G 30 : BISIK

Humor Series 35125

Rifaat Rafie menyambut kepulangan Hudiya Imani dengan senyuman. “How sayang? Okay tak?”


Hudiya Imani mengangguk kepala. Rifaat Rafie ingin meletakkan tangan di bahu Hudiya Imani dengan pantas Hudiya Imani mengelak.


Boleh baca dah pergerakan aku dah.


“IC,” Hudiya Imani memulangkan semula kad pengenalannya kepada Rifaat Rafie.


“Bagus jujur kau ni,” Rifaat Rafie melihat kad pengenalan Hudiya Imani yang di hulurkan kepadanya. ni muka bila ni. Tembam sikit dari sekarang. “Malam ni tak payah masak. Makan luar,”


“Okay. Saya pergi tengok Daddy,” Laju Hudiya Imani menghilangkan diri. Tiada kuasa mahu melayan Rafie yang semakin lama semakin mengarut.


Rifaat Rafie dengan awal sudah siap untuk keluar makan malam. Di tunggu semua orang tapi tiada seorang pun kelibat di ruang tamu rumahnya.

Rifaat Rafie pergi ke bilik Datuk Yacop. Di lihat Datuk Yacop di tandas bersama Hudiya Imani.


“Tuan nak jadi imam?” Hudiya Imani menegur Rifaat Rafie yang memandang dia selepas keluar dari tandas.


Hati Rifaat Rafie tersentak dengan kata-kata Hudiya Imani. “Aku sembayang sendiri,”


“Dah dekat sini, sekali la dengan Daddy,” Hudiya Imani membentangkan sejadah untuk Datuk Yacop. Datuk Yacop melihat apa yang Rifaat Rafie akan buat selepas di tegur Hudiya Imani.

“Kecian Daddy hari-hari sembayang sorang. Saya bentangkan sejadah untuk Tuan,” Hudiya Imani cuba memujuk Rifaat Rafie. Dia tahu lelaki itu tidak pernah sembayang.


Rifaat Rafie pergi meninggalkan Hudiya Imani dan Datuk Yacop. “Tuan!!” Hudiya Imani mengejar Rifaat Rafie. “Saya nak cakap sikit,"


“Apa?” Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani tanpa perasaan.


“Saya jumpa Tuan, itulah pertolongan yang ALLAH berikan pada saya walaupun saya terpaksa menjadi Hamba Tuan kerana setiap apa yang terjadi adalah aturan daripadaNYA. Tuan penyelamat saya dan mungkin juga saya adalah penyelamat Tuan. Kita semua tidak tahu apa yang akan jadi pada masa depan kita. Sebaik-baik kejadian adalah ketentuan ALLAH. Tuan kena ingat setiap yang di atur dalam hidup kita ada sebab. Tuan kena percaya Qada dan Qadar. Cuba Tuan berdoa pada ALLAH. Minta petunjuk pada ALLAH kenapa semua ni jadi pada Tuan,”


“Okay,” sepatah sahaja balasan dari Rafie. Rafie meninggalkan Hudiya Imani. Masuk ke biliknya semula. Di lihat gambar arwah isterinya. Di kesat air mata yang mengalir. Sememangnya dirinya tidak boleh terima akan kematian Adila dengan anak yang didalam kandungan.


Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie pergi dan berharap sangat Rifaat Rafie akan berpatah balik. Tetapi harapannya sia-sia apabila Rifaat Rafie tidak memandang ke arahnya langsung.


Hudiya Imani masuk balik ke bilik Datuk Yacop. “Daddy sembayang la,” Di ambil balik sejadah yang di bentangkan untuk Rifaat Rafie.


Sayup hati Datuk Yacop apabila Hudiya Imani tidak dapat memujuk anaknya. Setiap dalam doanya ada untuk Rifaat Rafie tapi mungkin hati anaknya belum tergerak.


Hudiya Imani ke tandas untuk mengambil wuduk bagi dirinya pula.


“Astagfirullahaladzim,” terkejut Hudiya Imani melihat dari cermin di dalam tandas mempunyai muka Rifaat Rafie. Dengan pantas dia memakai tudung semula. “Tuan buat apa dekat sini. Buat Saya terkejut je,”


“Kau tunggu luar,” Rifaat Rafie memberi ruang untuk Hudiya Imani lalu.


Datuk Yacop tersenyum melihat Hudiya Imani. “Se. dah.”


Hudiya membentangkan kembali sejadah yang di lipat. Menolak kerusi roda Datuk Yacop kebelakang semula. Kemudian Hudiya Imani memakai telekung yang sememangnya dia tinggalkan didalam bilik Datuk Yacop.


Hudiya Imani tersenyum melihat Rifaat Rafie yang baru keluar dari tandas. Di tunjuk tanda bagus kepada Rafie yang membuatkan Rafie juga tersenyum sedikit.


“Allahuakhbar!” Rifaat Rafie mengangkat takbir.


Sebaik memberi salam Rifaat Rafie terus menangis memeluk kaki Datuk Yacop. Datuk Yacop mengusap kepala anaknya.


“Dah Tuan, doa,” Hudiya Imani menanti lama menunggu Rifaat Rafie menangis akhirnya terpaksa menegur.


“Kau ni kan!” Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani. Tak boleh bagi aku feel betul.


Habis membaca doa Hudiya Imani ke biliknya selepas Rifaat Rafie sendiri ingin menyiapkan Datuk Yacop.


“Semua ada jom!” wajah Rifaat Rafie begitu ceria. Tidak tahu apa yang membuatkan dirinya gembira sangat hari ini.

..


Rifaat Rafie melihat Bibik Salma dan Hudiya Imani duduk dekat sangat dengan Pak Ali kemudian berbisik sesuatu. Zahrin bersama orang tuanya tiba semasa Hudiya Imani, Pak Ali dan Bibik Salma sedang berbincang dengan suara yang tersangat perlahan.


“Pak Ali mana tahu. Diya la tahu Diya muda,”


“Diya lagi tak tahu. Diya pun first time makan tempat macam ni?”


“Pilih semua,” Bibik Salma memberi cadangan.


“Banyak, siapa nak makan? ” Pak Ali menegur Bibik Salma.


Hudiya Imani dan Bibik Salma sama-sama senyum dan memandang Pak Ali. “Pak Ali la makan,”


“Dah kenapa tiga orang tu?” Zahrin melihat pekerja Rifaat Rafie duduk begitu rapat kemudian berbisik. Zahrin tidak perasan akan kewujudan Hudiya Imani dihadapannya.


“Entah lagi tadi. Mak, Abah sihat?” Rifaat Rafie beralih ke kedua orang tua Zahrin.


“Alhamdullilah. Sihat Rafie. Tengok Daddy pun makin sihat dah,” Yusof ayah kepada Zahrin jawab pertanyaan Rifaat Rafie.


“Mahu tak sihat. Hari-hari makan banyak. Sampai lobster Fie bela pun di telan sekali,”


“Ha!! Daddy makan lobster ko?!” Zahrin terkejut.


“Tiga ekor kena telan. Sakit hati aku. Nasib baik daddy yang makan jadi sabar jela,”


“Diya tahu. Kita ambik ikut nombor. Satu Bik Salma dua Pak Ali tiga Diya,” Hudiya Imani menunjuk pada gambar yang ada di buku menu yang Pak Ali pegang


“Tapi nombor lima ni nampak sedap juga,” Bibik Salma bersuara.


“Tukar Bik ambik number lima. Settle!” Diya melihat Pak Ali dan Bibik Salma. Setelah semua setuju Bibik Salma dan Hudiya Imani menjarakkan semula kerusi mereka duduk.


“Dah boleh order belum?” Rifaat Rafie tahu mereka bertiga susah mahu memilih makanan yang ingin di makan. Hendak berbincang pun tak perlulah berbisik bagai. Boleh timbul fitnah macam ni.


“Sudah Tuan,” Bibik Salma bersuara.


Rifaat Rafie memanggil pelayan untuk mengambil pesanan makanan mereka. “Ambik sana dulu satu bill,”


Pelayan pergi ke meja sebelah yang di maksudkan Rifaat Rafie.


“Daddy punya ambik bubur Ayam. Lepas tu pecahkan telur Ayam sebiji dalam bubur. Boleh tak?” Hudiya Imani memandang pelayan dengan penuh harapan.


“Boleh Cik. Telur nak masak atau separuh masak,”


“Separuh masak. Lepas tu. Ni number 2, 3, 5,”


Tersenyum Rifaat Rafie melihat cara Hudiya Imani order makanan. Seperti mahu mengoda pelayan yang mengambil pesanan. Perlu ke berlengong bergitu sekali.


“Tu siapa?” Saadah Mak kepada Zahrin menegur. Di tenung muka Hudiya sejak dia sampai tadi kerana wajahnya iras arwah Adila.


“Dia la yang tangkap udang Fie bagi Daddy makan,”


Zahrin menepuk belakang badan Rifaat Rafie berulang kali baru dia sedar di hadapannya adalah Hudiya Imani. Zahrin yang terlebih teruja.


“Di.ya,” Datuk Yacop bersuara memperkenalkan Hudiya Imani.


“Diya dekat sini. Serious la...” Zahrin teruja.


Rifaat Rafie melihat Zahrin yang terlebih teruja melihat Hudiya Imani. Kau jangan nak ada hati dekat dia pula,


“Mak Abah tu la bakal menantu Daddy nanti,”


Datuk Yacop mengangguk kepala tanda betul apa yang di katakan Zahrin.

"Yang kamu, mana bakal menantu Mak Abah?" Saadah memandang anaknya atas bawah. sampai bila nak membujang.

"Dah semua reject nak buat macam mana,"


“Kenapa tak kenalkan sini,” Yusof menambah.


“Family gathering dia tak nak ganggu,”


Setelah makanan sampai Hudiya Imani datang ke meja tempat keluarga Datuk Yacop berkumpul dengan membawa mangkuk bubur di tangannya.

“Maaf Diya kacau,” Hudiya Imani memandang semua orang di hadapannya. Hudiya Imani siap sedia untuk menyuap Datuk Yacop.


“Diya bawa makanan Diya sekali makan sini,” Saadah menegur dengan sopan juga.


“Tak apa, lepas Daddy makan baru Diya makan,”


Zahrin tersenyum senyum memandang Rifaat Rafie. Advance sekali, dah panggil daddy.

Rifaat Rafie memandang sahaja Zahrin yang bagai kerang busuk yang tidak tahu Hudiya Imani tinggal dengannya. Hari-hari mengadap muka Hudiya Imani. Hari-hari sindir menyindir antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience