Hudiya Imani menemani Datuk Yacop seperti di arahkan kepadanya. Sedikit terpinga-pinga dirinya kerana pertama kali datang ke situ. Ketika sedang menunggu giliran Hudiya Imani di tegur seseorang.
“Diya kan? Diya wife Adnan?” Hudiya Imani memandang orang yang berdiri di hadapannya. Begitu juga Datuk Yacop.
“Ye, siapa?”
“Kawan Adnan. Tak ingat ke? pernah jumpa dulu,” di pandang Hudiya Imani dengan pandangan nakal. Di terokai seluruh anggota badan Hudiya dengan matanya.
“Oh... Maaf tak ingat,” Hudiya Imani buat acu tak acu.
“Tak apa. Buat apa dekat sini. Sakit? muda-muda dah sakit belakang ke. Ni mesti Adnan minta hari-hari,” Pemuda di hadapannya senyum memandang badan Hudiya Imani. Dia tidak tahu Hudiya Imani datang ke pusat fisioterapi bersama Datuk Yacop.
“Aha!!” Hudiya Imani malas ingin melayan orang di hadapannya jadi dia mengiyakan sahaja apa yang dikatakan.
“Untung Adnan. Kalau Diya pilih saya dulu mesti lagi untung. Tak adalah diduakan,”
“Dah jodoh. Nombor saya dah di panggil,” Hudiya Imani bangun dan terus pergi dari situ meninggalkan Datuk Yacop seorang diri.
“Okay Diya,” pemuda itu melihat Hudiya Imani hingga hilang dari pandangan matanya.
Hudiya Imani menyorokan di balik dinding sambil melihat lelaki itu jika masih ada atau sudah pergi. Tapi lelaki itu tidak pergi. Malah duduk di kerusi yang Hudiya Imani tinggalkan kosong.
“Wei Adnan. Aku tengok badan Diya makin cantik. Kau tak nak bagi aku rasa sekali ke?”
“Kau tengok dekat mana?” Adnan terus berdiri apabila kawannya Emir Aizat tahu di mana keberadaan Hudiya Imani.
“Hospital la...Kau kalau duduk dekat bini nombor dua ingat-ingat la dekat bini pertama. Dah kena layan nafsu kau hari-hari sampai sakit belakang,”
“Hospital mana?” Adnan keluar dari pejabatnya untuk mencari Hudiya Imani. Tidak kisah sudah apa yang di katakan oleh Emir Aizat padanya.
“Tempat bapak aku check-up. Lagi satu aku call sebab nak ingatkan kau. Kau sedap main kalau bini kau mengandung jangan lupa taruhan kau dengan aku. Aku tak sabar dapat sejuta setahun sampai anak kau mati,”
Datuk Yacop menjeling dan mendengar sahaja kata-kata lelaki yang duduk di sebelahnya. Kecian Diya. Patut Diya lari. Rahsia taruhan yang Hudiya cakap secara random sudah diketahui.
“Aku tahu la!!” Adnan menamatkan panggilan daripada Emir Aizat dan terus menuju ke hospital.
“Datuk Syed Yacop bin Syed Ahmad,” ahli fisio bertugas memanggil nama Datuk Yacop. Hudiya Imani tetap melihat di balik dinding.
“Yaa!!” Suara Datuk Yacop memanggil lelaki yang memanggil namanya. Ahli fisio datang ke Datuk Yacop untuk menolak kerusi roda yang di duduki masuk ke bilik fisio.
Hudiya Imani yang melihat cuba menyelinap masuk ke bilik yang Datuk Yacop masuk tanpa di sedari oleh kawan Adnan. Terkejut Ahli fisio yang menolak Datuk Yacop kerana dengan tiba-tiba Hudiya Imani berada di belakangnya.
“Maaf Encik. Saya tinggal Daddy pergi toilet tadi. Daddy Diya minta maaf tinggalkan Daddy tadi,” Hudiya Imani memandang muka Datuk Yacop dengan pandangan serba salah. Bukan niat until tinggalkan Datuk Yacop seorangan.
“Saya nak tengok boleh?” Hudiya Imani beralih memandang muka ahli fisio.
“Boleh.” Ahli fisio sudah siap sedia untuk angkat Datuk Yacop ke atas katil.
Hudiya Imani melihat sahaja apa yang dilakukan lelaki berbaju biru laut itu lakukan terapi pada Datuk Yacop. Kadang kala tangan Hudiya Imani juga mengikut seperti lelaki itu lakukan.
“Kalau Saya buat dekat rumah macam ni tak apa kan?”
“Boleh. Hari-hari buat lagi bagus. Tapi yang tali tadi jangan cuba pasang dekat rumah pula. Itu perlukan latihan. Hanya ahli fisio terlatih sahaja boleh buat,”
Hudiya Imani mengangguk faham.
“Cik boleh datang sini. Saya ajar,” Hudiya dipanggil apabila melihat wanita itu berminat untuk belajar.
Hudiya Imani datang ke tempat Pegawai fisio. Di buat satu persatu yang di ajar. Apa yang susah dan tidak mampu di lakukan Hudiya Imani hanya melihat.
“Nanti setiap pagi Kita buat exercise ni ye Daddy,” Hudiya Imani senyum memandang Datuk Yacop. Dia yang bersemangat mahu melihat Datuk Yacop sembuh.
Datuk Yacop hanya mengelipkan mata dua kali sebagai bermaksud ye.
“Next appointment 3 hari lagi,” Pegawai fisio menghulurkan file kepada Hudiya Imani.
“Saya sebelum ini ajar daddy bercakap bagi kesan juga tak?”
“Ajar macam mana?”
“Konsenan. Sebab tak paham daddy cakap apa,”
“Oh... Boleh. Bagi rangsangan pada otak daddy Cik. Cik kerap berbual dengan Daddy pun itu sudah cukup bagus.”
"Kalau urut muka?"
"Itu lagi bagus. Melembutkan otot di muka dan melancarkan pengedaran darah,"
Tersenyum Hudiya Imani apa yang di buat ada kebaikan pada Datuk Yacop.
“Kalau Cik tak mampu buat seperti saya ajar. Cik boleh gerakan jari-jari Daddy singgah ke siku. Itu pun sudah memadahi, kaki pun sama,”
“Okay. Terima Kasih,”
“Ye sama-sama,”
“Saya boleh balik dah ke?”
“Ye boleh,”
Adnan mencari Hudiya Imani di tempat yang Emir Aizat nyatakan. Melihat kelibat Hudiya Imani dari jauh Adnan dengan pantas mengejar.
“Diya!” Adnan memegang lengan Hudiya Imani untuk menahan dari terus berjalan.
Hudiya Imani cuak melihat Adnan di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang kerana takut.
“Kenapa Diya sakit tak bagitahu Abang. Diya sakit belakang sebab Mammy tolak hari tu ke?” Adnan mengusap belakang badan Hudiya Imani. Hudiya Imani biarkan sahaja Adnan menyentuh badannya. Di tahan kemarahan dan kebencian pada Adnan.
Hudiya Imani meneruskan langkah menolak kerusi roda Datuk Yacop. Tapi Adnan sempat menahan.
“Siapa ni sayang?”
“Pakcik ni minta Diya hantar ke kereta. Dia sorang tak ada siapa tolong,”
“Oh... Biar Abang tolak, ” kali ini Adnan pula yang menolak kerusi roda Datuk Yacop. “Sayang dah boleh balik kan? Abang hantar Diya balik ye.”
Hudiya Imani tetap tidak bersuara kakinya melangkah sambil memikirkan cara untuk lari dari Adnan.
Adnan pula melihat Hudiya Imani seperti masih marahkan dirinya. Dia perlukan banyak cara lagi untuk memujuk Hudiya.
“Abang minta maaf sayang. Sebab marah Diya semalam. Abang tak tahu Diya sakit,”
Melihat Datuk Yacop muncul. Pak Ali dengan pantas mengambil Datuk Yacop daripada tangan Adnan. Datuk Yacop memandang Pak Ali seperti sedang memberi isyarat.
“Cik boleh tolong saya letakkan kerusi roda dekat bonet,” Pak Ali memandang Hudiya Imani.
“Boleh Pak Cik.” Hudiya Imani membuka bonet kereta sementara menunggu Pak Ali mengangkat Datuk Yacop untuk di bawa masuk ke dalam kereta.
“Abang tolong sayang,” Adnan cuba menghalang Hudiya Imani mengangkat kerusi roda.
“Diya boleh buat,” Hudiya Imani menepis tangan Adnan.
Pak Ali menutup pintu di bahagian Datuk Yacop kemudian di buka pintu yang bertentangan lalu dia masuk ke dalam kereta siap sedia untuk pergi Setelah Hudiya Imani masuk ke dalam.
"Li" Datuk Yacop bersuara sebaik Pak Ali masuk ke dalam kereta..
"Ye Datuk,"
"Si a sat,"
"Siapa? Diya atau laki tu?" Pak Ali memandang belakang. Di pandang ke luar cermin melihat Adnan.
"Both"
"Okay Datuk," Pak Ali memandang ke hadapan semula untuk siap sedia pergi apabila Hudiya masuk ke dalam kereta.
Hudiya Imani melihat Pak Ali sudah awal-awal buka pintu kereta untuk mudahkan dirinya masuk. Hudiya Imani menutup bonet kereta.
“Jom balik sayang,” Adnan terus memegang lengan Hudiya Imani dan di tarik, tidak mahu perempuan di hadapannya hilang lagi.
Hudiya Imani mengumpul kuat tenaga untuk menarik tangan yang di pegang oleh Adnan lalu lari masuk ke dalam kereta Datuk Yacop. Selepas Hudiya Imani masuk Pak Ali terus mengunci pintu dan mengerakan kereta.
Adnan cuba buka pintu kereta yang Hudiya Imani masuk tapi tidak berjaya. “Sayang!!” Adnan mengetuk tingkap berkali-kali apabila kereta mula bergerak. Kaki Adnan juga ikut melangkah mengejar kereta itu.
“Diya!!!” Adnan menjerit sekuat hati melihat kereta yang dinaiki Hudiya Imani semakin jauh meninggalkan dirinya.
Jantung Hudiya Imani berdegup kencang kerana takut jika dirinya tidak sempat melarikan diri daripada Adnan. Hudiya Imani terasa ingin muntah kerana menahan perasaannya.
“Pak Ali berhenti tepi sekejap,”
Sebaik kereta berhenti Hudiya Imani terus keluar lalu memuntahkan isi perutnya. Menangis takut di tepi jalan. Setelah tenang Hudiya Imani masuk semula ke dalam kereta.
“Sorry Daddy. Buat Daddy tunggu lama,”
“Ta.. pe.”
"Pak Ali nak tanya boleh," dari hari pertama Hudiya Imani melihat Pak Ali dirinya tertanya akan diri Pak Ali.
"Apa Diya? Pak Ali boleh jawab Pak Ali jawab,"
"Pak Ali driver tapi body Pak Ali macam orang bina badan, tak pun gengster. Selalu tengok drama driver kurus kering,"
Datuk Yacop terus menjeling ke arah Hudiya Imani. Dia tidak sangka Hudiya Imani akan tanya soalan itu atau Hudiya Imani pandai menduga sesuatu tidak seperti orang lain.
Tersenyum Pak Ali mendapat soalan yang tidak di sangka. Pak Ali sempat menjeling ke arah Datuk Yacop untuk pastikan dirinya perlu jawab jujur atau sebaliknya "Pak Ali gengster,"
"Betul ke??" Hudiya Imani memandang Datuk Yacop.
Datuk Yacop membalas dengan kelipan matanya sebagai tanda ye.
"Ye. Lepas keluar penjara terus kerja dengan Datuk," Pak Ali terus terang, tidak ada benda perlu disembunyikan. Sebenarnya lagi sebelum keluar penjara dah kerja dengan Datuk Yacop tapi bukan sebagai driver.
Hudiya Imani menjengah ke hadapan lalu menunjukkan simbol bagus. "Power la Pak Ali. Diya first time jumpa gengster," di pic it lengan sasa Pak Ali.
Reaksi yang tidak di sangka di terima oleh Pak Ali. "Diya tak takut ke?"
"Tak. Debab Pak Ali mesti dah pencen. Kan Daddy?" Hudiya Imani sandarkan kembali badannya di kerusi.
Datuk Yacop dalam diam tersenyum melihat Hudiya Imani. Daddy harap Diya dan Rafie tak tahu hal sebenar. Daddy nak Rafie bahagia, Daddy tahu Diya boleh buat Rafie bahagia.
Adnan tahu Hudiya Imani kali ini hilang kerana melarikan diri bukan kerana sakit seperti sebelum ini. Dia ingin tahu siapa yang berani menolong Hudiya Imani. Siapa laki tua tadi. Aku tak akan sesekali ceraikan kau selagi apa aku nak aku tak dapat.
“Kau dapat apa aku bagi dekat kau tadi?”
“Ye!!”
“Aku nak kau cari onwer kereta tu. Aku nak tahu semua. Detail." Adnan mematikan panggilan telefon di pukul steering kereta untuk melepaskan amarahnya.
Share this novel