Adnan balik ke rumah yang di duduki Hudiya Imani selepas di beritahu Kak Wan yang Hudiya Imani tiada di rumah. Di buka almari baju dan semua pakaian cantik tergantung. Semua barang Hudiya Imani ada. Adnan cuba untuk hubungi Hudiya Imani tapi panggilannya tidak di jawab.
Diya angkat!! Diya dekat Mana ni. Adnan cuba berfikir positive. Mungkin pergi jalan-jalan tenangkan diri atau hospital. Sebab sebelum ini Hudiya Imani ke hospital seorang diri selepas tiga hari baru balik ke rumah demula. Tak pe la bagi Diya tenang.
“Kak, kalau tiga hari Diya tak balik bagitahu Saya. Akak tak payah masak sampai Diya balik,”
“Baik Encik,”
Walaupun cuba berfikir positive, hati Adnan tetap resah memikirkan di mana Hudiya. Saat terakhir dia tinggalkan isterinya itu dalam kesakitan.
..
Hudiya Imani sudah mati kutu apa yang perlu dia lakukan di rumah besar ini selain menjaga Datuk Yacop.
“Tuan selalu buat apa?”
Datuk Yacop tidak jawab. Kerana dia hanya duduk melihat tv kemudian baring. Berulang setiap hari perkara yang sama di lakukan.
“Bik” Hudiya Imani menegur Bibik Salma yang sedang mengelap barang di cabinet kaca. “Tuan selalu buat apa?”
“Tengok TV saja,”
Hudiya Imani melihat Datuk Yacop. Kemudian dia duduk di atas karpet yang terbentang di ruang tamu. Dia melihat telefon. Datuk Yacop melihat saja apa yang Hudiya Imani buat di sebelahnya.
“Tuan," Hudiya Imani meletakkan telefon di lantai lalu memandang Datuk Yacop "Google cakap Tuan kena banyak buat latihan, tapi Saya tak tahu latihan apa. Buat latihan bercakap la Tuan. sebab Saya tak faham apa Tuan cakap,”
Kalau boleh tepuk dahi, dah lama Datuk Yacop menupuk dahi selepas dengar cadangan Hudiya. Pelik-pelik Hudiya ni. Tapi kerana bosan Datuk Yacop turutkan Sahaja, dia mengelip mata dua kali tanda setuju. Sekurangnya dia melakukan perkara lain. Nak tengok juga bagaimana Hudiya melatih dia bercakap.
Hudiya Imani mengubah cara duduknya. Kali ini dia duduk mengadap Datuk Yacop. “Saya cakap Tuan ikut,”
Datuk Yacop mengangguk sedikit. Hudiya Imani seperti mengajar budak bercakap semua konsonen di sebut oleh Hudiya Imani dan di ulangi oleh Datuk Yacop.
Lama mengajar, akhirnya Hudiya mengalah kerana tidak nampak kesan pada Datuk Yacop. "Penat lah Tuan, Saya urut jela muka Tuan, jadi saya tak penat bercakap,"
Datuk Yacop menganguk sedikit. Dilayankan sahaja apa yang Hudiya mahu lakukan. Terhibur sikit daripada lakukan aktiviti biasa.
..
Rifaat Rafie melihat Jannah di hadapannya yang langsung tidak berasa serba salah. Sakit kepala aku ada secretary macam ni. Bukan setakat barang yang di suruh beli sahaja ada. Malah bertambah banyak yang di beli tanpa inform terlebih dahulu.
“I beli sekali pin. Kawan bos nak pakai tudung macam mana tak ada pin,” Jannah menerangkan satu persatu barang yang di tambah.
“Okay. Tapi kenapa beli banyak?”
“Match dengan tudung baru cantik. Lagi, tak kan telekung je. Set la. Sejadah Al Quran baru lengkap hantaran boss, ”
Tepuk dahi Rifaat Rafie. Bila masa pula jadi hantaran ni.
“Kawan bos mesti ada selipar je. Jadi belikan sekali kasut. Ikut size I. Harap muat la. Stoking sekali tambah. Bra panties tambah lagi 10 set. sebab pakai siang malam kan. Baju pun untuk malam I belikan baju tidur. 5 pasang. Handbag satu. Lagi apa yang I tambah, sabun berus gigi tu semua I belikan juga and make-up sedikit.”
Nak marah rasa tak patut pula bila Jannah menerangkan satu persatu barang yang di beli ada gunanya “Dah. Tolong angkat bawa masuk kereta,” Rifaat Rafie bangun untuk angkat barang yang di beli Jannah.
Zahrin yang baru balik dari berjumpa client terus ke bilik Rifaat Rafie untuk berbincang sesuatu terkejut melihat barang-barang yang di angkat oleh Rifaat Rafie dan Jannah. “Kau nak bagi girlfriend kau semua ni ke. Kalau ye pun pada-pada la. Bukan dia tak ada baju semua,” Zahrin mengambil beberapa beg kertas di tangan Jannah untuk menolong.
“Kau diam, ” Banyak macam ni sebab budak ni. Di pandang Jannah yang berasa tidak bersalah belanja sesuka hati. Di tahan geram pada Jannah. Lebih elok dia diamkan diri jika di luah mahu menangis pekerjanya nanti.
“Encik Zahrin. Perempuan suka punya dapat hadiah macam ni walaupun diaorang dah ada semua ni, ” balas Jannah.
“Yeke...”
“Ye... Encik Zahrin try belikan untuk girlfriend Zahrin. Satu pun jadilah,"
“I belikan untuk you la, ” Zahrin senyum memandang Jannah. Saja try market.
“Tak boleh. Nanti boyfriend I marah, ”
Dah ada boyfriend la pula. Asyik melepas je. Bujang sampai ke tua la aku.
..
Tersenyum Hudiya Imani melihat Datuk Yacop makan hingga habis licin. “Sedapkan, esok breakfast Diya suruh Bik Salma rebus ayam pula lagi ermmm menjilat jari,”
Datuk Yacop mengangguk kepala yang hanya boleh bergerak sedikit sahaja. “Di ya ma sak!!”
“Nak Diya masak?”
Datuk Yacop kelipkan matanya
“Kalau Diya bangun awal Diya masak. Kalau lambat Bik Salma masak. Lagi pun sama je, bubur,”
“Ma lam,”
“Makan malam? Malam tak payah makan. Air cicah biskut je. Malam nak tidur tak boleh makan,”
Hudiya Imani mengingatkan Datuk Yacop dengan Zaman waktu belajarnya dahulu. jika tiada duit air dan biskut sudah memadahi untuk mengalas perut.
Hudiya Imani menyandarkan kepala di kaki Datuk Yacop kemudian di peluk. “Diya rindu dekat Atuk,” Apabila melihat Datuk Yacop yang hanya boleh makan bubur Hudiya Imani teringat akan Atuknya. “Atuk Diya dulu pun macam Tuan. Boleh makan bubur je,”
“Kit?”
“Aha.. kanser usus. Sebab tu Diya tahu nak buat bubur Tuan sedap, ” Hudiya Imani memandang Datuk Yacop dan tersenyum. “Rindunya dekat atuk,” Hudiya memalingkan wajahnya dan mengesat air mata kerinduan.
Datuk Yacop membiarkan sahaja Hudiya Imani tidur bersandarkan kakinya kerana hari ini sangat berbeza daripada selalu. Walaupun penjaganya saling bertukar ramai Hudiya Imani yang paling menyenangi Datuk Yacop walaupun tidak sampai sehari lagi Hudiya Imani di rumahnya.
Datuk Yacop memandang telefon Hudiya Imani di lantai berbunyi. “Bik!!”
Bibik Salma datang ke Datuk Yacop “Ye Tuan,”
Datuk Yacop memandang telefon Hudiya Imani.. Bibik Salma mengambil “Jawab?”
“Offp,”
“Matikan?”
Datuk Yacop mengelipkan mata dua kali. Bibik Salma mematikan telefon Hudiya Imani kemudian meletakkan semula di tempat yang dia ambil.
Adnan membaling telefon yang di pegang apabila panggilannya tiada satu pun di jawab oleh Hudiya Imani.
Adnan perasan sejak bertemu dengan Rifaat Rafie, Hudiya berbeza sekali. Semakin berani melawan. Dan buat apa sahaja sesuka hati tanpa beritahu padanya dahulu.
Rifaat Rafie menolak kepala Hudiya Imani yang bersandar pada Datuk Yacop. Hudiya Imani terkejut lalu dengan pantas bangun berdiri.
“Sedap kau biar Daddy tidur macam ni?” Rifaat Rafie menengking Hudiya Imani.
Datuk Yacop tersedar dari tidur, terkejut dengan suara anaknya.
“Maaf Tuan saya tak sengaja. Saya tertidur, ” Hudiya Imani menundukkan kepala memandang ke bawah. Dia tidak berani untuk melihat lelaki di hadapannya.
“Tidur kau je sedap,” Rifaat Rafie ingin menonjol kepala Hudiya Imani terbantut apabila melihat mata Datuk Yacop sedang memandang dirinya dengan pandangan marah. Tidak pernah Datuk Yacop memandang dirinya seperti itu membuatkan Rifaat Rafie terkejut.
“Di.ya,”
Dengan pantas Hudiya Imani beralih ke Datuk Yacop “Ye Tuan. Maafkan Diya Tuan, ”
“ba wa dy Gii, ”
“Ye.” Hudiya Imani dengan pantas menolak kerusi roda Datuk Yacop. “Tuan nak pergi mana?” Hudiya Imani berbisik pada telinga Datuk Yacop.
“Di”
“Okay.. mandi, ” Hudiya Imani menduga. Tidak pasti apa yang di sebut oleh Datuk Yacop betul atau tidak.
Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani dan Datuk Yacop pergi dari ruang tamu rumahnya. Fikiran Rifaat Rafie masih memikirkan kenapa Datuk Yacop marahkannya. Aku buat salah ke? di telan air liuhnya menjadi takut tiba-tiba.
Rifaat Rafie ingin melangkah balik ke kereta untuk keluarkan barang yang dibelikan untuk Hudiya Imani terhenti apabila terpijak telefon di lantai.
“Ish perempuan ni letak telefon merata,” Rifaat Rafie meletakkan di dalam poket seluarnya selepas melihat telefon Hudiya mati.
“Pak Ali dah keluarkan semua,” Pak Ali bersuara selepas melihat Rifaat Rafie seperti ingin menolong dirinya. “Nak bawa masuk dalam bilik ke? ”
“Terima kasih Pak Ali. Tak yah biar je dekat sini,”
Ketika mandikan Datuk Yacop, mulut Hudiya Imani menyebut konsonen huruf kemudian Datuk Yacop mengikut apa yang di sebut Hudiya Imani. Datuk Yacop rasa apa yang di ajar Hudiya Imani ada memberi kesan pada dirinya. Biarlah mulut letih sekejap layankan Hudiya.
“Tuan handsome la,” Hudiya Imani memuji Datuk Yacop selepas memakaikan baju. "Untung Diya dapat jaga Tuan,"
“Di ya. Di, ”
“Okay. Diya hantar Tuan Tengok TV dulu, ”
“Ye, ”
Rifaat Rafie baru ingin menjenguk Datuk Yacop di biliknya terbantut apabila Hudiya Imani sudah bawa Datuk Yacop duduk di ruang tamu.
“Gi, ” Datuk Yacop menyuruh Hudiya pergi membersihkan dirinya. Untuk mengelak anaknya memarahi Hudiya
juga.
“Ye Tuan, ”
“Nanti dulu, ” Langkah kaki Hudiya Imani terhenti apabila Rifaat Rafie memanggil diri. “Tu barang kau, bawa pergi,” Rifaat Rafie menunjukkan beg kertas dan plastik di tepi pintu.
Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie yang sedang menonton TV.. “Saya nak letak mana banyak macam ni?”
“Sebelah Bilik daddy ada bilik kosong. Kau guna bilik tu,”
“Baik Tuan, ” Hudiya Imani mengangkat barang yang di beli Rifaat Rafie untuk dirinya berulang beberapa kali.
Datuk Yacop menjeling Rifaat Rafie. “Fi to. long,”
“Biar dia angkat sendiri,” dalam diam Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani berulang alik di hadapannya. Saja nak Hudiya
lalu di hadapanya banyak kali. Dapat terubat rindu.
Share this novel