44

Romance Series 4288

Don POV

Aku tak ikut Jayden dan Muaz turun ke bawah. Sebaliknya aku periksa kawasan sekitar gudang. Kalau Alisha suruh orangnya jaga, mesti ada jejak yang tinggal.

Ruang utama gelap, berdebu, berbau besi lama bercampur habuk tebal. Mata aku melilau, tangan melekat pada hulu pistol di pinggang.

Tiba-tiba, bunyi pintu utama berkeriut dari luar. Tubuh aku automatik menyorok di balik tong berkarat.

Seorang lelaki masuk, gelisah, macam cari sesuatu. Aku tak tunggu lama. Sekelip mata aku terkam dari belakang, kunci pergelangan tangannya, hempas dia ke lantai simen. Dia mengerang, meronta, tapi lutut aku menekan punggungnya kuat.

“Diam. Jangan bergerak.” Suara aku tegas.

Dia cuba melawan, tapi sedikit tekanan di sendi bahu cukup buat dia menjerit. Aku capai telefon, terus dail polis.

“Kes penculikan. Lokasi: gudang terbiar, pinggir bandar lama. Hantar unit segera.”

Talian aku biarkan aktif, sambil kawal lelaki itu yang semakin panik. Hati aku yakin — Muaz betul. Cik Ivy memang ada di sini.

Dan malam ni, apa pun jadi… tuan aku akan dapat bawa isterinya pulang.

---

Dia meronta lagi. Aku tekan bahunya lebih kuat.

“Arghh! Sakit! Aku… aku cuma ikut arahan!” suaranya terketar.

“Arahan siapa?”

Dia terdiam, nafas tercungap. Aku rapat ke telinganya. “Kalau kau tak buka mulut, kau tanggung semua ni sendiri.”

Tubuhnya kaku. Peluh menitis.

“Itu… idea Alisha!” jeritnya. “Dia suruh aku. Dia janji akan beri upah yang besar. Aku perlukan duit. Aku tak ada pilihan!”

Cengkaman aku semakin kuat. “Rancangan apa? Cakap dengan jelas!”

“Dia rancang culik Ivy. Untuk balas dendam pada Jayden. Aku cuma pantau lokasi, uruskan gudang. Semua arahan datang dari dia.”

Aku renung wajahnya yang ketakutan, mata liar, tangan menggigil.

“Habis Malik?”

Dia geleng laju. “Aku tak pasti! Aku tak pernah jumpa dia. Semua mesej direct dari Alisha. Lepas settle, dia janji bagi upah besar.”

Aku mendesis perlahan. “Kau silap besar ikut telunjuk perempuan tu.”

Bunyi siren semakin dekat. Lelaki itu panik, cuba meronta. Aku tekan badannya ke lantai semula.

“Malam ni kau cerita semua depan polis. Kalau kau bohong… aku sendiri akan pastikan hidup kau hancur.”

Dia menutup mata, wajah pucat, semangatnya semakin hilang.

---

Cahaya biru-merah berkelip di luar. Polis masuk, bersenjata. Aku serahkan dia dan tangannya digari.

“Kami akan ambil keterangan awak nanti. Fokus pada kawan awak dulu,” kata seorang pegawai.

Aku angguk, pandangan tertumpu ke lorong bawah tanah. Naluri aku yakin — Jayden dah jumpa apa yang dia cari.

---

Jayden POV

Aku dakap tubuh Ivy erat, melangkah keluar dari ruang bawah tanah. Nafasnya perlahan, tubuhnya ringan macam tak bernyawa.

“Sweetheart, jangan tidur… saya akan bawa awak keluar dari sini.” bisik aku, suara bergetar.

Muaz mengekori rapat, wajah cemas.

Di pintu gudang, Don menunggu bersama polis. Matanya tertancap pada Ivy di pelukan aku. Dia segera memberi laluan.

“Kita kena bawa dia sekarang,” katanya tegas.

Aku hanya sempat angguk sebelum berlari ke kereta. Don buka pintu belakang, aku letakkan Ivy perlahan di dalam. Muaz naik ke depan, dan aku genggam tangan Ivy erat seolah-olah itu satu-satunya bukti dia masih bersama aku.

Don masuk ke tempat pemandu, hidupkan enjin, tekan pedal. Kereta meluncur laju tinggalkan kawasan kilang.

---

Jalan malam sunyi, lampu jalan jarang-jarang. Don pandu sepantas mungkin. Setiap detik rasa macam nyawa Ivy makin hilang.

Aku genggam tangan Ivy erat, jari aku hampir kebas. “Sweetheart, tahan sikit… kita hampir sampai,” aku masih ulang ayat yang sama, suara bergetar seolah jadi satu-satunya pegangan yang boleh tarik dia terus bersama aku.

Muaz pandang aku melalui cermin. “Jayden… dia masih bernafas. Perlahan, tapi ada. Kita kena cepat, kita boleh selamatkan dia.”

Aku tak jawab. Fokus aku cuma satu — Ivy.

---

Kereta berhenti betul-betul di hadapan pintu kecemasan. Tanpa menunggu sesaat pun, aku terus keluar dan mendukung tubuh Ivy yang lemah dalam pelukan. Nafasnya masih terasa di leher aku, perlahan dan terputus-putus. Beberapa jururawat yang berada di kaunter menoleh serentak, kemudian salah seorang daripada mereka menjerit memanggil doktor. Dalam sekelip mata, beberapa staf berlari ke arah kami sambil menolak katil roda, memberi ruang untuk aku meletakkan Ivy di atasnya sebelum mereka menolaknya masuk ke dalam wad rawatan.

“Kes kecemasan! Cepat!”

Aku letakkan Ivy di atas katil. Berat untuk lepaskan, tapi jururawat dah tarik dia masuk ke bilik rawatan.

Aku berdiri kaku, dada rasa resah. Nafas tercungap.

Don letak tangan di bahu aku. “Dia selamat sekarang. Percaya pada doktor.”

Aku tengadah, mata panas berair. “Kalau apa-apa jadi pada dia, Don… aku takkan maafkan diri aku.”

Don diam, tapi genggaman di bahu aku makin erat.

Muaz pula berdiri di hujung lorong, wajah penuh rasa bersalah. Dia tak berani bersuara. Aku tahu, malam ni juga hidup dia akan berubah.

Aku terduduk di kerusi luar bilik rawatan, tangan menggenggam rambut sendiri. Nafas aku tercungap, dada rasa sesak. Mata aku tak beralih dari pintu yang tertutup rapat itu. Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh tanpa mampu aku sekat lagi.

“Ya Tuhan… bantulah isteri aku. Selamatkan dia… jangan ambil dia dari aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience