Joey POV
Aku duduk di tepi tingkap bilik hotel. Hujan rintik-rintik jatuh di luar jendela, dan cahaya neon dari bangunan seberang memantul samar di cermin. Dalam genggaman aku, telefon pintar penuh dengan data yang aku kumpul sendiri selama tiga hari. Lokasi. Gambar. Rakaman suara. Segalanya tentang Alisha. Aku diam, menunggu.
Pintu hotel tiba-tiba dibuka. Suara langkah tumit tinggi bergema di dalam bilik.
"Sayang..."
Aku tidak berpaling. Dia datang seperti biasa, penuh gaya – seolah-olah dunia ini masih dalam genggamannya. Dress merah itu melekat cantik pada tubuhnya… dress yang sama dia pakai waktu Ivy hilang. Rambutnya diikat rapi, dan bibirnya merah pekat, senyum manja terukir.
Dan kalau aku tak tahu semua ini, pasti aku akan tergoda sekali lagi. Sebab apa? Sebab aku pernah sayang… terlalu sayang. Tapi sekarang hati aku dah hancur.
"You sunyi, sorang-sorang? I rindu you sangat..." katanya sambil menghampiri dan duduk di atas riba aku.
Aku diam. Mata masih tertumpu pada telefon. Alisha mula mencium leher aku lembut dan penuh menggoda, tangannya merayap ke dada.
"Alisha," aku berkata perlahan.
Dia berhenti. "Yes, sayang?"
Aku angkat telefon dan buka satu folder.
"Ini kau?" aku menyoal, menunjukkan gambar kabur – cukup jelas. Seorang lelaki memandu, dengan Alisha di sebelahnya, seorang wanita bertopeng di belakang. Aku tunjukkan gambar itu padanya tanpa berkata apa-apa.
Dia ketawa kecil, seperti mahu menenangkan situasi. "Apa ni? Sayang, itu bukan I. You suka sangat buat andaian, kan?"
Aku tarik nafas panjang. Kali ini aku berdiri dan menolak dia perlahan.
"Cukup, Alisha. Aku bukan bodoh."
Dia tergamam.
"Hari pertama, kau duduk depan rumah Jayden berjam-jam. Hari kedua, kau intai lokasi photoshoot Ivy. Hari ketiga, kau hilang entah ke mana. Sekarang Ivy pula hilang. Semua ni... kebetulan?"
Wajahnya berubah. Tapi dia masih cuba bermain kata.
"You dah mula tak percaya I? You stalk I?"
Aku ketawa sinis. "Aku mula ragu bila cinta kita cuma bayangan. Bila tiap malam kau peluk aku, tapi mimpi kau sebut nama Jayden. Bila kau cium aku, tapi mata kau kosong."
Dia berdiri, marah, tapi matanya masih menunjukkan kegelisahan yang tersembunyi. "So what kalau I masih ingat dia? I cuba lupakan dia! I cuba cintakan you! Tapi luka I dengan Jayden bukan senang nak sembuh! Cinta I pada dia dari kecil."
"Masalahnya… dia tak pernah nampak kau, Alisha. Kau tak faham ke? Aku ni siapa pada kau? Pelepas nafsu je?"
Aku menengking. Untuk kali pertama, aku tinggikan suara pada dia. Hari ini, aku nak tamatkan semuanya.
"Dari awal aku dah cakap kita cuma 'fu** buddy'. Kau yang lebih-lebih, kau yang simpan perasaan. Itu bukan masalah aku!" bentaknya, suara mula pecah dengan sedikit kemarahan.
"Kau fikir Jayden boleh terima kau ke? Dengan keadaan kau sekarang?" Aku mengetuk kepala aku dengan jari, geram.
"Aku dah mula sayang kau, Alisha. Aku sabar, aku tunggu… Tapi sekarang aku tahu, cinta aku ni… cuma mainan."
"Joey… dengar sini. Lepas semua ni selesai, I akan cuba..." Air mata mula jatuh di pipinya.
Aku melangkah ke almari, capai beg galas.
"Joey… jangan. I cuma nak Jayden tahu I masih ada. I nak dia tengok Ivy dan rasa bersalah. Tapi I tak sangka I akan jatuh cinta pada you juga. Please, jangan pergi."
Aku berdiri di depan pintu. "Kalau kau betul cintakan aku, kau takkan culik isteri orang. Kau takkan hancurkan hidup orang demi ego kau."
Dia jatuh terduduk, menggenggam hujung baju aku. "Kita boleh lari sama-sama. Kita boleh mula semula. I janji..."
Aku tunduk, renung matanya yang penuh dengan air mata. "Kau tahu beza aku dan Jayden? Aku sanggup pilih kau, walau kau penuh luka. Tapi kau tetap kejar bayang-bayang."
"Aku takkan bantu kau. Dan aku takkan jadi saksi kebinasaan yang kau cipta sendiri. Hadaplah semua ni… sorang-sorang."
“Joey! Jangan pergi! Jangan tinggal aku! Jangan—” jeritnya sambil menangis, lutut jatuh ke lantai.
"Aku sumpah Joey yang kau akan datang semula kepada aku kerana kau tak boleh hidup tanpa aku."
Aku hanya pandang dia untuk kali terakhir. Air mata aku jatuh juga, tapi aku tak berpaling.
Untuk kali pertama… aku selamatkan diri aku sendiri. Dari dia.
---
Beberapa jam kemudian, di rumah keluarga aku.
Papa sedang menikmati makan malam bersama mama di meja. Aku letakkan beg kecil di sofa, terus ke arah mama, peluk dan cium pipinya.
"Apa yang dah berlaku? Muka macam orang hilang bini?" papa menyindir, tapi nadanya lembut.
Aku duduk, menceduk nasi.
"Saya dah give up dengan Alisha," aku jawab perlahan.
Mama pandang aku lama. "Dah makan dulu. Nanti kita bincang."
Selepas makan malam, kami duduk bersama di ruang tamu. Aku keluarkan satu sampul coklat dan letakkan di hadapan mereka.
"Semua ada dalam ni. Tengoklah," ujarku.
Sambil mereka meneliti bukti yang aku kumpul, aku bercerita satu persatu – kenapa aku tinggalkan Alisha.
"Kalau kamu tinggalkan dia, macam mana dengan rancangan kita?" tanya papa.
"Papa boleh teruskan... tapi saya tak akan terlibat. Saya sudah puas hati dengan bisnes saya sekarang," aku menjawab lemah.
Mama duduk di sebelah, memeluk bahu aku.
"Bukan dia seorang je perempuan dalam dunia ni, okey."
"Selepas semua yang saya buat untuk dia… ini yang saya dapat. Saya betul-betul tak boleh maafkan dia lagi."
Share this novel