G 8 : RINDU... RINDU SERINDUNYA...

Humor Series 35125

Adnan pulang ke rumah dan Hudiya Imani masih tidak menyambut kepulangannya. Terasa dirinya tergugat diperlakukan begitu oleh Hudiya Imani. Lebih dua minggu dia seperti tidak wujud di mata isterinya itu.


“Kata outstation” Hudiya Imani akhirnya bersuara dulu membuatkan kemarahan Adnan yang memuncak tadi kembali reda.


“Cancel… jom makan Abang lapar,”


“Kenyang," sepatah sahaja yang dibalas membuatkan riak wajah Adnan kembali berubah. Tapi dia cuba untuk bersabar.


Adnan ke meja makan seorang diri. Memikirkan tingkah Hudiya Imani yang berubah 360 darjah membuatkan dia tidak selera untuk makan. Melihat Hudiya Imani mula ingin bercakap menjadikan seleranya muncul kembali.


Hudiya Imani hanya melihat Adnan yang makan seorang diri. Sebelum ini dia melayan Adnan sebaik mungkin tapi sekarang dia merasa marah, sakit hati apabila Adnan berada di depan matanya. Perasaan marah melebihi sayangnya pada Adnan.


Telefon Hudiya Imani berbunyi membuatkan kunyahan Adnan terhenti. Terhenti kerana Hudiya Imani tiada kawan. telefonnya tidak pernah berbunyi sejak kematian Hilmi. Telefon yang Hudiya Imani guna juga hanya untuk dia membeli barang online atau melihat video sahaja. Mungkin perubahan Hudiya ada kaitan dengan sesiapa. Lelaki atau perempuan.


Hudiya Imani merasa sakit telinga apabila telefonnya tidak henti berbunyi. Dia terus matikan dan di letakkan di atas meja. Riak wajahnya yang mendatar menyukarkan untuk Adnan membaca.


Adnan yang sedang makan terus berhenti, tangan di basuh dan datang berdiri di depan Hudiya Imani yang sedang menonton TV. Adnan mengambil telefon Hudiya Imani dan di hidupkan semula.


“Tepi la…” Hudiya Imani menolak Adnan dengan kakinya yang menghalang pandangan mata. Kelakuanya biadap tapi Adnan lebih tertumpu pada siapa yang menghubungi isterinya.


Adnan melihat Hudiya Imani seperti biasa. Seperti tidak melakukan kesalahan atau sembunyikan sesuatu daripadanya. Adnan melihat nombor yang hubungi Hudiya Imani sebentar tadi. Ada lima panggilan. Dua lagi panggilan tidak masuk kerana Hudiya Imani mematikan telefonnya.


Adnan menyalin nombor itu ke handphonenya untuk di lihat dalam contact number jika seseorang yang di kenali. Terbeliak biji mata Adnan apabila nombor yang hubungi Hudiya Imani adalah Tasya. Isteri keduanya yang Hudiya Imani tidak ketahui.


Adnan terus cek history panggilan. hanya ada dari dirinya dan satu number yang tidak di kenali.


“Petang tadi sape call?” Adnan mula untuk soal siasat Hudiya Imani.


“Pos.. hantar tu," Hudiya Imani menunjukkan barang di meja sisi yang masih belum di buka.


“Diya beli apa?” Adnan buat-buat tanya sambil tangannya ligat menbuang nombor Tasya. kemudian melihat senarai kenalan yang Hudiya Imani simpan di dalam telefonnya. Hanya ada nombor telefonnya, mammy, orang gajinya dan Hilmi.


“Tu,” Hudiya Imani menunjukkan puzzle yang tersusun rapi di bawah meja.


Adnan meletakkan kembali telefon Hudiya Imani di atas meja. “Abang nak pergi mandi,” Adnan masuk ke biliknya.


Hudiya Imani pelik melihat perilaku Adnan. Adnan tidak akan pernah cakap apa yang dia mahu lakukan. Hudiya Imani mengambil telefon untuk melihat kembali nombor yang masuk tadi. kosong. Ini bermakna Adnan sudah buang nombor itu dari telefonnya. Jika nombor Rifaat Rafie dia sudah buang awal-awal dan mengingati nombor lelaki itu. Dan sudah di ingatkan pada rafie jangan hubunginya waktu petang ataupun malam jika dia tidak mulakan dahulu.


Adnan masuk ke bilik dan hubungi Tasya.


“Why you call Diya,” Suara Adnan sedikit tegas.


“Abang sepatutnya dekat sini sekarang ni. kenapa Abang dekat perempuan tu,” nada suara Tasya memarahi Adnan.


“Diya tak sihat. Berape kali Abang cakap. Dia okay Abang balik la. Sama hari Abang dekat sini,” kali ini Adnan cuba memujuk selepas Tasya memarahi dirinya.

“Yang Abang fikirkan dia kenapa? Abang bukan suka dia pun, sepatutnya Abang bagitahu dekat dia yang Abang ada Tasya. Kenapa Abang nak fikir perasaan dia lagi?” Tasya sudah naik geram kerana dia tidak di pandang oleh orang lain. kawan-kawan Adnan semua tahu yang Hudiya Imani itu adalah isteri kepada Adnan tidak dirinya.


“Nanti Abang bagitahu dia. Sabar ye sayang. sekarang belum masanya lagi. Sayang tahu kan?” Adnan cuba memujuk lagi.


“Okay.. Esok Abang balik sini," Tasya terpaksa mengalah apabila memikirkan habuan yang akan di terima.


“Ye sayang. I love you.”


“Ermm” Tasya mematikan panggilan handphonenya lalu tersenyum dan dia hubungi seseorang. Dapat la aku rasa batang lain lagi hari ini. Tasya sudah memikirkan imbuhan yang dia akan dapat apabila melayan kekasihnya.


“Come line clear today”


“Okay darling.”


Setelah mandi Adnan turun semula ke ruang tamu rumahnya tapi kelibat Hudiya Imani tidak kelihatan. Adnan berpatah balik masuk ke bilik Hudiya Imani.

Hudiya Imani termenung berdiri di tepi tingkap melihat keluar. Sudah dua minggu you Hudiya Imani seperti begitu. Perasaan bersalah mula menghantui dirinya.


Adnan mendekati Hudiya Imani di peluk dari belakang. “Sayang okay?”


“Ermm,” ringkas balasan Hudiya.


“Sayang termenung apa?”


Hudiya Imani tidak jawab pertanyaan Adnan.


“Ke sayang teringat sayang tidur dengan Rafie?” Adnan sengaja ingin menyindir Hudiya Imani walaupun tahu pasti Hudiya Imani akan mengamuk sekejap lagi. Hatinya suka melihat perempuan di hadapannya sakit. Terutama hatinya.


“Aha..." bersahaja Hudiya Imani jawab tanpa rasa bersalah. Bila di fikirkan balik buat apa dirinya marah. Baik dia mengiyakan saja kata-kata Adnan. Yang penting dirinya tidak terseksa dengan perasaan.


Adnan terkejut melihat reaksi Hudiya Imani tidak seperti sebelum ini.. “Diya nak tidur lagi dengan dia?”


Hudiya Imani memalingkan badan mengadap Adnan dan memberikan senyuman yang berseri. “Boleh ke? rasa tak puas hari tu,” sekali lagi ayat sentapan jiwa Adnan Hudiya beri.


Melihat senyuman di bibir Hudiya Imani membuatkan Adnan sakit hati. Bukan reaksi ini yang dia mahukan. Adnan tidak tahu apa yang membuatkan dirinya marah. Bukan dia tidak tahu pekerjaan Hudiya Imani sebelum ini. Mahu melihat Hudiya sakit tapi hatinya pula yang sakit.


Adnan keluar bilik Hudiya Imani dengan perasaan api marah yang membuak-buak. Di teguk air sejuk bagi hilang panas di hatinya tapi semua itu sia-sia. cawan di tangan di baling sekuat hati.


Sebaik Adnan keluar dari bilik telefon Hudiya Imani berbunyi. Hudiya Imani terus angkat tanpa memikirkan rasa takut lagi.


“Ye!!”


Rifaat Rafie merasa lega panggilan kali ini di jawab. kerana siang tadi tiada satu pun panggilannya di jawab oleh Hudiya Imani. Mungkin kerana Adnan berada di sisi Hudiya. Tapi seharian tidak dengar khabar berita Hudiya membuatkan dia tidak senang duduk. Kerana itu dia mengikari janjinya pada Hudiya.


“Sihat? Kenapa siang call tak jawab?”


“Alhamdullilah Sihat," Hudiya Imani terasa ingin membalas balik apa yang Adnan lakukan pada dirinya. Sebab itu dia jawab panggilan Rifaat Rafie. Pada masa sama dia seperti mahu menangis meluahkan segala rasa yang di alami, mahu beban yang di hadapi berkurang.


“Bagus la. Sakit kepala dah okay?”


“Alhamdulillah, Dah”


Rifaat Rafie tersenyum sendiri. “Boleh dengar dari suara Hudiya sihat,”


“Panggil Diya,” Hudiya semakin selesa dengan Rafie.


“Okay Diya. Rafie rindu Diya” Rifaat Rafie menutup mulutnya kerana terlepas cakap.


“Ermm” Miang betul laki ni. Baru jumpa sekali cakap phone pun aku tak layan dah rindu. Hudiya omel sendiri.


tetapi reaksi Hudiya Imani bersahaja “Diya macam tak suka Rafie,” Rifaat Rafie cuba mengetahui isi hati Hudiya Imani. Walaupun dia tahu mustahil untuk dia dapatkan Hudiya. Kerana wanita itu isteri orang.


“Entah la.. tak ada perasaan,” tanpa perasaan Hudiya balas.


Hudiya Imani melayan setiap pertanyaan Rifaat Rafie sekurangnya ada tempat untuk dirinya bercakap berbual. Jika tidak dia perlu menunggu Kak Wan Esok pagi datang ke rumahnya jika ingin bercakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience