G 48 : GILA TALAK

Humor Series 35125

“Daddy. Tuan tunggu sekejap ye,” Hudiya Imani masuk ke rumah lamanya. “Assalamualaikum” dengan perlahan kakinya melangkah. Ini kali pertama dia ke rumah yang di duduk dahulu selepas keluar melarikan diri.

Hudiya Imani melihat beg berisi pakaiannya di luar rumah. Di buka beg itu dan di lihat satu persatu isi perut beg tersebut.


Datuk Yacop yang melihat dari dalam kereta menyuruh Rifaat Rafie menolong Hudiya Imani
“Fiee toolong Diya,” Datuk Yacop bercakap dengan berketar-ketar.


Rifaat Rafie menurut perintah Datuk Yacop keluar untuk menolong Hudiya Imani.


“Wa’alaikumusalam,” salamnya di sambut oleh bekas mak mertuanya. “Ingatkan tak berani datang. Datang juga. Barang kau semua dekat luar tu,”


“Saya nak ambik barang adik saya," Hudiya Imani bercakap dengan lembut dan cuba masuk ke dalam rumah.


“Berani kau masuk?!” Puan Rosma menolak Hudiya Imani hingga hampir terjatuh. “Tu semua aku dah keluarkan. Tak ada lagi barang yang tertinggal,”


“Barang Adik saya masih ada,” suara Hudiya Imani agak tegas. "Masih ada!" Sakit hatinya apabila di tolak sebegitu.


“Mammi buat apa lama-lama dekat luar ni,” Adnan keluar dan melihat Hudiya Imani juga ada di situ.


“Bagi Diya ambik barang adik Diya,” Hudiya Imani beralih arah melihat bekas suaminya.


Rifaat Rafie yang melihat situasi di depan matanya berpatah balik masuk ke kereta dan mengambil sampul yang sememangnya sudah sediakan awal-awal jika Adnan atau Puan Rosma cuba menyakiti Hudiya Imani lagi.


“Sebab tu kau tak boleh mengandung sebab Allah nak jaga anak aku dari perempuan kotor macam kau,”


Hudiya Imani hanya biarkan sahaja cacian yang Puan Rosma berikan padanya kerana dari dia berkahwin dengan Adnan, Puan Rosma tidak sukakan dirinya. Lagi teruk daripada ini dia pernah rasai. Bagi Hudiya tiada guna untuk melawan kerana tidak mendatangkan faedah baginya, hanya tambah penat saja. Jika dulu sudah di jelaskan tidak percaya lagikan sekarang. Terang bersuluh bersama Rifaat Rafie.

Adnan pula hanya melihat apa yang Puan Rosma melakukan pada bekas bininya. Sayang pada bekas isterinya tapi tidak mampu melakukan apa-apa bagi menghalang mammy berlaku kasar pada Hudiya. Dirinya bagai kerbau yang sudah di cucuk hidung hanya menurut sahaja.

Puan Rosma menolak Hudiya Imani lagi sekali dan Rifaat Rafie sempat menahan Hudiya Imani dari terjatuh.


“Sayang okay?”


Hudiya Imani mengangguk kepala.


Adnan merasa geram apabila melihat Rifaat Rafie memegang Hudiya Imani. Api cemburunya mula naik. Kau kata suka Datuk Yacop tapi dengan jantan ni juga. kau tipu aku.


“Apa lagi tak cukup sayang?”


“Diya nak ambik barang adik,”


“Pergi ambik Abang teman,” Rifaat Rafie terus menolak Puan Rosma dan Adnan untuk masuk ke dalam rumah. Rifaat Rafie tahu Adnan tidak akan berani melawannya. Puan Rosma, perempuan tua ni sangat senang untuk dia uruskan.


“Kau siapa nak masuk rumah aku” Puan Rosma marahkan Rifaat Rafie sambil mengejarnya masuk ke dalam rumah.


“Sayang pergi ambik barang sayang,” ekor mata Rifaat Rafie mengikut langkah Hudiya Imani hingga hilang.


“Mak Cik tanya Adnan siapa saya,” Rifaat Rafie sempat menahan Adnan dari mengikut Hudiya Imani. “Kenapa rindu bekas bini? Jangan cakap gila talakpula,a”


“Buat apa gila talak dengan perempuan macam tu. Kau pun dah kena guna dengan perempuan tu,” Suara Puan Rosma kuat menandakan dirinya masih sakit hati dengan Hudiya Imani.


Rifaat Rafie duduk di kerusi yang ada di ruang tamu. “Aha...” Di pegang dagunya lalu diingatkan kembali saat pertama kali bertemu dengan Hudiya. Terubat rindu pada Adila kerana Diya.


“Kau dah tahu,” Puan Rosma tersenyum sinis memandang ke arah tangga rumah anak lelakinya. Tangga yang Hudiya Imani lalu sebentar tadi.


“Sebab badan Diya sedap tak macam perempuan lain. Kau mesti tak pernah rasa kan Adnan?” Rifaat Rafie sengaja ingin menyedarkan Puan Rosma yang jahat dan jijik sebenarnya adalah anak lelakinya sendiri. Pada masa sama mahu menambah api kemarahan Adnan. Betapa susahnya mahu dapatkan Hudiya kerana lelaki tak guna di hadapannya ini.


“Mak Cik tahu tak kenapa Diya tu tak mengandung,” Rifaat Rafie tersenyum masih terbayang akan pertama kali bersama Diya. Jika tidak jumpa Diya pasti sampai sekarang berperangai buruk.

“Sebab Adnan tak pernah sentuh diya. Aku yang tebuk lubang dara Diya. Rugi kau Adnan depan mata tak pernah bersama Diya. Kahwin dah lama tapi tak merasa tebuk dara isteri sendiri,”


Puan Rosma melihat anak lelakinya. Mustahil Adnan tidak pernah bersama Hudiya Imani sepanjang perkahwinan mereka. “Pelacur mana ada dara lagi, kau nak penipu aku. Ingat aku bodoh,”


Adnan terus tersentak. Hampir tertipu dengan kata-kata Rifaat Rafie. “Perempuan tu tak ada dara sejak aku kahwin dengan dia," tidak akan sesekali dia percayakan kata-kata yang penuh licik dari Rafie.

“Kau tak bersama mana kau tahu. Kecian Diya. mesti dia dah banyak cakap, terangkan tapi tak ada seorang pun percaya. Fitnah dunia ni sungguh menyeramkan,”


Adnan tiba-tiba teringat semula akan kata-kata Hudiya Imani. Hudiya menafikan semua kata-kata Adnan. Hudiya minta Adnan menyentuhnya untuk buktikan dirinya benar.


“Ha.. Mak Cik tahu tak, yang jijik bukan Diya tapi anak Mak Cik ni. Kau ingat Adnan macam mana kau jual bini kau dekat aku. Sampai dalam bilik hotel Diya merayu dekat kau, tapi kau tak pedulik langsung dekat Diya sebab apa. Nak project besar. Duit masyuk,”


Puan Rosma terkejut dengan pengakuan Rifaat Rafie. “Adnan betul ke ni?” Tak kan anaknya sanggup buat perkara terkutuk begitu.


“Tak mammy. Laki ni saja ingin menipu kita semua, buat kita bergaduh,” Bangsat kau Rafie. Kau kata dulu hanya kau dengan aku je tahu. sekarang kau bagitahu Mammy aku.

"Ingat Mak Cik serang Diya dekat hotel dulu," Rifaat Rafie tersenyum sinis. "Adnan jual dekat aku seminggu dengan harga 500k," Lagi kejahatan Adnan di bongkarkan di hadapan Puan Rosma tapi Rifaat Rafie tahu Puan Rosma tidak percaya akan kata-katannya.


“Nak kata tipu pun tipu la. Mak Cik rasa macam mana Diya jumpa penyelamat dia ni. Bukan ke dari mula Adnan kawin Diya dah di kurung. Tapi aku juga untung dapat Diya. Lagi satu untuk pengetahuan Mak Cik. Saya bayar Adnan 100juta untuk ceraikan Diya. Bukan dengan rela hati dia ceraikan Diya. Anak Mak Cik ni sanggup buat apa sahaja untuk duit. Jangan Mak Cik pula jadi mangsa kena jual,”


“Abang Jom,” Diya muncul dengan sekotak barang.


“Jom sayang...” Rifaat Rafie datang ke arah Hudiya Imani dan berhenti di depan Adnan “Ni kad kahwin kitaorang. Sepatutnya kami terus nikah lepas kau ceraikan Diya. Sebab kau kan tak pernah sentuh Diya tapi Saya tunggu juga 3bulan,” Rifaat Rafie mengambil kotak di tangan Hudiya Imani.


Kad Kawin!! Hudiya Imani terkejut. Di pandang wajah Rafie beriak biasa. tidak di beritahu bila, tiba-tiba kawin. Dia Tuan, semua keputusan dia yang buat. Aku kena menurut semuanya, yang penting aku bahagia sekarang. terlepas dari Adnan. aku juga yang janji, suruh Rafie ni kawin dengan aku dulu.


“Lepas cucu Mak Cik lahir sila buat ujian DNA ye. Takut tu bukan anak Mak Cik. Mak Cik tak suka yang baik dapat la yang lebih menjijikan. Hahaha...”


“Kau cakap apa ni Rafie,” Adnan memarahi Rifaat Rafie berkata bukan-bukan di hadapan mammy.


“Jom sayang,” Rifaat Rafie tidak perdulikan kemarahan Adnan. Hudiya Imani keluar dari rumah yang pernah menjadi pertaruhan maruahnya. Ini kali terakhir dia akan jejaskan kaki di sini.


“Baju ni buang je,” Rifaat Rafie menendang beg baju di lantai.


“Memang tak nak pun,” Hudiya Imani berjalan dengan pantas menuju ke kereta Rifaat Rafie untuk buka bonet kereta lelaki itu.


“Diya!!” Adnan memanggil “Maafkan Abang,”


Hudiya memandang Adnan yang berada di pagar rumah. “Terima kasih jadi suami aku sebelum ini. Terima kasih tak pernah sentuh, jaga maruah aku untuk berikan pada lelaki lebih baik daripada kau,” sempat Hudiya berikan senyuman pada Adnan.


“Dah jom Sayang,” Rifaat Rafie bawa Hudiya Imani masuk ke kereta kemudian berpatah balik ke Adnan.

“Ada gift dalam sampul. Dari Isteri kesayangan You,” Rifaat Rafie tersenyum sinis sebelum dia juga masuk ke dalam kereta.


Puan Rosma yang ada di dalam rumah terkejut melihat gambar-gambar menantu yang di sanjung buat perkara tidak senonoh dengan lelaki lain. Bukan seorang tapi ramai. Terasa mahu pitam. Dunia berpusing dengan laju.

Adnan beriak seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience