gurau Diya, Rafie datang nak suap Diya. Tahu Diya cuak. Ingat Diya sahaja boleh gurau kasar, "

Masih tiada balasan dari Hudiya. "Diya tidur ke? "

"Diya? "

"Oh... Diya? "

"Haa!"

Hampir terjerit Rafie kerana terkejut.

"Hahaha... Terkejut Tuan, "

"Dia ni kan, sesaat tak kacau Rafie tak boleh kan,"

Kedengaran gelak halus Hudiya. "Sebab Diya rindu seseorang yang selalu gelak bergurau dengan Diya. Ada tuan terubat rindu Diya sedikit,"

"Mean, kita ni bertemu ada sebabnya. Saling melepaskan rindu, "

"Mungkin..."

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience