Hudiya Imani balik di sambut oleh pandangan mata Adnan seperti mahu marahkan dirinya.
“Kenapa malam baru balik?”
“Sebelum ni kau tak balik ada aku kisah,” bersahaja Hudiya Imani membalas kata-kata Adnan.. “Ni roti untuk kau, aku main beli je. Kalau balik ada makanan. Tak balik peti punya makanan,” Hudiya Imani menyindir sambil menghulurkan bungkusan roti telur pada Adnan. bahasa yang di gunakan Hudiya terhadap Adnan juga kasar tidak seperti sebelum ini.
“Diya pergi mana?”
“Tadikan dah mesej,” Walaupun benci pada Adnan, ke mana dia pergi akan diberitahu pada suaminya itu.
“Tak kan. Pergi shopping sampai ke malam,” Suara Adnan semakin kuat. Dia mahu melenting kerana tahu Hudiya menipunya. Jika Hudiya berkata jujur dia tak akan marah. Sudah dia turunkan egonya demi Hudiya.
“Jatuh susah jalan. Kedai pula ramai orang. Tak kan nak aku mati kebulur dekat rumah ni. Pergi shopping sahaja tak perlu makan macam tu,”
Adnan terdiam. Lokasi Hudiya yang terakhir adalah kedai makan. Kenapa dia tidak boleh berfikir positif. Melenting dahulu sebelum bertanya. Kak Wan juga semalam sudah bagitahu yang dia bercuti hari ini. Jadi tiada sesiapa masakan untuk Hudiya Imani.
“Diya kan boleh masak. Kenapa tak masak?”
Hudiya Imani melaburkan punggung di kerusi empuk.. “Malas… kata malas Diya baru perasan la... period tak datang.. nanti kau belikan pregnancy test. Agaknya mengandung kot... baca dekat online.. malas ni tanda-tanda pregnant juga,”
Muka Adnan jelas terkejut dengan kata-kata Hudiya Imani. Lagi-lagi isterinya berperangai lain bukan seperti Hudiya Imani yang dia kenal “Anak siapa?”
“Kawan kau hari tu. Kalau betul, memang power dia. Sekali main terus pregnant,” Hudiya Imani bangun dari duduk dengan keadaan susah sambil memegang belakang badannya.
“Abang nak Diya gugurkan,” Adnan mengikut langkah Hudiya Imani yang ingin masuk ke biliknya.
“Tak nak. Sekurangnya ada kawan aku dekat rumah ni. Kau jangan risau. Aku tak bagitahu sesiapa kewujudan anak ni. Tapi confirm la orang tak percaya kan?” Hudiya Imani senyum sinis menjeling Adnan.
Adnan serabut kepala dengan Hudiya Imani. Kemudian telefon dalam gengaman Adnan berbunyi, Adnan mematikan panggilan masuk dan lagi sekali berbunyi, Adnan tahu panggilan itu daripada Tasya. Isteri keduanya.
Hudiya Imani melihat sahaja Adnan yang mengikut belakangnya berpatah balik turun ke bawah rumah.
.
“Abang jangan Tasya bagitahu kewujudan Tasya dekat bini pertama Abang?” Amaran diberi
“Ye Abang balik sekarang,” Adnan terpaksa dengar arahan Tasya walaupun dia tidak rela berpisah dengan Hudiya. Dia tidak mahu Hudiya tahu kewujudan Tasya dan membuatkan Hudiya lagi membencinya.
Hudiya Imani melihat kereta Adnan meninggalkan perkarangan rumah. Hudiya terasa betul-betul di pergunakan oleh Adnan. Hudiya mahu lakukan perkara sama apa yang Adnan lakukan kepadanya tapi dia merasa berdosa besar apabila ingin menduakan suaminya.
..
Hudiya Imani cuba untuk memaafkan Adnan selepas berkali-kali lelaki itu memujuk rayu padanya. Dan layanan Adnan padanya juga sudah berlainan. Jika tidak sebelum ini setiap hari dirinya di caci oleh lelaki Itu.
Untuk kahwin dua Hudiya Imani terima sahaja dengan redha kerana Adnan mampu dan sentiasa menurut giliran dengan betul.
Mendengar kereta Adnan masuk perkarangan rumah. Hudiya Imani dengan pantas keluar untuk menyambut kepulangan lelaki itu.
