Ivy POV
Dewan ballroom JZ Group penuh sesak dengan delegasi dari syarikat-syarikat besar. Hari ini adalah hari penting—pembentangan rasmi tender mega yang menjadi rebutan ramai, termasuk syarikat Papa dan juga syarikat milik Papa Alisha, Malik.
Aku berdiri di sisi Papa, mengenakan busana baru rekaan Hakimi—adik lelaki aku yang berbakat. Evening gown berpotongan mermaid, dari fabrik satin biru gelap yang menyentuh lantai dengan ekor yang anggun. Rekaan itu menampilkan potongan sweetheart neckline dengan lengan panjang sheer yang dihiasi kristal.
Di sebelah aku, Jayden berdiri tegak dan segak, mengenakan three-piece slim-fit suit berwarna navy blue, dipadankan dengan kemeja putih dan tali leher perang. Warna pakaian kami saling melengkapi, seolah-olah menyampaikan satu mesej: kami satu pasukan.
“Are you ready?” Jayden bertanya lembut, pandangannya menusuk penuh kasih.
Aku angguk perlahan, senyum nipis. “As ready as I can be.”
Kami berjalan beriringan masuk ke ruang utama. Suara-suara mula berbisik, mata-mata memandang. Jayden menggenggam tangan aku—erat, meyakinkan. Kami duduk bersama di meja utama.
Dan dari satu sudut, aku dapat rasakan pandangan tajam Alisha. Riaknya tenang, tapi aku tahu... ada sesuatu yang bergolak dalam dirinya.
Dengan sengaja aku mendekatkan diri pada Jayden, menyandarkan sedikit tubuh aku ke bahunya. Sebuah peringatan... bahawa dia milik aku, suami aku. Aku tak gentar pada ugutan Alisha. Bukan hari ini. Bukan bila aku sudah jadi isteri yang sah.
---
Satu jam kemudian...
Syarikat Malik memulakan pembentangan. Segalanya kelihatan terlalu sempurna. Data mereka disusun rapi, begitu terperinci... seolah-olah mereka tahu setiap soalan yang akan ditanya oleh panel dalaman JZ Group.
Papa di sebelah aku mula gelisah. “Macam mana dia tahu detail confidential macam tu?” dia berbisik, suara rendah tapi penuh resah.
Aku belum sempat menjawab.
“They bribed someone. I’m looking into it,” Jayden bersuara tenang, mengusap dan mencium lembut tangan aku.
Aku pandang dia. Wajahnya serius. Jika Jayden sendiri sudah curiga, maka memang ada permainan kotor di sebalik semua ini.
---
Kini giliran syarikat kami.
Namun sebaik sahaja pembentangan mahu dimulakan, sistem tayangan terganggu. Skrin utama gelap. Slide tak dapat dibuka. Petugas IT meminta maaf berulang kali, tapi aku tahu—ini bukan sekadar kerosakan teknikal.
Hakimi cepat membuka salinan dalam tabletnya... namun fail utama hilang. Segala maklumat penting—dipadam.
Aku tarik nafas panjang. Jantung berdegup kencang. Tapi Jayden masih tenang, memberikan aku pandangan penuh keyakinan. Aku tahu dia bersama kami—walau apapun terjadi.
Papa tak menunggu. Dia terus ke pentas, diikuti oleh Hakimi. Walaupun tanpa visual, mereka bentangkan keseluruhan projek dengan suara, nota, dan keyakinan penuh.
Aku hampir mahu menangis melihat semangat mereka. Jayden angguk dari tempat duduknya, menyokong dengan penuh kepercayaan. Dia tahu, ini bukan soal kalah atau menang—tapi soal integriti.
---
Usai pembentangan, aku terus memeluk Papa dan Hakimi. "You did amazing," bisik aku.
Hakimi tersenyum kecil. “You’re just saying that.”
“No. I mean it.”
Dari hujung mata, aku nampak Alisha sedang memerhati kami. Wajahnya penuh amarah... dan cemburu yang membuak.
---
Sesi rehat bermula sementara lembaga pengarah membuat penilaian akhir. Jayden dekat ke arah aku.
"Sweetheart, awak okey tak kalau saya tinggalkan awak sekejap? Saya nak jumpa Papa kejap, nanti saya ambilkan makanan untuk kita."
Aku angguk dan senyum menggoda ke arahnya, sambil membetulkan sedikit kolar bajunya. “Pergilah, saya tunggu sini dengan Kimi. Don’t worry.”
Jayden mencium lembut tangan aku sebelum melangkah pergi.
Aku menoleh pada Hakimi yang buat-buat nak termuntah. “Ewww... tak sangka aku dulu kau gangster, kasar sekarang tengoklah dah jadi lembik.”
