Langkah kaki Hudiya Imani terhenti apabila melihat Adnan berada di hadapan. Datuk Yacop tahu kenapa Hudiya Imani berhenti menolaknya.
“Di. Ya ra aii o rangg”
“Okay Daddy,” Hudiya Imani menolak semula kerusi roda Datuk Yacop memasuki ruang lobby pusat fisioterapi.
Adnan tersenyum memandang Hudiya Imani. Di ikut langkah Hudiya Imani. “Sayang sihat?”
Hudiya Imani diam tidak membalas pertanyaan Adnan.
“Abang rindu Diya. Kita balik jom sayang,” suara Adnan keluarkan selembut yang boleh. Bagi memujuk isterinya.
Hudiya ke kaunter pendaftaran. Di buat Adnan seperti tiada di sisinya. Darah Adnan semakin naik di kepala apabila Hudiya Imani buat seperti dia tidak wujud di sisi wanita itu. Tidak di endah sedikit pun padanya.
“Abang minta maaf Diya. Abang menyesal dengan apa yang telah abang buat pada Diya sebelum ini," Adnan cuba bersabar lagi.
Hudiya Imani menolak Datuk Yacop di tempat yang mempunyai kerusi yang kosong untuk dia duduk.
Tapi sekejap sahaja kesabaran Adnan hilang. Dia menepis tangan Hudiya dan menolak jauh Datuk Yacop dan menarik tangan Hudiya Imani agar ikutnya.
Hudiya Imani sempat menahan badannya dari terus di heret. “Nak aku jerit,” Hudiya tenung tajam pada anak mata Adnan. Takutnya di tolak tepi.
Adnan terpandang seorang pemuda yang sedang memerhatikan dia dan Hudiya. Pandangan pemuda itu pada Adnan sangat mencurigakan. Bagi mengelak masalah berlaku, Adnan terpaksa melepaskan tangan Hudiya Imani.
“Kau dengar perempuan. Kau ingat boleh lepas dari aku, kau tak terima tuntutan taat setia aku. Benda lain aku boleh buat." Di cengkam pipi Hudiya Imani dibawa mengadap ke wajahnya. “Kau ingat ada orang tolong kau, aku tak berani lawan. Lagi aku teruja, permainan bagaimana pula kau akan mainkan,”
Lelaki di hadapan Hudiya Imani menepis tangan Adnan kerana menyakiti Hudiya. Adnan pergi dengan perasaan marah. Rayuannya sudah tidak di dengari Hudiya Imani. Tidak seperti dahulu.
Adnan baru sedar, Hudiya berubah sejak bertemu dengan bangsat Rafie. Pasti lelaki itu berkata sesuatu yang dapat menghasut isterinya. Sejak pertemuan pertama dengan Rafie, Hudiya berubah sedikit demi sedikit. "Aku tak dapat Diya, jangan harap kau boleh dapatkan dia,"
“Terima kasih Dik” Hudiya memandang pemuda yang menolongnya.
“Sama-sama,"
Hudiya Imani mengambil semula Datuk Yacop yang di tolak agak jauh. “Sorry Daddy,”
“Ta . Pe”
..
(maaf tak tahu dalam court mcm mana. Kita hentam sajalah labu..)
Pembentangan kedua belah pihak berlaku.
“Defenden keluar rumah tanpa izin suami,”
“Defenden keluar untuk selamatkan diri. Daripada di pukul oleh ibu plaintif,”
“Ibu plaintif sudah keluar rumah bersama plantif kenapa perlu defenden keluar rumah lagi,” Peguam Adnan menegaskan kata-katannya.
“Ibu plaintif boleh datang bila-bila masa. Semasa defenden di serang plaintiff tiada di rumah. Ibu plaintif mempunyai kunci rumah yang defenden duduk,"
“Okay. Tetapi plaintiff sudah meminta maaf untuk pihak ibunya. Sudah minta maaf!!”
“Ingat maaf boleh selesaikan masalah. Cuba Tuan peguam kena pukul selama dua tahun. Alangkah kena cubit sikit sakit. Ke Tuan peguam nak saya tampar Tuan peguam kemudian Saya meminta maaf. Senang selesai terus masalah,” Puan Sharifah menyindir Peguam mewakili Adnan.
"Lagi satu, kenapa bukan ibu plaintiff sendiri minta maaf? sebab tak ada keinginan atau tak ada kesedaran lagi. Mahu memukul defenden semula sesuka hati lagi?,"
"Ibu plaintiff katakan maaf pada anaknya. Itu sudah memadai,"
Pang!!
Adnan terkejut apabila Hudiya bangun dan menamparnya dengan kuat. Kesan tapak tangan Hudiya pada pipi Adnan juga jelas kelihatan.
"Sharifah! jaga client kamu!" Hakim menegur,
"Saya minta maaf Tuan Hakim." Pandangan pula di tukar kepada Adnan dan diberi senyuman sinis. "Client saya minta maaf encik Adnan. Selesai sudah ye. Tapi sakit tu masih ada kan, itu baru sekali cuba bayangkan Hudiya kena berkali-kali teruk dari ni. Cuba Tuan Hakim nilai sendiri dua tahun bukan sahaja tampar yang mangsa kena!" diberikan laporan perubatan Hudiya berserta gambar-gambar keadaan badan Hudiya selepas di pukul.
"Plaintiff sudah meminta maaf dan tidak ulangani lagi. Sepatutnya defenden dengar dan memaafkan. Kerana plaintiff menolak, itu hanya pukulan sebagai pengajaran untuk plaintiff,"
"Defenden sudah mengaku! Kalau untuk pengajaran bukan pukul hingga tidak sedarkan diri berhari-hari. Pasti Tuan peguam tidak melihat bagaimana kecederan anak buah saya kan." Di campakan gambar-gambar luka Hudiya di meja wakil peguam Adnan. "You look,"
Peguam Adnan terdiam selepas melihat gambar-gambar Hudiya. Termasuk rekod perubatan.
“Plaintiff sudah beberapa kali pujuk defenden tetapi defenden tetap menolak,”
"Tuan peguam boleh fikir sendiri. Kalau Tuan peguam nak ke terima pujukan kalau dah kena macam plaintiff," bidas Sharifah. “Saya boleh bawa saksi. Bagaimana defenden pujuk. Itu bukan pujuk tapi memaksa!'
“Saksi Puan Peguam tidak boleh di pakai. Sebab dia sakit..”
“Sakit stroke bukan mental. Lagi ada saksi lain ketika plaintiff menyerang mangsa di hospital. Ramai mata melihat, nak Saya bawa semua ke sini ke”
“Defenden mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan tinggal di rumah teman lelakinya,” serangan lain pula dibuat apabila nampak kelebihan dipihak Hudiya.
“Confirm ke tu rumah teman lelaki defenden. Plaintif ada bukti yang defenden duduk situ. Saya rasa ni mesti sebab defenden sentiasa di rumah majikannya. Sampai di tuduh majikan sebagai kekasih,"
“Plaintif tidak benarkan defenden berkerja!”
“ALLAH… Dah keluar rumah dengan tiada duit. Nak biar defenden mati kebuluran, nanti jadi kes suami tak bagi isteri makan pula,”
Kes di sebut lagi pada minggu hadapan pada waktu yang sama bagi tuntutan fasakh Puan Hudiya Imani.
..
“Adnan. You nak menang kes ni you kena jaga your behave. Jangan serang isteri you!”
“I don’t care. Nanti Hakim akan settlekan,” dengan berlagak sekali Adnan membalas.
Peguam mewakili Adnan mengeling kepala, dia tahu sebelum ini tuntutan fasakh Hudiya Imani juga kerana Adnan memberi sogokan pada Hakim dan Peguam yang mewakili Hudiya Imani. Dia sendiri sebolehnya mahu Hudiya Imani lepas dari lelaki tak guna seperti Adnan. Mungkin kali ini dia perlu buat sesuatu untuk menolong Hudiya.
Adnan datang ke Hudiya Imani yang sedang bercakap dengan Puan Sharifah. “Sayang. Next week sayang kena balik ye. Abang tunggu,”
Puan Sharifah menarik tangan Hudiya Imani untuk pergi dari situ. Puan Sharifah merasakan Adnan seperti orang tidak siuman.
“Esok saya datang rumah Encik Rafie untuk berjumpa dengan Puan,”
“Terima Kasih,”
“Ye. Puan boleh balik. Kereta Puan sudah sampai,” Puan Sharifah menghantar Hudiya Imani hingga ke kereta. Risau jika Adnan ingin melarikan Hudiya Imani seperti di hospital tempoh hari.
“Puan perasaan tak muka Hakim macam sambil lewa je dengar ulasan dari Puan,” Aliff bersuara selepas Hudiya Imani pergi.
“Ye. Saya rasa sebab itu tuntutan fasakh Puan Hudiya sebelum ini terbatal. Hakim yang sama untuk kali ke empat. Saya dah rasa pelik bila Tengok nama Hakim. Tak akan kebetulan untuk empat kali,”
“Puan rasa macam yang saya rasa ke?”
“Kita tidak boleh tuduh tanpa bukti, tapi tiada yang mustahil,“
Share this novel