Tidak lama selepas kereta bergerak Hudiya Imani merasa mual. Mual kerana menahan perasaannya sebentar tadi. Semua isi perutnya meminta dikeluarkan. Hudiya Imani menampar tangan Rifaat Rafie agar berhenti di bahu jalan.
“Kenapa?” Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani yang memukul lengannya. Dengan pantas Rifaat Rafie berhentikan kereta di bahu jalan selepas melihat Hudiya seperti ingin memuntahkan isi perutnya.
Dengan pantas Hudiya membuka pintu kereta dan memuntahkan isi perutnya sambil Rafie menepuk belakang badan Hudiya.
“Diya.. lepas kan…” Datuk Yacop tahu kenapa Hudiya Imani jadi seperti itu.
Rifaat Rafie memandang ke arah Datuk Yacop.. “Lepaskan apa?”
“Ma.rah,”
Rifaat Rafie tahu banyak rahsia Hudiya Imani di ketahui Datuk Yacop. “Nak marah, Marah jela, kenapa tahan?” Rifaat Rafie merasa geram dan tidak sedar hingga memukul belakang Hudiya Imani dengan kuat. Geram kerana Hudiya tidak mahu ceritakan segalanya pada dirinya. Terpaksa mencari sendiri maklumat kehidupan Hudiya. Kenapa kau tak percayakan aku. Yang aku pun bodoh sukakan kau.
“Sakit!!” Hudiya menepis tangan Rifaat Rafie.
“Fie!!” Datuk Yacop menegur apa yang anaknya lakukan.
Rifaat Rafie berhenti memukul belakang Hudiya Imani. Dia tidak sedar telah memukul Hudiya dengan kuat. “Daddy ada air tak?” Rifaat Rafie mencapai capai di belakang seat kerusinya.
“Aada” Datuk Yacop hanya boleh melihat sahaja anaknya mencampai mencari air..
Akhirnya Rifaat Rafie turun kereta dan mengambil air di kerusi belakang. Rafie ke Hudiya menarik tangan Hudiya agar keluar dari kereta.
“Pegang ni” Rifaat Rafie menghulurkan botol air..
Datuk Yacop tersenyum melihat Rifaat Rafie bersama Hudiya Imani. Berharap sangat perkahwinan yang di atur berjalan lancar. Dan Hudiya akan dapat merubah Rafie sepenuhnya menjadi lebih baik.
Rifaat Rafie mengurut bahu ke leher belakang Hudiya bagi melegakan keadaan Hudiya.
“Uwekk!!” habis semua makanan yang di makan tadi terkeluar.
Rifaat Rafie yang melihat Hudiya muntah membuatkan dia juga ingin muntah. Bab geli-geli kotor ni memang tak boleh. Tahan-tahan, siapa nak drive kalau aku pun mabuk.
“Dah Tuan, ” Hudiya menghentikan tangan Rifaat Rafie. Kemudian di buka botol air bagi mencuci mulutnya.
Rifaat Rafie masuk ke kereta di ikuti Hudiya Imani.
“Diya. kay”
“Dah daddy,”
“Sekarang mana Adik kau. Kang kata aku KAWIN dengan akak dia tak jemput pula” Rifaat Rafie sengaja menekan perkataan kawin pada Hudiya Imani agar tahu tidak lama lagi dia akan menjadi miliknya. Dan Hudiya tidak akan merahsiakan lagi apa-apa daripada. Sebagai suami isteri tiada rahsia perlu di sembunyikan untuk mendapatkan kebahagian. Rafie tahu Diya juga harapkan kebahagian.
“Tuan jalan saya tunjuk jalan,”
30 minit kemudian… Rifaat Rafie memasuki perkarangan kubur. Adik Diya tak ada dah?
“Tuan parking tepi,” arah Hudiya.
“Dy Ikut,”
“Ye Daddy,” Hudiya Imani keluar mengambil kerusi roda di bonet belakang.
Rifaat Rafie sudah siap sedia untuk mengangkat Datuk Yacop untuk di dudukkan di kerusi roda.
“Kenapa tak bagitahu Adik Diya dah tak ada?” Rifaat Rafie tiba-tiba merasa serba salah melihat Hudiya.
Diya tidak jawab soalan Rifaat Rafie dan terus melangkah menolak kerusi roda Datuk Yacop.
Hudiya Imani duduk di tanah tanpa beralaskan apa-apa. Rifaat Rafie turut teringat akan arwah isterinya.
Mungkin apa yang Hudiya katakan padanya betul. Saya jumpa Tuan, itulah pertolongan yang ALLAH berikan pada saya walaupun saya terpaksa menjadi Hamba Tuan kerana setiap apa yang terjadi adalah aturan daripadaNYA. Tuan penyelamat saya dan Mungkin juga Saya adalah penyelamat Tuan. Kita semua tidak tahu apa yang akan jadi pada masa depan kita. Sebaik-baik kejadian adalah ketentuan ALLAH.
“Maafkan akak Dik. Dah lama akak tak datang jenguk Adik,” Hudiya Imani keluarkan gunting di dalam beg dan memotong rumput yang tumbuh tinggi di kubur adiknya.
Dia ni macam tahu nak datang sini siap bawa gunting. “Kau memang bawa gunting hari-hari apa?”
“Sebagai senjata,”
Rifaat Rafie membaca nama dan tarikh kematian. Muhammad Hilmi bin Rusdi. 14.10.2017. Rifaat Rafie terkedu melihat tarikh kematian. Sama tarikh dia kehilangan isteri tercinta.
“Meninggal sebab apa?”
“Kemalangan,” pendek sahaja di balas.
Sama seperti isterinya. Dia ingat semasa kemalangan ada lagi seorang mangsa yang isterinya langgar tanpa sengaja dan meninggal dunia. Adik Diya ke?
Rifaat Rafie baru ingin bertanya di mana kemalangan. Hudiya sudah mengangkat tangan untuk membaca doa. Di ikuti Datuk Yacop. Rifaat Rafie juga mengangkat tangan untuk doakan kesejahteraan Adik Hudiya Imani.
“Daddy I go look Adila,”
Datuk Yacop mengangguk kepala. Tidak lama kemudian Hudiya berdiri semula.
“Jom Daddy,” Hudiya menolak kerusi roda ke tempat Rifaat Rafie berdiri. Matanya hanya memandang ke bawah seperti sedang menahan perasaan sedih.
Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani dan Datuk Yacop datang ke arahnya. Ni bakal isteri Abang. Maafkan Abang sebab menduakan Dila.
Share this novel