Aku menjeling. “Aku nak tengok nanti kau dengan Hanis. Tunggu...”
“Hanis mesti ikut cakap aku punyalah,” katanya berlagak, tapi wajahnya berubah pucat bila aku ugut nak report kat Hanis.
Aku tersenyum puas. Tapi saat itu, dari hujung mata... aku ternampak Alisha meninggalkan tempat duduknya. Hati aku terus tak sedap seperti dia ada merancang sesuatu.
“Kimi, aku pergi toilet sekejap. Kalau Jayden datang, tolong inform dia ya.”
Aku bergegas ke arah tandas, tapi sebaik saja keluar... langkah aku terhenti.
Alisha sedang berdiri terlalu dekat dengan Jayden. Tangannya menyentuh tangan Jayden dengan penuh berani. Aku lihat Jayden tarik tangannya sedikit, tapi aku dah hilang sabar.
Dengan langkah pantas aku datang dan terus menengking, “Kau ni memang tak faham bahasa ke?! Dah berapa kali aku cakap jangan kacau suami aku?!”
Jayden tak menunggu lama, segera menarik aku ke tepi, menjauh dari orang ramai.
“Lepaskan saya! Saya tak habis lagi dengan perempuan tu!” aku meronta.
“Sweetheart... look at me. Please... jangan buat kecoh kat sini,” pujuk Jayden lembut, menahan wajah aku dengan kedua-dua belah tangannya.
“Kenapa ramai lagi lelaki dalam dunia ni, dia nak juga kejar awak?! Dan awak pun suka... bila dia gesek tangan awak tadi, awak biar je!” Aku meradang, suara aku tersekat dengan rasa marah dan sebak.
Jayden tidak menjawab. Sebaliknya, bibirnya segera menyentuh bibir aku—lama, hangat... Ciuman yang menenangkan ribut dalam dada aku.
Kaki aku hampir lemah, aku sempat berpaut pada lengannya yang kekar. Pelukannya kuat, hangat, dan mendamaikan.
Jayden kemudian memandang aku dalam-dalam. “Macam mana lagi saya nak buktikan... mata, hati, badan saya hanya untuk awak, Ivy Aurora?”
Tanpa ragu, kali ini aku pula yang menciumnya kembali, dengan lebih hangat. Aku takut kehilangannya... terlalu takut.
Jayden menarik telefon dari poket, masih memeluk aku. “Papa, boleh tolong handle program ni? Saya keluar sekejap,” katanya di telefon.
“Baik. Jangan risau,” jawab Papa Muhsin di hujung talian.
Jayden memimpin tangan aku, membawa aku menuju ke pintu belakang dewan.
“Don, pintu belakang,” arah Jayden.
Aku keliru. “Kita nak ke mana?”
Dia tersenyum penuh cinta. “Honeymoon.”
Mata aku membulat. “Lagi... Tapi… majlis tender...?”
“Papa handle.”
Di luar, Don sudah sedia menanti. Pintu kereta dibuka. Jayden memandang aku dengan mata yang penuh makna.
Di dalam kereta, Jayden masih memegang tangan aku erat. Jari-jarinya menggenggam seakan tak mahu lepaskan, dan jemari aku turut menguatkan genggaman itu. Nafas aku masih belum stabil sejak ciuman tadi, dan jantung aku masih berdegup laju. Aku sandarkan kepala di dadanya, mencari ruang tenang di dada lelaki yang kini jadi dunia aku.
“Awak tahu tak, saya takut sebenarnya...” aku bisik perlahan.
Jayden menoleh sedikit, “Takut apa, sweetheart?”
Aku genggam tangan dia lebih erat. “Takut kehilangan awak. Takut satu hari nanti saya tak cukup kuat untuk awak...”
Jayden memegang dagu aku, mengangkat wajah aku supaya bertentang mata dengannya.
“Jangan sesekali cakap macam tu lagi. Awak kuat, sweetheart. Terlalu kuat. Dan setiap kali awak pandang saya macam tu—saya tahu saya dah buat keputusan paling betul dalam hidup saya.”
Aku senyum, dan air mata aku jatuh. Tapi bukan sebab sedih. Sebab aku tahu... aku benar-benar dicintai.
Jayden mencium kening aku lama, sebelum menarik aku ke dalam pelukannya.
“I love you,” katanya dekat telinga aku.
Dan saat itu, dunia jadi senyap. Yang tinggal cuma degupan jantung Jayden, dan detik waktu kami berdua di dalam pelukan itu. Rasa selamat, rasa memiliki.
Maaf geng! Bab baru tersangkut kat trafik ilham teruk! Tapi jangan risau, dia dah sampai dan tengah beratur nak keluar! Thanks sebab masih setia tunggu, korang memang padu!
Share this novel