Lega Datuk Yacop dan Rafie apabila Hudiya hanya mengalami tekanan darah rendah. Di angkat Hudiya Imani kembali ke biliknya. Bibik Salma menolak Datuk Yacop untuk mengikut Rifaat Rafie ke bilik Hudiya Imani.
Datuk Yacop memegang tangan Hudiya Imani dengan erat membuatkan Rifaat Rafie menjadi cemburu. Hatinya sakit tapi cuba untuk bertahan.
“Fie keluar. Mesti daddy rindu dengan Diya. I don't want disturb both you,” tidak langsung di pandang muka Datuk Yacop ketika bercakap.
“Fie,” Datuk Yacop menahan tangan Rifaat Rafie dari terus pergi. “Sit,”
“Tak apa Daddy. Rafie boleh terima Daddy dengan Diya,” dalam hati Rifaat Rafie sebaliknya. Hati dan perasaannya sangat terluka. Bagaimana mahu panggil Hudiya Imani Mama. Lagi muda daripadanya.
“Sit,” Datuk Yacop tetap mahu Rifaat Rafie duduk di hadapannya. Dan Rifaat Rafie akur dengan permintaan Datuk Yacop, tapi tidak di pandang wajah Daddynya.
“Di tak suka di ya. Fie pu juk diya,” kali ini tangan Datuk Yacop memegang tangan Rifaat Rafie pula. "Di still lo ve ma,"
Kali ini baru Rifaat Rafie memandang Datuk Yacop setelah Datuk Yacop meluahkan perasaan hatinya sebenar terhadap Hudiya Imani.
“Fie ask Diya. Pe fie bo leh buat un tuk Diya su kakan fie,” Datuk Yacop senyum melihat Rifaat Rafie.
“Diya nak bagitahu Rafie ke?”
“Try. I will help you,” Pipi Rifaat Rafie di sentuh lembut. Anak kesayangannya. Satu-satu anak yang dia ada. Anak yang sangat baik baginya.
“Nanti fie tanya Diya?”
“fie jaga Diya. di kelu ar,”
Rifaat Rafie mengangguk kepala lalu menolak Datuk Yacop keluar duduk di ruang tamu “Bik tengokkan Daddy,”
“Ye Tuan,”
Demi anak cintanya di tolak tepi. Pada mulanya dia sendiri tidak yakin dia mencintai Hudiya tapi apabila Hudiya Imani di kurung tidak dapat bersua muka. Baru tahu hatinya benar-benar mencintai Hudiya. Rindu yang tiada siapa boleh dileraikan kecuali bersua muka dengan Hudiya sendiri.
Bukan kerana terhutang budi pada Hudiya Imani yang menjaganya tapi ada satu perasaan lain yang timbul dengan sendiri apabila bersama dengan Hudiya. Dia sendiri sanggup lakukan apa saja untuk Hudiya agar gadis itu bahagia.
Rifaat Rafie kembali ke bilik Hudiya Imani lalu duduk di sebelah pembaringan Hudiya. Di sandar badannya dengan bingkai katil. Di usap lembut kepala Hudiya. Fikirannya terus melayang teringat akan Adila. Rafie suka Diya sebab rupa Diya sama Adila atau Rafie suka Diya sebab diri Diya. Rafie menjadi sangsi dengan tiba-tiba. Tapi watak Adila dengan Diya jauh berbeza.
Hudiya Imani tersedar dari tidur melihat dirinya terbaring di dalam biliknya. Di lihat sebelahnya mempunyai kaki yang sedang selunjur dan bunyi dengkur di atas kepalanya. Hudiya Imani cuba bangun sendiri tidak mahu menganggu Rifaat Rafie yang sedang tidur.
“akh!!” Hudiya Imani terasa sakit untuk gerakan badannya walaupun sedikit. Tapi di cuba lagi sekali dan terlalu sakit. Sakit yang tidak tertahan.
“Tuan!!” Hudiya Imani terpaksa mengejutkan Rifaat Rafie. Takut dirinya lumpuh. ”Tuan!!” kaki Rifaat Rafie di goyangkan.
“Ah!!” Rifaat Rafie tersentak terkejut. “Kenapa Diya?” Rifaat Rafie terus melihat Hudiya Imani.
“Badan saya tak boleh gerak. Sakit sangat,”
“Rafie tolong,” Rifaat Rafie cuba mendudukan Hudiya Imani.
“Sakit!!!!”
Terkejut Rifaat Rafie lalu melepaskan badan Hudiya Imani kerana terkejut dengan jeritan Hudiya.
“Tuan. Sakit sangat. Kaki saya pun nak gerak sakit,” Hudiya Imani sudah menangis “Tuan!! Saya lumpuh dah ke?”
“Lumpuh tak rasa sakit la. Aku pukul mulut tu baru tahu, cakap bukan-bukan,” Rifaat Rafie sudah keluarkan telefon untuk membuat panggilan kecemasan.
“Tuan saya nak kencing ni. Tak tahan,” Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie yang berdiri di sebelahnya.
“Dah angkat pun sakit aku nak tolong macam mana?” Rifaat Rafie merasa tidak puas hati dengan Hudiya. Di usik jerit. Lepas tu sibuk nak kencing.
“Pampers Daddy. Minta tolong Bibik. Cepat Tuan. Kang Saya kencing atas tilam lagi susah,”
“Kau tunggu sekejap,” berlari Rifaat Rafie mencari Bibik Salma. Macam2 la kau Diya.
Tidak lama menunggu ambulan sampai untuk bawa Hudiya Imani ke hospital. Rifaat Rafie naik sekali dalam ambulan. Manakala Datuk Yacop pergi bersama Pak Ali dan Bibik Salma.
“Hb Puan rendah sangat ni. Puan mengandung ke?”
“Tak,”
“Sebelum ada sakit-sakit lain. Canser ke?”
“Tak ada.l,” Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie yang memandang dirinya lagi tadi. “Saya lapar. Tuan ada gula-gula tak?”
Mana aku nak cari makanan masa macam ni. Mogok lapar lagi. Di pandang sepi sahaja Hudiya Imani. Dekat rumah tadi tak nak pula minta makan. Dalam ambulan sibuk minta makan
.
“Saya bagi Puan makan vitamin,” pembantu perubatan membuka laci di dalam ambulan lalu di keluarkan sebiji pil. “Puan buka mulut. Puan isap sahaja,”
Hudiya Imani terus buka mulutnya. Macam ni ke daddy rasa tak boleh gerakan badan. Kecian Daddy. Tapi Daddy cakap tak sakit. Diya sakit Daddy. Bercakap sendiri dalam hati membuatkan mata Hudiya Imani menjadi layu.
“Puan Jangan tidur.” Di tepuk pipi Hudiya Imani agar segar semula.
“Ermm”
“Puan!!” Lagi sekali pipi Hudiya Imani di tampar lembut.
“Saya ngantuk la Encik,”
“Dah nak sampai. Jangan tidur,”
"Kau tidur aku cium," terbeliak besar mata Hudiya apabila dengar amaran Rafie.
Share this novel