G 14 : 109

Humor Series 35125

Rifaat Rafie melihat sahaja sepupunya Zahrin di tolak mentah-mentah oleh perempuan yang telah di janjikan untuk bertemu.


“Maaf saya datang pun terpaksa. Sebab orang tua suruh,”


“Tak apa,” Jelas sekali Zahrin kecewa. Berapa kali dah dirinya kecewa jika rupa parasnya tidak handsome, dia merasakan dirinya boleh di catogeri mempunyai rupa. Mungkin nasibnya tidak bernasib baik dengan perempuan.


“Boleh Zahrin bagitahu Mak Abah yang Zahrin yang menolak saya,”


“Ye nanti saya bagitahu,” Itu yang selalu di minta oleh perempuan yang sering menolak dirinya.


“Terima kasih. Saya minta diri dulu,”


Zahrin melihat wanita di hadapannya tidak teragak untuk pergi meninggalkannya. Setelah wanita itu pergi Rifaat Rafie terus duduk di hadapan Zahrin. Kesian akan sepupu merangkap bestfriend.


“Sabar la,... Belum sampai jodoh kau lagi,” Rifaat Rafie menepuk bahu Zahrin bagi menenangkan jiwa yang terobek akibat di tolak lamarannya.


“Aku dah malas la nak blind date lagi,” terus di belek menu di atas meja. Makan lebih bagus.


“Mana tahu lepas blind date ke 109 baru jodoh kau datang,” mata Rifaat Rafie terpandang susuk tubuh yang dia kenali. Rindu pada Hudiya Imani terubat sedikit selepas melihat wanita itu walaupun dari pandangan jauh.

“Kau melampau sampai 109. Masalahnya kenapa ada 9 belakang. Kalau 100 okay lagi,” Zahrin tidak puas hati dengan Rifaat Rafie.


“Sebab 9 malam,” Rifaat Rafie jawab acu tidak acu.. hatinya memberontak mahu mengikuti langkah kaki Hudiya Imani dan Adnan.. “Wei sekejap kau tunggu. Kau order apa-apa je, nanti aku bayar,”


“Kau nak apa?” Zahrin melihat Rifaat Rafie sudah berdiri.


“Tak kisah aku makan semua,” Rifaat Rafie meninggalkan Zahrin seorang diri. Dia mengikuti dengan senyap di belakang Adnan dan Hudiya Imani.


Melihat Hudiya Imani menaiki lift bersama Adnan. Rifaat Rafie mengambil keputusan untuk naik melalui tangga yang berada di sebelah lift.


“Bukan makan dekat bawah, kenapa naik pula?” Hudiya Imani sudah merasa pelik dengan Adnan. Curiga pada suaminya semakin bertambah.


“Abang nak makan berdua dengan Diya. Bawah ramai sangat orang. Abang dah booking special room untuk kita berdua,” Adnan mencari alasan agar Hudiya tidak curiga denganya.


“Baik makan dekat rumah. Berdua juga,” Hudiya Imani merasakan Adnan ingin menjual dirinya buat kali kedua. Hatinya kuat berkata begitu. Tidak pernah Adnan ajak makan di luar hingga perlu tempah bilik hotel.


Penatnya naik tangga. kauorang berdua nak pergi level berapa ha? Rifaat Rafie mengesat peluh di dahi yang sudah mula membasah.

Pintu lift terbuka. “Jom sayang,” Adnan memegang pinggang Hudiya Imani sambil berjalan. Pasti rancangan kali ini berjaya untuk buat kejutan pada Hudiya.


Hudiya Imani melihat muka Adnan dengan pandangan mencurigakan. Di lihat senyuman pada muka Adnan sangat berbeza.


Adnan membukakan pintu bilik sambil tersenyum lebar apabila rancangan hampir berjaya.

..

Sebaik pintu di buka muka Hudiya Imani tersembam di dada Rifaat Rafie. Rifaat Rafie boleh rasa sakitnya badannya ketika itu kerana di rempuh dengan kuat. Rifaat Rafie sempat menahan Hudiya Imani dari terus pergi. Jelas kelihatan muka Hudiya Imani sangat cuak dan ketakutan ketika itu.


“Tuan tolong,” Hudiya minta dilepaskan dalam pelukan Rafie.


“Tunggu,” tangan Hudiya di gengam kejap.


Adnan buka pintu memasuki tangga dan terkejut melihat Rifaat Rafie berada di situ sedang mengengam tangan Hudiya Imani.


“Thank Rafie tolong I tahan Diya” Adnan cuba mengambil Hudiya Imani dari tangan Rifaat Rafie.


“Sekejap,” Rifaat Rafie menolak badan Hudiya Imani ke belakangnya. "Kau lupa janji kau?" wajah Rafie bengis melihat Adnan.

"Don't worry, I tak pernah lupa perjanjian kita," Adnan bersikap biasa walaupun dia agak terkejut apabila Rafie tahu tujuannya sekarang ini.

"Tak pernah lupa," sinis Rafie berikan senyuman. "Jangan ingat aku tak tahu, aku tak akan kongsi perempuan yang aku tidur dengan orang lain. Cuba lah kau cabul perjanjian aku lagi sekali. Bukan setakat kau sahaja bogel, kaum keluarga kau sekali aku togelkan," Amaran yang diberi bukan sekadar keluar dari mulut.

Adnan masih berdalih untuk menutup kesalahanya, "I dan my wife just take the dinner and stay sini for celebrate anniversary. You tak perlu risau Rafie. I orang yang tepati janji,"

Kuat Hudiya mencengkam tangan Rafie meminta agar tidak melepaskannya. Walaupun mengikut Rafie seperti masuk ke mulut buaya juga. Hudiya tiada pilihan lain. Dengan Rafie lebih selamat daripada suaminya sendiri.

"Okay, aku percayakan kau,"

Kedua tangan Hudiya mengengam tangan Rafie. Memohon jangan lepaskannya pada Adnan.

"Sebab aku dapat Diya sekarang. Bagi dia pada aku,"

“You nak next time” Adnan cuba mengambil Hudiya Imani tapi Rifaat Rafie lagi sekali menahan.


“Aku nak sekarang!” Rafie bertegas.

“Okay. Bagi I 200k,”


Rifaat Rafie keluarkan telefon lalu menaip sesuatu. “Done,”

Tunduk kecewa Hudiya. Ingatkan Adnan sudah berubah tapi sama sahaja. Kemaafan yang diberi hanyalah sia-sia. Demi duit sanggup jualnya lagi sekali. Air mata yang ingin jatuh cuba di tahan.


Adnan tersenyum. Hari ini dia mendapat hasil yang lebih lumayan. “Okay. Sayang layan kawan Abang elok-elok,” Adnan tanpa rasa serba salah meninggalkan isterinya bersama Rifaat Rafie.


“Tuan jangan apa-apakan saya,” suara Hudiya Imani bergetar menahan tangis dan takut pada masa sama. Takut perlu tidur dengan lelaki di hadapannya. Sedih kerana kecewa dengan Adnan.


“Tak. Diya okay kan,” di belek badan Hudiya Imani jika mempunyai luka atau sakit. “Lepas Rafie hari tu. Adnan ada jual Diya lagi tak,”


Hudiya Imani mengeling kepala. Hudiya Imani mengesat air mata. Dia ingatkan Adnan dah berubah dan menyesal tapi semua itu hanya lakonan semata-mata.


Jantan tak guna. Dah tak pernah sentuh bini. Lagi kau jual bini kau. “Dah jom ikut Rafie,”


“Pergi Mana?” Hudiya Imani sudah cuak jika Rifaat Rafie betul-betul mahu di layan olehnya.


“Makan, tu perut dah berbunyi,” Rifaat Rafie memandang perut Hudiya Imani. “Rafie tak buat apa-apa dekat Diya. Kan Rafie dah bagitahu kalau Adnan jual Diya lagi call Rafie,” di tarik tangan Hudiya Imani menuju ke pintu lift.


“Boleh tak Tuan lepaskan Diya,”


“Tak boleh. Harga Diya 200k mana boleh Rafie lepaskan Diya sesuka hati,”


“Nanti Diya ada duit Diya bayar balik,”


Rifaat Rafie mendekatkan mukanya pada Hudiya Imani “Diya rasa boleh ke bayar?” pintu lift terbuka lalu dia menarik tangan Hudiya Imani agar ikutnya. Di tarik sahaja secara paksa.

Hudiya hanya menunduk diam. Dia tiada duit yang begitu banyak. Untuk dapat jumlah itu dalam masa setahun pun belum tentu dia mampu.


Habis duit aku untuk selamatkan kau Diya. Tangan Hudiya Imani di pegang dengan kemas kerana tidak mahu wanita itu melarikan diri.


Zahrin terkejut apabila Rifaat Rafie membawa Hudiya Imani apabila kembali ke mejanya. Dia ingat ke tak aku yang pengkis kaki dia. Air liuh di telan kerana cuak.


“Diya nak makan apa?”


“Tak nak,” sebaik berkata tak nak perutnya berbunyi lagi sekali. Sememangnya sedang lapar di simpan perutnya tidak makan kerana ingin makan malam bersama Adnan tapi sebaliknya yang berlaku.


Zahrin sudah tersenyum memandang Hudiya Imani. “Order je Diya. Abang Zahrin orderkan. Betulkan Abang kita lagi tua.” Zahrin memandang Rifaat Rafie.


Aku nak kena layan dua lelaki ke nanti. Hudiya Imani sudah mula takut, sedih mengenang nasib diri. Hudiya Imani cuba menahan air mata keluar tapi jika di tahan isi perutnya akan keluar lagi menganggu selera orang di hadapannya.


“Ye kot. Makan Rafie punya dulu,” Rifaat Rafie menolak pinggan ke Hudiya Imani.


Zahrin memandang Rifaat Rafie dan membuatkan aksi menangis dan menunjukkan ke arah Hudiya Imani.


Rifaat Rafie terus memandang muka Hudiya Imani “Diya jangan nangis. Rafie tak buat apa-apa. Diya selamat dah,”


Hudiya Imani mengesat air mata dengan tangan dan mengangguk kepala.


“Selamat?? Kenapa?” Zahrin memandang pelik dan ingin tahu.


“ragut,”


“Oh!! Beg ada je,” Zahrin tahu ada sesuatu yang di sembunyikan Rifaat Rafie.


“Hati aku di ragut Diya,” geram Rifaat Rafie melihat Zahrin, sibuk ingin mengetahui semua perkara.

Peh main ayat jiwang nampak depan awek. sinis Zahrin senyum pada Zahrin.


Hudiya Imani yang baru ingin mengambil sudu di pinggan terkejut apabila Rifaat Rafie menolak kepalanya di bawa masuk ke dalam dakapan.


“Diya nak nangis. Diya nangis jangan tahan. Rafie sentiasa ada untuk Diya.” Hudiya Imani cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya.

“Bau ketiak la,”


Rifaat Rafie melepaskan tangannya. Zahrin sudah ketawa terbahak bahak kerana suara Hudiya Imani agak kuat. Mulut boleh tahan juga dia ni.

Mahu ketiak aku tak bau. Dari tingkat satu sampai lapan aku kejar kau. Nak selamatkan kau. Rasa nak tarik sahaja bibir Diya ni.


Hudiya Imani tahu yang dua orang di hadapannya baik walaupun seorang lagi seperti muka pecah rumah. Kerana dari cara bercakap tidak seperti orang jahat.


Rifaat Rafie memusingkan badannya mengadap Hudiya Imani agar senang untuk melihat wanita itu. Di lihat wanita itu makan makanannya mengunakan sudu yang sama dia gunakan tadi. terubat rasa rindunya pada Adila seketika. Serupa tapi tidak sama.

Zahrin biarkan sahaja apa yang Rifaat Rafie lakukan dia tahu pasti Rifaat Rafie ingin melepaskan rindu pada Hudiya Imani. Kali terakhir bercakap dengan Hudiya Imani di kedai mamak.


“Diya... Next time Rafie call angkat,”


Hudiya Imani mengangguk kepala. Sambil tangannya mengesat air mata yang masih bersisa.


“Rafie sayang Diya. Kalau Diya belum di miliki, Rafie akan ambik Diya jadi isteri Rafie,”


Tersedak Hudiya Imani apabila Rifaat Rafie meluahkan isi hati dirinya. Rifaat Rafie menepuk belakang badan Hudiya Imani.


“Rafie akan jaga elok-elok Diya. Rafie minta maaf Diya. Kalau jadi apa-apa dekat Diya. Rafie rasa bersalah sangat. Sebab Rafie tahu semua bermula dari Rafie sendiri,”


Akhirnya perasaan yang di pendam diluahkan jua. Baik di luahkan sekarang kerana akan datang belum tentu akan dapat berjumpa dengan Hudiya Imani lagi seperti ini.

Sepanjang makan Rifaat Rafie sentiasa memandang Hudiya sambil tersenyum. bagaikan bulan jatuh keriba. Kegembiraan yang datang tanpa di duga.


Hudiya Imani sempat menarik baju Rifaat Rafie sebelum lelaki itu balik meninggalkan dirinya. Rifaat Rafie memusingkan badan memandang Hudiya Imani.


“Saya nak duduk mana,” takut tapi dirinya perlukan tempat berteduh. Balik rumah hatinya menjadi fobia, untuk seketika biarlah dirinya jauh dari penjara yang membawa ketakutan dalam dirinya.


“Zahrin sekejap,” Rifaat Rafie baru teringat dia sudah beli Hudiya Imani untuk hari ini. Bawa balik rumah tak boleh. Rumah lain rasa semua dah di sewakan.


“Diya Duduk sini boleh,”


Hudiya Imani mengangguk kepala.


“Jom ikut Rafie,” Rifaat Rafie bersama Hudiya Imani ke kaunter hotel. “Kunci Diya. Rafie dah bayar untuk seminggu. Jom Rafie teman,”


“Diya boleh naik sendiri,”


“Rafie teman. Bahaya sorang-sorang. Rin aku hantar Diya atas sekejap,”


Zahrin mengangguk faham. Lalu Zahrin duduk di kerusi yang di sediakan di lobby hotel. Rafie bawa masuk bilik nampak. Ingat dah berubah.


“Esok Rafie datang lagi. Rafie call angkat. Jadi apa-apa call Rafie jangan diamkan diri,” Lagi sekali dia ingatkan pesanan.


“Ermmm, ”


“Pintu kunci, ”


“Ye. Terima kasih, ”


Tidak lama Zahrin menunggu Rifaat Rafie sudah berada di hadapannya “Cepat?”


“Aku hantar jela. Kau jangan fikir kotor, ”


“Kau tu selalu…” Zahrin tidak sempat habiskan katanya apabila terpandang muka Rifaat Rafie yang bengis. “Okay. aku diam, ”


“Aku tak pernah rosakan perempuan lagi, ”


“Kau mati pucuk ”


Aku tak kisah la apa pun. Yang penting minggu ni setiap hari aku boleh jumpa Diya. Tak sabar nak tunggu esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience