Dari jauh Rifaat Rafie sudah tersenyum melihat Hudiya Imani datang ke arahnya.
“Diya semalam tidur okay? ”
“Ermm”
Geram Rafie dengan Hudiya yang suka jawab tanpa membuka mulut. Rasa nak tarik pipi Hudiya sampai mulut terngaga besar.
Hudiya Imani tidak berani untuk memandang Rifaat Rafie. Pandangan mata sentiasa di bawah. Jika ke hadapan pasti bukan Rafie yang di lihat.
“Kenapa pakai baju semalam? ”
“Tak ada baju. Nanti Diya balik ambik baju, ”
“Nanti Rafie hantar. Diya makan dulu,”
Puan Rosma datang ke rumah Adnan dan Hudiya Imani duduki. Kosong tiada sesiapa. Orang gaji yang datang setiap hari juga tidak kelihatan. Puan Rosma mengambil keputusan untuk balik ke rumahnya semula. Hari ini perasaan untuk melepaskan geram pada Hudiya Imani tidak kesampaian.
Tidak jauh dari rumah Hudiya, Puan Rosma melihat dari cermin pandang belakang ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. Puan Rosma terus menekan pedal break untuk melihat.
Hudiya Imani keluar dari isi kereta kemudian di ikuti seorang lelaki. Sial punya perempuan. Kalau dah pelacur memang pelacur sampai bila-bila.
“Tuan tunggu sekejap,”
“Okay,” Rifaat Rafie menyandarkan badan pada kereta.
Hudiya Imani masuk ke rumah mengambil baju untuk seminggu dia tinggal di hotel dan dengan pantas keluar semula tidak mahu Rifaat Rafie menunggu lama.
Melihat kelibat Hudiya Imani muncul Rifaat Rafie buka bonet keretanya. “Ada lagi,” Rifaat Rafie mengambil beg dari tangan Hudiya Imani.
Hudiya Imani geling kepala.
“Jom,”
Puan Rosma mengikut dari belakang ke mana Hudiya Imani ingin pergi. Puan Rosma sudah menjangkakan yang Hudiya Imani akan ke hotel. Tak sabar nak merawan sampai berlari masuk bilik. Puan Rosma mengambil gambar Hudiya Imani bersama Rifaat Rafie masuk ke bilik hotel yang sama.
Masuk sahaja ke bilik Rifaat Rafie terus mencampak beg yang di jinjit. Berlari ke tandas. Aku silap makan ke. Tak macho dah, tercirit depan awek.
“Tuan okay tak?” Hudiya Imani merasakan sudah lama Rifaat Rafie di dalam tandas.
Rifaat Rafie membuka pintu tandas. “Diya tolong,” terasa badannya lemah dengan tiba-tiba. Kerana ciritnya tidak berhenti.
Hudiya Imani menolong bawa keluar Rifaat Rafie keluar dari tandas dengan mengunakan belakang badannya. Kemudian di bawa ke katil.
Hudiya Imani mengambil air lalu di berikan kepada Rifaat Rafie “Tuan minum,”
Rifaat Rafie mengambil dan meneguk hingga habis.
“Tuan baring macam ni,” Hudiya Imani membetulkan pembaringan Rifaat Rafie agar dapat melegakan sakit perut yang di alami.
Rifaat Rafie merasakan dirinya bagai ulat. bergulung tapi apa yang Hudiya Imani suruh lakukan sangat berkesan. Kesakitan perutnya kembali lega sedikit demi sedikit.
Hudiya Imani start memukul punggung Rifaat Rafie. “Diya stop. Buat apa ni?”
“Buat Tuan kentut. Nanti mesti rasa lega, ”
Rifaat Rafie biarkan sahaja apa Hudiya Imani lakukan kerana dirinya tidak mempunyai tenaga.
Tidak lama selepas itu punggung Rifaat Rafie mengeluarkan bunyi yang kuat dan bau yang sangat busuk.
“Tuan makan bangkai apa ni?” Hudiya Imani menjarakkan dirinya dengan Rifaat Rafie.
Malunya aku. Boleh pula kentut, busuk pula tu.
Setelah bau hilang Hudiya Imani lagi sekali menumbuk punggung Rifaat Rafie. “Lepas Tuan buang angin lega la perut tu. Tapi Tuan nak kentut bagitahu dulu. Saya nak tutup hidung awal-awal,”
Boleh tahan juga mulut Diya ni. sekali cakap nak malukan aku. Nasib sayang, tak sayang dah lama aku baham.
..
Puan Rosma menelefon Adnan untuk memberi tahu akan kecurangan Hudiya Imani.
“Kau datang sekarang. Kau tengok bini kau dengan jantan lain. Kau boleh lagi nak bela betina tak guna tu,”
Adnan dengan pantas datang ke hotel yang di nyatakan Puan Rosma. “Macam mana mammy boleh tahu ni” Adnan cuba untuk menghalang Puan Rosma dari menyerang Hudiya Imani. Dia perlu cepat. Takut jika Hudiya Imani di pukul habis semua rahsianya terbongkar. Dia yang jual Hudiya Imani.
“Kau ikut Mammy,” Puan Rosma menarik tangan Adnan agar mengikutinya.
“Tu bukan Diya la Mammy. Diya dekat rumah,” Adnan cuba menafikan. Tidak hairan Hudiya masih di hotel lagi kerana dia berikan pada Rifaat Rafie malam tadi dan sekarang masih lagi mempunyai masa sebelum waktu daftar keluar.
“Aku nampak dengan mata aku. Kau jangan nak backup sangat bini kau tu,”
Puan Rosma mengetuk pintu bilik yang Hudiya Imani duduk. “Jangan ganggu orang Mammy” Adnan sedaya upaya untuk menahan.
Rifaat Rafie pergi buka pintu bilik. Melihat siapa yang mengetuk apabila Hudiya Imani di dalam tandas sedang mengeringkan seluar yang di basuh akibat terkena ciritnya tadi.
“Ye!!”
Adnan melihat Rifaat Rafie hanya memakai tuala menutupi bahagian kemaluannya. Hatinya tiba-tiba berasa berapi tapi tidak boleh buat apa-apa kerana dia sendiri yang jual Hudiya Imani pada Rifaat Rafie.
“Mana perempuan tak guna tu.” Puan Rosma cuba masuk ke dalam bilik tetapi Rifaat Rafie sempat menahan.
“Mak Cik siapa nak masuk bilik saya?”
“Aku Mak mertua perempuan yang kau tidur tu,” besar biji mata Puan Rosma terbeliak melihat Rifaat Rafie.
“Mak Cik ada bukti ke saya dekat sini dengan menantu Mak Cik?”
Rifaat Rafie cuba menutup kembali pintu biliknya.
Hudiya Imani keluar dari tandas dengan gelak ketawa tidak hilang dari tadi. “Tuan nak ci....”
Puan Rosma menolak pintu dengan lebih kuat apabila dengar suara Hudiya Imani. Adnan mendengar suara Hudiya Imani gembira juga merasa api cemburunya membuak.
Rifaat Rafie menahan pintu dari terus terbuka.
“Abang nak lagi Diya?” Rifaat Rafie sengaja berapikan orang di hadapannya. Terutama Adnan yang riak mukanya seperti cemburu.
“Perempuan tak guna. Kau keluar!”
Ketawa Hudiya Imani terhenti apabila terdengar suara Puan Rosma. Riak wajahnya terus berubah menjadi takut.
“Mammy tu bukan Diya,” Adnan cuba menahan Puan Rosma dari menyerang Hudiya Imani.
Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani di muka pintu yang terbuka sedikit. Di beri isyarat mata apa yang Hudiya Imani mahu lakukan.
Hudiya Imani terus buka tudung yang di pakai, t-shirt yang di pakai juga di buka lalu menutup badannya dengan tuala. Rambutnya di serabai kan sedikit dan seluarnya di naikkan ke atas hingga menampakkan dirinya seperti tidak memakai sebarang pakaian.
Rifaat Rafie tersenyum melihat Hudiya Imani. Dia tidak sangka Hudiya Imani begitu berani. Sama seperti dirinya, lagi ingin berapikan orang di hadapannya.
“Oii.. kau keluar Diya!” Puan Rosma menjerit dengan sekuat hati.
“Apa bising ni. Matikan mood betul la,” Hudiya Imani datang ke pintu.
“Entah la sayang ada Mak Cik ni kata sayang menantu dia?”
Terbeliak biji mata Puan Rosma melihat Hudiya Imani tidak berpakaian. Adnan juga seperti Puan Rosma terkejut. Dia Ingatkan Hudiya Imani akan menangis terseksa kerana di jual tapi muka Hudiya Imani boleh tersenyum gembira.
“Mammy,” Hudiya Imani buat terkejut.
“Perempuan tak guna! kau keluar.!“ Puan Rosma cuba menarik keluar Hudiya Imani tapi sempat mengelak Lalu berlindung di belakang Rifaat Rafie.
“Mammy dah cakap Diya pelacur. Baik Diya buat betul. Jadi tuduhan Mammy tu betul la. Kan Abang?” Hudiya Imani melihat muka Adnan. tapi tangan Hudiya Imani memegang badan Rifaat Rafie.
“Betul la. Melacur untuk husband sendiri apa salahnya. Lagi dapat pahala kan sayang?” Rifaat Rafie memeluk Hudiya Imani. Di cium leher Hudiya Imani di hadapan Puan Rosma dan Adnan. “Mak Cik boleh balik. Adnan bawa balik your Mammy. Sebelum I cancel semua project I dengan you. And one more thing,” Rifaat Rafie senyum sombong, "I know my wife cedera sikit pun, I tak teragak untuk cederakan you,"
Rifaat Rafie terus menutup pintu bilik lalu di kunci. Puan Rosma sudah mengamuk di luar bilik. Di tendang pintu berkali-kali “Kau tengok bini kau macam tu kau boleh diam lagi. Laki apa kau ni?” Pipi Adnan di tampar oleh Puan Rosma. “Kau dah kena jampi dengan perempuan tak guna tu. Sampai jadi macam ni.”
“Aku nak kau ceraikan betina tak guna ni!” rasa tidak tertahan lagi amarah yang membakar dalam tubuhnya.
“Adnan tak akan ceraikan Diya. Lagi sekali Adnan nampak mammy buat something dekat Diya Adnan tak teragak tinggalkan Mammy!” Amaran diberikan pada ibunya sendiri. Hudiya berikan dirinya banyak, tak akan sesekali dia ingkari janjinya pada Rifaat Rafie.
"Lagi satu, tu bukan Diya, wife Adnan. Adnan tahu wife Adnan macam mana. Jangan sebab muka dia serupa, mammy fikir dia Diya. Adnan boleh sabar lagi mammy pukul Diya. Tapi kalau mammy buat something dekat perempuan tadi jaga mammy. Musnah project Adnan, mammy pun Adnan boleh musnahkan," Adnan meninggalkan Puan Rosma di laluan bilik hotel.
“Kau sanggup tinggalkan Mammy sebab pelacur tu? ” kuat suara Puan Rosma memarahi Adnan yang semakin jauh. Dia tidak percaya yang perempuan tadi bukanlah Hudiya.
Sebaik pintu di tutup badan Hudiya Imani mengigil ketakutan. Terjelepuk di lantai, kakinya juga tidak mampu berdiri. Rifaat Rafie nampak yang sebenarnya Hudiya Imani takutkan Puan Rosma. Di buat berani kerana ada dirinya yang boleh di jadikan tempat berlindung.
Rifaat Rafie mengambil baju Hudiya Imani lalu di pakaikan. Di lurutkan juga seluar Hudiya Imani. Ketakutan yang di alami Hudiya Imani sampai tidak boleh bergerak seluruh tubuhnya. Di kesat air mata Hudiya Imani dengan tangannya.
“Diya okay dah,”
“Tuan tolong saya…”
Rifaat Rafie tidak tahu bagaimana mahu menolong Hudiya Imani. Telah di lihat dan selidik semua tuntutan fasakh Hudiya Imani terbatal. Pasti Adnan buat sesuatu hingga boleh terbatal semuanya.
“Diya pindah hotel. Rasa sini tak selamat dah,” Rifaat Rafie memakai kembali baju yang di basuh Hudiya Imani. Risau jika Hudiya Imani berseorangan akan di serang oleh Puan Rosma.
Hudiya Imani mengagahkan diri untuk bangun. Di capai kerusi untuk menyokong dirinya. Hudiya Imani memakai kembali tudung yang di buka.
sementara menunggu Hudiya Imani siap, Rifaat Rafie memasukkan baju Hudiya Imani ke dalam beg pakaiannya.
Beg Tangan Hudiya Imani turut sudah di pegang Rifaat Rafie. “Dah Diya?”
Hudiya Imani mengangguk. Rifaat Rafie menarik tangan Hudiya Imani mengikut dirinya. Jika di suruh berjalan sendiri Rifaat Rafie tahu pasti kaki Hudiya Imani tidak mampu bergerak.
Adnan berasa berapi apabila teringatkan muka Hudiya Imani tersenyum ketika bersama Rifaat Rafie. Dengan suara isterinya ketawa gembira. “Bodoh!! Bodoh!!!!” Adnan menghentak stering keretanya bagi melepaskan geram.
"Patut, bukan main lagi lari dari aku semalam. Kau dah rancang dengan jantan tak guna tu,"
Share this novel