Epilog - 1

Romance Series 4957

Ivy POV

Beberapa hari selepas Alisha ditangkap, kami mendapat berita bahawa satu lagi beban telah terangkat — Uncle Malik juga diberkas pihak polis selepas siasatan rapi.

Sejak hari itu, dunia seolah-olah bertukar wajah. Wartawan berkumpul di depan pintu JZ Group dan rumah kami, menunggu apa sahaja kenyataan baharu.

Media sosial pula tak henti-henti menyiarkan berita — yang betul, yang palsu, semua ada. Tapi aku tengok Papa dan Jayden tetap tenang. Mereka tak pernah melatah, malah mengawal keadaan dengan cara paling profesional.

Maka hari ini, di dewan besar JZ Group penuh sesak. Papa berdiri di hadapan semua wartawan dan ahli lembaga syarikat.

“Syarikat yang dahulu diterajui oleh adik saya, Malik, kini akan diserahkan kepada anaknya, Muaz. Sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan JZ Group atau berdikari — keputusannya terletak di tangan Muaz sendiri.”

Tepukan bergema di seluruh dewan.
Aku lihat Muaz berdiri di sisi Aunty Latifah, wajahnya matang dan tenang. Kesihatan Aunty Latifah juga semakin baik — tak lagi suram seperti dulu.

Hari ini bukan sekadar sidang media.
Ia hari penutup luka.
Hari di mana semua yang tersimpul akhirnya terurai.

---

“Sweetheart, awak cantik sangat malam ni,” bisik Jayden di telinga aku, disusuli ciuman lembut di dahi.

Aku tersengih kecil. “Awak ni kan, mulut tu manis mengula je.”

Jayden senyum nakal. “Saya kena kekalkan kesabaran saya ni. Kalau tak, malam ni ada juga mata lelaki yang kena korek.”

Aku ketawa kecil. “Sayang… awak kena terima... ni kerja saya. Tak payahlah cemburu sangat. Lagipun, mata saya, hati saya, seluruh badan saya cuma kenal awak je.” Tangan melingkar di leher Jayden.

Dia ketawa kecil sebelum aku sempat habiskan ayat. “Dan saya harap awak kekal macam tu sampai bila-bila.”

---

Sidang media selesai dengan tepukan dan senyuman lega di wajah semua orang.
Tak lama kemudian, jurugambar syarikat datang menghampiri kami.

“Boss! Puan Ivy! Pandang sini!”

Klik! Klik!

Aku dan Jayden berpaling ke arah jurugambar syarikat. Kami hanya mampu mengeluh — Jayden lagi, sebab dia memang tak suka bergambar.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu —
baru-baru lepas kami kahwin, aku pernah pinjam telefonnya sebab nak cari jadual posting syarikat.
Entah macam mana, aku tertekan satu folder khas yang dia namakan “Sweetheart”.

Dalam folder tu… penuh gambar aku.
Gambar masa aku kerja, masa aku tidur, masa aku tengah marah — semuanya dia ambil diam-diam.
Aku tergelak sendiri masa tu. Tak sangka lelaki yang kononnya tak suka bergambar, rupanya obses dengan aku.

Sejak tu, aku pun balas dendam kecil — ambil gambar dia curi-curi setiap kali ada peluang.

“Sudahlah tu,” aku usik sambil tergelak. “Boss, awak ni bukannya pandai bergambar pun. Tengok, keras je!”

Aku tersenyum bila dia merenung lama. Dalam pandangan itu ada segalanya — cinta, tenang, dan janji yang tak perlu diucap.

“Sweetheart, awak tak penat ke? Bila lah majlis ni nak tamat,” dia mengeluh sambil merenung.

---

Sebaik saja pekerja Jayden beredar, satu idea terlintas di kepala aku.
“Sayang… apa kata kalau kita pergi bercuti? Semua dah selesai kan?”

Jayden senyum lebar, mata hazelnya yang cantik tu betul-betul tenang bila pandang aku.
“Hm, bagus juga idea tu, sweetheart. Just name it, and I’ll arrange everything special for you.”

Aku tepuk tangan kecil, teruja. Tapi suara Hakimi mencelah dengan gaya ‘spoiler’-nya.

“Habis kami macam mana?!” katanya dengan muka separuh merajuk.

Aku berpaling, sambil menekan nada dengan sengaja.
“Kau dengan Hanis lepas majlis kahwin korang nanti pergilah honeymoon sendiri. Jangan kacau kami!”

Hanis menjeling tajam. “Kalau korang berdua pergi bercuti, macam mana dengan majlis kami nanti?”

Aku ketawa kecil. “Kami akan baliklah sebelum majlis kau, Hanis. Takkanlah aku nak terlepas hari bahagia kau.”

Jayden tersenyum, menarik aku perlahan duduk di atas pehanya.
“Do your thighs still hurt, sweetheart?” suaranya lembut penuh risau.

Aku geleng kepala, senyum. “Dah tak sangat, sayang.”

---

Tiba-tiba, suara lembut menyapa.

“Hai semua… boleh Aunty cakap dengan Hanis sekejap?”

Aunty Latifah melangkah perlahan ke arah kami.

Aku terus bangun untuk beri ruang, tapi Aunty cepat-cepat menahan.
“Tak apa, Ivy. Duduk saja."

Kemudian dia memandang Hanis. "Aunty cuma nak minta maaf bagi pihak Muaz. Selama kamu berkawan dengan anak Aunty, dia pernah sakitkan hati kamu. Aunty minta maaf… semua yang dia buat dulu hanya sebab Malik, dan untuk keselamatan Aunty sendiri.”

Hanis senyum lembut, menggenggam tangan Aunty.
“Tak apa, Aunty. Perkara tu dah berlalu. Hidup mesti diteruskan. Saya doa yang baik-baik untuk Aunty dan Muaz.
Dan Aunty… jangan lupa datang majlis kahwin saya nanti, ya.”

Aunty Latifah tersenyum, air mata bergenang di hujung mata.
“Terima kasih, sayang…”

Aku pandang wajah mereka bertiga — Hanis, Hakimi, dan Jayden.
Untuk pertama kalinya, aku benar-benar rasa… semuanya sudah kembali seperti sepatutnya.

Malam itu, aku sedar… semua luka, bila dihadapi bersama orang yang kita cinta, akhirnya akan sembuh juga.

Hai semua... ada beberapa bab lagi... huhuhuhu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience