G 1 : CERAIKAN AKU

Humor Series 35125

Mendengar kereta Adnan di luar rumah dengan pantas Hudiya Imani ke muka pintu rumah untuk menyambut kepulangan suaminya

Adnan melambung kunci kereta dan tangan Hudiya Imani cekap menyambut kunci yang di lambung.

Adnan masuk ke rumah lalu duduk di kerusi di ruang tamu rumahnya. Di buka tali leher yang di pakai. Hudiya Imani dengan pantas ke dapur mengambil air minuman untuk Adnan.

Adnan mengambil air yang di hulurkan kepadanya dan meneguk hingga habis. Hudiya melutut untuk buka stoking Adnan. Suaminya pasti penat bekerja. Adnan di layan bagaikan raja oleh Hudiya Imani jika lelaki itu balik ke rumah mereka.

“Abang bila outstation lagi?”

“Isnin.” Sepatah sahaja balasan Adnan.

“Cepatnya.” Hudiya bangun dan duduk di kerusi sebelah Adnan.

Hudiya Imani tidak mahu syak was sangka terhadap Adnan. Dirinya yakin suaminya jika tidak balik ke rumah pasti terpaksa kerja di luar daerah.

Adnan hanya melihat Hudiya Imani di depan matanya. Kau cantik tapi sayang dah tak suci, aku tak ada selera nak bersama kau.

“Abang nak makan apa? Diya masakan untuk Abang”

“Tak payah masak. Aku nak kau tidur dengan kawan aku malam ni.” Jelas ayat yang Adnan luahkan dari mulutnya.

Hudiya Imani terkejut hingga berdiri apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adnan.

“Abang cakap apa ni?”

“Aku nak kau tidur dengan customer aku malam ni. Kau layan dia elok-elok untuk aku dapatkan project besar. Kau juga senang nanti.” Adnan juga berdiri menyentuh lembut pipi Hudiya Imani

“Diya tak nak!” Hudiya Imani tidak akan sesekali buat benda terkutuk semata-mata untuk kesenangan hidup. Hudiya Imani tahu hidupnya senang bersama Adnan tapi dirinya tidak pernah merasa bahagia sejak berkahwin dengan suaminya itu.

“Kau pakai ni malam nanti.” Adnan mencampakan beg plastic berisi baju di depan Hudiya Imani dan kembali duduk di kerusi empuk sambil menyandarkan badannya.

“Diya tak akan buat benda terkutuk ni!” Hudiya Imani menegaskan suaranya

“Kau sebelum kahwin dengan aku. Kau dah tidur dengan ramai lelaki, jangan nak buat suci depan aku!” Suara Adnan turut tinggi apabila Hudiya melawan apa yang dia arahkan.

“Berapa kali Diya cakap. Diya tak pernah buat semua tu! Abang sendiri tak pernah sentuh Saya. Abang boleh cakap saya macam tu” suara Hudiya semakin kuat.

“Aku tak akan sentuh perempuan jijik Macam kau!” Sinis Adnan bersuara. Adnan bangun dari duduknya. “Kau siap Pukul 8 aku hantar kau” dan masuk ke biliknya.


Hari ulang tahun perkahwinan Hudiya Imani di hadiahkan kedukaan. Malah tubuhnya di jual oleh suami sendiri untuk kepentingan suaminya.

“Ceraikan Aku!!!” Hudiya Imani menjerit. Berkali-kali sudah Hudiya Imani meminta cerai pada Adnan tapi Adnan tidak perdulikan permintaannya. Berkali juga Hudiya Imani menuntut fasakh tapi semuanya tidak berjaya. Pasti ada sahaja yang hakim tidak setujui.

Hudiya Imani masuk ke bilik Adnan. “Kalau Abang tak suka Diya. Ceraikan Diya! buat apa Abang simpan lagi.”

Adnan terbantut untuk membuka bajunya. Adnan tersenyum melihat Hudiya Imani. “Aku tak akan ceraikan kau. Sebab kau bawa kekayaan pada aku. Tapi mungkin satu hari nanti aku tunaikan permintaan kau. Kau tunggu saja." Diya kau cuba lah macam mana pun. Tak akan mudah aku lepaskan kau, dari badan kau berjuta aku boleh dapat.

“Saya tak berduit apa yang boleh buat Abang jadi kaya?”

Adnan dekati Hudiya Imani. Di rangkul pinggang dengan erat “Badan kau... like today isteri kesayangan Abang.” Adnan berbisik sinis pada telinga Hudiya Imani.

Hudiya Imani cuba melepaskan pegangan tangan Adnan di badannya. “Saya tak akan buat!”

Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi Hudiya Imani. Terasa perit di pipi Hudiya Imani hingga mengalirkan air mata. Pertama kali pipinya di tampar oleh Adnan. Sebelum ini Adnan tidak pernah sekali pun pernah sakitkan dirinya. Tapi kali ni dia di sakiti.

“Jangan sampai aku buat kau lagi sakit!”

Hudiya keluar dari bilik Adnan dan masuk ke biliknya. Mengunci diri agar Adnan tidak dapat memaksa dirinya buat perkara terkutuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience