Ivy POV
Hari pertama kembali ke kolej.
Aku genggam beg aku erat-erat. Senyum Jayden masih terbayang di fikiran, begitu juga pelukannya sebelum aku keluar dari kereta tadi. Tapi di sebalik semua tu… hati aku masih tak tenang.
Hanis lambai dari jauh. Aku cepat-cepat lemparkan senyuman—senyuman yang palsu. Hanya untuk tutup apa yang aku rasa.
“Eh kau okay ke ni?” soal Hanis sebaik aku sampai dekat dengannya.
“Okay,” aku jawab cepat. Tapi suara aku sendiri macam tak yakin. Hanis tak cakap apa-apa. Dia tahu aku tak nak cerita. Tapi aku tahu dia perasan.
Setiap langkah masuk ke kawasan kolej buat aku makin gelisah. Rasa macam ada mata yang perhati aku. Nafas aku pendek. Jantung aku berdegup laju tanpa sebab.
Aku cuba tenangkan diri. Ivy, you’re safe. Tapi kenapa aku masih rasa macam ni?
Aku buka beg. Pandang sampul surat yang aku masih simpan. Surat ugutan yang buat aku trauma hingga ke hari ni. Aku tak tahu kenapa aku tak buang lagi. Mungkin sebab aku nak ingatkan diri yang Alisha masih ada. Masih menunggu peluang.
“Kalau dia datang balik… macam mana?” bisik hati aku sendiri.
Aku pandang langit yang cerah. Tapi dada aku gelap. Aku rindu ketenangan. Aku rindu jadi Ivy yang dulu yang tak perlu takut setiap kali dengar bunyi tapak kaki dari belakang. Yang tak perlu rasa bersalah sebab merahsiakan sesuatu dari Jayden.
Tapi…
Hari ni, aku akan cuba jadi lebih kuat. Demi diri aku. Demi Jayden. Dan demi masa depan yang kami bina bersama.
Aku duduk di dalam kelas sambil termenung memandang ke arah papan putih yang kosong. Pensyarah masih belum masuk. Hanis di sebelah aku sibuk menconteng sesuatu dalam buku notanya, mungkin sekadar mengisi masa.
Tiba-tiba telefon aku bergetar. Aku buka skrin.
> Nombor Tidak Dikenali: “Kau fikir tempat kau sekarang selamat? Aku masih ada. Dan aku masih tengok.”
Jantung aku berdegup kencang. Rasa sejuk meresap ke tubuh, dan aku rasa dunia sekeliling aku seakan berputar. Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk tidak menunjukkan reaksi apa-apa.
Namun, Hanis perasan. Wajahnya menatap aku dengan rasa curiga. “Ivy, kenapa ni? Muka kau pucat.”
Aku hanya terdiam, tidak mampu berkata apa-apa. Aku hulurkan telefon kepadanya. Hanis membaca mesej itu, dan wajahnya berubah.
“Dengar sini,” katanya perlahan tapi tegas. “Kita masih dalam kawasan kolej. Banyak orang, ada kawalan keselamatan. Tak ada apa yang perlu kau risau. Kau kena tenang, Ivy. Kita habiskan kelas hari ini dulu, dan lupakan sekejap semua tu.”
Aku mengangguk perlahan, walaupun dalam hati aku masih merasa gelisah. Aku cuba untuk fokus, untuk buat semua orang tak perasan yang aku sedang berperang dengan ketakutan yang hanya aku dan Alisha fahami.
Kelas berakhir, dan aku cuba lupakan kejadian tadi sekejap. Walaupun otak aku masih terbayang pada mesej itu, aku tahu aku perlu beri ruang untuk diri aku sendiri. Hanis ada di sisi, membantu aku untuk kuat.
---
Selepas kelas, Don sudah menunggu di luar pagar kolej. Aku masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara, dan dia terus memandu ke pejabat Jayden.
Sampai di sana, Jayden menyambut aku dengan senyuman lebar dan pelukan hangatnya. Kami duduk untuk makan tengah hari, hanya kami berdua di pejabat yang besar itu. Suasana tenang dan hanya ada kami berdua dan sedikit makanan kegemaran aku yang telah disediakan.
"Sweetheart, bagaimana kelas hari ini?" Jayden tanya, sambil menyuap aku makanan.
Aku tersenyum, cuba untuk kelihatan ceria. "Okay, tapi... ada beberapa perkara yang mengganggu fikiran saya."
Dia meletakkan sudu dan memandang aku serius. “Ada apa-apa yang awak nak cerita dengan saya?.”
Kami berdua berbual lagi, dan dia cuba membuat aku lebih relaks. Tapi, semakin lama aku duduk di situ, semakin lama aku rasa bosan. Iyalah kebiasaan aku datang JZ Group aku akan sibuk dengan photoshoot. Tapi sekarang jadual aku semua ditentukan oleh Jayden.
Jayden mendapat panggilan kerja penting. Dia bangun, dan aku nampak dia berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Aku hanya duduk sendirian, mata tertumpu pada jam yang berjalan perlahan.
Beberapa jam berlalu. Rasa bosan semakin terasa.
Aku mengeluarkan telefon, menghantar mesej kepada Don.
> “Boleh tak tolong bawa saya ke supermarket? Saya nak beli bahan untuk masakan malam nanti.”
Mesej dihantar, dan dalam masa beberapa minit, Don membalas.
> “Puan, saya akan bawa awak pergi sekarang.”
Aku keluar dari pejabat, dan Don membawa aku ke supermarket berdekatan. Aku cuba berusaha untuk melupakan semua kebimbangan aku dan fokus pada apa yang ada di hadapan.
Sampai di rumah, aku terus ke dapur dan mula menyediakan hidangan untuk malam ini ayam masak merah, sambal udang, dan sayur campur. Aku harap Jayden akan suka. Aku hanya mahu tebus rasa bersalah sebab keluar tanpa izin dan tanpa memberitahu dia.
Aku dengar bunyi pintu dibuka. Aku berlari ke ruang tamu, tetapi apabila aku melihat wajah Jayden… ada sesuatu yang tidak kena. Dia nampak sangat serius. Aku cuba senyum, tapi senyuman aku hilang begitu saja.
“Awak, ada masalah ke?” aku tanya, cuba mulakan perbualan.
Dia menggeleng, tanpa kata. Langkahnya perlahan menuju ke tangga dan terus naik ke bilik. Dada aku terasa sesak. Diam dia lebih menyakitkan daripada marah yang lantang.
Beberapa minit kemudian, aku naik ke bilik, mencari kelibatnya. Pintu bilik air sedikit terbuka. Dari celah itu, aku nampak Jayden berdiri di bawah pancuran air. Bahunya lebar, tapi kelihatan berat menanggung sesuatu. Rambutnya basah, matanya tertutup rapat. Wajahnya masih tegang.
Tanpa suara, aku menanggalkan satu persatu pakaian. Pintu bilik air aku tolak perlahan. Langkah aku mendekatinya dari belakang, dan tanpa ragu, aku melingkarkan tangan di pinggangnya.
“Awak… saya minta maaf. Saya tak berniat buat awak risau… atau marah,” bisik aku perlahan.
Air mata aku menitis hangat, jatuh ke kulitnya yang dingin dibasahi air.
Jayden berpusing. Mata kami bertemu, dan dalam sekelip mata, dia menarik aku ke dalam pelukan eratnya.
“Please sweetheart… jangan buat saya macam ni lagi,” suaranya parau, penuh rasa. “Dalam keadaan sekarang, saya cuma nak awak selamat. Saya perlukan awak dengar cakap saya, bukan sebab saya nak kawal, tapi sebab saya sayangkan awak.”
Aku angguk perlahan dalam pelukan dia. Dadanya jadi tempat aku bersandar. Rasa selamat. Rasa diterima walau aku buat silap.
Jayden tunduk dan cium bibir aku, perlahan tapi penuh perasaan. Lama. Seolah dia nak hilangkan semua dinding yang memisahkan kami tadi.
“I’m so sorry, sweetheart. Saya sangat sayangkan awak,” bisiknya di telinga aku.
Dan aku tahu… aku akan cuba sedaya mungkin untuk buat dia bahagia. Hanya dia.
Dua jam kemudian, kami baru saja duduk makan malam bersama… sebab apa? Si jejaka mata cantik ni ‘makan aku’ dulu tadi, aku pula hanya mampu tergelak kecil masa letak nasi dalam pinggan dia. Tapi sekurang-kurangnya, aku lupa seketika tentang perempuan sengal bernama Alisha tu. Sekurang-kurangnya, malam ni… aku masih milik lelaki bernama Jayden.
Share this novel