Bab 19 Dilema

Romance Series 3601

Nuha dan Zara berjalan beriringan menuju ke dewan bola keranjang. Nuha menceritakan segala-galanya tentang luahan perasaan Luth kepadanya.

"Finally! Berani jugak Luth confess perasaan dia dekat kau. Sumpah demi tuhan aku tumpang gembira untuk kau Nuha." Zara memeluk bahu Nuha erat.

"Tapi.. aku baru nak bagi jawapan aku dekat dia hari ini." jelas Nuha dengan nada yang teragak-agak. Nuha memandang ke bawah. Dia sendiri masih tidak pasti dengan jawapannya. Dia bimbang jika dia akan menjejaskan hubungan persahabatannya bersama Luth jika dia menerima perasaan itu.

"Kau suka dekat dia, dia pon suka dekat kau. Kau perlu berani ambil risiko, aku tahu kau fikir kalau korang putus secara tiba-tiba lepas tu dah tak boleh nak rapat macam dulu kan?" soal Zara. Nuha hanya mengangguk lemah. Riak wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.

"Kau kena percaya pada Luth dan kau kena percaya pada diri sendiri. Fikir dan doa yang baik-baik saja. Tolak tepi perasaan negatif tu okay." kata-kata Zara memberikan semangat kepada Nuha untuk memberikan jawapannya kepada Luth. Dia bertekad untuk menerima luahan perasaan Luth.

"Terima kasih Zara, sekarang aku dah yakin dengan keputusan aku." Zara mengangguk dan tiba-tiba saja dia tersengih.

"Nuha, aku nak tanya satu benda, tapi kau kena jujur ya"

Nuha menatap wajah sahabat baiknya itu. "Apa dia? Kenapa macam serius sangat?"

Zara tersengih. "Apa sebenarnya yang kau suka sangat dekat Luth? Aku nak dengar dari mulut kau sendiri."

Perlahan-lahan dia menarik nafas, dia mencuba mencari perkataan yang sesuai.

"Luth..He’s not just someone I like, he’s someone who understands me without me saying a word." Zara merenung Nuha, terpegun dengan jawapan yang sangat mendalam itu. Dia mengeluh kecil, sambil mengusik,"Haih, Nuha... kau ni memang betul-betul dah jatuh cinta dengan dia, kan?"

Nuha menunduk malu"Maybe."

Suasana di dewan gelanggang bola keranjang itu meriah. Deruan kasut yang menghentam lantai bercampur dengan suara sorakan dan jeritan semangat. Sekumpulan lelaki berlari-lari, mata mereka tidak lepas daripada bola yang melantun di tengah gelanggang.

"Noah, catch this!" jerit Luth sambil melambungkan bola ke arahnya.

Noah menyambut bola itu dengan lincah, memintas dua pemain lawan yang cuba menghalangnya. Dengan satu lompatan tinggi, dia melontarkan bola ke arah jaring. Swish! Bola masuk sempurna, mencetuskan sorakan gemuruh daripada mereka yang menyaksikan.

"Terbaiklah, Noah!" Zara bertepuk tangan sambil tersenyum bangga melihat sahabat baiknya.

Namun, permainan belum tamat. Bola kini di kaki Luth. Dia menggiring bola dengan penuh keyakinan, mengelak lawan yang cuba menahannya. Dalam satu pergerakan pantas, dia melontarkan bola ke jaring. Bunyi dentingan lembut ketika bola masuk memecahkan kegelisahan.

"Gol lagi! Hebatlah kau Luth!" Nuha melompat kecil dengan gembira, menyokong dari tepi bersama Zara. Ketika dia berjaya menjaringkan gol, dia sempat mencuri pandang Nuha. Senyuman gadis itu melebar, dan tepukan kecil darinya seperti hadiah paling berharga di tengah-tengah sorakan ramai.

Noah dan Luth bertukar pandang, senyuman mereka lebar. Dalam permainan ini, mereka bukan sahaja rakan sepasukan, tetapi juga sumber semangat antara satu sama lain. Bagi Noah, sorakan Zara dari tepi cukup untuk membakar semangatnya, walau hati kecilnya sedar, senyuman Zara hanyalah cuma sebagai sebagai sahabat.

Qistina berdiri di tepi gelanggang, clipboard di tangannya. Sebagai pengurus kelab bola keranjang, senyumannya sentiasa terukir. Dia memberi semangat kepada setiap ahli yang berlari lincah di tengah-tengah permainan. Suara sorakan dan bunyi bola melantun menambahkan kehangatan suasana walaupun ini hanyalah aktiviti kelab sekolah.

Namun, di sebalik senyumannya itu, pandangan matanya sering kali terarah kepada seseorang di tengah gelanggang. Cara dia menggiring bola, lompatan tingginya, dan fokusnya ketika bermain membuatkan Qistina terpaku.

Dia cuba mengalih pandang ke arah pemain lain, cuba menyembunyikan debar di dadanya. Tetapi setiap kali lelaki itu menjaringkan gol atau ketawa bersama rakan sepasukan, hatinya berdegup kencang, seolah-olah dia sendiri yang berada di gelanggang itu.

Permainan tamat dengan sorakan kecil dari ahli kelab bola keranjang dan juga pelajar-pelajar perempuan yang menyaksikan permainan mereka. Noah duduk bersila di atas lantai gelanggang bersama Azim, Rahim, dan beberapa ahli yang lain. Mereka berbual santai, mengenai aktiviti kelab. Ramai pelajar pelajar perempuan melihat mereka dan tersenyum-senyum memandang ke arah mereka.

Sementara itu, di luar gelanggang, Luth sedang membongokkan sedikit tubuhnya, dan mengikat tali kasutnya yang terlerai sejak tadi. Peluh menitis di dahinya, menandakan betapa seriusnya dia dalam aktiviti tadi.

Tiba-tiba saja Qistina menghampiri. Gadis itu duduk di sebelahnya, senyuman kecil menghiasi wajahnya. Dengan lembut, dia mengeluarkan sapu tangan dari poket dan mengesat peluh di dahi Luth.

Luth tersentak kecil, jelas terkejut dengan tindakan itu. Dia memandang Qistina seketika sebelum menepis perlahan tangannya. "Apa ni Qis? Aku boleh buat sendirilah" dingin saja nada suaranya itu. Tanpa mereka sedari Nuha dan Zara memerhatikan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience