G 18 : JUAL DIRI

Humor Series 35125

Sebaik sampai di lobby hotel Hudiya Imani di sapa oleh salah sorang pekerja hotel.


“Puan Hudiya Imani? ”


“Ye,”


“Ni kad Cik, ”

Hudiya Imani mengambil kad kunci untuk membuka pintu bilik hotel yang di hulurkan. Tangannya mula sejuk kerana takut. Hatinya sangat berdebar ketika itu, tidak pasti adalah tindakan dirinya betul atau tidak.


Hudiya melangkah masuk ke bilik yang sudah di tempah Rifaat Rafie. Dirinya terkaku melihat Rifaat Rafie yang hanya memakai tuala di pinggangnya.

Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani yang berdiri kaku. “Sini, ”


Hudiya Imani teragak-agak untuk melangkah. Rifaat Rafie datang ke Hudiya Imani dan Hudiya melangkah ke belakang kerana takut.


“Kau yang nak aku tolong kau? ”


Hudiya Imani sedikit terkejut apabila bahasa yang di gunakan Rifaat Rafie kepadanya jauh berbeza. Tidak pernah Rifaat Rafie membahasakan dirinya aku kau kecuali pertemuan kali pertamanya.


Rifaat Rafie menarik badan Hudiya Imani. Di berikan kucupan di bibir dan Hudiya Imani tidak membalas kucupannya. Rifaat Rafie tahu Hudiya Imani masih tidak pernah tidur dengan sesiapa lagi.


Hudiya Imani hanya berdiam diri apabila badannya di sentuh Rifaat Rafie. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Rifaat Rafie membuka pin tudung lalu di tarik menampakkan rambut Hudiya Imani. Leher Hudiya Imani pula menjadi mangsa untuk memuaskan nafsunya.


Rifaat Rafie membawa Hudiya Imani ke katil selepas baju Hudiya di buka. Sedikit pun Hudiya Imani tidak melawan seperti hari pertama. Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani memejam mata dan memalingkan mukanya ke arah kiri. Ada air mengalir di mata Hudiya Imani.


“Tak seronok main dengan kau? ” Rifaat Rafie turun dari badan Hudiya Imani dan memakai bajunya.


Hudiya Imani terus bangun melutut di hadapan Rifaat Rafie “Tuan tolong saya, ”


“Apa aku dapat kalau aku tolong kau, ” Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani yang melutut di kakinya


“Apa saja Tuan minta. Saya sanggup jadi orang gaji Tuan,”


Rifaat Rafie datang mendekati Hudiya Imani yang hampir separuh bogel. Di pegang dagu di bawa untuk melihat mukanya. “Aku nak badan kau,”


“lepas selesai Tuan nikah dengan saya. Saya bagi apa yang Tuan mahukan, ”


“Nikah!!. Kau nak jadi bini aku pula? ”


“Saya tak kisah jika Tuan tidak anggap saya sebagai Isteri. Tapi hanya Tuan sahaja yang pernah sentuh saya. Suami saya sendiri tidak pernah sentuh saya. Tuan boleh anggap Saya sebagai perempuan simpanan. Hamba Tuan, Saya tidak akan tuntut apa-apa dari tuan jika Tuan melepaskan saya, ”


“Perempuan macam kau! ” Rifaat Rafie mencengkam pipi Hudiya Imani sehingga boleh rasa sakit di rahang. “Memang licik! ”


Rifaat Rafie keluar dari bilik hotel setelah siap memakai baju. Hudiya Imani menangis tersedu sendiri apabila tiada siapa sanggup menolong dirinya. Terpaksa bertahan seorang diri di pergunakan oleh suaminya sendiri untuk mendapatkan kekayaan. Di hina, di herdik oleh mertua yang tidak pernah sukakanya.


Di dalam lift hotel Rifaat Rafie merasa tidak sedap hati meninggalkan Hudiya Imani bersendirian kerana jelas kesan lebam pada badan Hudiya yang di lihat tadi.

Mungkin Hudiya sudah tidak menahan sakit, perit di perlakukan oleh Adnan dan Rosma kerana itu dia sanggup lakukan apa sahaja untuk lepaskan diri. Hingga sanggup menjual diri sendiri.


Hudiya Imani bangun untuk memakai kembali bajunya. Rasa denyutan di kepalanya semakin kuat. Siapa aku. Semua orang jijik dengan aku walaupun aku tidak melakukan kerja terkutuk.

Rifaat Rafie berpatah balik ke bilik hotel. Hatinya kuat menyuruh berpatah balik. Rasa menyesal berkasar dengan Hudiya. kakinya laju melangkah...


“Diya! Diya!” Pipi di tampar untuk menyedarkan. semula.

..

“Ada darah beku di kepala. Tidak pasti dari luka lama atau baru sebab ada kesan parut di kepala Hudiya dan luka baru juga ada kerana kesan luka masih basah,” Doctor menerangkan keadaan Hudiya Imani pada Rifaat Rafie.


“Kena dera?”


“Kami tidak pasti tapi badan pesakit ada kesan lebam teruk terutama di belakang badan. Jika ingin kepastian tunggu hingga pesakit sedar,”


“Okay, ” Rifaat Rafie memandang ke arah katil Hudiya Imani yang masih tidak sedarkan diri.


“Ni form kebenaran untuk melakukan pembedahan, ”


“Bedah?? Tiada cara lain?”


“Ye. Jka tidak bedah sekarang akan datang masalah pada persakit pada masa akan datang. Malah lebih memudaratkan pesakit,”


“Apa?”


“Migrain yang teruk. Lumpuh atau boleh bawa maut pada pesakit, ” Jantung Rifaat Rafie terus berdegup kencang apabila maut di sebut teringat akan peristiwa isterinya meninggal dunia kerana dia lambat datang ke hospital untuk memberi kebenaran. Teringat kembali Hudiya Imani dengan tiba-tiba muntah dengan teruk dan tidak dapat gerakan kepalanya walaupun sedikit.


“Saya call Waris Pesakit dulu, ”


“Okay, ”


“Saya nak tanya boleh?”


“Ye boleh.” Langkah kaki doctor terhenti.


“Sebelum ni Hudiya pernah muntah muntah kemudian dia pening teruk. Doctor yang cek kata Hudiya kena virtago. Itu pun tanda Hudiya dah ada darah beku dekat kepala dia ke?”


“Kemungkinan. Ketika itu sudah ada. Sudah lama ke Hudiya kena?”


“Dah 2 minggu,”


“Harap Encik dapat call waris secepat mungkin. Tidak elok di biarkan lama, lagi menganggu kesihatan lain pada Hudiya akan datang,”


“Okay,”


Rifaat Rafie datang ke katil Hudiya Imani Itu. Dia cuba mengingati lebam yang di lihat semasa di bilik hotel lalu kepala Hudiya Imani juga di lihat.


Hudiya Imani tersedar dari tidur terkejut apabila melihat Rifaat Rafie betul-betul dekat dengan mukanya.


“Dah sedar. Aku call laki kau,”


Hudiya Imani melihat sekeliling. Dia berada di hospital. Pasti lelaki di depannya yang bawa dia ke sini.


“Tak pe. Saya boleh balik sendiri? ” Hudiya Imani mencabut salur air di tangannya Lalu turun untuk balik.


Rifaat Rafie menahan “Kau nak ke mana?”


Hudiya Imani menepis tangan Rifaat Rafie


“Tunggu laki kau datang, ”


Hudiya Imani melihat mata lelaki di depannya “Dia tak akan datang, ” lalu melepaskan pegangan tangan Rifaat Rafie itu dan pergi.


“Aku hantar kau, ” Rifaat Rafie mengejar.


“Tak perlu, ” Hudiya Imani ke kaunter nurse minta dirinya di discharge keluar.


“Cik tak boleh balik lagi, ”


“Okay!!” Hudiya Imani terus berlalu pergi tinggalkan kaunter. Dia akan keluar sendiri tanpa perlu kebenaran sesiapa.


“Hudiya Imani!!!” Rifaat Rafie menjerit memanggil dengan perasaan marah dan menarik Hudiya dengan paksaan. “Kau boleh mati tahu tak!”


“BIAR AKU MATI DARIPADA AKU HIDUP DEKAT DUNIA NI! ” Hudiya Imani membalas balik dengan nada suara yang kuat. Membuatkan Rifaat Rafie itu terkaku.


Hudiya Imani menyentap tangan dengan kuat dia terus pergi meninggalkan Rifaat Rafie berdiri terkaku sendiri.


Apa yang buatkan kau lebih rela mati daripada hidup. Bukankah ini takdir hidup yang kau pilih sendiri.

"Adila!!!" Rifaat Rafie mengejar Adila yang sedang marah. Di tahan Adila dari terus pergi. "Abang tak buat sayang. Semua ni fitnah,"

"Fitnah apa depan mata saya Abang berpelukan dengan Mira." di lihat mata Rifaat Rafie dengan pandangan mata yang sudah berair. "Sebelum ni, Hari-hari Dila dapat gambar Abang bersama Mira. Gambar Abang tidur dengan Mira pun Dila dapat. Dila sabarkan hati Dila ni. Pujuk hati Dila ni. Ni semua Flfitnah nak jatuhkan rumahtangga Dila. Tapi ALLAH nak buktikan depan mata Dila. Dila nampak sendiri semuanya, "

"Tak sayang.. Abang sanggup bersumpah. Abang tak buat semua tu? " Rifaat Rafie terkejut dengan pengakuan Adila. Tidak dia ketahui semua ini. Apa yang Adila terima yang dia tidak tahu kerana Adila sentiasa senyum, tidak menunjukkan hatinya sedang sakit.

"Dila tak nak sumpah Abang tu. DILA LEBIH RELA MATI, untuk bagi Abang kawin dengan Mira, daripada Dila biarkan adik Dila buat dosa lagi," Adila terus masuk ke dalam kereta. Pintu di kunci agar Rifaat Rafie tidak mampu untuk buka bagi memujuk atau halang dirinya pergi.

Rifaat Rafie mengejar kereta yang di pandu Adila tapi apakah daya kakinya pasti tidak akan dapat mengejar.

Air matanya menitis mengingati peristiwa lama yang meragut kebahagiannya. Dengan pantas kaki Rifaat Rafie melangkah untuk mengejar Hudiya Imani. tidak mahu kejadian yang meragut kedua berulang. Rifaat Rafie mencari Hudiya yang pantas menghilangkan diri. Rafie tolong Diya. Rafie minta maaf Diya.


Hudiya Imani berjalan dengan berkaki ayam sambil menangis seorang diri. Terasa ingin lari dari rumah tapi ke mana harus dirinya tuju. Tiada siapa sanggup menolongnya. Selepas berkahwin dia sangat berharap akan bahagia tapi hakikatnya dirinya di pergunakan. Dirinya di perjudikan untuk mendapatkan kekayaan. Dirinya terseksa terpaksa menerima cacian dari keluarga sebelah suaminya.


Hudiya Imani mengesat air mata di pipi. Dengan tekad kakinya melangkah ke jalan yang penuh dengan kenderaan yang bergerak laju. Jika dia tiada di dunia ini, tiada tekanan perasaan yang perlu di hadapi, tiada sakit di pukul.Tiada lagi cacian di dengari. Tiada lagi dirinya untuk di perjudikan. Tidak lagi perlu menanggung seksa di dunia ini.

Tett!!!!!.......

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-11-24 13:37:03 

Diya je yg Tahu berapa sakitnya perasan tu sbb dihajati Suami sendiri..Klu Iman Tk kuat mmg boleh bunuh diri


NovelPlus Premium

The best ads free experience