“Sayang sihat?” Adnan senyum melihat Hudiya Imani menyambut kepulangannya. Seminggu tidak bertemu, dia sangat merindui isterinya itu.
“Alhamdulillah sihat,”
Pipi Hudiya Imani di cium oleh Adnan. “Abang rindu dekat Diya” Adnan meluahkan dengan ikhlas tapi masih sukar untuk Hudiya percaya setiap bait kata lelaki itu walaupun sudah memaafkan.
Hudiya Imani senyum terpaksa.
“Abang nak makan daging kari sayang boleh,”
“Okay Diya masakan. Abang pergi la mandi dulu,”
Adnan terus masuk ke biliknya. Ketika itu Adnan dapat panggilan daripada seseorang. Hudiya Imani cuba mencuri dengar tetapi tidak dapat kerana Adnan bercakap dengan perlahan dan pintu biliknya di tutup. Hudiya Imani menduga pasti Tasya yang membuat panggilan. Ye.. setiap kali Adnan di sini pasti Tasya akan call Adnan. Memujuk rayu agar Adnan balik ke sana.
Hudiya Imani kembali ke dapur untuk masak lauk yang di minta oleh Adnan. Hatinya dengan tiba-tiba merasa tidak sedap. Seperti sesuatu yang buruk akan berlaku.
“Berapa kau boleh bagi?”
“10k”
“Sikit. Dapat apa 10k.. duit baju pun tak lepas,”
“Kau nak berapa?”
“100k. Sampai puas aku bagi. Tapi jangan bagi pancut dalam,”
“Okay aku setuju,"
Adnan mematikan panggilannya kemudian melihat gambar perkahwinan yang ada di dalam biliknya. “Diya esok Abang bagi Diya puas lagi,” senyuman palsu diberikan.
Rifaat Rafie termenung memandang television yang tidak tahu isi apa yang dicakapkan oleh pemberita. Fikirannya melayang jauh. Melayang mengingati Hudiya Imani. Panggilannya langsung tidak di jawab. Rindunya pada wanita itu semakin menebal. Semakin hari semakin dalam perasaan rindu itu.
“Fie,”
“Ye Daddy,”
“Pe?”
“Diya tak angkat call Rafie,” Rifaat Rafie jawab soalan Datuk Yacop tanpa berdalih. Dia tidak sedar telah menyebut nama Diya di hadapan Datuk Yacop.
“Go see...” Datuk Yacop bercakap dengan susah sekali.
“Mesti tak nak dia jumpa Rafie. Kalau call pun tak angkat,” nada suara Rifaat Rafie sangat sedih bila di dengari.
“Fie.. bu at pe?” Keciannya anak Daddy.
“Tak buat apa pun. Fie jumpa dia hari tu cakap kalau ada problem masalah boleh je call Rafie. Tapi sekarang satu panggilan Fie langsung Diya tak jawab,” lagi sekali Rifaat Rafie menyebut nama Hudiya Imani di hadapan Datuk Yacop.
Datuk Yacop ingin sangat bertemu dengan perempuan yang buat anaknya termenung dan tidak keluar malam sudah lebih sebulan. Jika tidak hampir setiap hari pasti akan balik lewat malam. Jika anaknya betul suka akan gadis itu pasti akan dipinangkan terus untuk anaknya.
“Esok Fie balik lambat. Zahrin ajak teman, dia nak pergi blind date,” Rifaat Rafie bangun dalam keadaan tidak bersemangat. “Fie masuk bilik dulu. Bik, Daddy nak tidur panggil Rafie,”
“Baik Tuan,”
..
Adnan makan dengan berselera sekali. Rasa sudah lama tidak makan masakan air tangan Hudiya Imani. Di lihat isterinya hanya melihat dirinya makan. Jika lauk habis di pinggannya Hudiya Imani dengan pantas menambah tanpa perlu di suruh.
“Kenapa tak makan sekali?”
“Kenyang”
“Esok kita dinner luar sayang. Dah lama tak keluar dengan sayang”
“Okay,”
“Diya ada baju tak. Tak ada pergi beli esok.”
“Ermm.” Hatinya gelisa tapi cuba menafikan apa yang terfikir dek fikirannya.
Share this novel
Si Adnan ni bunuh je bagus lah.. hidup menyusahkan orang je..