G 12 : NAK DIYA

Humor Series 35125

Rifaat Rafie melihat kelibat wanita yang di kenali sedang terpinga-pinga mencari dirinya.

Tersenyum Rifaat Rafie apabila Hudiya Imani menegur seseorang yang sama seperti dia beri petunjuk sebelum ini.

Zahrin terkejut sebaik melihat seorang gadis serupa seperti Adila, Isteri sepupunya itu. Dia suruh tahu kenapa Rafie boleh terangau lagi sekali.


“Kau ni. Kecian dia,” Zahrin melihat Rifaat Rafie tersenyum dari tadi. “Tu kau kata sebab kau hodoh dia tak nak jumpa,"

"Dia tak bagitahu dulu kenapa, aku ingat sebab aku hodoh la," Maafkan Rafie Diya sebab tak tanya Diya. Rafie lupa Diya isteri orang.


Hudiya Imani duduk di meja kosong apabila orang yang dia janjikan tiada di situ. Baru melaburkan punggung pelayan sampai untuk mengambil pesanan.


“Order?”


“Roti telur satu makan. Bungkus dua, air suam satu,” Hudiya Imani teringat akan roti telur yang dia makan kerana pembeli tersilap alamat. sedapnya.


Hudiya Imani keluarkan telefon dari beg tangan untuk menghubungi Rifaat Rafie. Tidak sempat dia ingin menekan butang dial seorang lelaki duduk di hadapannya.


Hudiya Imani menolak kerusi ke belakang kemudian bangun untuk pergi. Meja lain banyak sibuk duduk tempat aku.


“Diya!”


Suara lelaki itu sama seperti suara Rafie yang selalu berbual di telefon. Tapi apa yang lelaki itu terangkan tentang dirinya jauh beza sekali. Tidak mungkin orang yang tinggi lampai dan kacak ini adalah Rifaat Rafie.


“Saya Rafie.. Rifaat Rafie,”


Melihat Hudiya Imani seperti ingin pergi Rifaat Rafie dengan pantas membuat panggilan ke number telefon Hudiya Imani.


“Angkat Diya,”


Hudiya Imani yang hanya menatap skrin telefon. Mengangkat panggilan Rifaat Rafie. Di letakkan di telinganya.

“Diya..”

Sama!! Betul.. Hudiya Imani mematikan panggilan dan memandang tepat pada mata Rifaat Rafie. Rafie yang terbayang di fikiran berbeza sekali dengan Rafie di hadapannya. Lelaki di hadapannya sangat kacak. Lebih kacak daripada Adnan.


“Diya duduk dulu,"


Hudiya Imani duduk kembali. “Tuan nak apa jumpa saya,"


“NAK DIYA,”


Tidak teragak Hudiya Imani bangun dan pergi dari situ. Semua laki sama je.

“Diya tunggu” mulut aku ni cuba jangan ikut apa hati aku cakap. Rifaat Rafie mengejar Hudiya Imani.


Bodoh betul Rafie ni. Kau tahu dia jenis perempuan tak layan rupa, harta benda boleh kau cakap macam tu. Zahrin bangun dengan laju jalan ke arah Hudiya Imani dan memangkis kaki Hudiya Imani yang juga jalan laju tanpa melihat sekeliling.

Tersembam Hudiya Imani di atas jalan tar. Rifaat Rafie melihat Zahrin yang bercakap tanpa suara. BODOH!!!!


“Diya okay tak,” Rifaat Rafie cuba menolong Hudiya Imani bangun.


“Jangan sentuh saya,” Hudiya Imani menarik lengannya dari di sentuh Rifaat Rafie. Hudiya Imani cuba untuk bangun sendiri dan membersihkan dirinya yang kotor terkena tanah.


“Diya duduk dulu. Kaki Diya teruk ni,”


Hudiya Imani boleh rasa kakinya berdenyut sakit. Kakinya baru sembuh dari luka kali ini sakit kembali. Orang ni jalan tak pandang orang betul. Bukan nak minta maaf pula tu. Hudiya Imani melihat orang yang melanggarnya sudah jauh pergi.


“Jom Diya!!” Rifaat Rafie memegang lengan Hudiya Imani agar ikutnya duduk semula.


Hudiya Imani terpaksa duduk semula kerana kakinya terlalu sakit dan susah untuk berjalan. Matanya sudah berlinang dengan air kerana menahan sakit.


Kau kena nanti Zahrin. Kalau ye pun jangan la sampai teruk sangat kau tendang.


“Saya ingat akak dah lari. Tak mau makan sudah,” Pelayan warga india meletakkan makanan yang di pesan Hudiya Imani.


“Minta ais.. ais only,” Rifaat Rafie memandang pelayan.


“Okay bos,”


“Sorry Diya. Maksud Rafie tadi Rafie nak Diya jadi kawan Rafie. Tak lebih dari itu,” serba salah Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani.


Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie yang duduk di hadapannya.


“Rafie sebenarnya serba salah lepas malam tu. Rafie betul-betul minta maaf,”


“Nak buat minta maaf. Tuan dah bayar kan,” pantas Hudiya Imani bersuara.


Rifaat Rafie tidak menafikannya. Walaupun dia hampir menyetubuhi Hudiya Imani tetap di beri project yang menguntungkan kepada Adnan. Dia buat semua itu agar Adnan tidak akan menyakiti Hudiya di kemudian hari. “Okay. Rafie harap Diya nak jadi kawan Rafie,”


Hudiya Imani seperti tidak hiraukan apa yang di katakan Rifaat Rafie padanya. Dia dengan bersahaja makan roti telur yang di pesan. Dia ingin menolak tapi takut jika dia akan meminta pertolongan Rafie lagi sekali. Dia mahu berkawan tapi statusnya sebagai isteri tidak patut berkawan dengan lelaki.


“Diya boring boleh call Rafie. Boleh berbual. Nak keluar lepak pun okay,” Rifaat Rafie tetap terus bercakap. Dia tahu Hudiya Imani sememangnya seorang pendiam. Tidak banyak bercakap kerana sepanjang bercakap di telefon Hudiya Imani akan bercakap sepatah dua sahaja.


“Ais bos,” Pelayan meletakkan cawan berisi ais di atas meja.


Rifaat Rafie keluarkan sapu tangan dalam kocek seluarnya dan meletakkan ais di atas sapu tangan dan di ikat. Rifaat Rafie terus melutut di tepi Hudiya Imani di tarik kaki yang di tendang oleh Zahrin.


“Tuan buat apa ni?’ Hudiya Imani terkejut dengan apa yang Rifaat Rafie lakukan. Di tarik kakinya semula tapi semakin kuat Rifaat Rafie menarik semula kaki Hudiya Imani.


“Nanti bengkak lagi susah Diya nak jalan,” Rifaat Rafie duduk di sebelah kerusi Hudiya Imani dan meletakkan kaki Hudiya Imani di atas pahanya.
Hudiya Imani cuba menarik balik dan semakin kuat Rifaat Rafie menahan.


“Diya makan je, kaki ni biar Rafie tuam,” Sambil tuam Rifaat Rafie memicit lembut kaki Diya agar darah berjalan dengan lancar. Ingin melihat luka di tapak kaki Hudiya Imani tapi Hudiya Imani memakai sepatu tidak patut tiba-tiba dia buka sepatu yang di pakai oleh Hudiya Imani

“Tuan dah jumpa saya kan. Boleh Tak Tuan lepas ni jangan call saya lagi,” Hudiya Imani berasa bersalah terhadap Adnan. Walaupun Adnan duakan dirinya. Jual dirinya. Tetap Hudiya Imani berasa berdosa berhubungan dengan lelaki lain.


“Tak boleh,” Pantas Rifaat Rafie jawab. “Rafie risaukan Diya,”


“Untuk apa? Tuan tak ada kaitan dengan saya,”
telefon Hudiya Imani berbunyi dan dia melihat panggilan dari Adnan telah masuk. lalu di silentkan.


“Jika Adnan ingin jual Diya pada orang lain. Call Rafie. Rafie boleh tolong Diya,”


“Kenapa, Tuan nak jadi orang pertama rasmikan saya?”


“Tak Diya... Rafie betul nak tolong Diya.”


“Cerai...”


“Ha!! Diya nak cerai dengan Adnan...”


“Tolong buat Adnan ceraikan saya. Lepaskan saya dari Adnan,” Hudiya Imani senyum melihat Rifaat Rafie dan kakinya di tarik ke bawah semula. Selepas tangan Rifaat Rafie berhenti dari mengurut “Tak boleh kan?” Siapa dia kalau lelaki di hadapannya mahu menolong dirinya. Tiada kaitan antara satu sama lain.


“Diya datang dengan siapa?” Rifaat Rafie menukar topik perbualan. Kerana dia sendiri terkejut dengan permintaan Hudiya Imani. Kalau itu Diya mahukan, Rafie akan tolong Diya. Akan Rafie usahakan.


“Adik,”


“Adik Diya mana? Kenapa tak ajak makan sekali. Rafie belanja hari ni,”


“Dia ada hal,”

Telefon Hudiya Imani kembali berbunyi. “Okay la, suami dah cari,” Hudiya Imani keluarkan note sepuluh ringgit di letakkan di atas meja. Kemudian bangun mengambil bungkusan roti telur dan bangun pergi meninggalkan Rifaat Rafie.


“Rafie hantar balik,”


“Tak perlu, adik saya ada. Ni telefon Tuan. Terima kasih,”


Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani pergi meninggalkan dirinya tanpa menoleh ke belakang lagi. Rifaat Rafie merasakan seperti Hudiya memutuskan tali perhubungan dengannya. Terputus buat selamanya.

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-11-02 17:18:09 

Diya ni, lembut sgt lh dgn Si Adnan tu... geram pulak Kita Ni..uiss


NovelPlus Premium

The best ads free experience