G 19 : GILA

Romantic Comedy Series 35318

“Kau gila apa?!” Rifaat Rafie sempat menahan Hudiya Imani dari membunuh diri.


“Ye!!! Aku GILA! lepaskan aku! ” Hudiya Imani menjerit dan meronta minta di lepaskan.


“Ikut aku!!” Hudiya Imani di tarik secara paksa dan di humban ke dalam kereta. Di kunci agar tidak dapat melarikan diri.


“lepaskan aku! Kau nak apa dari aku?” Hudiya Imani menjerit setelah Rifaat Rafie masuk di bahagian pemandu.


“Aku hantar kau balik, ”


Rumah!! Rumah itu bagaikan penjara bagi dirinya. Jika Puan Rosma datang akan menjadi neraka pula baginya. Hudiya Imani menangis mengenangkan nasib dirinya. Esok dan selamanya nasib dirinya akan sama seperti sebelum ni.


Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani membuatkan dia merasa kecian. Merasa bersalah buat Hudiya Imani jadi begini. Dia sendiri yang ingin berikan bantuan pada Hudiya Imani jika perempuan ini memerlukan. Kenapa aku tak tanya dia? kenapa sanggup jual diri semata ingin minta Adnan melepaskan dirinya? Kenapa aku tak boleh turunkan ego aku?


“Aku tolong kau!”


Hudiya Imani berhenti menangis dengan apabila Rifaat Rafie sanggup menolong.


“Tapi kau jadi milik aku. Apa aku suruh kau kena buat sampai bila-bila. kau kena ikut perintah aku. kecuali aku sendiri yang suruh kau pergi, ”


Hudiya Imani mengangguk kepala. Air matanya di kesat. Yang penting dia keluar dari rumah yang dia duduk sekarang. Dapat bercerai dengan suaminya. Walaupun dia sendiri tidak tahu adakah lelaki di depannya baik atau tidak.


“IC kau bagi aku, ”


Hudiya Imani mencari handbag yang di bawa ke hotel tiada bersama. “Tuan bag saya tak ada, ”


“Kau ni menyusahkan orang betul, ” Rifaat Rafie teringat dia hanya angkat Hudiya Imani sahaja semasa keluar bilik hotel.


“Maaf Tuan, ” Hudiya Imani menundukkan kepala.


Rifaat Rafie ke hotel semula untuk mengambil barang barang kepunyaan Hudiya Imani. “Kau tunggu sini, ”


“Saya ikut” dengan pantas Hudiya Imani keluar dari kereta dengan hanya berkaki ayam.


Rifaat Rafie menarik tangan Hudiya Imani. “Tunggu, ” Rifaat Rafie mengambil selipar di bonet kereta. “Pakai ni, ” Rifaat Rafie mencampakan selipar ke bawah.


Hudiya Imani menyarung selipar yang besar, membuatkan dirinya berjalan seperti itik. Rifaat Rafie tidak dapat menahan senyum di bibirnya. Diya Diya tengah sedih pun boleh buat orang terhibur lagi.


Sampai di bilik hotel Hudiya Imani mengambil tudung yang tidak sempat dia pakai sebelum pengsan. Di pakai di kepalanya. Rifaat Rafie buka purse Hudiya Imani dan mengambil kad pengenalan untuk jaminan Hudiya Imani tidak akan lari selepas dia menolongnya.


“Dosa kau tidur dengan aku lebih besar dari kau tak pakai tudung, ”


“Tu dosa saya dengan ALLAH. Kalau Saya tak pakai tudung saya berdosa, yang tengok pun berdosa, ”


ALLAH. Rifaat Rafie tersenyum sinis melihat Hudiya Imani yang masih tengah membetulkan tudungnya.


“Mula-mula kau datang boleh kau seksi. Tak sampai sebulan dah bertaubat? ”


“Saya kena paksa,”


“Laki kau? ”


Hudiya Imani mengangguk kepala.


“Dah siap. Ambil barang kau jangan nak ada yang tertinggal lagi, ”


Dengan pantas Hudiya Imani mengambil beg tangan yang berada di atas katil. Selipar Rifaat Rafie di pegang dan di perhatikan lagi sekali setiap ruang bilik hotel jika ada yang tertinggal baru Hudiya Imani keluar dari bilik itu.

..


Hudiya Imani memerhati perkarangan rumah yang lebih luas daripada rumahnya. Dia merasakan rumahnya sudah cukup besar tetapi sekarang ada yang lebih besar. Tidak tahu berapa kali ganda besarnya. Dengan halaman rumah yang sangat luas.


“Masuk. Mula hari ni kau duduk sini, ”


Kakinya melangkah masuk ke rumah tersergah indah. Kedatangan nya di sambut oleh lelaki tua yang berkerusi roda. Dan seorang perempuan dalam lingkungan 40 an.


“Daddy tak tidur lagi? ” Rifaat Rafie datang ke Datuk Yacop lalu memberi ciuman di pipi.


“Ca leep” Datuk Yacop bercakap dengan agak susah dan tidak jelas.


“Rafie get new assistant for Daddy, ”


Dengan cepat Hudiya Imani datang dekati lelaki tua itu. Datuk Yacop melihat Hudiya Imani yang berada di depannya. Hampir gugur jantungnya apabila melihat dengan jelas wajah Hudiya. Seiris seperti Adila.


“Bik boleh pergi. Daddy dah ada penjaga, ”


“Baik Tuan” Bibik Salma melangkah pergi meninggalkan Datuk Yacop bersama Rifaat Rafie


“Me…”


“Diya, ” Hudiya Imani hanya meneka apa yang di katakan orang tua di depannya.


Datuk Yacop menduga wanita di hadapannya yang telah buat anaknya ingin jatuh cinta semula. Yang telah buat anaknya angau setiap hari. Kerana namanya sama seperti di sebut oleh Rifaat Rafie ketika sedang berangan dan wajahnya juga seiras arwah menantunya.


“Jom Daddy tidur. Tak elok tidur lewat, ” Rifaat Rafie menolak Datuk Yacop masuk ke dalam bilik.


Hudiya Imani ikut Rifaat Rafie dan Datuk Yacop tanpa bersuara walaupun dirinya tidak di arahkan untuk ikut.


“Sini bilik Daddy. Kau tidur bawah sana senang kalau daddy nak apa-apa, ” Rifaat Rafie menunjukkan tilam bujang di lantai, tepi katil yang besar.


Hudiya Imani mengangguk faham.


Rifaat Rafie mengangkat Datuk Yacop ke katil tapi terbantut apabila Hudiya Imani ingin melakukannya.


“Biar saya yang buat, ”

Hudiya Imani cuba mengumpul tenaga agar dapat mengangkat Datuk Yacop.


“Bismillah…” Hudiya Imani angkat dengan agak payah. Tapi dia perlu juga lakukan kerana ni kerjanya bermula hari ni esok mungkin selamanya.


“Maaf Tuan jika badan Tuan terasa sakit atau tidak selesa semasa saya angkat tuan, ” Hudiya Imani angkat kaki Datuk Yacop ke atas katil.


“Mmm”


Rifaat Rafie menyelimutkan Datuk Yacop. “Daddy tidur. Good night daddy”


Ketika melangkah keluar Hudiya Imani memanggil namanya. Datuk Yacop hanya mendengar apa yang dibualkan oleh Hudiya Imani dan Rifaat Rafie.


“Tuan Rafie,”


“Apa? ”


“Bolah tak esok Tuan belikan saya pakaian,” Hudiya Imani bercakap dengan menundukkan kepalanya.


“Ermm, " di balas acu tak acu sama seperti Hudiya balas padanya sebelum ini. Mahu meminta maaf pada Diya tapi ego nya menentang.


“Terima kasih Tuan, ”


Rifaat Rafie keluar menuju ke bilik tidur untuk membersihkan diri. “Kau jangan ingat senang-senang aku tolong kau. Walaupun sikit kesilapan kau, aku akan hancurkan hidup kau sampai bila-bila walaupun aku sayangkan kau, "

..


Hudiya Imani melihat katil agak tinggi jika dia duduk di lantai, terpandang kerusi di dinding dan di ambil. Kemudian letakkan di tepi katil. Hudiya Imani duduk mengadap Datuk Yacop dan meletakkan kepala beralaskan tangan kiri disebelah bantal dan tangan kanan menepuk badan Datuk Yacop sambil berselawat dengan nada suara perlahan. Kedudukannya sangat tidak selesa tapi ini yang terbaik bagi dirinya.


Datuk Yacop menjeling melihat Hudiya Imani. Tiada satu pun penjaga yang pernah buat begitu pada dirinya.


“Tuan kalau Tuan tak selesa bagitahu saya. Saya berhenti,”


“Eee, ”


Hudiya Imani sambung kembali selawat sehingga dirinya juga terlelap.

..

Sesudah mandi Rifaat Rafie buka laptop untuk melihat apa Hudiya Imani sedang lakukan. Jika sekali dia buat perkara buruk pada Daddy. Rifaat Rafie tidak teragak untuk buat Hudiya Imani lagi terseksa.


Rifaat Rafie agak terkejut melihat Hudiya Imani setia duduk di sebelah Datuk Yacop. Tidak seperti penjaga atau perempuan yang hanya mahukan duitnya. Jika Datuk Yacop baring akan di tinggalkan tanpa mengira sudah tidur atau tidak. Malah ada yang lagi teruk daripada itu juga ada.


“Baru hari pertama. Mesti baik lagi, ” Rifaat Rafie menduga tapi hatinya mahu Hudiya Imani baik seperti yang difikirkan dalam fikirannya.


Rifaat Rafie berjalan ke bilik yang meletakkan pakaiannya. Di buka almari baju yang menyimpan baju arwah isterinya. Di ambil beberapa helai baju dan seluar.


“Sayang..tiada siapa boleh buat I lupakan you,” Rifaat Rafie cium baju arwah isteri yang sentiasa di rindui.


“Maaf sayang. I ambik baju you untuk bagi Diya pakai, Diya telah buka kembali hati Abang. Harap sayang boleh terima Diya,” Rafie menutup kembali almari baju dan mengesat air mata sebelum turun bertemu Hudiya Imani di bilik Datuk Yacop.


Hudiya Imani tersedar apabila pintu bilik di tolak dan dengan automatik Hudiya Imani menyuruh Rafie diam.


“Shhhs!!” Hudiya Imani kembali meletakkan kepalanya.


“Kau pakai ni dulu,” Rifaat Rafie bercakap dengan nada suara yang perlahan tidak mahu tidur Datuk Yacop terganggu. Di letakkan pakaian di atas kabinet.


Hudiya Imani terkejut dengan serta merta bangun dan melihat Rifaat Rafie untuk meminta maaf kerana kurang ajar. “Maaf Tuan, ”


“Ermm... Kau pakai dulu baju tu” mahu tergelak tengok Diya mamai tapi di tahan.


“Terima Kasih Tuan. Tuan tudung ada tak?”


“Tak ada. Esok aku beli,”


“Pakaian dalam sekali boleh tak? ” Hudiya Imani terasa malu untuk meminta tapi dirinya terpaksa.


“Okay. Size, ”


“34 atas bawah M, ”


“Okay, ”


Rifaat Rafie keluar bilik Datuk Yacop dan tersenyum apabila memandang muka Hudiya Imani merah kerana malu meminta belikan pakaian dalam untuknya. Tangan aku dah ukur, tengok dengan mata sendiri, kau nak malu lagi dengan aku.


Apabila masuk semula ke biliknya, Rifaat Rafie kembali melihat laptop. Dia ingin melihat apa yang Hudiya Imani lakukan.


Tuala dekat mana. Hudiya Imani mengaru kepala. Nak buka laci orang tak patut pula. Tak payah tuala la. Hudiya Imani terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri.


Di lihat bengkak di kepala semakin surut. Lebam di belakang badannya sudah mula menghitam. Esok senang la ni.


Tidak lama kemudian Hudiya Imani keluar dari bilik mandi sudah lengkap berpakaian. Mata Hudiya Imani melihat sekeliling bilik. Tak ada telekung. Sejadah je ada.


Hudiya Imani angkat botol kosong untuk di isi air. Rifaat Rafie hanya perhatikan sahaja gerak geri Hudiya Imani di dalam rumahnya. Di tongkat dagunya dengan tangan. Seperti melihat Adila kembali semula.


Okay sini dapur. Air... sambil menekan mesin untuk mengisi air di dalam botol. Mata Hudiya Imani melilau melihat jika bibik masih tidak tidur. Bilik bibik mana satu. Situ kot ada. Hudiya Imani nampak cahaya lampu di celah pintu.


Hudiya Imani mengetuk pintu bilik dan seorang wanita membuka pintu bilik. “Ye Cik, ”


“Saya nak pinjam telekung,”


“Boleh… tunggu ye Cik, ”


Bibik mengambil telekung untuk di berikan pada Hudiya Imani. “Cik Ambik sahaja. Saya ada telekung lain, ”


“Terima Kasih.bSaya nak panggil apa dekat Akak? ” Hudiya Imani mengambil telekung yang di hulurkan.


“Panggil sahaja Bik Salma, ”


“Bik panggil saya Diya. Saya pun kerja macam Bik Salma, ”


“Ye boleh, ”


“Maaf ganggu Bik Salma. Saya pergi dulu, ”


“Ye. Tak apa, ” Bibik Salma melihat Hudiya Imani pergi. Berapa lama agaknya yang ini tahan.


“Bik!!”


Terbantut Bibik Salma ingin menutup pintu biliknya apabila di panggil lagi sekali.


“kiblat arah Mana?”


“Oh!! Sini Diya, ” Bibik Salma menunjukkan arah kiblat.


“Terima Kasih Bik”,


“Ye sama-sama, ”


Kau dah kena jual dengan laki kau sendiri. Kau boleh nak sembayang lagi. Kalau ALLAH sayang kau. Kau tak akan ada dekat sini. Kau tak akan merayu pada aku untuk tolong kau.


Setelah habis sembayang Isyak. Hudiya Imani mula melaburkan badannya di atas tilam yang di letakkan rapat di dinding. Rifaat Rafie juga melaburkan badannya di atas tilam empuk Setelah melihat Hudiya Imani tidur.


Hudiya Imani pasti Adnan tidak akan cari dirinya seminggu ini kerana Adnan pasti akan balik ke rumah Tasya. Ya Allah jadikan tempat ini, tempat perlindungan aku buat sementara waktu ni.

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-11-24 21:40:59 

kesiannya nasib Diya tu semoga bahagia menjelma kelak..


NovelPlus Premium

The best ads free experience