Series
4957
Hanis POV
Ivy semakin hari semakin pulih, tapi menurut Jayden, dia masih lagi diganggu mimpi ngeri tentang kejadian dulu — cuma tidak sekerap sebelumnya. Jayden pun dah benarkan Ivy bekerja semula, tapi hanya untuk sesi photoshoot yang sangat terhad. Ivy tak berani membantah.
Sebulan lepas, pertemuan antara dua keluarga aku dan Hakimi berjalan dengan baik.
Hakimi minta supaya pernikahan kami dipercepatkan. Katanya, “Tak sanding pun tak apa. Dengan keadaan sekarang yang masih belum selesai, kalau boleh, tetamu pun kita hadkan.”
Aku setuju. Yang penting akadnya.
Sampai hari ini, polis masih belum dapat menjejaki Alisha.
Itu yang buat aku terfikir — perempuan tu manusia ke hantu? Susah betul nak tangkap dia.
---
Hari ni Ivy dan aku baru saja selesai pilih baju nikah aku. Lepas ni, kami nak ke JZ Group untuk pilih baju Jayden dan Ivy pula.
Sebaik keluar dari kawasan parkir JZ Group, tiba-tiba seseorang muncul — berpakaian hoodie hitam — dan terus menerkam Ivy dari belakang!
“Disebabkan kau, semua impian aku musnah! Kau sepatutnya mati! Jayden tu aku punya! Semua ni sepatutnya untuk aku, bukan kau!”
Alisha menjerit sambil menarik rambut Ivy dengan kuat.
Aku pantas menepis tangan Alisha, tapi dia menolak aku dengan kasar sampai aku jatuh ke lantai.
“Jayden tu suami aku! Dia manusia, bukannya barang!” Ivy menjerit lantang.
“Aku ingat kau dah insaf, Alisha. Kenapa kau masih tak sedar-sedar? Kenapa kau masih nak musnahkan hidup kau sendiri?”
Kami bergelut.
Tiba-tiba seseorang datang menarik Alisha kuat dari tubuh aku.
“Puan! Puan okay?” suara Don.
Aku sempat dengar suara lain.
“Hanis! Awak okay? Tangan awak berdarah!” — Muaz.
“Sweetheart!”
“Hanis!”
Aku cepat-cepat tarik tangan aku dari genggaman Muaz. “Saya tak apa-apa… terima kasih,” jawabku cepat.
Kami sama-sama pandang ke arah Alisha yang sedang meronta, cuba melepaskan diri dari dua anggota polis yang memegangnya erat.
“Cukuplah, Alisha. Serah je diri pada polis. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau dah tak perlu risau pasal papa”
Muaz bersuara, nadanya tenang tapi penuh kecewa.
Alisha hanya ketawa. Ketawa sekuat hati — macam orang hilang kewarasan.
“Hahahaha!”
Dan kemudian dia diheret pergi oleh anggota polis.
Selepas Alisha di bawa pergi Ivy terus menghampiri, membelek tangan aku yang luka. Riak wajahnya jelas risau.
“Kimi, bawa Hanis ke bilik Jayden. Kat sana ada first aid, rawat luka dia dulu. Nanti kita jumpa kat atas,” arah Ivy.
“Hah, okay. Jom Hanis,” kata Hakimi, memimpin aku ke lif.
Dalam lif, dia tiba-tiba memandang aku. Aku naikkan kening, pelik.
“Kenapa awak bagi Muaz pegang tangan awak tadi?” soalnya, jelas nada cemburunya.
Aku tersenyum kecil.
“Saya sendiri pun tak tahu dia ada kat situ. Kalau saya tahu, takkan saya nak bagi peluang dia pegang tangan saya,” jawabku sambil tersenyum kecil.
Cemburu pun ada manisnya juga, bisik hati aku.
---
Jayden POV
Selepas Hanis dan Hakimi beredar, aku menjeling ke arah Muaz yang masih lagi tak lepas pandang ke arah Hanis.
“Nasib baik awak ada. Kalau tak, entah apa nasib saya kali ni,” kata Ivy, wajahnya masih pucat.
“Terima kasih, Don.”
Don mengangguk. Kemudian Muaz mencelah perlahan.
“Sebenarnya, semua ni bukan secara kebetulan. Beberapa hari lepas, aku dapat jejak Papa. Lepas tu aku minta Don tolong siasat pasal Papa... dan Alisha sekali. Dan hasilnya… hari ni kita berjaya tangkap dia.”
Aku menarik nafas lega. Tapi Muaz tiba-tiba bersuara, perlahan wajahnya serius.
“Tapi aku rasa… Alisha macam sengaja serahkan diri kepada polis.”
Aku pandang dia lama.
“Apa maksud kau?”
Muaz diam sejenak.
“Selama ni… Alisha sebenarnya dalam tahanan Papa. Tapi cara dia lepas tu... peli. Aku rasa macam ada benda yang tak kena."
Don mengangguk kecil.
“Saya pun rasa begitu, boss. Alisha bukan menyerah diri — dia memilih masa untuk ditangkap.”
“Kenapa awak cakap macam tu?” tanya Ivy.
“Sebab beberapa hari lepas, saya nampak Papa macam orang hilang kawalan. Rakan kongsi dia yang selama ni bekerjasama pun dah ghaib entah ke mana,” jawab Muaz perlahan.
Masing-masing terdiam.
Dan dalam hati aku… satu rasa tak sedap mula timbul semula.
Muaz menghela nafas panjang.
“Papa dah hilang kawalan, Jayden. Dia tak sama macam dulu. Mungkin sebab terlalu lama hidup dalam dendam. Dia mula syak semua orang, sampai sanggup kurung Alisha.”
Aku berpaling padanya, nada suara aku perlahan tapi tegas.
“Dia sendiri yang pilih jalan tu, Muaz. Aku cuma harap semua ni berakhir.”
“Dan aku pun harap yang sama,” balas Muaz. “Aku tak nak jadi macam dia. Hidup penuh dengan dendam.”
Aku menepuk bahu Muaz dengan tenang.
“Kalau betul kau nak ubah hidup kau, mulakan dengan cara yang betul. Bantu polis habiskan kes ni. Lepas tu... cari semula diri kau.”
Muaz mengangguk, matanya merah menahan sebak. “Terima kasih, Jayden... sebab bagi aku peluang kedua.”
Don pula mengangguk perlahan. “Kita semua buat silap, tapi tak semua orang berani perbetulkan.”
Aku pandang wajah Ivy. Ada sedikit lega di situ.
Aku pegang tangan Ivy erat. “Sweetheart... it’s over. At least for now.”
Ivy hanya mampu senyum nipis. “Saya harap kali ni betul-betul berakhir.”
Aku mendekat, membisik di telinga Ivy.
“Kalau dia datang lagi pun... saya takkan biar dia sentuh awak lagi. Never again.”
Share this novel