G 32 : KLINIK GIGI

Humor Series 35125

Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie masih lagi duduk di kerusi ruang tamu sambil membaca buku. Jam sudah menunjukkan pukul 9.


“Tuan tak pergi kerja ke?”


“Cuti,”


“Daddy hari ni cuti la exercise. Nanti ada orang nampak,” Hudiya Imani berbisik di telinga Datuk Yacop. Datuk Yacop membalas dengan anggukan kecil.


Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani berbisik sesuatu pada Datuk Yacop. Apa benda diorang ni buat hari-hari. Tengok CCTV tidak nampak. Rifaat Rafie tahu mesti Datuk Yacop yang arahkan di mana harus mereka duduk agar terlindung dari CCTV.


“Pukul 10 aku hantar kau pergi klinik gigi,” Rifaat Rafie bersuara sambil matanya masih menatap paper.


“saya dah minta Pak Ali hantarkan,”


“Kau ada duit?” Rifaat Rafie jeling matanya Ke Hudiya.


Hudiya Imani geling kepala.


“Tahu tak ada duit. Ikut cakap aku. Bik nanti tengokkan daddy sekejap,”


“Boleh aje Tuan,”

..


Hudiya Imani menjengah kepala di kaunter pendaftaran untuk melihat Rifaat Rafie mendaftarkan dirinya.


“Encik boleh tunggu sebab sekarang doctor sedang rawat yang buat appointment dahulu,”


“Okay, baiklah,”


“Encik boleh duduk dulu. Bila tiba giliran saya akan panggil nama isteri Encik ye,”


“Okay. Thanks” Rifaat Rafie memusingkan badannya mengadap Hudiya Imani yang sibuk juga menjengah kepala di kaunter pendaftaran. “Dah Diya duduk dulu,” Rifaat Rafie menolak badan Hudiya Imani dengan lembut.


Lembutnya bercakap. Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie berbeza dengan dirinya apabila di rumah dan di hadapan orang lain. Baru sahaja melaburkan punggung Hudiya Imani di tegur seseorang.


“Diya kan?”


“Emy!” Tersenyum Hudiya Imani melihat kawan lamanya lalu di peluk untuk melepaskan rindu. Rifaat Rafie hanya melihat sambil mengoyangkan kaki yang disilangkan. Ada kawan juga budak ni rupanya. Ingatkan tak ada kawan.


“Kau dah tak dengan Adnan ke?” Emy bertanya kerana dia dengar nurse membahasakan Hudiya Imani isteri kepada lelaki di sebelahnya.


“Ye!! I husband dia sekarang,” Rifaat Rafie jawab bagi pihak Hudiya Imani.

Hudiya Imani hanya senyum sahaja melihat kawannya. “Duduk la,” Hudiya Imani menarik tangan Emy untuk duduk disebelahnya.


“Bagus la kau dah cerai dengan Adnan. Aku dari dulu nak cerita dekat kau tapi Adnan boleh buat kau berhenti kerja dekat tempat kita orang. Aku diamkan je,”


“Benda lepas biarkan la,” Hudiya Imani tidak mahu mengingati kisah lama lagi.


“Kenapa?” Rifaat Rafie menongkat dagu memandang Emy dan Hudiya Imani.


“Laki kau tahu tak?” Emy memandang muka Rifaat Rafie.


“Tahu... Adnan kenapa?” pantas Rifaat Rafie jawab. Nak korek rahsia yang masih dia tidak ketahui.


“Time kau kerja dekat kitorang hari-hari Adnan nak minta service dari kau tapi bos kitaorang tak bagi. Adnan sanggup bayar banyak tetap bos kitaorang tolak sebab jahat bos aku tu dia ada baik juga. Kau kerja sebagai cleaner bukan pemuas nafsu jantan tak guna semua tu dia cakap. Kalau dia jahat boleh je dia suruh Adnan rogol kau. Bukan setakat Adnan. Ramai lagi jantan tak guna macam tu,”


“Aku ingat lepas Adnan kawin dengan kau dia stop datang tapi makin kerap dia datang. Dia punya nafsu tu gila melampau. Macam mana kau layan dia dulu. Aku asyik fikirkan kau je. Kecian dekat kau. Nak call kau tak dapat. Sebab aku tahu Adnan kurung kau tak bagi keluar rumah sampai phone number kau pun dia tukar. Contact number kitaorang dia delete,”


“Aha, macam mana kau tahu?” Diya sedikit pelik.


“Sebab aku dengar dia berbual dengan kawan dia. Minta number kau boleh berbual bila ada masa free,” Emy sudah keluarkan telefon dia.


Hudiya Imani mencari telefon di dalam beg tapi tidak ddijumpai. “Hilang,” Hudiya Imani memandang Rifaat Rafie. Selalu jika telefonnya hilang Rifaat Rafie yang akan jumpa.


“Hilang ke letak merata, pergi cari dalam kereta,” Rifaat Rafie menghulurkan kunci kereta kepada Hudiya Imani.


“Emy kau tunggu sekejap,” laju Hudiya Imani ke kereta Rifaat Rafie.


“Beg pun tak tutup,” Rifaat Rafie mengomel sendiri menutup beg tangan Hudiya yang di letakkan di sebelahnya. Perempuan ni kalau tak bawa handbag tak boleh apa. Bukan ada barang pun. IC pada aku. Duit pun aku yang keluar.


“Aku harap kau tak macam Adnan. Kurung Diya, Kawin semata-mata nafsu dan duit. Diya tak tahu Adnan buat perjanjian dengan kawan dia tak akan buat Diya mengandung hingga Diya umur 40,” Emy bercakap sambil mukanya memandang hadapan.

“Aku hari-hari cuba cari jalan nak bagitahu Diya tapi tak dapat. Sekarang dia bukan dengan Adnan. Aku lega dah. Aku tahu kau baik. Kalau tak kau tak akan tebus Diya dari Adnan,”


Tebus!! tebus apa? “Macam mana kau tahu aku tebus Diya,”


“Adnan tak akan lepaskan Diya selagi dia tak dapat wang taruhan dia. Itu perjanjian antara Adnan dengan kawan dia. Adnan tak akan rela rugi. Dia lebih pentingkan duit kekayaan dari segalanya,”


Rifaat Rafie memandang muka Emy yang sentiasa memandang ke hadapan. Dia terkejut dengan apa yang di dengari. Ni ke maksud diri di perjudikan. Maknanya Diya dah tahu sebab tu Diya sanggup jual dirinya sendiri semata-mata mahu lepaskan diri dari Adnan.


Emy memandang ke Hudiya yang tersenyum memasuki klinik semula. Dia dengan pantas menukar topik perbualan.


“Sorry Emy. nombor kau apa?” Hudiya Imani sudah siap sedia untuk menekan skrin di screen telefon.


“Kau ni macam tak boleh bagi nombor kau dulu. Aku kan boleh miscall kau,”


“Aku lupa nombor sendiri. hehehe... Yang lain macam mana? Sihat?”


“Macam aku juga. Laila dengan Emily dah stop,”

..


Mahu ketawa Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani takut untuk di tampal giginya. Di cengkam dengan kuat bahu kerusi yang dirinya sedang baring.


“Puan relax. Tak sakit pun,” doctor cuba menenangkan Hudiya Imani

“Lepas tampal doctor cuci,”


“Ha!!!” Hudiya Imani meronta tidak mahu di cuci giginya.


“Puan diam,”


Selalu kau je kenakan aku. Ni giliran aku pula. Rifaat Rafie tersenyum jahat melihat Hudiya Imani.

..

Rifaat Rafie merasakan badannya tidak dapat di gerakan. Matanya terbuka tapi masih lagi gelap, bukan seperti di dalam bilik.


"Yaa siin. Walquraanil hakiim. innaka laminal mursaliin. ‘alaa shiraathin mustaqiim. tanziila al’aziizi rrahiim. Litundzira qawman maa undzira aabaauhum fahum ghaafiluun"


Rifaat Rafie cuba sekuat hati untuk melepaskan dirinya. Aku tak mati. Aku tahu aku tak mati lagi.


Man Rabbuka? Suara kasar kedengaran di cuping telinganya.


Hudiya Imani memberi isyarat kepada Pak Ali agar memukul Rifaat Rafie. Pak Ali mengeling kepala tidak mahu lakukannya. Bibik Salma memberi isyarat dia yang lakukannya.


Rifaat Rafie merasa sakit badannya seperti di pukul sesuatu.


Man Rabbuka? Pak Ali lagi sekali bersuara garau.


Rifaat Rafie berhenti meronta. Aku macam kenal suara ni. “Pak Ali!!!!” Rifaat Rafie menjerit sekuat hati di permainkan oleh Pak Ali.


Hudiya Imani memberi arahan agar keluar dari balik Rifaat Rafie. "Cepat-cepat. buat macam biasa." mulut bercakap tapi tidak keluar sebarang suara.


Sebaik dapat buka ikatan selimut yang menyelubungi dirinya Rifaat Rafie dengan pantas ke mencari Pak Ali di dalam biliknya.


Bila di buka pintu bilik. Pak Ali sedang membaca Al-Quran dan tidak jadi untuk dimarahi. Di cari pula Bibik Salma tapi tiada, mungkin di dalam bilik. Aku tahu kerja siapa, kau kena Diya. Memang Diya sahaja berani buat bukan-bukan, sampai semua orang dalam rumah ni terpengaruh.


“Tuan dah bangun. Diya baru nak kejutkan Tuan,” Hudiya Imani buat seperti tiada apa-apa yang berlaku menguruskan Datuk Yacop.


“Kau jangan nak berlakon depan aku. Ingat aku tak tahu,” Rifaat Rafie berdiri di pintu bilik Datuk Yacop memandang Hudiya Imani dengan pandangan marah.


“Apa Tuan cakap ni” Hudiya Imani tercenggang melihat Rifaat Rafie kerana dengan tiba-tiba di marahi. Berlakon je ni.


“Kau berhenti kacau aku time kau sakit gigi je. Dah elok kau start balik kenakan aku,” Rifaat Rafie rasa ingin di tongjol sahaja kepala Hudiya Imani dengan jarinya. Tapi sebab dapat back up kuat dari Datuk Yacop dimatikan niatnya.


“Na.pe?” Datuk Yacop bersuara bertanya melihat Rifaat Rafie walaupun dirinya sudah tahu rancangan untuk mengenakan Rifaat Rafie dari Hudiya Imani lebih awal.


Hudiya tersenyum sedikit tidak dapat menahan geli hatinya.


“Aku nampak kau senyum. Sejak kau duduk sini. Korang berempat memang suka kacau aku kan. Lagi-lagi kau,”


“Senyum sedekah Tuan.” Lagi lebar senyuman Hudiya Imani. “Tuan dah dekat sini jadi Imam,”


Rifaat Rafie masuk ke tandas dalam keadaan marah. Semakin lebar senyuman Hudiya Imani bergitu juga Datuk Yacop. “Daddy!!” Hudiya Imani menunjuk simbol bagus.

Cara dia mengejutkan Rifaat Rafie sedikit sebanyak dapat menginsafkan diri Rifaat Rafie. Hudiya Imani buat semua ini kerana Datuk Yacop yang meminta pertolongan darinya. Jika tidak dia memang tidak akan pedulik dengan apa yang Rifaat Rafie lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience