G 17 : MERTUA GILA

Humor Series 35125

“Sayang…” Pagi-pagi Rifaat Rafie sudah datang berjumpa dengan Hudiya Imani. “Sayang Abang dah boleh bangun,”


Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie yang masuk lalu duduk di atas katil di tepinya. “Ermm. Pening ada lagi. Tapi dah boleh bangun, ” Bila Rafie balik pun dia tidak sedar. Dia terlelap sendiri semasa berbual dengan Rafie. Apabila matanya terbuka Rafie sudah tiada disisinya.


“Diya baring rehat sahaja, ” di tolak sahaja tubuh Hudiya hingga terbaring semula. "Rafie suapkan macam semalam ye,"

"Tak perlu Tuan, " Hudiya cuba bangun tapi lagi sekali di tolak oleh Rafie. "Saya boleh makan sendiri, "

"Degil pula dia, awak orang suruhan Saya. Jadi dengar, " diberikan pandang tajam.

Hudiya terpaksa akur. Bukan sedikit Rafie bayar untuk selamatkannya. Jadi dia terpaksa menurut kehendak lelaki itu. Wang dan budi yang tidak mampu dia pulangkan.

Hudiya Imani perasan yang Rifaat Rafie sedang memandang dirinya tidak berkelip. “Tuan tak kerja ke?”


“Cuti sebab nak lepaskan rindu, ” Rifaat Rafie mengambil cuti kecemasan kerana risau jika Hudiya Imani masih tidak boleh bangun. Boleh mati kering anak orang terbaring sahaja di atas katil.

"Tuan rindukan siapa? "

"Tak tahu or buat tak tahu? "

Pantas Hudiya memalingkan wajahnya memandang ke luar. Soalan apa yang diberi. Pastilah Rafie rindu dengan arwah isterinya. Dan dia adalah tempat meluahkan rasa rindu itu walaupun orang yang berbeza.

Diya makan suapan Rafie tanpa berbicara lagi tidak seperti semalam. Rafie juga kelihatan berbeza hari ini. Jadi lebih baik dia diam daripada tersilap cakap dan membuatkan mood lelaki di hadapanya bertambah buruk.

Setiap inci wajah Hudiya ditatap dengan penuh kerinduan. Rafie tahu Hudiya bukanlah Adila tapi wajah Hudiya yang sama membuatkan dia tidak dapat melepaskan pandangan matanya. Masa yang ada bersama Hudiya juga sangatlah singkat. Kerinduan yang dapat dilepaskan sangat singkat.


Adnan membaling semua barang yang ada di atas meja setelah menerima satu lagi e-mail akan pembatalan project yang lain.

E-mail yang di terima menandakan Hudiya masih berada dalam keadaan tidak sihat. Tapi Adnan lebih memikirkan kerugian yang di terima daripada isteri sendiri.

Hendak mencari Hudiya dia tidak tahu di mana. Yang dia terima hanyalah gambar keadaan Hudiya dari Rafie. Jika Hudiya ada di depan matanya pasti akan di paksa dan heret sahaja untuk melayan Rafie.

..


“Ni nak?”


“Tak nak, ”


Rifaat Rafie sudah pening apa yang ditawarkan kepada Hudiya Imani semua jawapan tak nak. “Diya nak apa?”


“Tak nak apa-apa,” Hudiya Imani masih teruskan berjalan melihat sekali imbas setiap kedai yang dia lalu. Tiada satu pun menarik minatnya.


“Esok lusa Diya dah nak balik. Susah nak jumpa lagi, Diya beli la satu. Sebagai tanda kenangan dari Rafie, ”


“Aiscream”


“Aiscream masuk perut tak nampak, ” Aku offer semua tak nak. Benda paling murah dia minta. Tak tergoda apa dengan Emas, baju cantik-cantik, handbag ke.


“Okay, ” Hudiya Imani terus pusingkan badannya untuk berpatah balik dari pergi ke booth baskin robbins yang sudah berada di hadapannya.


“Aiscream pun aiscream la. Jom, ” Rifaat Rafie menahan Hudiya Imani dari pergi. Tahu merajuk juga rupanya.


Tersenyum Hudiya Imani apabila Rifaat Rafie mengalah dengannya.


“Makan duduk sini. Lenguh kaki ni jalan tapi tak beli apa-apa, ” Rifaat Rafie menjeling Hudiya Imani yang sedang memilih perisa aiscream.


“Ni tengah beli, ”


Rifaat Rafie sudah nampak sedikit demi sedikit perangai Hudiya Imani. Setiap katanya pasti akan di balas. Di balas dengan loya buruk. Kadang kala balasan yang di terima agak menyakitkan hati atau di luar jangkaan fikirannya.


Puan Rosma sedang membelek handbag di dalam kedai di cuit oleh kawan yang datang bersamanya.


“Tu bukan menantu you ke. Dia dengan siapa tu?”


“Mana?” Puan Rosma mencari.


“Tu duduk dekat kedai aiscream tu, ”


Puan Rosma kecikan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.


“Dia keluar dengan lelaki. Anak you tak marah ke? ke anak you tak tahu? ”


Hudiya Imani bersama dengan lelaki yang dia jumpa di hotel tempoh hari. “Bukan. Muka serupa. I siap tampar muka perempuan tu ingat dia curang dengan Adnan. Sekali tunjuk IC orang lain, ”


“Serious la you. Kenapa you tak tanya dia dulu. main tampar je. Husband dia tak marah ke? ”


“You rasa tak berapi ke tengok menantu sendiri curang depan mata. Rupanya pelanduk dua serupa. Mengamuk sakan husband dia. Nasib baik I tak kena tampar balik, ”


“Next time jangan main serang. Yapi serupa betul macam tak ada beza langsung, ”


Puan Rosma masih curiga dengan perempuan yang menyerupai Hudiya Imani. Kerana dia nampak Hudiya Imani bersama lelaki itu di rumah Adnan. Kemudian di hotel perempuan itu memanggil dirinya Mammy. Tapi cara percakapan sangat berbeza. Hudiya Imani tidak akan cakap kurang ajar dengannya. Apa di sindir herdik tidak pernah di balas.

..

Puan Rosma datang ke rumah di mana Hudiya Imani dan Adnan tinggal bersama selepas Tasya mengadu padanya Adnan sudah lama tidak balik ke rumahnya. Jika balik pun hanya sehari sahaja untuk melepaskan nafsu jantannya.


Hudiya Imani melihat sahaja Puan Rosma yang masuk ke dalam rumah tanpa meminta izin. Begitulah selalunya jika Puan Rosma datang ke rumahnya. Kemudian dirinya akan di caci dan dipukul tanpa belas kasihan.


Hudiya Imani diamkan sahaja kepalanya di tampar oleh Puan Rosma. Matanya tetap di telefon yang ada dalam gengaman tangan.


“Kak boleh balik,” Hudiya Imani memandang Kak Wan yang lalu di hadapannya. Keburukan keluarganya perlu di sembunyikan walaupun Kak Wan sudah mengetahui.


“Terima kasih Puan, ” Kak Wan tahu jika Puan Rosma ke rumah ini Hudiya Imani pasti akan di caci, di pukul tanpa belas kasihan. Dan Hudiya Imani menerima segalanya tidak sedikit pun melawan.


“Sedap kau goyang kaki, ”


“Aha. Mammy goyang lah sekali,” bersahaja Hudiya membalas.


Tamparan hinggap di pipi Hudiya Imani pula “Kau kurang ajar dengan aku, ”


Hudiya Imani bangun ingin masuk ke biliknya. Malas ingin melayan Puan Rosma yang suka lepaskan kemarahan padanya. Terasa Ingin balas balik apa yang Puan Rosma lakukan tapi mengenangkan Puan Rosma sudah tua. Mahu dia tolak sekali jatuh tergolek kata dia memukul mak mertua.


“Kau sini! aku tak habis cakap dengan kau lagi! ” rambut Hudiya Imani di tarik dari belakang dengan kuat sekali. Di hentakan kepala Hudiya Imani di meja kopi di ruang tamu.


Adnan yang baru balik ke rumah tengah hari itu terkejut melihat kepala Hudiya Imani dihentak pada meja dengan cepat Adnan cuba menghalang Puan Rosma melakukan lebih teruk. Sekali Hudiya cedera dan Rifaat Rafie tahu, dia yang akan terima akibatnya. Cukup sekali Rafie membuktikan apa yang telah dia katakan.


“Mommy!!”


Hudiya Imani merasakan seperti ada darah mengalir di belakang kepalanya. Hudiya Imani tetap tidak melawan. Dia bangun seperti biasa untuk masuk ke bilik. Telefon berbunyi di atas meja membuatkan dia berpatah balik untuk menjawab panggil itu. Tetapi Puan Rosma merampas dan jawab panggilan itu.


“Dekat mana, ” Suara lelaki boleh di dengari. Adnan memandang Hudiya Imani yang seperti tiada perasaan ketika itu.


“Rumah, ” Puan Rosma jawab.


“Okay saya datang sekarang, ” panggilan terus di matikan.


Puan Rosma mencampak telefon di tangannya ke badan Hudiya Imani lalu jatuh ke lantai. Hudiya Imani mengutip telefonya kembali.


“Perempuan sial!!” Puan Rosma menolak Hudiya Imani membuatkan badan Hudiya Imani terhentak di kerusi.


“Laki kau penat pergi kerja kau main jantan lain, ”


“Sama juga anak Mammy. Main perempuan lain dari sebelum kawin lagi, ” Hudiya Imani tidak dapat menahan kesabaran lagi. Badan Puan Rosma di tolak sahaja hingga jatuh terduduk.


Puan Rosma ingin menyerang sekali lagi tapi Adnan sempat menghalang. “Mammy pergi!! Adnan tak suruh pun Mammy datang sini!”


“Kau bodoh ke?!Bini kau main kayu tiga boleh buat tak tahu. Depan mata kau sendiri kau nampak kau buat bodoh. Laki apa kau ni ha?” bentak Puan Rosma pada anaknya.


“Biar! Adnan tahu jaga Diya. Mammy jangan masuk campur. Mammy balik” Adnan menolak Puan Rosma keluar dari rumahnya.


Puan Rosma menahan badannya dari keluar dari rumah Adnan. “Mammy tak akan pergi selagi kau tak balik rumah Tasya. Ingat Tasya tu mengandung Dia lebih perlukan Adnan daripada perempuan tak guna ni, ”


“Okay suka hati Mammy nak cakap apa tapi Mammy jangan sesekali sentuh Diya, ”


“Kau memang dah kena bomoh perempuan tu!” Puan Rosma menjerit kerana Adnan tidak perdulikan satu pun yang diucapkan.


Adnan naik ke bilik Hudiya Imani. Ditinggalkan Puan Rosma seorang diri di ruang tamu rumahnya. Puan Rosma tidak mahu balik dia tidak boleh halang tapi tidak sesekali akan dia biarkan Puan Rosma menyentuh Hudiya.

Di ihat Hudiya Imani sedang menangis di atas katil. Mungkin menahan sakit di perlakukan kasar oleh Puan Rosma.


Adnan mengambil handphone Hudiya Imani. Dia melihat nombor yang hubungi Hudiya Imani sebentar tadi. Walaupun kuat hatinya berkata Hudiya Imani tidak akan curang padanya tapi perasaan cemburu lelaki mula timbul.


Adnan cuba hubungi semula nombor tersebut, “Akak nak keluar ke? Tunggu Saya 5 minit lagi sampai, ”


“Ni siapa?”


Hudiya Imani memalingkan badannya apabila terdengar suara Adnan.


“Pos laju”


“Okay, ” Adnan mematikan panggilan dan melihat Hudiya Imani.


“Abang pun fikir Diya masih pelacur macam mammy. Ingin Abang sendiri yang lacurkan Diya,”


“Tak Diya” Adnan duduk di sebelah Hudiya Imani yang masih terbaring. “Maafkan Abang Diya.” di tarik Hudiya Imani untuk bangun duduk dan di peluk Hudiya Imani. “Maafkan Abang Diya”


Hudiya Imani melihat Adnan dengan pandangan yang tidak boleh di baca. Semakin kerap rayuan maaf dari Adnan. Tapi tidak sesekali dia akan terpedaya. Kerana dulu Adnan pujuk rayu padanya tetap di jual selepas dia memaafkan.

Badan adnan di tolak tidak mahu dirinya di peluk, “Abang pergi Diya tak perlukan maafkan Abang,”


Lonceng rumah berbunyi Hudiya Imani terus bangun dari katil dan mencapai tudung sarung sebelum turun bawah.


“Biar Abang pergi ambik,”


“Tak payah.”


Puan Rosma sudah menunggu di pintu rumah untuk melihat siapa yang datang untuk berjumpa dengan Hudiya Imani. Kekasih menantunya.
Adnan membuntuti Hudiya Imani, risau jika Puan Rosma akan bertindak ganas lagi sekali.


“Sorry kak kena tunggu,” Posmen menghulurkan bungkusan kepada Hudiya Imani.


“Tak pe, ” Hudiya Imani berikan senyuman. “Terima kasih, ”


Adnan melihat Puan Rosma sudah tiada di pintu hatinya merasa lega “Sayang beli Apa?”


“Keropok, ”


“Keropok pun beli online? ”


“Ada ke hak saya untuk keluar dari rumah ni, "


“Next time cakap dengan Abang nanti Abang belikan”


“Pernah ke beli? " setiap kata Adnan dibalas sinis. Tiada guna berbaik dengan orang seperti Adnan.


Kaki Hudiya Imani melangkah menaiki tangga dan dengan tiba-tiba badannya terjatuh ke belakang. Adnan tidak sempat menahan kerana badan Hudiya di tolak Puan Rosma yang menyorok dibalik dinding.


Kepala Hudiya terhantuk di dinding dan badannya terserit di tangga jatuh ke bawah dan kepalanya kali ini terhantuk di lantai dengan kuat. Hudiya Imani boleh rasa sakit di badannya Hingga tidak mampu bangun semula.


“Diya!!” Adnan dengan pantas dapatkan Hudiya Imani yang sudah terbaring menahan sakit.


Puan Rosma turun ke bawah dan tersenyum sinis. “Kau nak perbodohkan aku. Suruh posmen datang tukar boyfriend kau,” kaki Hudiya Imani pula dipijak.


Adnan menolak Puan Rosma “Apa ni Mammy?”


“Abang pergi!!” Hudiya Imani sudah tidak tertahan lagi dengan apa Puan Rosma lakukan padanya. Setakat Adnan dia masih lagi mampu bertahan.


Puan Rosma merasa puas dapat menyakitkan Hudiya Imani.


“Abang bawa Diya naik atas”


“Tak payah!“ Hudiya Imani cuba untuk bangun kembali. “Baik Abang pergi sebelum Diya bunuh diri,”


Adnan keluar menarik Puan Rosma. Ikut kehendak Hudiya Imani. Adnan sendiri tahu sejak akhir ini bila Hudiya Imani sudah tekad pasti akan di lakukan betul. Hampir sahaja Hudiya Imani mengerat lehernya sendiri semata-mata menyuruh dia keluar dari rumah ini.


Hudiya Imani naik kebiliknya dengan terhuyung hayang. Di capai handphone di atas kabinet kecil di sebelah katil.


“Tolong saya,”


Rifaat Rafie terus berdiri apabila dengar suara Hudiya Imani meminta tolong.


“Tuan nak badan saya. Saya bagi. Tapi tolong lepaskan saya dari Adnan, ” Hudiya Imani hanya mengharapkan pertolongan Rifaat Rafie sahaja.


Rifaat Rafie terduduk semula selepas mendengar permintaan dan tawaran Hudiya Imani. Kau sama macam perempuan lain. Sanggup jual badan kau sendiri sebab terdesak. Kenapa kau tak boleh bersabar. Aku rasa sia-sia apa aku buat semua ni.


Rifaat Rafie sudah pun mencari jalan agar Adnan dapat melepaskan Hudiya Imani. Sudah jumpa pegam untuk menolong Hudiya Imani tapi...


“Jumpa Rafie dekat Royal hotel pukul 9” Rifaat Rafie mematikan panggilan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience