G 39 : MOGOK LAPAR

Humor Series 35125

Pagi-pagi lagi Syahirah sudah sampai di rumah Rifaat Rafie dengan senyuman tergedik-gedik.


“Shira jaga Daddy sampai Rafie balik,” Rafie tidak bersemangat seperti sebelum ini. Asyik memikirkan Datuk Yacop dan Hudiya sampai tidak boleh tidur di buatnya.


“Okay Abang,” Syahirah memberikan senyuman paksa apabila mendengar arahan Rafie.


“Susu daddy jangan lupa bagi,”


“Abang don’t worry, mana yang Shira tak tahu, Shira call tanya abang,” sempat lagi kenyitkan mata mengoda. Tapi sedikit pun tidak dihiraukan oleh Rafie.


Rifaat Rafie pergi kerja dengan perasaan bercampuk aduk. Mahu salahkan Datuk Yacop tidak boleh. Daddy hanya duduk sahaja tidak buat apa-apa. Keluarkan ayat manis Daddy nak bercakap pun susah. Hatinya rasa ingin sahaja berhenti untuk menolong Hudiya Imani. Sakit itu seperti pisau menusuk ke dalam hati.


“Ha!!!” Zahrin menyergah Rifaat Rafie yang sedang termenung “Lama dah tak nampak kau termenung macam ni,”


“Project banyak problem la. Sakit kepala aku fikir,”


“Bukan sebab kau rindu Diya,” Zahrin tahu mesti ada sebab lain.


“Hari-hari jumpa nak rindu apa,” Rifaat Rafie malas hendak jawab setiap soalan Zahrin tapi terpaksa juga jawab. Nanti lagi banyak soalan yang akan di tanya.


“Daddy macam mana. Bertambah sihat ke? Lama tak jumpa,”


“Sihat,” Sihat sangat sampai orang yang aku suka pun nak di kebas. Sakit hati aku.


“Alhamdullilah. Okay la aku pergi dulu,” Zahrin melihat Rifaat Rafie sangat pelik. Sebelum ini bukan main hari-hari happy. Zahrin singgah di meja Jannah sebelum pulang ke biliknya untuk bertanya jika Jannah tahu kenapa majikannya jadi begitu.

"Dari masuk ke macam tu?" Zahrin melihat Rifaat Rafie dari meja Jannah.

"Ye!!" Sepatah sahaja di jawab sambil melakukan kerjanya.

"Tahu kenapa?"

"Tak tahu. Tapi start semalam dah lain,"

Aku tersilap hari ke. Di lihat jam di tangannya "Semalam kerja? bukan semalam holiday,"

Jannah berhenti melakukan kerjanya dan memandang Zahrin "Semalam I outing with Diya. lepas tu Encik Rafie muncul. Semua happy but tak sampai satu jam Encik Rafie suruh semua balik, dengan mata merah macam baru lepas menangis,"

"Cry?" Rafie ni bukan betul sikit. Boleh tahan tacing juga dia ni. Anak tunggal namanya.

"Tak tahu la. Tapi nampak macam tu," Jannah sambung kembali kerjanya.

"Okay. Hari ni jangan diet, nanti sakit perut macam last week," Zahrin mengubah topik dengan tiba-tiba.

Peluang aku ni nak dapat makan free sambil ngurat Zahrin ni. Lalu jannah berhenti menaip. "Encik Zahrin belanja la lunch, nanti Jannah tak diet," diberi senyuman paling manis pada Zahrin.

Dia nak goda aku apa ni. Seram pula aku rasa. "I ambik berat staff I. tak ada kaitan you tak nak diet I kena belanja," Zahrin melangkah pergi meninggalkan Jannah.

Terus moyok muka Jannah. Tak makan ayat betul la Zahrin ni. Jannah sambung menaip dengan kasar tidak seperti tadi. Malu dapat, geram pun dapat.

"Nanti I tunggu you dekat bawah," dalam diam Zahrin berpatah balik berjumpa Jannah.

"Thank you boss!!" Tersenyum lebar Jannah lalu terus di beri simbol love kepada Zahrin yang sedang berjalan keluar dari ruang pejabat. Kalau Zahrin nampak pasti blushing habis.

..

Syahirah hanya duduk mengadap TV tanpa memperdulikan Datuk Yacop.


“A ir,” Datuk Yacop melihat Syahirah tapi sedikit pun wanita itu tidak pandang padanya. Bibik yang tergopo gapah datang ke Datuk Yacop.

“Tuan minum,” Bibik Salma hulurkan cawan ke mulut Datuk Yacop.


“Ibu Shira,” Bibik Salma sudah geram dengan Syahirah walaupun tidak sampai satu hari jaga Datuk Yacop. “Ibu kenapa dibiar Tuan macam ini. Naik ibu tak perlu datang kalau ibu duduk saja,”


“Kau orang gaji diam. Kau nak jaga Daddy kau jaga, tak nak kau pergi,” Syahirah masih duduk goyang kaki sambil melihat telefon pintarnya.


“Aku ngadu sama Tuan,” Bibik Salma meninggalkan Syahirah dengan perasaan marah.


Telefon Syahirah berbunyi membuatkan dirinya terkejut sendiri.


“Hello Abang,”


“Hello, Daddy dah bagi makan?”


“Dah. Abang jangan risau. Daddy makan banyak,” Syahirah menjeling Datuk Yacop.

Memang kau, aku reject jadi menantu aku.


“Okay,” Rifaat Rafie mematikan panggilannya. Aku tengok sesuap air pun kau tak bagi. Kau ingat aku bodoh. Senang-senang nak tipu aku.


Syahirah melihat Bibik Salma membawa makan masuk ke dalam bilik. “Bik makan sorang bawa masuk bilik,” Syahirah merasa lapar dia terpaksa masuk ke dapur untuk mencari makanan.


“Diya. Bibik bawa makanan untuk Diya,” sedih Bibik Salma melihat Hudiya Imani duduk termenung.


“Terima Kasih bik. Daddy macam mana Bik?” Hudiya Imani memandang Bibik Salma dengan mata merah. Seperti baru lepas menangis.


“Daddy baik saja. Diya jangan risau,”


“Siapa jaga Daddy?”


“Ibu shira,”


Hudiya Imani mengesat air mata yang ingin jatuh ke pipi.


“Bik keluar ye. Maaf Bik terpaksa kunci Diya,”


“Tak apa Bik,”


Setelah keluar Bibik Salma kunci balik pintu bilik yang Hudiya Imani duduk. Bibik Salma ke dapur semula untuk mengambil bubur untuk Datuk Yacop. Dia tahu Syahirah tidak akan menguruskan Datuk Yacop hanya pentingkan diri sendiri. Bila dihadapan Tuan Rafie baru Syahirah berpura-pura menjaga Datuk Yacop.


“Tuan makan,” Bibik Salma menyuakan sudu ke mulut Datuk Yacop.


Datuk Yacop mengeling kepala.


“Nanti Tuan tambah sakit,”


“Diya jum pa”


“Bik bawa tapi luar bilik saja. Lepas itu Tuan makan,”


Datuk Yacop mengangguk kepala.


Bibik Salma menolak kerusi roda Datuk Yacop pergi ke pintu bilik Hudiya Imani. Di ketuk dua kali pintu Hudiya.


“Diya, Daddy mahu omong sama Diya,”


Hudiya Imani dengan pantas turun dari katil lalu duduk bersimpuh di pintu. “Daddy...” air mata Hudiya Imani mengalir lagi.


“Ma af di,”


“Tak apa daddy. Daddy okay kan?”


“K, ”


“Bibik cakap Daddy tak makan pagi tadi. Daddy makan ye tengah hari ni. Diya risaukan Daddy.“


“Ye,”


“Kalau Daddy tak makan Diya tak nak kawan Daddy. Tak nak panggil Daddy. Diya panggil Tuan balik,”


“Di ma kan,”


“Diya rindu nak peluk Daddy,” semakin kuat air matanya mengalir. Suara Hudiya juga kedengaran sayu sekali.


“Diya na gis,”


“Tak Daddy,” Hudiya Imani mengesat air matanya.

Bagaimana Daddy mahu balas cinta Diya jika akan mengecewakan anak Daddy sendiri. Dari hari pertama Diya jejak kaki di sini Diya sememangnya milik Rafie. Daddy tiada hak pada Diya. maafkan Daddy Diya..

..


“Diya. Kok tak makan. Udah dua hari enggak makan,”


“Tak ada selera Bik. Diya nak cakap dengan Daddy boleh,” lemah Hudiya Imani melihat Bibik Salma. Setiap kali Bibik Salma masuk ke dalam bilik, itu sahaja permintaan Hudiya. Untuk bercakap dengan Datuk Yacop.


“Diya makan sikit nanti Bibik bawa Daddy ke pintu,”


Diya geling kepala. "Diya nak Daddy sahaja,"


Apasal orang tua ni berak pulak hari ni. “Bik!!”


“Bik keluar ibu Shira panggil,” Bibik Salma mengunci balik pintu bilik Hudiya Imani.


Hudiya baring semula.


“Kenapa Ibu,” Bibik Salma datang dengan tergopo gapah.


“Orang tua ni berak. Kau pergi cuci,” Syahirah memberikan arahan.


“Itu bukan kerja saya Bu. Kerja Saya masak, bersihkan rumah saja. Itu kerja Ibu,” balas Bibik Salma.


“Kau buat sekarang,” kuat suara Syahirah menyuruh Bibik Salma buat kerjanya.


“Ibu engak boleh paksa saya. Gaji Saya Tuan Rafie yang bayar,” Bibik Salma pergi meninggalkan Syahirah bersama Datuk Yacop.

Maafkan Bibik Tuan Daddy. Bibik terpaksa abaikan Tuan Daddy demi Diya. Biar Tuan Rafie tahu perangai sebenar Ibu Shira.


Syahirah terpaksa membersihkan Datuk Yacop. Dengan kasar dia memperlakukan Datuk Yacop kerana terpaksa. Mahu bermasam muka Rifaat Rafie jika dia tidak bersihkan Datuk Yacop seperti semalam. Dah cakap tak sempat mandikan pun mukanya sudah merah menyala mahu marahkannya.


Rifaat Rafie melihat Datuk Yacop sudah mandi petang tidak seperti semalam. Kena sounds sekali terus berubah, bagus. “Shira nanti makan malam dulu sebelum balik,”


“Okay Abang,” Tersenyum gembira Syahirah apabila Rifaat Rafie melayan dirinya dengan baik hari ini.


Orang tua ni. Makanlah! aku tak ada masa nak pujuk rayu kau. “Daddy makan la sikit,”


Datuk Yacop tetap menutup mulutnya dengan rapat. Tidak mahu suapan dari Syahirah.


Rifaat Rafie melihat Bibik Salma membawa pinggan berisi makanan masih penuh. Diya tak nak makan lagi ke?


“Tuan!!” Bibik Salma sudah naik geram. Diletak pinggan nasi masih berisi di atas meja makan dengan kasar.


Mata Datuk Yacop dan Syahirah terus melihat ke arah Bibik Salma.


“Udah dua hari enggak makan. Daddy pun enggak makan. Apa salah Diya c. Tuan kurung,” Bibik Salma marahkan majikannya. Lain macam sudah, bibik tidak takut pada majikan.


“Ha!! Diya ada ke? Abang kurung kenapa?” Syahirah terkejut kerana tidak tahu bahawa Hudiya Imani ada di dalam rumah Itu. Dia Ingatkan Hudiya Imani sudah di berhentikan kerja.


“Kalau Diya suka Daddy itu salah Tuan. Tuan tak pandai ambik hati Diya. Biar aje Diya kawin sama Daddy. Daddy ada yang jaga. Daripada suruh Ibu Shira yang pura-pura baik saja depan Tuan. Hari-hari mendera Tuan Daddy,”


“Bila masa aku pura-pura baik, aku tak dera okay,” Syahirah sudah cuak apabila Bibik Salma lepaskan semua isi hatinya. Sekejap kalau Diya Kawin dengan Daddy. Aku dapat mak mertua muda. Mesti aku kena dera macam dalam drama nanti. Tak aku lebih berkuasa berani dia dera aku. Tapi hari tu dia tolak aku terus terjatuh. Syahirah terus menelan air liuhnya takut akan Hudiya Imani.


“Dia tak nak makan bukan salah Rafie,” Rifaat Rafie bangun basuh tangan lalu masuk ke biliknya. Rifaat Rafie tahu Hudiya Imani tidak menjamah satu pun makanan sejak di kurung. Sentiasa di lihat perempuan itu di CCTV. Sentiasa duduk di pintu bersama Datuk Yacop seperti sedang melepaskan rindu kerana tidak dapat bersua.


Kenapa bukan Rafie!!! Di ramas rambutnya dengan kuat.

..

Syahirah balik sahaja ke rumahnya terus mencari Datin Suraya. Dia perlu bercerita apa yang terjadi tadi.


“Ma…” Syahirah duduk di sebelah Datin Suraya yang sedang melayan drama melayu tiga suku.


“Apa?” Datin Suraya menjeling anaknya.


“Shira ingat Diya tu nak caras Rafie dari Shira, rupanya dia suka Daddy bukan Rafie?”


“Ha!!!” Datin Suraya terkejut dengan kata-kata Syahirah. “Yacop tu mati hidup tak mahu boleh ada perempuan cantik terhegih nak kan dia?”


“Ye... ke sebab Diya tu nak harta Daddy?” Syahirah menduga.


“Daddy kau tu, harta dia semua dah bagi dekat Rafie. Baguslah kalau dia suka Daddy. Kau tak payah berebut goda Rafie tu,” Datin Suraya memandang TV semula.


“Kalau dia kawin dengan Daddy. Dapat Mak mertua tiri muda. Shira takut ma,”


“Dia bukan boleh buat apa dekat kau,”


“Mak tak ingat ke dekat wedding Abang. Mulut dia sekali cakap tersentap terus. Sekali dia tolak terus tergolek Shira,”


“Dia pukul kau. Kau ngadu dekat Rafie apa susah. Biar kena dia balik,”


“Rafie sayang gila dengan daddy dia. Mesti tak percaya cakap Shira kalau Daddy dia kata tak.”


Datin Suraya senyap. Betul jugakan. Kecian pula anak aku kalau kena dera.


“Ma. Tengok orang tu kena dera. Entah-entah Shira kena macam tu juga nanti,” Syahirah menunjukkan drama di TV.


“Ma tahu. Kau tolak Yacop tu. Jatuh lepas tu dia K.O. Dia tak jadi kawin dengan perempuan tu,” Datin Suraya memberi cadangan tak berapa bernas.


“Abang Rafie tahu nanti macam mana? habis Shira nanti,”


“Kau buat time dia kerja la. Time line clear. Bukan orang tahu,”


“Betul juga kan. Dah la time Abang Rafie kerja tinggal Shira dengan orang gaji dia je,”


“Esok Shira dah boleh start try. Buat masa tak ada orang,”


“Okay Mama,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience