25

Romance Series 3111

Ivy POV

Hari penting dalam hidup aku akhirnya tiba.

Pagi itu… aku terjaga dengan debaran yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Cahaya matahari menyinar lembut dari jendela kaca besar, memantul pada gaun perkahwinan putih yang tergantung kemas di sisi katil. Gaun impian aku.

Rekaan Hanis dan Hakimi bukan sekadar cantik… tapi penuh dengan jiwa dan kasih sayang.

Gaun duyung berpotongan moden itu diperbuat daripada lace halus, disulam manik dan permata kecil membentuk corak floral dari dada hingga ke lutut sebelum kembang lembut ke bawah. Lengan panjangnya dari material sheer bertabur beadwork, dan lehernya berbentuk V-neck yang elegan. Butang kecil di belakang ditutup kemas oleh veil panjang yang meleret menyentuh lantai.

Hanis berdiri di sebelah, memandang aku melalui cermin.
“You’re glowing, babe. Jayden takkan berkelip mata bila tengok kau jalan ke arah dia nanti.” Senyuman Hanis puas dan penuh bangga.

Aku hanya mampu senyum… dalam debaran yang aku tahu, hari ini akan ubah hidup aku sepenuhnya.

Majlis dibuat secara tertutup, seperti yang telah kami rancang. Lokasinya di sebuah taman indah yang disewa khas, dihias dengan bunga ros putih dan merah jambu pastel persis apa yang aku impikan.

Tetamu yang hadir telah mengambil tempat di meja-meja yang dihias indah dengan lilin kristal dan bunga mawar putih. Cahaya lampu yang tergantung mencipta suasana hangat dan romantik. Lagu lembut berkumandang di latar, bersatu dengan gelak tawa dan ucapan tahniah dari tetamu.

Jayden berdiri di hadapan arch bunga berwarna ivory dan emas, mengenakan tuxedo hitam klasik. Wajahnya berseri sebaik nampak aku melangkah masuk perlahan, diiringi muzik petikan piano.

Daddy dan Mommy memimpin aku di tengah lorong. Mommy kelihatan sebak, dan Daddy menggenggam erat tangan aku seolah-olah tak mahu lepaskan.
“Susah nak lepaskan anak daddy ni yang selalu jadi cahaya dalam rumah kami…” bisik Daddy perlahan.

Air mata aku hampir menitis.

Sampai di hadapan Jayden, mereka lepaskan tangan aku dengan berat hati. Jayden sambut aku dengan senyuman yang buat jantung aku terhenti seketika.

Kami berdiri berhadapan.

Jayden mula bersuara.

“Ivy Aurora… sweetheart, saya pilih awak setiap hari, tak kira hujan atau ribut. Saya akan jadi pelindung, teman, dan lelaki yang akan jatuh cinta pada awak hari demi hari.”

Itu janji Jayden.

Aku genggam tangannya, menahan sebak, dan berkata,
“Jayden Zulfan… awak selalu buat saya tersenyum, rasa dihargai dan dicintai. Saya janji untuk tak pernah lari… walau apa pun yang datang nanti.”

Suasana jadi sunyi. Semua mata tertumpu kepada kami.

Jayden senyum, melangkah ke depan dan mencium dahi aku lembut. Aku dengar tepukan dari Hanis, tangisan kecil dari Mommy, dan suara Hakimi yang kedengaran sedih,
"Darling sister..."

Majlis berjalan lancar. Aku berdiri di sisi Jayden yang menggenggam tangan aku erat, seolah-olah tak mahu lepaskan.

Jayden tunduk ke arah aku,
“You look like a dream… and stunning. I still can’t believe you’re mine.”

Aku senyum, jantung aku masih tak berhenti berdebar.
“We’re real now, Jayden…” ujarku sambil tunjuk muka annoying, cuba menyembunyikan perasaan malu.

Di meja VIP, aku nampak Mommy dan Daddy masih sebak, tapi wajah mereka bersinar melihat aku ketawa bahagia di sisi lelaki yang mereka tahu benar-benar mencintai aku.

Hanis pula senyum penuh makna, lalu berbisik di telinga,
“Ini baru permulaan, tau... enjoy every second.”

"Isk, kau ni tak habis-habis nak menyakat aku. Nak aku bersilat kat sini ke hari ni?" aku bergurau.

Tapi tiba-tiba wajah Hanis berubah menjadi sedih.
“Masa yang ada ni lah aku nak usik kau puas-puas… lepas ni masa kita nak jumpa pun dah jadi terhad.”

Aku pandang dia, hati mula sebak.
"Janganlah cakap macam tu. Jayden tak akan sekat masa aku dengan kau.” Aku peluk Hanis erat. Air mata yang bertakung aku cuba tahan.

Tengah cantik-cantik ni, kalau make-up rosak nanti Hanis juga yang angin. Aku ketawa kecil sendiri.

Aku kembali semula ke pelukan Jayden.

Aku bersandar di dadanya, dan dia bisik perlahan,
“Lepas ni, kita pergi jauh sikit. Honeymoon kita tempat yang tenang. Tak ada orang boleh ganggu.”

Aku tak tahu nak beri riaksi macam mana akhirnya aku hanya angguk perlahan. Tapi entah kenapa, di sebalik muzik dan cahaya, ada satu rasa resah menyelinap dalam dada. Seolah-olah… seseorang sedang perhatikan aku.

---

Sedang kami bermesra dengan tetamu yang datang, mata aku terlihat kelibat Alisha. Beberapa langkah kemudian, Uncle Malik datang menyapa.

“Tahniah atas perkahwinan kau,” ucapnya tanpa secalit senyuman.

“Ni dah kahwin jangan lupa tander yang aku submit hari tu,” sambungnya lagi.

Belum sempat Jayden menjawab, Papa Muhsin datang menyampuk,
“Sampai kat sini pun nak cakap pasal bisnes, Malik?” nadanya sudah mula marah.

“Aku cuma ingatkan saja anak kau ni. Jangan nanti sibuk layan bini sampai lupa semua hal,” jawab Uncle Malik.

“Satu lagi, macam mana dengan Alisha? Ada kau letak nama dia dalam list model tu?”

Tak lama kemudian, Alisha muncul dengan senyuman lebarnya, matanya tepat pada Jayden. Secara spontan, aku genggam lengan Jayden erat.

“Saya tak janji apa-apa pun dengan dia, uncle. Sebab isteri saya masih lagi model utama syarikat kami. Lagipun… dia tak ada pun kriteria seorang model,” kata Jayden dengan nada tegas.

“Tapi… Alisha dah cakap hari tu, Alisha boleh belajar, kan Uncle Muhsin?” tanya Alisha dengan nada manja yang menyakitkan telinga.

Aku sempat buat muka benci dan rimas. Kalau ada yang perasan pun aku tak peduli. Sekarang Jayden hak aku. Berani dia cuba macam-macam… tunggulah aku kerjakan dia.

“Ha, ni kau datang berdua je? Latifah mana?” suara Papa Muhsin memecah lamunan aku.

“Dia kat rumah, tak berapa sihat,” jawab Uncle Malik ringkas.

“Jaga dia baik-baik, Malik. Ingat janji kau pada ibu. Amanah ibu pada kau tu, Malik,” Papa Muhsin memberi amaran tegas.

“Aku tahu. Tak perlu sibuk urusan keluarga aku,” balasnya tajam.

“Kau adik aku. Selagi aku hidup, aku akan jaga kau, Malik. Ingat tu.” Muka Uncle Malik mula merah, jelas menahan marah.

“Aku harap dapat berita gembira dari kau Jayden. Jom, Alisha.” Tanpa menunggu, Uncle Malik menarik tangan Alisha kasar.

Kami hanya mampu memerhati mereka berlalu.

“Maafkan papa… adik papa memang kurang ajar sikit tadi,” kata Papa Muhsin dengan nada sedih.

“Tak apa, papa. Saya okey je. Jangan sedih-sedih.” Aku peluk papa erat, harap kesedihan di wajahnya segera hilang.

Papa Muhsin mencium dahi aku sebelum berlalu menyambut tetamu lain.

Jayden kemudian menarik aku rapat ke dadanya.
“Oh! Kau ni hantu ke?”

“Ish, apa awak ni?” Aku tolak manja sambil dia ketawa bersahaja.

“Okey, I know that face…”

“Ha?”

“Muka tadi tu… muka macam seorang pembunuh yang tengah fikir nak bunuh seseorang.”

“Mana ada…” Aku terus pusing, malu, dan tinggalkan Jayden sekejap. Malunya Tuhan saja tahu.

Jangan ingat hari gembira pun tak ada orang ganggu ya. huhuhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience