Rifaat Rafie berteleku di tepi kubur Adila. masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang Adila telah tinggalkan dirinya. Masih terdengar lagi Adila memanggil dirinya, Adila berbual denganya.
"Abang minta maaf sayang, " menangis tidak henti menyalahkan diri sendiri. Sebab dirinya Adila pergi. "Abang rindu sayang,"
"Dah Fie... Jom balik," Datuk Yacop cuba memujuk Rifaat Rafie. Sudah seminggu anaknya ulang alik ke kubur. Tidak terurus melihat Rifaat Rafie, dengan jambang dan misai yang berterabur.
Rifaat Rafie mengeling kepala "Fie nak teman Dila..."
"Fie, yang hidup kena di teruskan. Sampai bila Fie nak macam ni?"
"Biar Rafie jadi macam ni. Semua sebab Fie. Fie tak pandai jaga Dila. Fie sakitkan hati Dila," Rifaat Rafie teringat kali terakhir dia bercakap dengan Adila.
Teringat kata-kata terakhir Adila yang marahkannya, merajuk dengannya. Lagi lebat tangisan Rafie. "Maafkan Abang Sayang. Abang tak buat semua ni. Semua rancangan Mira. Abang tak bagitahu Dila sebab taknak Dila benci dengan Adik Dila sendiri. Abang boleh tunjukan bukti abang tak buat semua tu, bangunlah Sayang. Abang janji abang tak rahsiakan apa-apa lagi,"
Tak tahu bagaimana lagi harus dia memujuk, tiada pilihan lain melainkan secara kasar. "Ali tarik,"
Pak Ali menurut perintah majikannya. Di angkat Rifaat Rafie dengan paksaan untuk di bawa balik.
"Lepaskan aku!!!" meronta-ronta Rifaat Rafie untuk melepaskan diri.
"Daddy akan lepaskan Rafie, kalau Rafie dah boleh terima kenyataan yang Adila dah tak ada. Boleh terima semua takdir ni. Bukan mata Rafie." tegas suara Datuk Yacop menegur Rifaat Rafie.
Dalam meronta-ronta agar di lepaskan Rifaat Rafie tidak sengaja ternampak sebujur tubuh yang menangis di tepi kubur. "Dila..." Rifaat Rafie terdiam. Cuba melihat lagi sekali.
"Dila!!!" Rifaat Rafie meronta lebih kuat. "Daddy! Dila... Tu Dila Daddy... Dila hidup Daddy,"
"Wake-up Rafie!!" Datuk Yacop memarahi "Rafie sendiri nampak Dila pergi,"
perempuan Itu bangun menampakkan lagi lebih jelas mukanya. "Daddy... Dila..."
"Dila!!!!" Rifaat Rafie memanggil dengan sekuat hati. Tapi sedikit pun perempuan itu tidak menoleh. Malah terus pergi. Pergi meninggalkan tanah perkuburan itu.
Pak Ali tidak dapat untuk mengawal Rifaat Rafie mengambil keputusan untuk cekup mulut Rifaat Rafie dengan kain yang sudah di letakkan ubat untuk pengsankannya.
"Dila..." mata Rifaat Rafie semakin layu dan akhirnya tertutup...
..
Hudiya Imani mencincang isi rebusan ayam sambil memandang ke pintu dapur. Takut dirinya di sergah lagi sekali seperti pagi semalam. Hajatnya ingin bangun awal tapi terlewat juga. Mungkin kerana tidur lewat mengemas bilik yang diberikan kepadanya sementara tinggal di rumah ini.
“Good morning Daddy, ” di cium Pipi Datuk Yacop.
“mmm”
Rifaat Rafie ke dapur selepas kelibat Hudiya Imani tiada di meja makan. Zupp!! Terkejut Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani laju lalu di hadapannya dengan pisau dan papan pemotong.
“Bik makan dengan kitaorang. Pak Ali mana?”
“Sini saja Tuan. Pak Ali makan di luar,” itulah jawapan sama bibik setiap hari. Lebih selesa makan jail dari majikan.
Aku suruh makan tempat elok tak nak. Bagus la semua macam ni.
“Maaf Tuan Diya lambat,”
Rifaat Rafie berpatah balik ke meja makan. Semalam lesung hari ni papan pemotong dekat sini. Esok apa? Kuali pula? Rifaat Rafie mengambil sepotong ayam yang tidak sempat di cincang oleh Hudiya Imani masuk ke mulutnya. Ayam rebus pun sedap.
Rifaat Rafie mengambil lagi sepotong. PaP!! Tangannya di tampar oleh Hudiya Imani. Dia memandang muka Hudiya Imani yang bersahaja. terpandang muka Datuk Yacop seperti mahu marahkan dirinya. Rifaat Rafie menelan air liuh. Kalau Datuk Yacop boleh bergerak memang dah kena penampar dia ketika ini.
Rifaat Rafie teringat akan dirinya di marahi Datuk Yacop kerana nakal zaman sekolahnya. Baik-baik Daddy, jika dia buat salah habis dilibas dengan batang paip. Tapi Rifaat Rafie tetap sayangkan Datuk Yacop. Datuk Yacop buat semua itu untuk kebaikan. Jika sekarang Datuk Yacop boleh bergerak pasti dirinya juga sudah di libas kerana sudah tidak ingat akan agama.
“Ni Daddy Tuan punya. Jangan la makan,”
Kedekut siot. Daddy pun sama. “Nanti suruh Pak Ali hantar Diya datang office,”
“Office siapa?” Hudiya Imani bercakap sambil menyuapkan Datuk Yacop.
“Office aku la. Tak kan post office pula, ”
Datuk Yacop menjeling Rifaat Rafie.
“Ada hal Daddy, ” Rifaat Rafie senyum memandang Datuk Yacop. “Daddy ikut la sekali nanti. Ni handphone Diya. Rafie dah cajkan, ” Rifaat Rafie meletakkan telefon Hudiya Imani di atas meja.
“Pukul berapa Tuan? "
“2”
Selepas siap makan Rifaat Rafie kembali semula ke bilik untuk bersiap ke tempat kerja.
“Bye Daddy,” pipi Datuk Yacop di cium “Jaga bakal menantu Daddy elok-elok,” Rifaat Rafie berbisik pada telinga Datuk Yacop.
Hati Datuk Yacop tersenyum mendengar kata-kata Rifaat Rafie. Apa yang di duga sememangnya betul. Hudiya Imani yang telah buat anaknya termenung sebelum ini. Hudiya Imani yang telah buka hati anaknya untuk bercinta lagi, Dan Datuk Yacop berharap Hudiya Imani dapat mengubah anaknya juga satu hari nanti. Kerana dia sudah tidak mampu mengubah Rafie seperti dulu semula.
“Bye Sayang...” Rifaat Rafie melambai Hudiya Imani yang mukanya tiada reaksi walaupun di panggil sayang. Mungkin menyampah dengan Rafie sebab sesuka hati marah padanya.
Adnan tidak boleh duduk diam apabila panggilannya tidak di angkat oleh Hudiya Imani berkali-kali. Sengaja atau Hudiya masih dalam tempoh untuk menyembuhkan.
“Abang…” Tasya cuba memujuk Adnan yang sejak semalam tidak tentu arah. “Jom breakfast, Nanti Abang nak pergi kerja dah,”
Adnan melihat Tasya di hadapannya dengan berpakaian seksi. Adnan terbayang pertama kali Hudiya Imani berpakaian begitu di hadapannya selepas bernikah. Tubuh badan Hudiya Imani lebih cantik dan mengiorkan, orang yang memandang pasti tidak akan dapat menahan nafsunya. Termasuk Adnan tapi kerana memikirkan duit yang akan dia dapat badan Hudiya Imani di tolak tepi. Nafsunya dilupakan.
“Jom la, ” Tasya merangkul tangan Adnan dan tarik ke meja makan.
Di meja makan mata Adnan tidak lepas memandang Tasya. Tapi di mata Adnan ketika itu bayangan Hudiya Imani berada di hadapannya.
Terbayang wajah Hudiya Imani sedang melayan dirinya di meja makan. Diya jangan tinggalkan Abang. Tangan Tasya di ambil dan di cium. Cinta Adnan sememangnya hanya untuk Hudiya tapi kerana perjanjian bodoh dia terpaksa membayangi Hudiya pada wanita lain.
“Lepas ni Abang jaga Diya elok-elok. Maafkan Abang Diya”
Muka Tasya yang tersenyum berubah serta merta apabila Adnan memanggil dirinya Diya. Adnan semakin kerap memalut memanggilnya Diya. Setiap masa Hudiya yang dipanggil.
Share this novel