Jayden's POV
(Dari permulaan)
"Selamat pagi, tuan," ucap Serra sambil menundukkan sedikit kepala.
"Selamat pagi. Apa jadual saya untuk hari ni?" aku bertanya sambil membuka fail yang dibawa Serra.
"Untuk hari ini, tuan cuma ada satu meeting dengan papa tuan pada pukul sepuluh pagi. Semua meeting lain saya dah tunda ke tarikh baru," jawab Serra tenang.
Aku mengangguk perlahan. Kalau papa sendiri yang minta meeting, mesti ada hal penting.
"Baiklah. Terima kasih, Serra."
"Sama-sama, tuan." Serra membalas hormat sebelum kembali ke mejanya.
Aku menarik nafas perlahan dan melangkah menuju ke pejabat papa. Sampai di depan pintu, aku ketuk dua kali sebelum masuk.
Sebaik sahaja melangkah masuk, mataku terus tertumpu pada dua figura yang duduk bersama papa — seorang lelaki berusia, seusia papa, dan seorang lagi kelihatan lebih muda daripadaku.
"Ah, Jayden, masuk," sapa papa sambil tersenyum. "Ini papa kenalkan, Datuk Ghaffar dan anak beliau, Hakimi."
Aku menghulurkan tangan, berjabat dengan mereka berdua.
"Uncle Ghaffar ni sebenarnya kawan lama papa," terang papa sambil memandang mesra ke arah lelaki itu. "Dia juga salah satu pembekal utama untuk syarikat kita, cuma sejak akhir-akhir ni, kami jarang berjumpa."
"Biasalah, dah berusia ni, lebih banyak masa dihabiskan dengan keluarga," sampuk Datuk Ghaffar sambil tertawa kecil.
"And our company has just sent some new designs to your side. Hope you'll like them," tambahnya lagi.
Aku mengangguk sopan. Selepas ini aku akan semak rekaan yang dihantar.
"Duduk dulu, Jayden," arah papa sambil menuding ke kerusi kosong di hadapannya.
Aku duduk, masih diam memerhati suasana.
"Jadi, apa sebenarnya tujuan papa panggil meeting pagi-pagi ni?" tanyaku perlahan.
Papa berpandangan dengan Datuk Ghaffar sejenak sebelum membuka mulut, "Papa nak satukan Jayden dengan anak perempuan Uncle Ghaffar."
Terus terang, tanpa mukadimah.
"Tapi kami tak memaksa," tambah Datuk Ghaffar cepat-cepat. "Kami cuma nak Jayden kenal dulu dengan anak Uncle. After that, you can decide."
Aku sempat menjeling Hakimi yang nampak resah di kerusinya. Tidak lama kemudian, dia bersuara, suaranya sedikit meninggi.
"Daddy tak boleh buat keputusan macam ni tanpa tanya dia dulu!"
"Kimi, kita dah bincang hal ni. Abang kamu dan mommy kamu pun dah setuju..." pujuk Datuk Ghaffar.
"Tapi daddy tak bincang dengan dia lagi!" potong Hakimi keras.
"Sabar, Kimi," tenang papa memujuk. "Kami tak paksa. Kami cuma mahu Jayden kenal dulu."
Hakimi menghela nafas berat. Aku dapat lihat kasih sayangnya terhadap kakaknya. Dia memang adik yang bertanggungjawab.
Aku hanya mendengar perbualan itu diam-diam, sebelum mengangkat kening memberi isyarat supaya perbincangan disambung.
"Seperti yang kami cakap tadi," ujar Datuk Ghaffar, "uncle nak melamar Jayden untuk anak uncle."
Aku menarik nafas perlahan, memegakkan badan. "Boleh saya tahu nama dan tengok gambar anak Uncle?"
Hakimi segera menghulurkan satu fail. Aku sambut, membukanya perlahan.
Ivy Aurora.
27 tahun.
Pelajar tahun akhir kolej.
Model sambilan.
Aku terus skip ke bahagian foto. Saat melihat gambar itu, hati aku terasa lain. Cantik. Sopan. Ada aura yang sukar untuk aku jelaskan.
Aku mengangkat muka. Mata aku bertembung dengan pandangan tajam Hakimi, seolah-olah cuba membaca reaksi aku.
Sebelah aku, Datuk Ghaffar bersuara, "Sebagai seorang bapa, uncle hanya nak yang terbaik untuk Ivy. Seseorang yang boleh melindungi dan menyayangi dia sepenuh hati."
Aku senyum tipis, membalas, "Macam mana Uncle yakin saya boleh jaga dia? Dunia saya penuh musuh."
Uncle Ghaffar tertawa kecil. "Dalam hidup, musuh ada di mana-mana. Kadang-kadang musuh tu kawan rapat kita sendiri. Atau... ahli keluarga."
Papa pula menyambung, "Papa percaya, Jayden dah cukup matang untuk menilai siapa kawan, siapa lawan."
Aku mengangguk perlahan. Kata-kata mereka ada benarnya.
"Uncle tak tahu berapa lama lagi uncle ada," sambung Datuk Ghaffar. "Uncle nak pastikan Ivy selamat bila uncle dah tak ada."
Hakimi masih tak puas hati. "Daddy yakin ke keputusan ni betul?"
"For the first time in my life, yes, Kimi," jawab Datuk Ghaffar tenang.
Aku kembali menunduk, memandang foto Ivy. Semakin lama aku merenung, semakin kuat rasa yang hadir dalam hati.
"Baiklah," aku bersuara akhirnya. "Saya setuju... tapi saya nak tempoh untuk kenal dia dulu."
Papa dan Datuk Ghaffar mengangguk serentak.
"Berkenalan dulu. Itu pun sudah cukup buat kami," kata Datuk Ghaffar sambil tersenyum lega.
Tiba-tiba Hakimi mencelah, suaranya penuh idea nakal. "Sebenarnya... saya ada satu cadangan."
Aku memandang Hakimi, menunggu.
"Esok Ivy akan mulakan hari pertama kuliah. Dia ada ajak saya makan dekat restoran baru, tapi saya tak dapat pergi. Mesti dia akan pergi dengan Hanis. Apa kata Jayden start dari situ?"
---
Keesokan harinya.
Maka di sinilah aku sekarang — menunggu Ivy di satu sudut berhampiran restoran yang disebutkan Hakimi.
Tak lama, aku nampak Ivy datang, seperti dijangka, ditemani Hanis.
Aku berjalan laju, 'tersengaja' melanggar Ivy. Buku di tangannya jatuh bertaburan di lantai.
Aku pura-pura tak membantu. Sengaja.
Aku terasa aura marah yang ditahan-tahan. Dalam hati, aku ketawa kecil. Ohh... she checks me out.
Dan bila aku melihat wajahnya dengan lebih dekat — lebih cantik daripada gambar. Wajah manis, mata bundar, mulut mungil yang... lantang.
Ivy di depan aku sangat berbeza dengan Ivy di atas pentas. Real. Berani. Spontan.
Jantung aku berdegup kencang.
Pertama kali dalam hidup aku, seorang wanita berjaya mengetuk hati aku.
Saat Ivy berlalu pergi, aku cepat-cepat menelefon Hakimi.
"So...?" tanya Hakimi, macam dah tak sabar.
"I've fallen in love with your sister," jawab aku tanpa ragu.
Hakimi ketawa berdekah-dekah di talian.
Tapi aku masih berdiri di situ, memandang kosong ke arah Ivy berlalu... seolah-olah bayangannya masih terpahat di depan mata aku.
---
Beberapa hari kemudian.
Ivy akan balik ke rumah keluarganya setiap hujung minggu. Hakimi pula sudah siap aturkan rancangan seterusnya — dan aku, dengan penuh rela, ikut semuanya.
Hari ini, aku 'menyamar' menjadi mekanik kereta.
Melihat Ivy berjalan santai dengan jeans, T-shirt putih dan heels hitam — aku hampir lupa nak bernafas. Simplicity never looked this beautiful.
Aku perasan Ivy memaut mesra lengan Hakimi. Ada rasa cemburu halus menikam dada. Tapi aku cepat sedarkan diri — itu adik kandung dia.
Susah juga nak fokus hari ini. Tapi akhirnya, kami sampai ke bengkel yang sudah diatur.
Semuanya berjalan lancar, dengan bantuan Don, bodyguard setia aku.
Kami sengaja panjangkan masa Ivy di bengkel hingga pukul 8 malam. Esok dia ada sesi photoshoot, tapi Hakimi cari seribu satu alasan untuk menahan dia lebih lama.
Akhirnya aku sendiri beri isyarat pada Hakimi supaya lepaskan dia.
Sebelum Ivy beredar, aku sempat kenalkan diri.
Hanis tiba menjemput mereka pulang.
Sambil memerhati kereta Hanis berlalu, aku bertanya perlahan pada Don di sebelah.
"Macam mana, approve?"
Don tersenyum dan mengangguk. "Approve, boss."
Aku tersenyum puas.
Ivy Aurora...
Kau akan jadi milik aku, cepat atau lambat.
Share this novel